Thursday 27 July 2017

Percutian yang mengagumkan di Ramada Plaza Melaka Hotel


Ramada Plaza Hotel Melaka
Assalamualaikum & Hai semua... Percutian yang mengagumkan di Ramada Plaza Hotel Melaka. Dila tahu sekarang ni pasti ramai yang tengah merancang untuk pergi holiday bersama orang tersayang... Sekarang dah hujung bulan 7 pejam celik pejam celik dah hujung tahun kan? Mesti nak pergi bercuti nak tenangkan fikiran.... Apa yang penting sekali kita nak tempat penginapan kita mestilah selesa dan nyaman... Feeling2 nak stay kat hotel 5 star kan? Kalau dah dengar hotel 5 star semua fikir mahal je... So Dila nak bagi info kat korang kat mana nak pergi tempat bercuti yang mengagumkan dan terdapat banyak tempat menarik dan hotel pun tiptop 5 star punya... Hmm macam dah lama sangat tak berjalan pergi Melaka , Melaka banyak tempat-tempat menarik uols ... Cer try buka web Traveloka apa yang menarik perhatian Dila di web Traveloka sekarang ni tengah menawarkan harga hotel 5 star yang murah iaitu Ramada Plaza Melaka Hotel ....



Dila nak menceritakan serba sedikit apa yang menarik kalau korang stay di Ramada Plaza Melaka Hotel, seperti yang kita tahu di Melaka terdapat tempat-tempat yang menarik perhatian pelancong dan banyak tempat yang boleh dilawati . Yang menariknya Ramada Plaza Melaka Hotel antara hotel yang berdekatan dengan pusat pelancongan seperti Jonker Street dan Bukit St.Paul. Selain itu juga berdekatan dengan Pusat Bandaraya Melaka dimana ianya hanya sejauh 2km untuk ke A Famosa , Dataran Pahlawan , Menara Taming Sari dan banyak tempat yang menarik korang boleh pergi.  Melaka banyak tempat menarik disekitar hotel ni yang hanya boleh jalan kaki tidak perlu cari parking.

Di Ramada Plaza Melaka Hotel , terdapat 5 bilik yang korang boleh pilih mengikut bajet antaranya ialah Premier Room, Executive Deluxe, Junior Suite, Club Room dan Suite Room.


Setiap bilik yang disediakan mempunyai kelebihan tersendiri . Dimana setiap bilik mempunyai kelengkapan perabot yang diperbuat dari kayu klasik dan mempunyai warna-warna yang neutral yang pasti akan dapat menenagkan setiap penghuni yang menginap dalam hotel ni. Bagi pendapat Dila ianya konsep hotel ini bagus kerana ia bercirikan klasik sangat sesuai bagi yang menginginkan percutian yang tenang dan santai...


Selain tu juga... Setiap bilik dilengkapi dengan TV, alat pemanas air , iron baju , design bilik yang cantik dan bilik yang luas... Melihat suasana bilik memang dila bagi 5 bintang lah... Memang lengkap selesa, bersih, servis hotel pun memang terbaik...
Ruang lobi
Ruang lobi
Ruang Lobi
Pemandangan yang indah yang terdapat di Ramada Plaza Melaka Hotel
Honeymoon
Kepada pasangan pengantin baru yang nak berbulan madu tu boleh buat macam ni kat bilik.. Haaa memang indah berbulan madu buat pasangan pengantin baru... 
Suasana persekitaran di Hotel
Gym
 Di Ramada Plaza Melaka Hotel juga terdapat pusat kelengkapan Gym... Buat korang yang suka dengan aktiviti sebegini boleh pergi ke Gym... Memang selesa , luas dan berbaloi ...

