Monday 29 August 2016

Enjoy with my tummy layan Nasi Kukus Ayam Daun Pisang @ petaling Jaya



Alhamdulillah ! Jemput tengok semua! Ni dia dapat jugak makan Nasi Kukus Ayam Daun Pisang kat Petaling Jaya... Mood macam nak makan masakan ala-ala kampung je! Tak sangka dah lama sebenarnya nak cari Nasi Kukus Ayam ni!  dulu dapat makan  kat tempat study Dila kat kawasan keramat ! Now dah tak jalan kesana dah ! Kita layan Nasi Kukus di Area opis petaling jaya pulak kat sini pun ada...Kita berhijrah pulak yer! Office sekarang kat Petaling Jaya... So hari-hari ulang alik ampang PJ... Hihi

Actually ! Rindu nak makan dengan classmate . Dulu time study selalu makan nasi kukus  ni ramai-ramai.Balik dari class je layan!Tapi dah tak dapat jumpa dah kan dulu masa study lain lah cter sekarang semua dah buat haluan masing-masing!  So harini Dila lunch dengan officemate jelaa... Waa layan pulak...

Office mate dila ni sebenarnya 1 kolej dengan Dila dulu , sama batch but tak sama class lah. Dia amek design dila course lain... dan boleh pulak satu tempat kerja , dah 2 minggu Ruhi bekerja baru tahu yang dia ni sebenarnya satu kolej dengan Dila... hahaha sabar jelaa tahap lupa nye... naseb lah dapat offficemate pun satu kepala yg suka jalan-jalan cari makan... Ni pun kami berjalan sebenarnya...hahaha.. tetiba ternampak kedai Nasi Kukus...

Okay ... Nasi Kukus Ayam Dara kat sini rasa dia memang sedap kena lak tu dengan harganya murah pun murah...okay yang bestnya sambal dia pedas secukup rasa kena lah dengan dila yang hantu pedas ni...hahaha...So... Lepas ni bila rasa teringin nak makan Nasi Ayam Kukus boleh layan kat sini lagi... Walaupun hanya kat tepi jalan tapi kat sini meriah beb... Banyak pilihan makanan yang ada... Macam nasi campur , nasi lemak... Tapi harini tekak macam nak makan nasi Kukus... Hehe...

Well...! Apapun kat sini memang terbaik... Akak kat kedai ni pun peramah ... sesiapa org petaling Jaya please tegur-tegur dila yer...saya kat sini orang baru.. hahaha... mana tahu time lunch boleh lunch sesame! hihihi...

Okay bye~ Dah masuk waktu bekerja sempat tu nak update... hehehe...  Happy working!

Terima kasih kerana membaca 

Sunday 28 August 2016

Blog baru saya

Assalamualaikum...



Hi kepada pembaca dillasygs.com  terima kasih kerana setia membaca blog Dila tu... Btw Dila create blog baru ni sebab account Dila asyik kene hack... Ada pernah sekali tu seminggu tak boleh nak log in tak tahu siapa punya kerja lah... Stress nya... so baik Dila move cepat...

Untuk pengetahuan semua lepas ni Dila akan lebih rajin untuk kongsikan aktiviti-aktiviti yang dila lakukan... hope korang stay tune dengan blog baru dila ni okay...Terima kasih kerana menyokong Dila dari pelbagai aspek...Dila doakan korang semua murah rezeki dan terus maju jaya... yeay!

Oh ya? Ada yang belum follow my Instgram & Twitter? Boleh follow dillasygs nanti Dila akan follow balik...

Terima kasih kerana membaca.... 


Friday 26 August 2016

Bathrobe @ Jubah mandil termurah online!

Hai semua! kepada sesiapa yang tercari-cari mana nak dapatkan Bathrobe @ Jubah mandi yang 100% kain cotton ! Mudah serap air pula tu! Bulu tak mudah tanggal ! Senang citer Kain bermutu tinggi lah ... :) Harga pun murah jugak!

Kebanyakannya orang yang sudah berumah tangga yang akan mencari mana nak dapatkan Jubah Mandi ni! dan tidak  semestinya juga untuk orang yang telah berkahwin yang cari... Kepada si segan-silu nak berkemban kat rumah tu silalah pakai Bathrobe yer! Faham sangat sebab kita pun pemalu nak berkemban kat rumah ni tu dah siap ada dah ... hihi... Dah besar? Malulah nak berkemban depan ayah... hahaha

Taknak citer panjang ! Meh sini Dila nak share sikit gambar Bathrobe @ Jubah Mandi 5 colour je yang available! Apapun laki dan perempuan boleh pakai yer! nak beli untuk hubby pun boleh.. Sebab ada set couple juga!

