Friday, 18 October 2019

Setiap orang yang hadir tu mesti ada rezeki tersendiri

Setiap orang yang hadir tu mesti ada rezeki tersendiri
Seseorang yang hadir dalam hidup kita tu semua adalah takdir yg ditentukan Allah swt. Siapa lah kita untuk menolak takdir daripada dia. Percaya tak setiap orang yang hadir dalam kehidupan kita membawa rezeki yang tak disangka-sangka rezeki dalam pelbagai cara. Yes mengikut pengalaman aku sendiri setiap kali kita jumpa orang baru mesti ada je rezeki yg masuk dalam pelbagai2 cara.

Sama ada orang baru yg datang dalam hidup kita akan membawa kepada kebaikan atau keburukan itu semua perancangan Allah swt. Kalau boleh minta-minta lah benda buruk tu dijauhkan seperti membawa kepada khianat atau kebencian manusia. Wallahualam...

Benda yang baik tu datang dalam pelbagai cara kalau nak diikutkan. So niat kita tu kalau boleh betulkan lah jangan sampai hasad dengki didalam diri...

Tips untuk motivate diri hari-hari agar lebih bersemangat

Kalau nak cakap pasal motivasi diri hari-hari ni simple je untuk buat korang lebih bersemangat daripada biasa. 

Kalau macam aku ni simple je contoh sekarang kan bila kita nak something kita mesti kene capai apa yang kita nak. Tapi ada satu masa akan buat kita rasa down kan? Tu normal lah semua orang akan rasa benda yang sama cuma kita je yang kene control diri kita untuk situasi tengah tak ok tu n mesti kita akan rasa give up.

So macam mana untuk korang nak motivasi diri tu simple je nanti aku akan share kalau macam aku bukan semua benda yang aku kuat tapi kan bila follow tips ni Alhamdulillah semanagt aku akan kekal lagi-lagi semangat nak buat business... mesti ada ups n down dia... Macam mana cik Dilla kekal kan semangat hari-hari.


1. PANDANG SEKELILING KITA

Macam aku selalu pandamg sekeliling aku, pandang persekitaran rumah, pandang katil kecik yang tak selesa, tanya diri aku, ni ke life yang aku nak dalam hidup aku. kahkah... aku ni bukan dalam family senang tau... Tapi cukup-cukup makan je. Tapi sampai bila kita nak cukup-cukup makan. taknak ke ada duit lebih untuk tolong family kita n org sekeliling kita yang tengah susah. 

2. TENGOK MACAM MANA MAK BAPAK KITA TUA-TUA LAGI MASIH BEKERJA KERAS

Mak bapak aku pun makin tua, umur makin meningkat. Bila kita makin dewasa ni tak baru faham bukan senang nak cari duit. Masa tu baru kkta struggle nak kerja untuk teruskan hidup. Tapi takkan kita nak sama biarkan mak bapak kita sampai ketua cari duit kan? mesti lah kita nak hari tua dorang masa untuk dorang berehat, buat kerja amal atau pergi bercuti ke? tak terfikir ke mak bapak kita dah tua susah-susah kerja keras?

3. LISTKAN DALAM HIDUP KORANG NAK APA

Benda paling simple dalam kehidupan kita mesti lah kita nak sesuatu contoh takkan korang taknak ada rumah sendiri, taknak ada kereta mewah, taknak pergi umrah? atau bercuti kat empat best2? Haaa jom listkan apa korang nak dalam hidup korang nak apa? Tapi bila kita tengah berusaha ada satu masa mesti kita down. Masa tu korang buka balik kat buku yang korang tulis tu. Tenung2 balik apa yang korang nak. Mesti motivasi dalam diri tu takkan hilang dan jadikan diri korang lagi semangat.

4. HIDUP UNTUK BERAMAL

Taknak ke kumpul amalan untuk akhirat. Dunia ni sementara je buat lah kerja amal selagi boleh. Tolong lah ibu bapa kita, keluarga terdekat kita, orang sekeliling kita yang susah dan lebih memerlukan. Yang penting jangan lupa bayar zakat. Kita selalu fikir diri kita ni banyak masalah tapi orang yg kat luar sana lagi ada yang susah tau. So korang tetaplah teruskan semangat untuk teruskan kehidupan untuk menjadi lebih maju. Dilla doakan semoga menjadi lebih semangat dan dipermudahkan urusan korang:)

Doakan business Dilla lebih maju dan murah rezeki ya,
Kepada sesiapa yang ada masalah berat badan dilla akan bantu korang, 
So jangan lupa follow ig @leedee_official