Wednesday 28 September 2016

#MovieReview Kisah misteri disebalik kereta Volkswagen Kuning


Assalamualaikum semua... pasti semua pernah dengar cerita gempar disebalik kisah seram kereta Volkswagen Kuning ! Cerita gempar ini berlaku dilebuhraya laluan karak yang sering berlaku kisah kereta misteri Volkswagen kuning...Kini filem terbitan MIG yang ke 115 memaparkan cerita kisah benar sejak dahulu , kisah Volkswagen kuning seakan menjadi misteri dan tiada jawapan dari mana wujudnya kisah ini...Dila dan rakan blogger yang lain telah menyertai contest yang dianjurkan oleh Bro Framestone & MIG... Selepas kami menyertai contest tersebut kami dijemput Majlis tayangan perdana filem Volkswagen Kuning... Ramai juga yang menyambut filem Volkswagen Kuning pada malam tersebut... 

Watak utama yang dibawa oleh Atikah Suhaime dan Pekin Ibrahim memegang watak sebagai sepasang kekasih dalam filem Volkswagen Kuning.

Volkswagen Kuning yang menampilkan genre seram sebagai latar cerita. Pengarang cerita Shadan Hashim menggambarkan ianya menjadi sebuah cerita yang menggabungkan kisah benar serta elemen olahan yang ditambah bagi merancakkan plot penceritaannya. Tidak dinafikan ada juga kisah benar diadun kedalam filem ini bagi menampak impak sebenarkepada penonton. Walaupun ianya sebuah filem seram namun turut menyelitkan elemen pengajaran , kekeluargaan serta percintaan dalam cerita ini. Aspek seram disampaikan melalui elemen suspen yang diwujudkan bagi memberi mood yang menarik khas buat peminat cerita seram.

Sinopsis Volkswagen Kuning

Mengisahkan sepasang kekasih yang telah bertunang, Fuad (Pekin Ibrahim) dan Sarah (Atikah Suhaime), yang dalam perjalanan untuk pulang ke kampung Fuad. Mereka mengalami gangguan apabila tersesat selepas senja semasa mencari kedai makan. Iaitu diganggu oleh Volkswagen Kuning semasa perjalanan untuk pulang ke rumah Fuad, Gangguan itu menyebabkan mereka mengalami kemalangan dan Sarah Mula berubah. Semuanya disebabkan oleh Volkswagen Kuning.


Fuad ditahan diwad, manakala Sarah mengalami kecederaan ringan. Raudhah(Aida Othman), kakak kepada Sarah datang untuk menjemput Sarah pulang ke Bandar sementara menunggu Fuad pulih daripada kecederaan. Tanpa diduga , Sarah membawa sesuatu yang telah mengikutinya ini berkenaan dengan kisah Volkswagen Kuning.

Pak Ayob (Azman Hasan) bapa saudara Fuad mula menyiasat tentang gangguan dan punca kemalangan yang menimpa Fuad. Hasil penyiasatan membuka kembali sejarah hitam ynng pernah berlaku dikampung tersebut.

Kedatangan Sarah dikampung tersebut membangkitkan kemarahan hantu Volkswagen Kuning. Dia mengikut Sarah pulang bandar dan menggunakan gadis malang itu sebagai umpan untuk membalas dendam kepada bapa Sarah. Adakah dendam Volkswagen Kuning terbalas? Atau Fuad dan Pak Ayob berjaya menghalangnya? Jawapannya ada difilem Volkswagen Kuning... Nantikan dipawagam pada 22 September ini...

Jum saksikan serba sedikit filem Volkswagen Kuning


Tuesday 20 September 2016

Berbelanja Murah di Ezbuy.my

Berbelanja online menjadi pilihan ramai orang dimasa kini... Kerana ia dapat menjimatkan kos, masa minyak dan tenaga...Terutama kepada orang yang terlalu sibuk dengan aktiviti luar sehingga tiada masa untuk keluar bershooping untuk keperluan sendiri .... haa ! Dila nak sharing sikit baru-baru ni ada berbelanja di satu laman web sangat mudah iaitu di Ezbuy.my

Erm... Apa yang menarik sangat sampai sebelum nak tidur sikit asyik nak usha barang-barang yang jual di Ezbuy.my. Untuk pengetahuan semua Ezbuy.my merupakan pusat jualan online yang sedang popular kerana terdapat lebih daripada seribu item menarik yang dijual antaranya adalah pakaian wanita , pakaian lelaki, mainan dan keperluan kanak-kanak. kasut , bag dan aksesori dan lain-lain lagi... Nak tahu selanjutnya boleh buka laman web Ezbuy.my. Kalau nak listkan satu-satu banyak sangat barang yang best... Rambang mata pulak dah! Setakat ni banyak sangat barang-barang yang berkenan dihatiku ini... Yihaaa! Barang yang dijual di Ezbuy.my juga mengikut trend terkini... Woww3x! yuk kita cuci mata (^.^)



Disini ! Terdapat pelbagai jenama yang boleh korang pilih juga ya! yang penting jangan lupa untuk register menjadi member ezbuy.my kerana terdapat juga notifikasi promosi terkini akan diupdate oleh Ezbuy sekaligus anda akan dapat voucher RM15 ... Jum kita register sekarang di https://goo.gl/7eXgQs ... Untuk pengetahuan semua jika berbelanja di Ezbuy.my dengan membeli barangan diluar negara kos penghantaran yang dikenakan hanya RM8.80 (Unlimited parcel size & weight )

Dah tak sabar nak berbelanja di Ezbuy.my? Disini Dila akan tunjukkan bagaimana untuk berbelanja dengan mudah!

1.Pertama sekali daftar menjadi rakan Ezbuy.my.Setelah berjaya anda kini boleh memilih item untuk membuat pesanan...



Dila memilih baju ni sebab cantik , murah dan tampak begitu eligent! sesuai kalau nak pakai untuk pergi event atau kerja...

2.Kemudian, anda hanya memilih kos penghantaran then ,  click Check out yang kat tepi tu.


3.Seterusnya masukkan maklumat peribadi , Click Add new Address , Masukkan details Nama , Alamat dan nombor telefon... Pastikan maklumat anda adalah tepat dan betul untuk memudahkan penghantaran.




Selepas anda masukkan maklumat peribadi akan jadi macam ni...



4.Selepas tu , tekan button next, akan keluar seperti dibawah ini... Tekan button Top up now untuk membuat pembayaran.




5.Akhir sekali, Pilih pembayaran... pilih Bank yang anda ada...
Amacam? Mudah tak cara nak berbelanja? Apa lagi jum lah shooping Di Ezbuy.my !



Kini anda boleh Shooping di ezbuy dengan hanya click link kat bawah ni untuk jadi member.



Thank you guys!

Enjoy Shooping ya !

Tuesday 13 September 2016

Misteri Gadis Berbaju Putih Di Bukit Ampang

Kejadian ini berlaku pada setahun yang lepas.... Dimana waktu tu kami merancang untuk mandi di kolam air panas diwaktu malam di Hulu Langat... Waktu pun dah agak lewat...  Disebabkan lepas mandi masing-masing terasa lapar kami berhenti makan disebuah gerai.. Sedang rancak bercerita ! dah tiba masa untuk balik kerana jam dah menunjukkan 12.10 malam.

Menara Tinjau

Dalam perjalanan nak balik kerumah nak taknak kami terpaksa lalu di Bukit Ampang kerana hanya disini jalan yang dekat sampai kerumah... Huarggghhh malapnya boleh kata sepanjang melalui jalan tu cuma ada 2 buah lampu jalan sahaja..jalan sunyi sepi pulak tu... Memasing senyap je hanya dengar lagu di radio... Masa dalam perjalanan nak balik kerumah tetiba ada Babi lintas! haa time tu kami relex lagi memang rasa tak sedap hati, bulu roma meremang! nak tunggu Babi lintas ni... Aih...dah lah 3 orang perempuan memang rasa insaf taknak lagi pergi sini malam-malam! Okay time ni relex lagi Dila drive slow-slow baca selawat dalam hati... memasing dalam ketakutan masa tu lagi sorang ni dok celupah cakap  "Ada Hantu...ada Hantu". 



Bikin kecut perut je waktu tu... kawan dila masa tu tengah tak bersih so dia punya lemah semangat tu sampai tak boleh nak control! Haaa tapi memang tempat ni agak keras sikit dah macam-macam kejadian berlaku kat Bukit Ampang ni...perjalanan pulang kerumah rasa begitu lama sekali.
ermmm.. seram sejuk weh! lepas incident babi lintas masing-masing-masing buka cerita seram! antara kisah yang dibukakan antaranya adalah kisah seorang wanita mengilai dipokok sehinggakan kereta tersebut accident disebuah selekoh menghala ke menara tinjau... Ada juga cerita terlihat penampakan "hantu pocong" yang sedang melompat-lompat ditepi jalan raya lalu melintas dijalan raya sehingga pemandu tersebut accident sehingga jatuh ke gaung...



Cerita seram diBukit Langat sememangnya banyak menjadi buah mulut orang ramai... Sehingga setiap malam jumaat wajib kes kemalangan berlaku ada yg sehingga meragut nyawa!  Tatkala sampai disebuah selekoh yang banyak kes kemalangan tersebut berlaku.Tiba-tiba jalan begitu penuh dgn kabus yang tebal sehingga mengaburi pandangan mata kami diikuti suhu yang amat sejuk serta dikelilingi hutan yang tebal!  Masa ni Dila buka lampu kereta yang agak tinggi untuk menyuluh jalan yang berliku-liku! 

Setibanya di puncak bukit ampang dengan suasana yang begitu suram serta kawasan bangunan tinggal yang usang..kami dikejutkan dengan kelibat seorang wanita berpakaian serba putih dengan rambut yang menggerbang berlumuran darah..dengan tak semena-mena dila terpaksa membuat satu break emergency sehingga menyebabkan kereta berpusing..kemudian enjin kereta terpadam..dengan perasaan takut amat sgt kami bertiga menjerit ketakutan..serta salah seorang dari kawan  melaungkan kalimah syahadah sekuat hati..

Dila cuba utk menghidupkan kembali enjin kereta namun gagal..tangan masih menggigil serta muka kami kelihatan pucat..nak dijadikan cerita lagi..tiba-tiba ada bunyi mencakar dari atas bumbung kereta..membuatkan kami lagi panic. .sehinggakan salah seorg rakan ingin keluar dari kereta dan lari sejauh yg mungkin...masa tu dila cuma mampu pejamkan mata dan berdoa tanpa henti...dan kami memegang erat antara satu sama lain supaya kami tidak berpisah. .hampir 5 minit namun tiada sebuah kenderaan pun yang melalui jalan tersebut. .setelah itu kami cuba memberanikan diri untuk keluar dan periksa apa yang ada di ats bumbung kereta pada waktu tu. .

Alhamdulillah kami berjaya keluar dan kami dapati tiada apa pun diatas bumbung pada waktu itu,kemudian kami terlihat kerdipan cahaya kereta datang dari arah bertentangan. .lalu kami cuba menahan untuk meminta pertolongan.. .pemandu itu memberhentikan kereta nya lebih kurang 5 meter dari jarak kereta dila. .namun dia tidak keluar dari kereta nya..pelik dgn keadaan itu kereta itu memberi isyarat high beam lalu memecut kembali kereta nya dan meneruskan perjalanan. .kami berasa amat kecewa dengan pemandu tersebut yg langsung tidak memberi pertolongan kepada kami... 

Kami kembali kedalam kereta untuk menhidupkan enjin kereta. Enjin kereta boleh hidup seperti sediakala dan kami pulang dengan selamat kerumah! 

Keesokan harinya, Dila pergi kerumah rakan dila yang semalam dikawasan perumahan di Taman Mulia Jaya untuk mengetahui keadaannya... Setelah kami bercerita tentang kejadian berlaku malam tadi abangnya beritahu mengenai ada sebuah kereta kemalangan diBukit Ampang semasa turun menghala ke Simpang tiga trafic light... Dengar khabar angin kemalangan berlaku disebabkan penampakan wanita berbaju putih lintas ditengah jalan dan menurut cerita tersebut dia nampak tiga orang gadis ditepi jalan tersebut dan ingin berhenti untuk memberi pertolongan... Tapi malangnya dia tidak berhenti kerana dia sendiri nampak penampakan seorang wanita diatas pokok...

Menurut daripada cerita abangnya tentang 3 orang perempuan... Terlintas difikiran kaimi perempuan bertiga itu adalah kami.. Kini baru kami faham kenapa lelaki tersebut tidak berhenti untuk memberi pertolongan kepada kami... Kami berasa simpati dengan kejadian yang berlaku terhadap lelaki tersebut.. Kami berharap keadaannya akan pulih sepeti sedia kala...


Ehh saat mengimbas kembali kejadian tu tak boleh nak tidur pulak... Demam seminggu tak.keluar rumah weh masa tu! Jangan salah faham! Cerita ini merupakan kisah benar yang pernah terjadi tetapi telah diolah untuk menambah kesan seram bagi contest blogger!   

Walau apa pun semangat ni tetap kuat kalau nak berjalan lagi kat sana pun on je! Jum pergi kolam air panas...  Balik tu layan kerang bakar! Erm sebenar nya saje nak buat cerita seram ni sebab tak lama lagi filem Volkwagen Kuning bakal ditayangkan pada 22 September 2016... Baca sinopsis memang nampak seram ! 



Sinopsis Volkswagen Kuning

Mengisahkan sepasang kekasih yang telah bertunang, Fuad dan Sarah, yang dalam perjalanan untuk pulang ke kampung Fuad. Mereka mengalami gangguan apabila tersesat selepas senja semasa mencari kedai makan. Gangguan itu menyebabkan mereka mengalami kemalangan dan Sarah mula berubah. Semuanya gara-gara Volkswagen kuning!

Fuad ditahan di wad, manakala Sarah langsung tidak mengalami kecederaan. Raudhah, kakak Sarah, datang untuk menjemput Sarah pulang ke bandar, sementara menunggu Fuad pulih dari kecederaan. Tanpa diduga, Sarah  membawa pulang ‘sesuatu’ bersamanya.

Jum Tengok sikit Official Trailer ni.. Untuk korang lebih excited nak tengok...

'

Ni pulak the Making the making filem :)



Eh Bro saje buat dila tak tidur malam eh lepas tengok the making movie ni... Hahaha... Korang nak tahu Ini merupakan contest yang dianjurkan oleh Bro Framsestone dengan bekerjasama pihak MIG Picture Sdn Bhd. Selaku penerbit Filem Volkwagen Kuning.

Pada blogger yang berminat untuk join contest filem ini - Filem Volkswagen Kuning boleh klik http://www.broframestone.com/2916/09/bloggers-contest-filem-volkswagen-kuning/
Untuk pengetahuan semua! Jika korang join contest blogger ni korang bakal memenangi smart fon Oppo F1s... Waw! Siapalah bakal pemenang ni ya? Excited pulak rasa... Good luck guys!



Saturday 10 September 2016

Pencuci Wanita Sumber Ayu


Hello Ladies! 

Ladies kesayangan Dila semua! ladies jew ok? Di entry hanya nak story tentang ladies2 jer! Pasal apa ni nak tanya! Anda pernah mengalami masalah Miss v? Seperti masalah keputihan , gatal dan bau yang tidak menyenangkan dibahagian miss v ?Pasti semua pernah alami masalah sebegini tidak kira peringkat umur remaja mahupun dewasa! Apapun anda jangan ambil remeh ya kalau ada masalah tersebut .Cepat-cepatlah rawat kerana kesannya bakal menjadi tidak elok jika dibiarkan nanti. Kerana bahagian tersebut sangat sensetif dan harus dijaga sebersih mungkin.


Dengan lengkapkan rutin harian dan amalkan  Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU yang diformulakan dengan bahan semulajadi  agar kawasan Miss V tersebut sentiasa dalam keadaan sihat dan bersih. Malah bebas daripada bakteria di bahagian kemaluan. Selain tu , masalah kegatalan dan bau yang tak menyenangkan juga boleh dirawat dengan Pencuci Wanita Sumber  Ayu. So ... Dila memang cadangkan kepada anda semua untuk menggunakan Pembersuh wanita tersebut dengan cara konsisten pada setiap pagi dan malam sebelum tidur untuk memastikan Miss v dalam keadaan bersih dan bebas kuman... Jika mengalami masalah keputihan yang teruk, jangan lupa juga selalu tukar underware untuk memastikan keadaan didalam tu sentiasa bersih dan kita juga selesa... Jangan harap muka cantik je lebih! Tapi kan? Hahaha



Apa yang menarik tentang Pencuci Wanita Sari Ayu sekarang?

Apa yang menarik tentang Pencuci Wanita Sari Ayu sekarang?

Nah... Sape tak kenal produk Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU ni! Ramai juga sudah tahu produk pencuci ni memang elok untuk wanita...  Oleh itu, selari dengan peredaran masa, kini Pembersih Wanita Sumber Ayu kini dah tukar wajah baru yang lebih segar .  



Tahukah anda!

Sebahagian erti menjadi "Dewasa" adalah mampu mengetahui dan memahami keadaan keperluan tubuh badan.Kebersihan tubuh badan amat penting terutamanya pada kawasan intim.

Bahagian intim wanita merupakan tempat tinggal jutaan flora dan bakteria yang membolehkan kita menjalani kehidupan seharian tanpa sebarang gangguan dan perasaan tidak selesa pada kawasan tersebut.Bakteria yang membentuk sebuah ekosistem smula jadi ini memberikan keseimbangan tahap pH serta melindungi kawasan tersebut daripada sebarang jangkitan dan ancaman bendasing. Bertentangan dengan kepercayaan umum, membersih kawasan intim dengan menggunakan sabun dan air akan mengganggu keseimbangan semula jadi, lantas mendedahkan anda kepada risiko jangkitan. 


Lengkapkan rutin penjagaan peribadi anda dengan Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU, diformulasi dengan bahan semula jadi agar kawasan intim wanita sentiasa dalam keadaan sihat dan bersih serta bebas dari bakteria jahat, kegatalan dan juga bau yang kurang menyenangkan. Kawalan pH pada paras pH3.5 merupakan paras ideal agar ekosistem berada dalam keadaan baik.
Bahan utama ekstrak Daun Sirih kini dipertingkat dalamPembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU bagi membekalkan perlindungan tanpa bakteria. Formulasi ini diperhebat dengan wangian semula jadi yang memberikan kesegaran berpanjangan.
Selari dengan peredaran masa, Pembersih 

Bahan utama ekstrak Daun Sirih kini dipertingkat dalam  Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU bagi membekalkan perlindungan tanpa bakteria.Formulasi ini diformulasikan dengan wangian semulajadi yang memberikan kesegaran berpanjangan.


Antara kelebihan Pembersih Sirih SUMBER AYU ia terdapat 6 jenis bauan yang menarik dan pelbagai. Ia sesuai bagi semua wanita peringkat umur tidak kira remaja mahupum dewasa...

Disini merupakan antara 6 jenis rangkaian Pembersih Wanita Daun Sirih :
1. Pembersih Wanita Daun Sirih Sumber Ayu Orkid terdapat haruman segar dari kuntuman orkid, memberikan wangian ringan dan bersih yang kekal sepanjang hari. Ia amat sesuai buat wanita ayu yang sentiasa mengekalkan keanggunan pelbagai cara.

2. Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU Mawar pula terdapat wangian mawar mekar yang manis memberikan aroma yang menenangkan dan rasa bersih sepanjang hari. Pilihan sesuai bagi wanita yang berjiwa romantis.

3.Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU Floral merupakan kombinasi percikan aroma pelbagai bunga memberikan rasa segar sepanjang waktu . Ciptaan ideal bagi wanita yang sentiasa ceria dan bersahaja.

4.Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU Musk mengandungi Aroma semula jadi  kasturi yang ringan menyuntik kesegaran optimum agar kekal sepanjang hari. Varian ini sesuai dengan wanita yang sentiasa kehadapan dan menikmati haruman patchouli yang terkenal dengan nuansa anggun.

5. Pembersih Wanita Daun Sirih Ayu Gambir terdapat bauan herba yang sangat hatrum serta memberikan kesegaran semula jadi. Pilihan terbaik buat wanita klasik yang sofistokated dan menghargai sentuhan di dalam kehidupan.

6. Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU Fruity Aroma manis buah-buahan tropika yang mampu memberi rasa berseih dan segar sepanjang hari. Pilihan terbaik bagi si gadis yang ceria , lincah dan sentiasa bersedia dan yakin dalam apa jua keadaan
· 

Rangkaian Pembersih Kewanitaan Daun SirihSUMBER AYU boleh didapati pada harga RM 3.60 (90ml) dan RM5.80 (200ml). Rangkaian penjagaan kebersihan berkualiti SUMBER AYU ini dibawakan kepada anda oleh WIPRO UNZA. Produk-produk SUMBER AYU kini terdapat di semua pasaraya utama, dan farmasi. 


Untuk maklumat lanjut ,sila hubungi Hasif Hazizan 018 322 5742 | hasif.pr@gmail.com
@
Shu Zakaria 03 3225 742 | shuzakaria@gmail.com


Friday 9 September 2016

Tahfiz Bertaraf Antarabangsa Pertama Di Asean , RIQZ Islamic School




Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Ini merupakan buat pertama kalinya dengar Sekolah tahfiz bertaraf  antarabangsa. Bila kita bercakap tentang sekolah tahfiz,  majoriti semua diantara kita akan terbayang satu sekolah yang ketinggalan zaman. Sekolah yang hanya mengajar anak2 untuk mengaji,  menghafaz dan sebagainya. percaya atau tidak,  saya yakin semua yang membaca artikel ini akan mula berubah fikiran dan kagum dengan sekolah tahfiz yang akan saya ceritakan ini. Dan pasti ada yang berhasrat hendak menghantar anak mereka ke sekolah ini. Hal ini kerana,  saya sendiri terkejut dan kagum dengan sekolah tahfiz tersebut

kenapa?  mengapa? pasti anda ingin tahu bukan?  disini dila akan menceritakan serba sedikit tentang sekolah tahfiz yang serba canggih bertaraf international ini berdasarkan lawatan dila dan beberapa lagi blogger lain ke sekolah tahfiz yang bertempat di sungai ramal, Kajang .


RIQZ Islamic School merupakan sekolah tahfiz yang bertaraf antarabangsa. Wau! high class buka bila dengar sekolah tahfiz diiktiraf sebegitu? Dengar nama pun nampak begitu gah sekolah tersebut! Ya memang gah sangat! Bila sampai sekolah tersebut Dila sendiri terpegun dengan bangunan dan persekitaran sekolah yang cantik malah security disekolah tersebut sangat bersistem dan jijamin selamat untuk anak-anak.Sebagai ibu bapa pasti ingin mengutamakan keselamatan anak-anak anda bukan?

Bercerita tentang sekolah tahfiz  sebagai ibu bapa pasti menginginkan terbaik untuk anak-anak anda. Banyak kebaikan yang berguna bila menghantar anak-anak anda sendiri kesekolah tahfiz. Lagi-lagi bila menghantar anak ke sekolah Tahfiz yang bertaraf antarabangsa! Wau! Sebelum ni selalu bayangkan kalau dah sekolah tahfiz saje mesti sekolah tersebut tu antaranya dipondok, dikawasan pinggiran atau pun bangunan rumah kedai gitu! Namun berbeza sekali dengan  tahfiz RIQZ Islamic school yang terdapat bangunan sekolah tersendiri yang sangat cantik dan luas malah kaedah pembelajaran yang di sesuaikan dengan minat kanak-kanak untuk belajar dan fasiliti bertaraf 5 bintang.


Keunikan sistem pembelajarannya seperti yang diamalkan di negara Finland dan Jepun yang menggunakan konsep "play based learning " di tambah dengan kaedah penghafalan tahfiz moden menjadikan sekolah ini berbeza dengan sekolah lain. Sepert kita ketahui sistem pembelajaran di sekolah kerajaan sepertimana jauh sekali berbeza dengan sekolah tahfiz? pasti anda tahu sistem pembelajaran di Jepun bagaimana kan? sangat bersistem dan diajar untuk menjadi seorang disiplin juga diterapkan... Anda sendiri pastii menginginkan anak anda untuk menjadi seorang hafiz dan hafizah bukan? In sha Allah pasti akan berjaya di dunia dan akhirat.




