Monday 27 February 2017

MYDIN USJ - SJ ECHO | Rai sambutan tahun baru cina bersama komuniti



Untuk tahun yang ke-5, MYDIN USJ meneruskan kerjasama erat bersama SJ ECHO , iaitu akhbar tematan komunikasi Subang Jaya untuk menjayakan Rumah terbuka Tahun Baru Cina MYDIN-SJ ECHO 2017.Masyarakat multienik yang terdiri daripada enduduk setempat dan para pelanggan USJ berkumpul bersama-sama tanpa mengira bangsa, agama dan usia meraikan perayaan ini.

Majlis komuniti yang berasaskan perayaan seperti ini diyakini mampu memupuk nilai-nilai murni khususnya rasa hormat-menghormati dan mewujudkan kesefahaman yang baik dalam kalangan masyarakat majmuk USJ yang hidup secara harmoni.

Rumah Terbuka Baru Cina MYDIN-SJ ECHO 2017 ini diserikan lagi dengan wakil-wakil daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti Majli Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Polis Daerah Subang Jaya, Bomba & Penyelamat Daerah Subang Jaya, Ahli Majlis Perbandaran Subang Jaya dan tetamu-tetamu yang lain. Seramai juga dojemput khas untuk bersama-sama meraikan sambutan ini dan mereka juga diberi angpau dan goodie bag.

Seperti biasa , acara menggaul Yee Sang dijadikan sebagai gimik perasmian Rumah Terbuka Tahun Baru Cina MYDIN-USJ ECHO 2017 kerana menurut kepercayaan masyarakat Cina, ianya melambangkan kemewahan dan mampu melanjutkan usia seseorang. Tetamu jemputan, warga emas yang diraikan, para pembekal dan PBT bersama-sama memeriahkan acara ini di pentas utama. Para pengunjung disajikan dengan Ayam Berbeku Madu, Ayam Berbeku Lada Hitam, Kek, Pastri, bihun goreng, char kuetiau, nasi ayam , laksa, nasi lemak, bubur jagung, banyak lagi 21 buah gerai secara percuma. Penampilan badut dan persembahan seperti tarian naga akrobatik, tarian kebudayaan cina, wusyu, still walker dan fire eater turut memeriahkan lagi sambutan Tahun Baru Cina 2017.

Turut menjayakan malam Rumah Terbuka Tahun Baru Cina MYDIN-SJ ECHO 2017 ialah aktiviti cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah istimewa. Setiap pemegang kad Meriah MYDIN layak untuk menyertai cabutan bertuah ini dengan berbelanja minimum RM88 dalam 1 resit di Pasar Raya Mydin USJ. Manakala bagi pelanggan yang bukan ahli Meriah, mereka juga boleh menyertai aktiviti cabutan bertuah ini dengan berbelanja minimum RM88 dalam satu resit dikedai rakan niaga terpilih MYDIN USJ, Subang Jaya. Resit pembelian boleh dihantar ke kaunter informasi MYDIN USJ dan penyertaan ini dibuka selama 7 hari, bermula dari 17 Februari dan ditutup pada 24 Februari 2017. Acara cabutan bertuah dan penyampaian hadiah dijalankan pada hari sambutan berlangsung.










Untuk Maklumat lanjutmengetahui perkembangan & Prmosi MYDIN boleh didapati secara terus di :

Laman Web : www.mydin.com.my
Facebook : www.facebook.com/mydinmalaysia
Twitter : www.twitter.com/mydinmalaysia
Instagram : www.instagram.com/maydinmalaysia

Friday 17 February 2017

Veet Sensetive Touch workshop & Amber Chia



Hai Hai Dila rindu you sangat kat semua...

Sekarang ni dah jarang sangat pergi event sebab event kebanyakannya weekdays memang tak laratlah kadang-kadang balik kerja terus pergi event sebab Dila kerja jauh nun di Pj tu... Hari-hari Ampang Pj ulang alik... hihi... Tapi kalini gigihkan juga nak pergi event nak jumpa Amber Chia punya pasal... haa Gigih tak? Majlis apa kali ni Amber Chia ada? eh eh yang follow dila kat Ig dan Fb mesti lah dah tahu kan? Jeng jeng jeng....

Event tersebuat dilancarkan sendiri oleh Veet Malaysia untuk memperkenalkan produk terbarunya iaitu Veet Trimmer Elektrik .  Haa kepada yang mempunyai masalah rambut-rambut halus tu boleh lah guna produk keluaran terbaru dari Veet... Lagi-lagi pada bahagian sensetif wanita iaitu pada kening, ketiak dan garis bikini harus dititikberat... Jangan ambil endah tau kalau nak cantik bahagian tu pun kene jaga juga... Hihi...

Pada majlis banyak berkongsikan ukiran pada bahagian kening yang sempurna... Ramai wanita diluar sana yang teringin nak dapat bentuk kening yang cantik... Sekarang ni Veet dah keluarkan produk terbarunya iaitu Electrik Trimmer yang sangat menjadi keperluan buat wanita diluar sana kan... Takde lagi lepas ni korang cukur kening , cukur ketiak dan bahagian sensetif korang sampai luka-luka.... Hanya guna Veet je... Gitewww

Rock , Bohemian dan Korea ukiran kening bersama Veet Sensetive Touch oleh Stevensunny , Selebriti Make Up Artist

Semasa pelancaran workshop bersama Veet Malaysia , Stevensunny telah berkongsikan cara-cara untuk menggunakan Electric Trimmer keluaran terbaru Veet bagi mengukir kening secara sempurna.

Sesi petunjukan dijemput 3 orang model terkenal iaitu Deedee Nash , Karen Chong dan Chloechentn. Wah teruja nya tengok supermodel ni Dila punya kening bukan main bersepah sana sini lagi... Oh ok nanti kita ukir guna Veet Electric Trimmer tunggu lah hasil dia eh...

Terdapat 3 jenis bentuk kening yang telah dikongsikan oleh Stevensunny kita...  Antaranya  Rock Style, yang telah ditunjukkkan oleh supermodel iaitu Deedee Nash...






Ni adalah hasil selepas menggunakan Veet electric trimmer dan ukiran yang Rock Style dimana ukiran kening bentuk yang besar bulat dibahagian depan kening dan berwarna gelap.


Selain tu terdapat juga ukiran eyebrow Korean Style, iaitu ditunjuk sendiri oleh supermodel Karen Chong











Bohemian style yang ditunjukkan oleh supermodel Chloechentn... Apa macam menarik kan? Banyak benda Dila belajar masa datang ke majlis ni... Terdapat beberapa rakan blogger lain juga yang hadir ... Apapun nanti Dila akan share cara penggunaan Electric Trimmer keluaran terbaru daripada Veet ...






Sempat juga bergambar dengan supermodel dan pelakon iaitu Amber Chia , yang turut menghadiri pelancaran Veet Touch Sensitive mengongsikan tips dan kerjaya beliau sebagai sebagai seorang artis kalau dah artis pastilah sibuk kan?  Antara rahsia Amber Chia untuk mengekalkan keningnya yang cantik dan dapat menjimatkan masanya hanya menggunakan Veet.
Bersama rakan blogger  



Monday 6 February 2017

GT Mobile 888 Terbaru Di Pasaran

Pada 16 Januari satu majlis pelancaran GT Dollar telah diperkenalkan di Kuala Lumpur. Pada majlis tersebut telah dilancarkan aplikasi GT Dollar sekaligus memperkenalkan gadget baru iaitu jam tangan GT Dollar , sebuah Robbot dan telefon GT Mobile 888 yang telah dikeluarkan oleh GT Mobile Pte  Ltd.

Gt Mobile adalah syarikat berteknologi tinggi yang terlibat dalam pembuatan, penjualan dan perkhidmatan telefon bimbit dari negara jiran iaitu dari Singapore.

Pasti ramai yang tidak tahu tentang kewujudan telefon pintar Gt Mobile ? Dila adalah antara pengguna terawal telefon pintar GT Mobile 888 jadi Dila akan kongsikan sera serbi tentang GT Mobile 



Bentuk fizikal Gt Mobile adalah nipis dan saiz skrinnya 5.5 inci. Berbentuk elegan dan ranggi,  malah ia untuk dibawa kemana-mana. Terdapat dua pilihan warna iaitu Metal Grey dan Silk White.


Antara kelebihan telefon pintar GT Mobile adalah dengan tahap pengecasan yang laju dengan 35% dalam masa 15 minit. Malah tahap ketahanan bateri lebih lama berbanding telefon pintar yang lain. Semasa Dila menggunakan telefon tersebut dengan melayari Youtube kadar bateri sangat tahap. Amat berpuas hati dengan telefon GT Mobile.

Gadget baru dari GT Mobile ini menggunakan operasi sitem Android Lollipop 5.1. Mempunyai 2 GB ROM dan Internal 16 GB RAM.



Paling utama bila kita mencapai telefon pasti lah usha kamera dulu kan? Gt Mobile Kamera hadapan 5MP dan kamera belakang 8MP.. Dila suka ambl gambar ditempat yang cerah kerana kualiti gambar lebih cantik dan memuaskan... 



Spesiifikasi GT Mobile 888

Model : GT 888
Colour : Metal Grey / Silk White
Dimention : 158.9 x 77 x 8.6mm
Weight : 160g
Operating System : Pre- install Android 5.1 Lollipop
Cpu : 64 Bit MTK MT6735P Processor Quad 1.0Hz CPU
GPU : Mali T720-Mp1 600Mhz
RAM : 2 GB / 1 GB
ROM : 16 GB
Display : 5.5 " 720 x 1280 Pixels
Battery : 2550mAh
Charger : Quick Charging
Camera : Rear - 8.0 MP & Front - 5.0 MP
Sim Card : Dual Sim (SIM + MicroSIM)
Video : 1080P. 2K , 4K
Bluetooth : Bluetooth 4.0
Wifi : Wifi 802.11 a/b/g/n in Support Dual-band Wifi (2.4GHz/5Ghz)
Positioning : GPS, A-GPS, GLONASS, Digital Compass Hall Effect Sensor, Gravity Sensor,                                    Ambient  Light Sensor.
Material : Corning Gorilla Glass 3




Selain itu, terdapat fungsi tambahan iaitu GT Dollar & GT Watch. Dimana kewujudan applikasi ini mudah untuk Dila menggunakan servis dan juga gadget tambahan yang terdapat dalam telefon pintar ini....


Kini GT Mobile berada dipasaran Malaysia... Untuk mendapat maklumat lanjut tentang Gt Mobile layari www.gtmobile.sg

Credit picture Fieshioda De Moment by Amir Iqbal Putra.... Thank you bro ambil gambar yang super awesome ni... Nak dapatkan service photo yg menarik boleh follow fb Fieshioda De Moment... 😉

Sunday 5 February 2017

Malam Diva bersama Ilham Qaseh

Assalamualaikum hi...

Masa itu mahal dan tak boleh dijual beli...Pada minggu pertama dan ketiga Dila kerja half day pada hari sabtu. Tapi hari ni schedule Dila memang padat dan memang kene bijak untuk membahagikan masa dan dahulukan mana yang penting. Pagi bekerja sampai jam 1  untuk hari sabtu , Lepas bekerja ada sambutan Tahun Baru Cina yang diundang oleh KK Group, sepatutnya lepas tu ada majlis sanding kawan dila tapi memang betul-betul tak sempat nak hadir, sorry guys! 

Penat drive punya pasal semalam abis terlanggar kereta orang naseb naik owner ok sebab kereta cuma calar sikit. oh krem nya kaki macam nak pergi massage je tapi nak kene tunggu gaji masuk... hihi...

Lepas tu pula ada event bersama Ilham Qaseh di Seri Kembangan bertempat di Siti Hadijah Hall @ Mines Event start jam 6 kita keluar rumah pun dah jam 6... Ya Allah this is bad attitude untuk hadir ke majlis orang tapi nka buat macam mana benda tak boleh nak dielakkan. Naseb lah bukan Dila sorang je yang lambat...



Glam Diamond Night Bersama Ilham Qaseh


Ini merupakan tahun kedua untuk Dila diundang ke majlis Ilham Qaseh yang bertempat di Seri Kembangan, Siti Hadijah Lovely Touch Hall @ Mines turut dihadiri oleh beberapa rakan blogger bagi meraikan majlis Glam Diamond Night bersama Ilham Qaseh.



Jutaan terima kasih diucapkan kepada founder Ilham Qaseh Puan Rosnizan Nawi atas undangan untuk tahun 2017 dan juga selaku founder Hai Blogger Halim Nadzeri.



Sampai je di event dah register nama Dila dapat seat depan sekali terserempak pula dengan blogger Fatin Bella dan Halim.

Sementara menunggu majlis bermula untuk menunngu kehadiran founder Ilham Qaseh dalam setengah jam Dila ambil kesempatan untuk bergambar di sekitar majlis yang sangat santai suasananya sesuai dengan tema malam tu yang bertemakan Diva.

Sampai je founder Ilham Qaseh pelbagai aktiviti diadakan antaranya para hadir dijemput kedepan untuk menyanyi... Hihi siapa yang sporting lah semalam abang blogger kita juga menyanyi lagu anuar zain...

Apa yang menarik majlis tersebut terdapat banyak hadiah yang ditaja oleh pelbagai pihak untuk pemenang cabutan bertuah. Antaranya Dila dapat produk Secret Desire cosmetic skin care... Ya Allah rasa bertuah sangat sebab tengok macam mahal je hadiah ni... Nanti Dila buat review ye.. Yang best dapat juga Soft Lip Matte dalam 5 batang dalam tu...

Bagi pendapat Dila, Majlis ini sangat sesuai diadakan bagi meraikan usaha pekerja dan para stokis serta agen-agen. Boleh juga berkenalan dengan semua stokis & agen-agen diseluruh malaysia termasuk disemenanjung Malaysia Sabah & Sarawak. Malah majlis ini diadakan bagi membakar semangat semua bagi membuat sales jenama tudung Ilham Qaseh.

Memang best kalau orang menghargai kita. Ini adalah cara terbaik... Kalau Dila juga suka. Semoga Ilham Qaseh terus maju.

Gambar di seanjang Majlis



Bersama blogger Fatin Bella & Halim Nadzeri

Disekitar majlis




Wednesday 1 February 2017

Kepunyaan siapa VIOLIN ni




Balik kerja dapat panggilan daripada my mom dia kata ada orang bagi guitar & suruh datang kedai ambil guitar tersebut... Masa tu dok fikir sejak bila pula aku pinjam guitar kat someone sebab dah lama sangat tak pegang guitar dan tak terfikir pun nak main guitar....Lalu aku pun bergegas ke kedai nak tengok guitar tersebut....

Sampai-sampai di kedai buka plastik balutan daripada pos laju bukan guitar dalam ni Violin... Aku pun tanya semula siapa yang bagi then mama kata kawan aku yang... Dok fikir kawan yang mana... Oh misteri sangat ni... Erm... Okay... Mama memang tak tanya nama siapa penghantar Violin ni sebab sampai sekarang tiada khabar berita tentang pemberi Violin ni...

Dila godek-godek juga Violin tersebut memang takde cacat cela langsung... Apa nak buat ni? Ke nak tengok saya main Violin... Dulu pernah juga terfikir nak main Violin sebagai hobi... tapi sebab kawan-kawan ramai yang main guitar so ada juga belajar main guitar tapi sekejap je belajar pastu tinggalkan... Tapi kita dapat Violin comel ni pula...

Awak yang bagi saya violin ni kalau ada terbaca pm saya ye... nak tahu sangat sebab apa bagi Violin kat kita ni... Memang best ada minat nak main tapi tak ada masa nak mengadap youtube or pergi kekelas untuk belajar main Violin ni....(^^)