Pssstttt!!!Jangan rambang mata ! (^^,)

Bathrobe @ jubah mandi termurah online!





Bathrobe @ jubah mandi termurah online!

Bathrobe @ jubah mandi termurah online!



Bathrobe @ jubah mandi termurah online!


Set kanak-kanak dan remaja ada juga nanti kita akan update juga :)

Korang boleh order kat Dila yer! Dropship diperlukan! kepada sesiapa yang berminat nak jadi dropship sila tinggalkan komen dibawah.

Info :
Harga : RM79.00 Inc postage (SM)
Add RM10 (SS)

Contact person : 012 259 8815 Call | Whatsapp


Monday 22 August 2016

Lunch "Shushi King" today With My Lovely bos !

Assalamualaikum semua !

Happy working uols ! Lunch apa harini? Macam mana kerja hari ni? Okay tak? Jangan stress stress okay ! Biasa lah dah nama kerja tu mesti stress punya ! Hope u guy bijak untuk menangani stress ! Hahaha...


Hmm Dila baru habis lunch dengan bos Dila ! Menu lunch hari ni kita lunch Shushi King ! Dah lama tak makan shushi... Thank you kak Leny cayang ! Belanja big lunch harini... Hmm Alhamdulillah !


Layan shushi king kat Ampang Point . Saje nak feeling feeling kata nya orang ketiga nak makan ikan Salmon... Hihihi.... Kita bekerja sebagai PA so kadang kadang ikut bos keluar ... G meeting ! Lunch ! Gi dating ! Hihihi....


Bermacam macam menu yang bos Dila order harini Dila ... Sekali sekala kena merasa jugak time lunch! Lagi pun dila tak suka nak makan makanan heavy time lunch ... Nanti mesti mengantuk... Hahaha...

Jarang sangat nak makan banyak2 sebab nanti buat kerja kelaut ! So kena lah dengan menu harini makan Cuci... Hehehe... ! 

Apa pun harap semua enjoy okay ! Enjoy your work ! Enjoy your life ! Hihihi... Happy working semua ! Semoga diberkati olehnya... Amin ya rabbil alamin !

Thank you semua sudi membaca !

Sunday 21 August 2016

Me shooting product Nuz Cosmetic at "Selamat Pagi Malaysia" Rtm Tv1

Dah setahun pun berlalu! Saje nak throughback  !ni nak intro sikit untuk produk Kecantikan NUZ Kosmetik yang terdapat pelbagai produk kecantikan antaranya Losyen , Sabun muka dan foundation muka... Ini merupakan produk client bos Dila masa ni ada Shooting untuk rancangan "Selamat
 Pagi Malaysia" di RTM Tv1 bersama pemilik produk Nuz iaitu Nur Uyun Zainudin dan ibunya...

Wauuu! Ini merupakan buat pertama kalinya untuk Dila shooting video masuk TV... Masa ni mula-mula taknak sebab tak prepare apa pun nak shooting...Baju pun pakai baju kerja ingat nak kena teman last-last boleh terjebak sekali... Hahaha...  Tapi okay lah nak tahu jugak pengalaman shooting masuk Tv tu macam mana.. Just ambil peluang! Tapi bila dah shooting bukan senang weh! Bila kat depan kamera photographer lain macam sikit nervous dia tak sama macam mana buat video fon tu... lain bila buat video syok sendiri dengan yang professional... hehe... cuma masa ni confident je walaupun tgah gugup depan camera...

Untuk watak Dila masa shooting ni Dila sebagai pengguna tegar bagi produk Nuz Kosmetik iaitu cara penggunaan foudation muka... Jeng Jeng Jeng! Nah hasil lepas pakai foundation Nuz Kosmetik masa shooting... Dila tenyeh2 jer asalkan nampak lah muka ber foundation... Kalau tak muka jenis pucat lesu...Okay Lepas pakai foundation ni adalah rupa orang sikit...Sebab jenis malas nak bermake up... Maklumlah time ni Dila student intern je... Belum masa nya lagi nak bermake up bagai... Cuma ambil kesempatan time shooting je nak melawa-lawa dengan pakai produk Nuz... hehehe... amacam putih tak muka? ... Nak bagitahu Dila ok! nanti kita roger owner!

Me!


Bersama pemilik [roduk kecantikan Nuz Cosmetik Nur Uyun Zainudin

Behind the scene!


https://youtu.be/2PCQn5VyEiM

Saturday 20 August 2016

Kuala Lumpur Fashion Week ready to wear 2016!

Salam uols! Maigod terujanya malam show event Kuala Lumpur Fashion week ready to wear 2016 #KLFRTW2016 at Pavillion  , Kuala Lumpur. Terdapat banyak koleksi menarik yang telah diperagakan oleh fashion Malaysia kita. Antaranya daripada wanda , Haydenkoh , Jimmy Lim Georgina by Nur Fazura dan Syaiful Baharim.


KUALA LUMPUR FASHION WEEK merupakan platform untuk pereka fesyen Malaysia mempamerkan terus kepada pengguna . Serta acara tersebut merupakan kekuatan untuk menonjolkan kretiviti pereka fesyen Malaysia ...

Pada majlis tersebut sempat juga bergambar dengan Artis tempatan antara artis yg turut hadir bagi merasmikan majlis tersebut ialah Nelydia senrose, Fatya Latiff , Fasha sandha , dan ramai lagi artis yg hadir...
With Nelydia senrose & Fatya Latiff




With blogger friend iena eliena
With zay zaynuddin

  

Weekend with 3 kids at KLCC

Assalamualaikum... Hi ! Adik adik ! Selamat berhujung minggu semua! Apa aktiviti uolls hujung minggu ni? Duduk rumah rehat? Tengok wayang? Shooping? Wau macam macam aktiviti yang boleh kita buat pada hujung minggu ni! Almaklumlah setelah hari biasa kita penat bekerja mesti hujung minggu kita nak buat sesuatu untuk diri sendiri ye dak?

Okay pada hujung minggu yang lalu ada lah 3 ketul budak comel request kak Dila nak g KLCC naik bas, dah plan tu nak naik bas 2 tingkat , nak duduk kat atas tu... Okay kak Dila kata boleh , janji uols jangan nakal2 ye? Kak Dila ni gelabah sikit nak jaga budak tak dengar cakap sebab takde adik... Korang jelaa adik kak Dila...

Haha... Okay dah naik bas g KLCC Dila bersama 3 ketul budak comel je bila dah sampai kita cari air smoothy dulu 4 orang so 4 air lah lain2 perisa... Sedap weh ! First time beli untuk diri sendiri. Sebelum ni share je mampoo!!!

Alhamdulillah kak Dila senang sangat dengan Addiena , Adam & Alif sebab dorang ni budak baik dengar cakap ... Kak Dila marah2 sikit tu sorry lah eh taknak korang terlepas dari kak Dila hilang lak kak Dila yang kene nanti dengan mommy uols! Hehehe... Dah jum jejalan kita lepak kat luar tengok kolam renang , g taman main buaian , main gelongsor , usha mat Bangla amboi suka korang kene kan kak Dila ni mentang mentang takde boy friend ! Hahaha k fine kak Dila suka!

Takpe kak Dila tengok je korang main ambil gambar korang tengah main buaian , kang kalau kak Dila yang main nanti kene tiup wisel dengan body guard ! Hehehe...

Tengok budak Adam ni tak sangka lak dia ni suka bergayut ! Lepas lak tu dia buat Kak Dila ambil gambar je ok tak mampu nak lawan sebab tempat gayut tu pun tinggi kak Dila je... Hahaha... So dia lawan dengan si dedek alif jer !

Kak Dina lepak dengan kak Dila okay cerita masalah peribadinya... Sementara menunggu tengok wayang kami meluangkan masa dulu bermain ditaman...


Antara movie yang kami pilih untuk tonton wayang adalah movie Ghoost buster ... Layan jugak citerni. Lepas tengok movie Kak Dila dan budak comel tak sabar nak naik bas 2 tingkat mula-mula bas penuh... Bas kedua baru takde orang... Hehe yang best nya dorang semua excited nak naik bas 2 tingkat tu... Kami merancang perjalanan kami daripada KLCC turun ke Ampang Point untuk singgah ke Mcd kebetulan bas 2 tingkat pun tak jalan kerumah kami... So kene naik 2 bas lah... hihi...

Okay adikadik apa pun kak Dila nak korang enjoy okay! dah rasa kan macam mana naik bas masa balik kerumah... macam2 orang korang dah jumpa dalam bas.. Amacam best tak? hihi...

Next tike kita keluar sama-sama lagi yer! 

Saturday 6 August 2016

Majlis Bloggers Raya 2016 Sajian d-Hidang

Welcome Ogos! Assalamualaikum! Semoga hari ini lebih baik daripada semalam. Belum terlambat lagi untuk Dill ucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri Maaf Zahir batin kepada semua pembaca . Maaf jika ada salah silap ya!



Almaklum lah dah hujung-hujung bulan ni ramai yang buat open house... Tapi ada jugak yang kita tak sempat nak singgah.. Sorry yer! tak sempat nak datang jadual pack sangat...Dila pun slow2 tgah nak belajar manage schedule ! hehehe...

Apa yang menarik pada tahun ni untuk pertama kali Dila beraya bersama rakan blogger yang dianjurkan oleh Hai Blogger! di majlis Blogger Raya 2016 Sajian D-Hidang.

Majlis tersebut disambut meriah oleh blogger... Terdapat juga ramai blogger yang hadir... Yelaa majlis tersebut diadakan pun setahun sekali....


Bersama pengasas Hai Blogger Halim Nadzeri

Dila bersama pengasas Hai Blogger iaitu Halim Nadzeri... Hai Blogger ditubuhkan dari tahun 2013....Tujuan utamanya adalah untuk mengumpul blogger-blogger di dalam satu komuniti blogger yang bergerak aktif dengan pelbagai aktiviti menarik dapat memberi aktiviti manfaat serta peluang kepada blogger untuk dikongsikan. Tahniah Halim muda-muda lagi dah berbisness. Semoga terus maju jaya.... 



Wau nampak eksklusi sangat majlis tersebut... Untuk oengetahuan semua Sajian D-Hidang berpengalaman selama 14 tahun dalam industri makanan dan katering . Yang paling  menarik D-Hidang telah diberi kepercayaan untuk menguruskan hidangan buat Timbalan Perdana Menteri serta orang - orang kenamaan.

Bersama rakan Bloggers Rafzan , Twins  dan Iena Eliena

Di sekitar majlis ini aturcara disusun sangat rapi... Pada mula-mula sampai ke majlis tersebut cuaca macam nak hujan. Tapi tak hujan pula... Hehe... Time ni baru balik kerja tu yang tak pakai baju raya tu... Almaklum lah kalau sis balik rumah bersiap memang pukul 9 malam  baru sampai.


Happy Birthday Dear Neyra :)
Pada majlis tersebut ,  berkesempatan buat suurprise birthday Neyra... Okay nampak sweet sangat diorang ni... Ehh cepat sikit tak sabar nak rasa nasi minyak uolls! 
Bersama Iena Eliena dan Khir Khalid
Iena Eliena Bersama Blogger Twins Ehh suka tengok gambar ni
Eh kita sempat selfie dengan kembar Emma Maembong Sufila nama Dia.... Cantikkan? Pada malam tu dia jadi emcee majlis

Bersama Kak Hunny dan Kak Iena
OOTD bersama Iena Eliena tak lupa juga abang Boni kat belakang tu
Bersama pengasas Blog Retis , Sape tak kenal Bro dan kak Iera ... Comel Baby 2 orang tu
Blogger yang sangat cute Zira

Antara makanan yang dihidangkan oleh D-Hidang pada blogger Raya. Nampak sangat menarik kan? Memang sedap sangat makanan dari D-Hidang...Kenyang perut sampai esok pagi... Sorry tak dapat share gambar makanan banyak.. Sebab masa ni sibuk dengan makan je... Terima kasih buat majlis yang meriah macam ni... Siap boleh tapau balik lagi. ! Gituw... 

Jangan lupa cuba service dari D-Hidang memang sedap dan berbaloi sangat... Kalau nak service D-Hidang sila contact :

Tel : 03 5510 8776 / 9776 / 3773 / 03 5519 3773
Fax : 03 5511 4076
Email : sajian_dhidang@yahoo.com.my

Contact person :
Tuan Haji Mashadi : 019 231 7733
Puan Hajah Marsidah : 019 272 7733
Puan Ruhani : 019 3328 484
En Zulah : 019 233 1727
Fanpage :Sajian d Hidang Catering

Alamat : 33 Jalan Tukul P15/P, Seksyen 15 , 40000 Shah Alam Selangor.

Tuesday 2 August 2016

Asianic CSR Program bersama Reen Rahim di Sekolah Jalinan Bimbingan Kasih ,Chow Kit


Asianic CSR program bersama Reen Rahim
Reen Rahim bersama Anak gelandangan

Wonderland Primary Sdn bhd dibawah jenama Asianic telah menjalinkan kerjasama dengan Sekolah Jalinan Kasih Chow Kit dengan mengadakan program untuk menceriakan dan memberi motivasi kepada anak-anak gelandangan dan yang kurang bernasib baik di sekolah tersebut. Terdapat pelbagai aktiviti yang menarik diadakan untuk menghiburkan hati mereka.

Asianic CSR program bersama Reen Rahim
Aktiviti memberi duit raya kepada pelajar Bimbingan Jalinan Kasih
Puan Leny Adam selaku pemilik syarikat Wonderland Primary Sdn Bhd amat berbesar hati untuk mengadakan rogram ini dengan matlamat dan tujuan untuk mengadakan sesi suai kenal dan memberi inspirasi kepada kanak-kanak tersebut supaya sentiasa cekal dan belajar bersungguh-sungguh untuk mendapat masa depan yang lebih cemerlang. Pada majlis itu juga, celebriti Asianic Reen Rahim iaitu artis muda yang sedang meningkat naik juga telah bersama-sama dengan kanak-kanak disekolah tersebut untuk memberi inspirasi dan semangat untuk mereka terus positif, rajin dan tekun dalam pelajaran.

Asianic CSR program bersama Reen Rahim
Team Wonderland Primary Sdn Bhd yang menjayakan program
Pada program itu juga, pihak Wonderland juga telah menyumbangkan produk penjagaan diri dari jenama Asianic dan juga sumbangan duit raya kepada kanak-kanak disekolah tersebut. Diharap dengan sumbangan produk ini, kanak-kanak ini akan dapat menjaga dan sedikit sebanyak akan berkongsi dengan keluarga dan orang sekeliling tentang kepentingan dalam menjaga kebersihan diri dan keluarga. Diakhir acara, kanak-kanak ini juga telah dihiburkan dengan persembahan badut. Jelas terpancar kegembiraan mereka walaupun dengan masa yang singkat, mereka bukan sahaja dapat berjumpa dengan celebriti kegemaran mereka malah juga telah mendapat jalinan kasih dari setiap tetamu yang hadir pada hari tersebut.

Asianic CSR program bersama Reen Rahim
Reen Rahim dan pemilik syarikat Wonderland Primary S/B Puan Leny Adam
Guru besar sekolah Bimbingan Jalinan Kasih Chow kit, Tuan Zukernai Fauzi  juga amat berbesar hati dengan kunjungan dari pihak Wonderland dan menurut beliau, sekurang kurangnya kanak-kanak yang berada disekolah ini akan dapat menyesuaikan diri dan  bergaul dengan lebih ramai masyarakat diluar.  Dengan cara ini akan dapat menambahkan keyakinan mereka untuk membesar seperti kanak-kanak lain yang seusia dengan mereka.

Asianic CSR program bersama Reen Rahim
Wajah anak gelandangn
Diharap dengan adanya Sekolah Bimbingan dan Jalinan Kasih (SBJK), Chow Kit ini akan memberi sinar baru kepada anak-anak gelandangan di sekitar ibu Negara. Pihak Wonderland juga berharap akan dapat kembali lagi pada lain masa yang bersesuaian untuk bersama-sama dengan anak-anak yang kurang bernasib baik ini.

Marilah kita melawat dan memberi sedikit perhatian kepada anak gelandangan di sekolah bimbingan Jalinan Kasih di Chow Kit.Saya amat rasa bertuah kerana diberi peluang ini untuk melawat mereka. Rasa amat bersyukur sekali bila kita rasa kita susah. Namun , Diluar sana ada yang lebih susah dari kita.

Untuk pengetahuan semua, Sekolah bimbingan jalinan kasih merupakan sekolah yang amat istimewa untuk kanak-kanak gelangan. Kerana sekolah itu diberi oleh kerajaan untuk kanak-kanak gelandangan yang berumur sekitar 4 hingga 19 tahun. Serta diberi makan sekali 4 hari. Sekolah ini hanya ada di Kuala Lumpur , Chow Kit sahaja. 

Produk Asianichalal

Antara produk asianic yang semakin berkembang dipasaran.
Boleh dapatkan produk ini di Pasarraya besar seperti di Aeon Big , Guardian , Kk Mart.
Akan datang ! Aeon Wellness dan Giant. 

Terdapat pelbagai produk penjagaan diri dibawah nama Asianic. Seperti Shampoo, Conditioner, mandian, body skrub,Spa salt, Ginger cream dan feminine wash. 

Untuk yang melayari atas talian, boleh juga melayari FB & Instagram Asianic Halal untuk maklumat dan aktiviti terkini yang telah diatur.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
Leny Adam
+6019 265 6687

WONDERLANDPRIMARY SDN BHD (877104-M)
No.17, Jalan PJS 5/26,
Taman Desaria,
46000 Petaling Jaya , Selangor.
Tel : +603 7782 6308    Fax :  +603 7783 6308

Web          : www.wonderlandprimary.com
Facebook : Asianichalal
Instagram : Asianichalal