Friday, 18 October 2019

Pulau Rawa (part 1)

Ok nak cerita pasal pergi bercuti kat Pulau Rawa, Johor. Mula-mula plan nak g Phuket. Last-last g juga Pulau Rawa ni dalam Malaysia je tapi tempat memang cantik giler bercuti kat sana memang berbaloi kalau nak tahu kitorang g sini bertiga je drive dari KL ke Mersing Johor pastu sampai kat jeti naik boat ke Pulau Rawa.

Pakej percutian RM743 untuk 1 kepala means kat sini dah inc jeti pergi balik, makan minum untuk 3 hari 2 malam, aktiviti semasa percutian iaitu aktiviti berkayak pusing pulau, snookling dan hiking mendaki pulau.

Bagi aku memang sangat lah berbaloi sebab kat sini private island tapi harga memang murah tak sampai RM1000 untuk 1 kepala.

Aku g holiday bertiga dengan 2 orang lagi kawan aku Naomi , Shana kitorang drive dari KL ke jeti Mersing lebih kurang 5 jam so aku kat dalam kereta buat tahi mata jelah haha...

Dah sampai kat Jeti Mersing nak ke Pulau ambil masa 30 minit je tak lama pun. Naik boat sambil2 berangan dah pun sampai kat Pulau Rawa.


Yeay sampai pun Pulau Rawa memang wajib amek kat view sini nak gak nampak pokok kelapa tumbang tu. kahkah...


Memang burn kulit aku sampai sini so layan dulu air mangga pulau rawa. 

Lepas makan kitorang bersiap pulak nak g jalan-jalan 1 pulau rawa. kat sini tak ramai pun orang Malaysia yang bercuti kebanyakannya orang luar je yang datang sini. haha...

Ok tak puas hati amek gambar pokok kelapa sambil nampak view kat belakang tu...


Lawa giler kat sini... ni dah sampai kat hujung pulau jalan2 kat sini siap ada orang buat wedding lagi... kehkeh...


With my girl


Ok tengok sunset pulak view memang lawa gila kat sini... 




Related Posts

0 Comments: