Wednesday 27 December 2017

Me, 23



Hallo !

Alhamdulillah ! Officially harini adalah genap umur Cik Dilla 23 Tahun pada 26 Desember 2017 bersamaan hari selasa...

Jutaan terima kasih tak terhingga Cik Dilla tak lupa nak ucapkan jutaan terima kasih kepada kedua ibubapa Cik Dilla yang selama ni tanpa jemu untuk membesarkan Cik Dilla serta menjaga dengan sempurna...

Terima kasih kepada semua doa korang atas hari ulangtahun Cik Dilla pada hari ni guys... Ya Allah terharu cik Dilla baca doa-doa yang baik dari kalian semua.... Cik Dilla sayang korang tau,,, Terima kasih kepada semua pembaca setia blog cik Dilla juga.... Tanpa korang siapalah Cik Dilla ... Terus doakan saya ok...

Btw tahun baru tinggal berapa hari je lagi ni? korang dah tercapai azam 2017? haha taknak tanya lebih-lebih... Hope semua boleh terus maju jaya k...

Love
-Cik Dilla-

Sunday 24 December 2017

T-shirt eksklusif Edward & Emily | Review



Hi guys... Ewahhhh bergaya betul Cik Dilla mengenakan denga T-Shirt yang stylo mylo ni daripada jenama Edward.and.Emily. Cik Dilla diberi peluang untuk photoshoot dengan gaya hijabinsta memang style habis lah baju ni.... 

Korang nak dapatkan baju yang paling awesome dengan pasangan korang yang bertemakan Edward & Emily ? Jum follow in Edward.and.Emily guys (KLIK DISINI) ! 




Macam-macam gaya korang boleh kenakan....


Cik Dilla suka kualiti kain ni  kain ni mudah serap peluh , selesa & tak mudah berbulu... Selain tu, Dilla suka design ni lain daripada yang lain kerana terdapat batu diamond pada baju tersebut. So make sure nak basuh no washing mechine untuk baju tersebut tahan lebih lama. 








Cik Dilla sangat yakin baju ni akan menjadi trending tak lama lagi... Sebab baju ni sangat cantik dan semua orang boleh pakai baju design seperti ini....


Guys cepat-cepat beli baju ni? kalau nak buat tempahan melalui whatsapp 010.5624925.

Thank  you

xoxo

Sunday 17 December 2017

Cerita disebalik lampu silling | Bumi bergegar Yogyakarta 2017

Gamba sekadar hiasan

Kalau ditempat orang atau pergi mana-mana mata Cik Dilla paling cepat nak lelap... Masa pergi Yogyakarta ada urusan kerja pun sama... Masa kat sini cepat je lelap ... Jam 9 malam pun terasa dah macam jam 12... hehehe.... Pada 15 Desember 2017 Cik Dilla pergi kesini atas urusan kerja...

Ni adalah pengalaman pertama Cik Dilla terasa gegaran bumi di Bumi Indonesia... Cik Dilla kalau tidur memang susah untuk tersedar,,, masa tu hampir jam 12 Cik Dilla tidur bersama bos Cik Dilla di rumah partner dia kat sini kami memilih untuk tidur diruang tamu ... Masa tu Dia kejutan Cik Dilla masa Cik Di bangun dia menunjuk kearah lampu silling sebenarnya masa tu keadaan kami dah bergoyang-goyang tapi Cik Dilla masa tu still dalam keadaan mamai-mamai lagi... Lalu cik Dilla cakap pada bos... " Akak tu Maybe kipas angin kuat sebab tu lampu tu bergoyang" . Dia pun masih tak berpuas hati Dlalu dia menunjukkan kearah lampu lain di arah dapur... Masa tu badan kami pun goyang-goyang tapi masa tu mamai tak abis lagi Ya Allah... Masa tu Auntie Tina , partner bos Cik Dilla keluar dari biliknya bersama anak-anaknya dia kata ada gempa bumi... lalu Cik Dilla bersama bos Cik Dilla bangun keluar kearah dapur takut kejadian gempa kuat...

Mada tu Tuhan je tahu Ya Allah macam nak balik Malaysia je...

Kami keluar kearah dapur untuk selamatkan diri masa tu still lagi rasa bumi ni bergegar dalam berapa saat je... Tapi tak teruk pun sebab gegar cuma dalam berapa saat... Hmmm taktahu macam mana perasaan masa tu sedih teringat kat Mak Ayah diMalaysia dalam hati berdoa je semoga dipermudahkan urusan sebab niat kami disini untuk bekerja....

Selepas tidak rasa lagi gegar kami masuk kedalam untuk sambung tidur... Tapi masa tu mata Cik Dilla dengan Bos dilla masih tak boleh lelap... Kami pun berborak seperti biasa ... dalam setengah jam macam tu Dilla sambung tidur dan bos Dilla masih tidak lelapka mata dia main telefon...

Pada pagi tu jam menunjukkan pukul 6 ...Kalau masa kat Malaysia baru pukul 7... Cik Dilla bangun dan dengar cerita daripada auntie Tina kejadian di Bandung Indonesia mengalami Gempa Bumi... Subhanallah ... Besar kuasa mu yang tidak mampu untuk kami lawan...

Alhamdulillah tak terjadi apa-apa masa di Yogya... Ini merupakan pengalaman pertama Cik Dill rasa Bumi bergegar seumur hidup Cik Dilla... Harap ia dapat jadikan untuk buka mata Cik Dilla dan semua pembaca betapa besarnya kuasa tuhan tentang alam... Ingatlah semua kita didunia ni hanya sementara dan semua yang ada disekeliling kita ni hanya pinjaman semata-mata....

Terima kasih Ya Allah...

The Settelment Hotel , Melaka | Review




Sambung cerita di entry sebelum ni jalan ke Melaka  ENTRI NI .

Seperti yang korang tahu Melaka adalah tempat tarikan melancong... Banyak tempat-tempat best kat sini? Sebenarnya niat nak kesini sebab nak attend wedding je sebelum check in ada wedding kat Palong Negeri Sembilan lepas tu Cik Dilla dan yang lain terus ke Melaka sebab esok tu ada wedding kat sini... heee dah sambil tu pun mood holiday lah....

Cik Dilla memang suka travel dengan rakan blogger Cik Dilla iaitu Cik iena ... kami decide untuk booking hotel di  The Settelment Hotel . Hotel dia memang cantik dan harga pun memang murah giler... Kalau tak murah buat apa nak booking hotel ni ye dok?

Cik Dilla pergi holiday ni bersama 3 orang sahabat Cik Dilla untuk satu malam sahaja kami harga RM264.OO untuk 2 bilik nak nanti kalau nak book boleh klik link ni www.agoda.com









         Gambar dalam bilik ....




Nahhh ... nanti korang mandi lah puas-puas ok.... Ada air panas ... Nak mandi pun selesa... :)


Dua katil yang selesa dan empuk .




Terdapat juga iron baju dalam bilik... So korang tak perlu nak pergi bilik lain untuk iron... Ni antara kelebihan yang ada dalam hotel :)











Seriously Cik Dilla suka sangat suasana di Hotel ni masa malam... Hotel ni memang unik sebab Hotel ni terletak ditepi jalan ... Biasa kalau ditepi jalan ni Cik Dilla memang espek hotel ni biasa-biasa je... Tapi bila dah masuk memang cantik macam dalam gambar.... Bentuk hotel ni adalah memanjang ...


Ni gambar masa semasa park kereta.... If korang pergi sini nanti korang kena park kereta kat belakang nanti ikut laluan antara Seven Elevent dan hotel nanti akan nampak tulisan parking tu then masuk dalam... Mula-mula tu tersesat juga... so kami parking kat bangunan tepi jalan yang kosong then check in dulu baru masuk park... hihihi take note tau...


Cantik kan suasana masa malam? Disini juga terdapat spa dan pool... Tapi gambar hilang pulak.... Sob sob....





Untuk maklumat lanjut boleh layari :

Web : www.thesettlementhotel.com
Booking Hotel : www.agoda.com

Sunday 10 December 2017

The Shore Sky Tower, Melaka


Hi semua... Ni semua plan last minute punya pasal.... Sebenarnya kami pergi Melaka nak attend wedding kawan... Tapi Cik Dilla terjebak pulak untuk pergi sini... Wahhh memang betul-betul cabaran untuk seketul Cik Dilla untuk naik tempat tinggi-tinggi ni... Sengaja nak cabar diri sendiri tengok nangis lagi tak naik tempat tinggi ni sebab cik Dilla ni takut gayat...

Mula-mula sampai je The Shore Sky Tower memang cik dilla rasa nak naik ke tak? Tapi dah sampai sini kalau tak pergi rugi lah sebab sini adalah antara tempat yang menarik kat Melaka... Then dengan harga tiket pun murah RM25 untuk dewasa berbaloi sangat k... Dengan harga RM25 dapat juga kami merasa naik tempat tinggi dan nikmati persekitaran Melaka, Chill babe ! Jangan nangis ...

Untuk pengetahuan korang semua The Shore Sky Tower ni dekat sebelah Sungai Melaka je... Memang korang wajib singgah untuk pergi sini... Kalau nak naik ke Sky tower kene pergi ke tingkat 41 , then tukar lift ke tingkat 42 kat situ korang boleh dapatkan tiket ok... Are You Readyyyyy !!! Memang masa mula-mula sampai rasa macam gayat bak hangggg....


Psssstttttt jum tengok-tengok gambar cik Dilla pemandangan waktu malam memang cantik :)





Kat atas tu ada ikan 

Pemandangan dari tingkat 42


Bersama cik www.ienaeliena.com

Boleh nampak kat bawah tau....

Alahhh sejuknya angin kuat sangat...



 












Teropong hati awak ...ehhh



Yeayyy Cik Dilla memang berpuas hati sangat dapat naik sini... Angin kuat rasa gayat pun hilang ... So amacam ? ada nampak Cik Dilla happy tak? hihihi

Cik Dilla nak share info sikit kalau korang nak pergi sini :

Harga tiket adalah RM25.00 (Dewasa) & RM18 (Kanak-kanak)

Waktu : Ahad- Khamis : 10.30am - 10.00pm & Jumaat - Sabtu : 10.30am - 11.00pm

Telefon : 06 288 3533


Ok ni saje dari Cik Dilla ,,, Dah lama tak update blog sebenarnya... InshaAllah kalau sempat Cik Dilla akan update lagi tempat-tempat best .... Muahhh cikettt ....

Terima kasih kerana sudi membaca <3

Saturday 2 December 2017

I Love KL , Dataran Merdeka, First time bergambar disini

I Love KL 
Yeayyy... Cik Dilla pertama kali bergambar kat sini biasa lalu je... ok walaupun nama je tinggal kat KL tapi mana lah nak bergambar kan? Ni sebab cousin Cik Dilla dari Jakarta datang Malaysia dia minta Cik Dilla nak bergambar kat sini....

So Cik Dilla nak kongsikan buat korang yang nak bergambar tempat cantik-cantik or tempat bersejarah boleh datang disini ye?

Lokasi kat Dataran merdeka Kuala Lumpur... Sebenarnya banyak tempat menarik kat KL ni yang Cik Dilla sendiri belum pergi...So ni update yang Cik Dilla nak kongsikan korang ok...



Masa ni bergambar kat sini sementara nak menunggu orang beratur ambil gambar I Love KL... Saje je tau Cik Dilla nak update untuk I Love KL ni... Hope kepada yang datang Dataran merdeka boleh beratur ambil gambar I Love KL... Tadi memang ramai pelancong yang datang untuk bergambar... Cik Dilla rasa cik Dilla je yang daripada KL... Hihihi










View kat sini memang cantik tau korang terutama pada waktu malam... Bangunan belakang tu memang cantik.... Cik Dilla nak kongsi semua gambar Cik Dilla boleh tak?







Terima kasih kerana membaca korang....

Janji akan update best2 lagi....