Malah buat kaum wanita juga boleh melakukan aktiviti memanjakan diri kerana di Ramada Plaza Melaka Hotel terdapat pusat rawatan spa uols... alolo memang berbaloi sambil bercuti menginap di Hotel 5 star yang harga mampu untuk semua disini terdapat semua kelengkapan... Kalau Dila suka abiskan dengan aktiviti memanjakan diri... Setahu Dila bukan semua hotel terdapat perkhidmatan Spa dan memanjakandiri macam ni...  So memang berbaloi sangat...

Kolam renang
Tak lengkap kalau pergi ke Hotel pasti kita nak lakukan aktiviti berenang lagi-lagi kalau bawa anak-anak mesti mereka lagi seronok... Sambil tu ibu bapa boleh bersantai melihat gelagat anak masing-masing... Best kan... Macam-macam kemudahan yang terdapat di Hotel ni...






Selepas satu hati korang bercuti jalan-jalan, melakukan aktiviti mesti perut terasa lapar kan? Haa hotel ni juga terdapat Restoran yang menyajikan  masakan Cina, masakan tradisional dan antarabangsa... Tinggal nak pilih makan yang mana satu ikut tekak masing-masing... Menu yang paling utama kalau suka makanan Cantonese Cuisine boleh cuba disini ... Selain tu juga, terdapat makanan Dim Sum dan pastnya ia halal... If korang nak makan Pasta or Pizza terdapat di Restoran Olio ... Banyak lagi menu-menu yang menarik ... Memang perfect servis yang ditawarkan di Ramada Plaza Hotel Melaka ni.

Dila memang sarankan untuk korang yang pergi Melaka boleh menginap di Ramada Plaza Melaka Hotel ya .... Jum lagi jum rancang percutian anda sekarang bersama Traveloka di Ramada Plaza Melaka Hotel ... Dapatkan latest promotions on Hotel Ramada Plaza Melaka di Website Traveloka sekarang !!! Jum guys !






Friday 7 July 2017

OEM (Original Equipment Manufacturer) berminat nak buat produk? #Meeting #PersonalAssistant #HotelHilton #Kopi #SkinCare


Now dah start busy... harini aku kene assist bos untuk meeting dengan Dato Mustapa Kamal nak buat product... Sambil meeting dan sekali lunch kat Hotel Hilton , KL Sentral...

Itenarary aku hari ni adalah , masuk office dan settelkan apa yang patut , Meeting dengan Dato kat Hotel Hilton dan lunch , rush pergi ke Kilang Coffee Tyzo di Gombak , Last sekali pergi survay market untuk cari sample produk... Nanti Dila akan share info sedikit berguna untuk korang yang nak buat produk yang tak syok sendiri...haaa... okay ni apa yang aku belajar harini lah sebab jumpa orang yang hebat dan berpengalaman... harap info ni sangat berguna okay...

5 jam meeting ... 

Ready for meeting
Sampai je kat Hotel Hiltoon bersama ladybos aku, kami brainstorm apa yang Dato nak , dan  memberi sedikit idea berkenaan nak buat produk apa dan nak marketkan kat mana... So Dato nak buat Coffee dan juga rempah-rempah untuk masak... 


Sambil meeting kami lunch juga... So yummy and happy Tummy... Lapar sangat masa meeting tadi perut pun dah berkeroncong dah... Thanks Dato belanja we all lunch... Okay lepas ni nak pergi Kilang Coffee Tyzo benda baru juga aku nak belajar sebab orang nak buat produk Coffee ni biasa skin care je... Kalau dah sampai Kilang sure dihidangkan sekali coffee kan... Lepas makan ni mata macam mengantuk... kikiki ... 



Banyak benda aku kene take noted harini... Masa ni adalah sesi untuk brainstorm pasal coffee... Kat market macam-macam coffee ada, kopi tongkat Ali, Kopi Kapal Api  Kopi Pak Belalang haa macam-macam lagi lagi lah... 
Sambil meeting sambil layan Coffee Tyzo ... First time aku minum kopi tapi tak sakit kepala... Haaa

Jum lah kita pekena Kopi


Lepas ni nak pergi Giant Batu Caves, tunggu tengok PA bawa troli. Hehe...  Nak beli kopi dan bahan rempah dan semua produk kopi dan rempah yang ada kat market ni...

Info harini... Untuk korang yang nak buat produk ... Dila tengok sekarang ni kebanyakannya produk yang syok sendiri... Lepas OEM, (Original Equipment Manufacturer) tak tahu nak marketkan kat mana, design pun tak menarik, harga pun tak sesuai...

If nak buat produk why not kene survay dulu kat Hypermarket dan beli produk tersebut sebagai contoh korang nak buat produk macam tu... dan boleh ubah sikit2 design... Kenapa boleh dijadikan sebagai contoh sebab kita adalah following produk2 dimarket ni... Bukan nak kene buat produk tu design sendiri dan syok sendiri...

If korang berminat nak buat OEM kuantiti paling minimum sila komen  pada blog Dila dan kita akan guide daripada A sampai Z... Boleh sekali meeting dan kita akan jelaskan dengan lebih lanjut.. Dan akan guide buat design , printing design , kita kana ajarkan juga nak marketkan produk kat mana... dan akan survay market? Trust me ok... Kalau berminat nak supply produk ke Hypermarket pun kita akan guide juga... Sebab bos Dila dah berpengalaman dalam bidang ni hampir 10 tahun... Sebelum ni dia pernah masukkan produk skincare kanak-kanak berjenama, Upin-Ipin, Boboiboy dan sekarang adalah produk Asianic Halal... Kalau perasan posting Dila , Dila banyak share pasal produk Asianic je... Hihi... Tapi kalau nak buat produk Dila prefer untuk buat jenama Skin Care... Sebab Dila satu office dengan kilang yang mengeluarkan produk Skincare... So boleh dapat minimum kuantiti tau...


Masa survay produk kat Hypermarket... 10 jenis kopi dah beli,.. Kebanyakan nya masa nak cari Kopi warna juga memain peranan,,, kebanyakannya packaging kopi semua warna hitam dan merah... kenapa warna merah? sebab merah adalah warna yang boleh buat korang lapar... ok tu yang aku dengar harini masa meeting just sharing... hihihi...

Thank you Dato bagi i angpau... Semoga murah rezeki Dato :) Amin2

  • Nanti bila produk dah siap Dila akan share juga pada my blogspot... Stay tune okay... Tak sabar nak tunggu Kopi siap ni... 



Neutrogena® Tampil dengan Fesyen Buat Pertama Kali Meraikan Keceriaan Kulit yang Sihat

Hai to all pretty... Ingat tak Dila ada buat review tentang produk kecantikan Neutrogena Happy Skin? Okay kalau nak baca boleh klik pada link ni http://bit.ly/2sWJjIg berkenaan entry Dilla yang lepas... 



Untuk pengetahuan semua sekarang terdapat juga fesyen yang memperkenalkan Neutrogena® Happy Skin 24/7 ,merupakan satu siri yang terdiri daripada 30 rekaan yang dishowkan di Mercedes-Benz STYLO AsiaFashionFestival (MBSTYLOAFF) 2017 pada 3 Mei 2017... 

Apa yang sangat best nyer ia dihasilkan oleh pereka fesyen tempatan iaitu Kititea Yiyi da Hazzer Wan Lee, yang terdiri daripada koleksi Happy Skin 24/7 yang melambangkan perasaan dan keceriaan seseorang apabila memiliki kulityang sihat dan cantik... Antara koleksi produk Neutrogena terdapat pembersih muka, scrub muka dan juga cleansing oil to foam. 


Neutrogena menggunakan fesyen sebagai cara untuk membawa kemen terbaru ini seperti kita semua tahu bahawa wanita dan fesyen tidak dapat dipisahkan.. Dengan koleksi fesyen yang telah dihasilkan adalah untuk meyakinkan para wanita diluar sana untuk menggunakan Neutrogena® sebagai produk harian untuk menyihatkan kulit supaya kelihata cantik , segar dan awet muda.

Menurut Julia Teo, Pengarah Pemasaran Bersekutu bagi Kumpulan Syarikat Konsumer Johnson & Johnson, yang memasarkan Neutrogena® di Malaysia, kulit yang sihat dan cantik merupakan salah satu sumber kebahagiaan wanita " Sebagai jenama No.1 yang disarankan oleh pakar dermatologi, kami percaya bahawa kecantikan bermula dengan kulit yang sihat - sesuatu yang dapat memberikan keyakinan positif dalam kehidupan harian mereka. Bayangkan perasaan anda apabila melihat kulit yang sihat dan berseri didepan cermin,tidakkah anda berasa lebih gembira dan yakin untuk memulakan hari anda? Sememangnya, kulit tang sihat mampu menggembirakan dan menceriakan seseorang dan inilah sebabnya kempen terbaru kami menampilakan Happy Skin 24/7 dengan Neutrogena®," Katanya.

Antara koleksi gambar masa fesyen show Neutrogena :
















Tambah Teo lagi: “Menerusi penampilan pertama kami dalam bidang fesyen di Mercedes-Benz STYLO AsiaFashionFestival 2017, kami berharap untuk memaparkan kegembiraan memiliki kulit yang sihat dan cantik, hasil menggunakan produk penjagaan kulit Neutrogena®, dan berkongsinya dengan para wanita Malaysia – dan cara yang terbaik untuk kami lakukan sedemikian adalah dengan menghasilkan sebuah koleksi fesyen, yang diinspirasikan konsep Happy Skin”!



Keunikan personaliti Kittie Yiyi dapat dilihat dalam setiap rekaannya, yang kebanyakannya riang, ranggi, namun bergaya. Cogan kata yang diamalkan oleh graduan Raffles Design Institute KL ini adalah: “Apa sahaja pun fesyen pilihan anda, pastikan ianya membuatkan anda gembira!”





Koleksi Kittie diinspirasikan daripada konsep gadis pantai yang sedang bercuti. Datang dari kawasan pantai yang jauh, gadis itu meneroka kawasan bandar dengan baju yang selesa dan bergaya. Keriangannya mampu membuat sesiapa sahaja tersenyum – dan ini jelas dari cara dia berpakaian. Memaparkan bayangan yang kembang, ropol, garis-garis bercorak riang serta corak hati, koleksi ini menonjolkan rasa yakin seorang gadis pantai dalam dirinya sendiri dengan ciri dan potongan lut sinar.




Koleksi fesyen Hazzer diilhamkan daripada percikan air – merupakan ciri utama rangkaian produk pembersih Deep Clean Neutrogena® dan langkah pertama untuk mengecapi Happy Skin 24/7! Garisan yang mengalir serta lapisan yang beralun digabungkan bagi menyerlahkan tenaga dan keindahan air dalam tona biru, hijau, oren dan merah jambu. Teknik hebat dalam memasukkan dan melapiskan pelbagai material yang berbeza seperti denim, organdi, kulit PU, sutera kapas dan fabrik yang telah diwarnakan memberikan kesan 3D unik yang mempunyai pergerakan seakan-akan air.

Saksikan kemunculan fesyen pertama Happy Skin 24/7 Neutrogena® di Mercedes-Benz STYLO AsiaFashionFestival 2017 dalam talian! Maklumat lanjut di laman Facebook dan Instagram Neutrogena®:


Antara koleksi produk Neutrogena Happy Skin :





Memang tak dinafikan Neutrogena antara produk yang mempunyai keunikan tersendiri... Untuk wanita diluar sana Dila cadangkan untuk gunakan produk Neutrogena pasti akan mendapat kulit yang cantik dan sihat....

Mana nak cari produk ni boleh dapatkan diseluruh pasaraya berdekatan ya... :)