Wednesday 23 March 2016

Tanah Aina Book Launch

Pada


Pada 21 Februari 2016 kalau korang nak tahu dila berasa teruja sangat bila dijemput hadir  ke majlis
"Tanah Aina Cofee Book Launch" di Restoran Saloma , Jalan Ampang.  Semasa pendaftaran , saya berasa amat seronok bila berjalan di sepanjang pintu masuk ke majlis tersebut dengan dikelilingi tumbuh- tumbuhan semula jadi dan juga terdapat pelbagai gambar berbeza Tanah Aina Resort.




Tanah Aina Cofee Book Launch telah dilancarkan untuk meraikan kisah kejayaan seorang wanita yang berwawasan, iaitu YBhg Kol Bersekutu (PA) Puan Sri To 'Puan Datuk Shariffa Sabrina Bt Syed Akil. Beliau merupakan pengasas Tanah Aina Resort, Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA) dan Sukan Wanita dan Yayasan Kecerdasan Malaysia(WSFFM).

Untuk pengetahuan semua , Tanah Aina Cofee Book Launch resort tersebut dibina  di tengah-tengah belantara hutan Hujan Tropika, kebun buah-buahan dan tepian pantai menghadapi Laut China Selatan. Manakala , restoran cafe beliau menyajikan pelbagai makanan melalui resepi-resepi dan dekorasi beliau sendiri.

Selain itu, kepada penggegemar sukan, Di Tanah Aina juga turut menyediakan pelbagai aktiviti sukan lasak berkonsepkan suasana hutan di beberapa resort penginapan Tanah Aina selain dari pusat Kecergasan Tanah Aina di Aras 2 & 3 , wisma Tanah Aina, Taman mesra Batu Tiga Shah Alam , Selangor. 

Buku yang didedikasikan khas buat suami, anak-anak keluarga dan sahabat handai tersayang sangat sesuai dibaca oleh sesiapa sahaja terutama wanita-wanita diluar sana sebagai inspirasi mencapai impian dan kejayaan mereka .

Tanah Aina Book

Dila Dengan Kak Iena Selfie Dengan Buku... 

Masa event dila jumpa pengacara TV1 rancangan "Apa Kata Wanita"




Buku Tanah Aina Boleh didapati di Tanah Aina Care & Restaurant , Shah Alam.
Harga Buku Senaskah berjumlah RM180.
Untuk mengetahui maklumat lanjut sila hubungi :-
Juliet : 016 609 0493
Neni : 010 226 5815
Hana : 011 3340 5359

Wednesday 2 March 2016

Uruskan bos aku kahwin aku yang lebih excited




Dah 2 malam aku tak tidur sebab nak uruskan bos aku kahwin... Aku yang lebih excited ni tolong uruskan homestay, hantar kad kat client, tidur 2 jam je... hmmm its ok aku rasa macam best lak pengalaman ni... yang lawak lupa nak pakai inai aku yang tolong deco siap bukak google naseb lah tak comot ... dah nak lelap mata aku tengok check list masa tu aku kejut kan dia tidur suruh pakai inai... hahaha... Begini lah tugasan Personal Assistant luar dalam aku yang kena belajar handle walaupun benda kecik... tapi ok lah aku rasa macam aku jadi bertanggungjawab lak walaupun diri sendiri ni masih terumbang ambing...

Aku rasa lega bila majlis dah settel... bukan senang sebenarnya nak handle bila org dah bagi kepercayaan macam ni... alhamdulillah bos aku dah selamat bernikah & sanding...


Dila nak ucapkan " selamat pengantin baru my lady boss & husband" semoga bahagia selalu... cepat-cepat dapat baby tau... Nanti nak gomol-gomol baby akak... hihihi...