Untuk pengetahuan semua, sekolah RIQZ Islamic School belum beroperasi sepenuhnya hanya kini dibuka bagi pelajar sesi tahun 2017.Sekolah tahfiz ini telah mendapat kelulusan dan sokongan sepenuhnya dari pihak kementerian Pendidikan Malaysia pada Julai yang lalu ini telah ditubuhkan oleh Abdullah Firdaus Bin Abd Jalil (29 tahun) , yang bertindak selaku ketua dalam projek ini sambil dibantu oleh Dr Shiefa (27 tahun), Mohd Azzizat Bin Abdul Rahman (28 Tahun) dan Khairul Azwan Mohd Shafee (24 tahun). Wau bangga nya bila orang kita sendiri yang menubuhkan sekolah Tahfiz yang bertaraf antarabangsa. Mereka juga telah mengubah pandangan semua orang tentang sekolah tahfiz dan memartabatkan lagi sekolah tahfiz setanding dengan sekolah antarabangsa.




Sekolah yang terletak di Sungai Ramal Dalam , Kajang ini mempunyai 16 buah kelas, Auditorium , Bilik Permainan , Padang Bola serta kemudahan asas yang lain. Keunikannya juga melalui penggunaan Ipad yang dijadikan sebagaibalat bantu mengajar khususnya dalam subjek hafalan Al-Quran. Selain itu , penerapan Ilmu Falak dan Astromoni Islam serta Robotik turut diperkenalkan sebagai aktiviti tambahan kokurikulum selain dari aktiviti yang sedia ada. Sesi pengajian pertama akan bermula pada Januari 2017 dengan mensasarkan pelajar seramai 300 orang untuk permulaan..
Antara program wajib diutamakan untuk diajar disekolah tahfiz adalah subjek :

1. Hifz Al-Quran
2. Tajwid
3.Tafsir Al-Quran
4.Adab Hamalatul Quran

Selain itu Module Islam Dibawah KSSR iaitu :

1. Tauhid
2. Feqah
3. Akhlak
4. Sirah
5 Khat & Imla'

Kebiasaan kalau dah sekolah tahfiz pasti ingat Bahasa Arab atau Bahasa Melayu merupakan Bahasa penghantaran... Tetapi RIQZ Islamic School juga menggunakan Bahasa English untuk berkomunikasi. Wau ia sangat setanding dengan sekolah International penggunaan bahasa English adalah sangat penting untuk sekarang... Kerana dimana-mana kini berkomunikasi menggunakan bahasa English. Sangat berbaloi hantar anak anda di RIQZ Islamic School.


Buat anda yang berada di sekitar Bangi, Kajang dan Putrajaya Rizq Islamic School juga menyediakan kemudahan pengangkutan khas untuk mengambil dan menghantar anak anda kesekolah. Kelas bermula pada 8 pagi sehingga 4.30 petang. Ibu Bapa juga boleh untuk mengambil anak mereka sehingga jam 7 anak-anak anda akan dipantau oleh guru-guru jadi tidak perlu risau . Caj tambahan dikenakan jika lebih masa yang ditetapkan.


Terdapat banyak kemudahan di RIQZ Islamic School antaranya adalah:

Disini terdapat library yang selesa untuk pelajar belajar dengan santai 
Playground
Art Room
Student locker
Hall
Auditorium

Study Area
Football Field

Gym

Amacam? ok sangat kan RIQZ ISLAMIC SCHOOL? Untuk pengetahuan semua ada berita baik buat pengambilan sesi Januari 2017ianya ditawarkan kepada 100 orang terawal dimana harga pendaftarannya hanya RM580 sebulan berbanding harga asal RM600 sebulan adalah untuk ower grade manakala RM700 sebulan untuk upper grade. Untuk yuran tambahan dikenakan RM200 sebulan adalah untuk kafe yang menyediakan makanan 3 kali sehali.

Antara rakan blogger yang hadir semasa sesi pengenalan RIQZ Islamic School seramai 10 orang.
With blogger Neyra & Kak Nani
Tak lupa juga ucapkan terima kasih sebab susah payah teman kita :)


Jum saksikan sebanyak sedikit Official Video di Riqz Islamic School sebagai pengenalan :)



Untuk maklumat lanjut :
Nama Sekolah : Sekolah Islam Rizq
(Diuruskan oleh Rizq Educare Sdn.Bhd (1180223-T)
 Alamat Sekolah : Wisma RIZQ, Lot.1456-2, Jalan Cempaka Off Jalan Teratai, Kampung Sungai Ramal Dalam, 43000 Kajang , Malaysia.
Tel : 03 8912 0447 / 018 961 1615 (Whatsapp)

Tarikh Kelulusan : 14 Julai 2016
Laman Web : www.rizq.edu.my
Facebook : https://www.facebook.com/rizqschool/
Imstagram : RizqIslamicSchool
Twitter : https://twitter.com/RIS_School

Penasihat Sekolah :
Professor Dr. Sharifah Maryam , Felo Kehormat Fakulti Kepimpinan dan pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Dapatkan Baju kurung Gulatis di Lazada

Baju kurung merupakan pakaian tradisional bagi wanita melayu. Kebiasaan baju kurung digunakan semasa menghadiri majlis perkahwinan , majlis agama dan Majlis rasmi .Di Malaysia secara am nya seluruh wanita melayu memakai baju kurung sebagai pakaian tradisi... Terdapat pelbagai Baju kurung yang direka mengikut pelbagai reka bentuk... Ciri-ciri  Baju Kurung yang pastinya adalah mestilah sopan , tutup aurat dan pastinya mengutamakan keselesaan pada baju tersebut.




Oh ya...Bila bercerita tentang baru kurung , baru-baru ni Dila dapat hadiah Baju Kurung Gulatis daripada Lazada Malaysia yang ditaja  sendiri oleh jenama Gulatis. Wau ! bila dapat je Baju Kurung tu macam tak sabar nak pakai! Ramai juga dikalangan rakan dila yang dah menggayakan baju Kurung Gulatis! nampak cantik dan bergaya bila rakan dila mengenakan baju kurung tersebut! Kalini Dila diberi peluang oleh pihak Lazada untuk menggayakan baju kurung Gulatis tersebut!



Pasti ramai yang tertanya Baju Kurung Gulatis original atau tidak?

Untuk pengetahuan semua Baju Kurung Gulatis yang dijual di Lazada adalah original dan bukan tiruan seperti yang dijual di pasar malam atau jualan online yang tidak sah... kerana terbukti
semasa dila mengenakan baju kurung Gulatis ini kainnya sangat selesa dipakai dan kita sendiri boleh membezakan bahannya adalah yang asli ataupun tidak... Seperti yang sedia maklum Lazada merupakan jualan online yang sangat popular diseluruh negara oleh itu Lazada sangat menitikberat tentang kualiti produk untuk dipromosikan ! So semua tidak perlu risau okay ! Dila jamin semua yang dijual di Lazada adalah original...

Muka Happy Dapat Baju Kurung . Thank You Lazada


Rezeki Raya AidilAdha
Apa yang menariknya ! Di Shopping online Lazada kini telah menawarkan harga yang eksklusif oleh pemilik jenama Gulatis. Bagi penggemar Gulatis! Anda boleh mendapatkan Baju Kurung Gulatis di Lazada terdapat juga banyak reka bentuk yang menarik mengikut trend terkini buat wanita Melayu yang suka menggayakan baju kurung... Selain itu, untuk pengetahuan semua harga di Lazada lebih murah berbanding ditempat lain kerana diberi harga eksklusif oleh pemilik brand tersebut...

pada yang berminat untuk dapatkan Baju Kurung Gulatis boleh klik link dibawah  
http://invl.co/gan

Selfie sikit...otw pergi wedding

Selamat pengantin Baru Yoi & Rina
Kepada pelanggan setia Lazada Dila nak kongsikan sikit voucher code yang anda boleh guna. Untuk pengetahuan semua kini Lazada tengah melangsungkan  " MY FASHION BIG BRAND SALE" bermula dari 5 September 2016 sehingga 11 September 2016.

Untuk kempen ini anda boleh menekan voucher berikut :



Voucher code : FABIG20
Tarikh Tamat :11 September 2016