Thursday 17 October 2019

Tips untuk yakin diri semasa nak buat video !!!




Yeay!!! Im Back... Tak sangka dah hampir setahun aku dah tak bekerja. Maksud aku dah tak kerja tu bukan saje-saje goyang kaki tiba-tiba dapat duit turun daripada langit... kahkah... Means start dari bulan Nov 2018 aku resign dari kerja aku dan berniaga je tak sangka dari suka-suka akhirnya dapat hasil juga... Alhamdulillah...

Ok guys saje nak cerita kat korang mula-mula aku buat business aku promote business aku promote2 gitu je contoh nampak template produk, gambar produk , dan bagitahu details produk susah betul nak promote tunjuk muka tu... haha... bukan apa keyakinan diri tu belum ada lagi n nak dapatkan keyakinan tu kene slow-slow janji kene buat... Haaa sape2 nak tahu tips dia aku share dengan korang camne aku ni dari seorang yang malu2 nak buat video sekarang ni aku dah konsisten buat video tau... Nampak gak hasil buat video sambil2 promote produk sebenarnya baru orang akan yakin nak beli produk dengan kita sebab orang tak tahu siapa penjual dia.

1. UPDATE VIDEO PROMOTE PRODUK TAK NAMPAK MUKA

Ok aku nak bagitahu kat korang yang mula-mula aku start macam ni lah. Just promote2 produk tak nampak muka haihhh orang pun tak nampak siapa penjual dia.Kahkahkah sebenarnya dari sini korang akan kumpul kekuatan camne korang nak dapatkan konfiden diri. Mula-mula aku buat2 camni je apa yg aku rasa mula-mula kan ?? haha aku rasa annoying sendiri dengar suara sendiri. Bila dengar suara aku balik cam nak delete je video tu sebab takut org gelakkan lah macam pape je... Tapi lama-lama tu lantak lah pedulikan orang nak cakap apa pasal suara korang.Just korang kene konsisten je update ok :)

2. SEBELUM NAK BUAT VIDEO SEDIAKAN CONTENT NAK CAKAP APA

Ok guys!!! Yang kedua pulak korang sebelum tidur sediakan content korang nak buat video pasal apa. Macam aku jual produk Kurus Leedee aku akan buat tips, cara consumed produk, so korang listkan je korang nak update apa. Kalau cara-cara nak consumed make sure korang kene sediakan produk dan dalam video korang kene consumed sekali produk tu baru orang faham ok. Baru lah orang nampak korang jual apa.

3. BERCAKAP DALAM HATI MENGGUNAKAN AYAT-AYAT DORONGAN

Untuk mendapatkan self confident tu aku faham bukan benda mudah. Tapi kan korang kene cakap kat diri korang sampai bila korang nak macam ni je. Takkan korang taknak improve diri korang? Takkan sampai bila2 nak promote produk tak nampak muka? Sampai bila-bila pun kita sama level je kan... So korang kene selalu positifkan diri korang ya dan niatkan kat diri korang untuk berniaga ni sebab apa.

Make sure jangan fikir negatif tentang rupa korang tu abaikan je mulut orang nak cakap apa... Niatkan diri kita ni untuk berniaga ok... Kita ni baru nak mula semua dalam proses... Yang penting hari2 sediakan content nak cakap apa and kene selalu positifkan diri tau.


4. FOLLOW IDOLA YANG KORANG MINAT

Haaa part yang ni pulak korang pun mesti ada follow someone yang korang tengok video dia hari-hari... Kalau macam aku aku tengok @Naomi_nad sebab aku jual produk leedee ni dengan dia. So aku tengok dia hari-hari je nak buat video. Lama-lama kita pun akan terikut dia. Hehe... Thanks Naomi sebab selalu bagi tunjuk ajar camne nak jual Leedee and ajar buat video... Tengok tu Naomi dulu dan sekarang. Amboi takut korang terkejut je.. HAHAHA...

5. MAKE UP  SEBELUM BUAT VIDEO BUAT VIDEO

Kita nak buat video ni untuk orang tengok kita , kita buat apa, promote apa, So korang make sure sebelum buat video tu siap-siapkan diri korang dulu ya. Sebelum tu korang kene lah make up dulu, pakai bedak touchup2... Baru confident tu datang dalam diri korang. Ni kalau serabai-serabai mulalah cakap tak cantik lah apa lah.. Haha so korang kene prepare diri korang awal2 kene siap2 kan diri korang tu...

5. PAKAI FILTER

Untuk korang yang nampak lebih cantik korang juga boleh ubah filter. Haaa sekarang ni banyak giler filter kat instagram tau korang boleh pilih yang mana mengikut kesesuaian korang. hihihi... Muka korang yang tengah breakout naik jerawat pun boleh hilang :) So jom kita start guys :)  Jangan bagi alasan pulak lepas ni.

Semoga Tips ni bermanfaat untuk korang semua :) 



Dilla doakan korang semua dimurahkan rezeki ok... Nak tahu dia buat business apa now Dilla tengah Jual produk Leedee laku keras guys... Produk pun memang berkesan... So kepada sesiapa nak diet boleh dapatkan Leedee dengan Dilla #Kurusmacamleedee


Sekian...

Related Posts

1 comment: