Monday 24 October 2016

Restoran Rasamas | Food Review

Salam semua... siapa disini pernah rasa Rasamas? Ini merupakan kali pertama untuk Dila merasai keenakan rasamas berupa hidangan utamanya adalah berasaskan ayam. 

Pertama sekali Dila nak perkenalkan sikit latar belakang tentang Restoran Rasamas ni ya! Rasamas Restoran telah ditubuhkan sejak tahu 1996 dan cawangan pertamanya adalah di Bukit Jambul, Pulau Pinang. Ini merupakan dibawah jenama Ayamas Deli, dan kemudia ditukar kepada Rasa Gourmet Restoran.

Konsep restoran pertama Malaysia untuk menjual Roasters dengan gabungan pihak Asia dan Barat hidangan. Nama itu ditukar kepada Rasa Ayamas Restoran 2003 untuk mengukuhkan hubungannya dengan syarikat induk Ayamas Food Corporation Sdn Bhd Untuk naik ke atas nama baik jenama Ayamas yang dipercayai.

Restoran perdana Rasa Ayamas pertama memulakan operasi pada Mei 2003 di Sunway Pyramid. Ia menawarkan perkhidmatan meja penuh dan tempat di mana Ayamas Roasters terkenal dan lazat dan pelbagai makanan ayam boleh dialami dan dinikmati.

Perubahan nama itu juga berfungsi untuk meluaskan rayuan secara tempatan oleh suai menu dan menawarkan hidangan Tempatan dan Asia. Ia juga disasarkan untuk loncatan ke pasaran luar negara dan dikenali sebagai jenama Malaysia , Maka diberi Jenama Ayamas.

Bulan Jun 2016, Rasamas mempunyai 9 cawangan di seluruh negara iaitu di Lembah Klang kita ada 4 kedai, Nothern 2 cawangan & Pantai Timur 3 cawangan.

Antara cawangan Restoran Rasamas:-
1.Warta Bangi Utama
2.Giant Batu Caves
3.Sunway Carnival
4.Tesco MergongAlor Star
5.East Coast Mall
6.Megamall, Kuantan
7.Giant Kuala Terengganu
8.Kpj Tawakal
9.Aeon Bukit Tinggi

Mana yang dekat tu boleh lah singgah okay :)

Rasamas Restaurant Kpj Tawakal

Di Restoran Ayamas, terdapat pelbagai menu yang menarik telah dihidangkan buat kami rakan blogger yang hadir ke Restoran Rasamas bagi merasai lagi keenakan hidangan tersebut. Antara menu yang dihidangkan adalah Rasamas Percik yang ada dua rasa iaitu Percik Roaster dan Pepper Roaster yang sangat sedap kerana rempah ratus lagi membangkitkan selera makan... Lagi-lagi masa yang tepat untuk disajikan iaitu masa lunch.

Rasamas Restaurant Kpj Tawakal
Percik Roaster
Rasamas Restaurant Kpj Tawakal
Pepper Roaster
Nikmati Percik Roaster dan Pepper Roaster ini dengan sepinggan Nasi dan kuah sup... Serious memang sedap malah bagi Dila harganya pun murah juga iaitu hanya RM19.90 untuk seekor ayam siap dimasak lagi. Berbaloi sangat harga dibandingkan dengan beli seekor ayam yang bum dimasak.

Menu ala Cart

Seperti yang Dila telah nyatakan perenggan atas Nikmati Percik Roaster & Pepper Roaster dengan sepinggan nasi putih. Di Restoran RasaMas juga turut menyediakan set Ala Cart  dan simple.

Rasamas Restaurant Kpj Tawakal
Ala Cart Pepper Roster

Rasamas Restaurant Kpj Tawakal
Ala Cart Percik Roaster
Rasamas Restaurant Kpj Tawakal

Set Ala Cart yang disediakan sesuai untuk seisi keluarga yang hadir hagra untuk set ini hanya RM13.90. Semuanya lengkap dengan harga yang sangat murah cukup dengan air dan hidangan ayam juga besar, Makan sampai lebam lah siapa yang datang. Dila datang sini pun macam nak tambah lagi sebab hidangannya sangat  memikat hati kita ni yang selera tengah naik. hee^^

Tak cukup lagi dengan set Ala Cart... Ditambah lagi dengan Laksa & Mee Kari yang sangat kaw-kaw rasa dia... okay jangan cakap Dila ni membela ye memang nampak je badan ni kecik tapi memang suka makan ... Hee ni rezeki namanya... Memang semenjak dua menjak ni teringin sangat nak makan laksa.End up dapat juga lahap :)

Rasamas Restaurant Kpj Tawakal
Mee Kari 
Mee kari tak lengkap rasanya tanpa fish ball dan kuah karinya secukup rasa ditambah lagi makan bersama orang tersayang... hehe... Harga untuk semangkuk kari ini dalam lingkungan RM9.40.
Rasamas Restaurant Kpj Tawakal
Asam Laksa
Asam Laksa ditambah lagi seekor ikan sardin menambah lagi penyedap rasa Asam Laksa ya! Asam Laksa yang dihidangkan dengan mangkuk yang besar. Memang puas kalau dimakan. Setahu Dila ramai juga pencinta makan Laksa ya... So sesiapa yang keinginan nak makan Laksa boleh singgah ke Restoran Rasamas harga semangkuk Asam Laksa sekitar RM9.40.

Rasamas Restaurant Kpj Tawakal
Brownie with Ice Cream
Rasanya tak lengkap jika selepas makan tiada pencuci mulut. Brownie with Ice Cream merupakan hidangan pencuci mulut di Restoran Rasamas. Brownie bersama Coklat cair ditambah lagi dengan ice Cream Vanilla sangat mencairkan hati ini... Cehhh... Jum lah pergi Restoran Rasamas pasti semua sangat puas hati dengan rasa yang sangat memuaskan ditambah lagi servis yang laju di Restoran Rasamas.



Rasamas Restaurant Kpj Tawakal
We Love Rasamas

Rasamas Restaurant Kpj Tawakal



Rasamas Restaurant Kpj Tawakal


Rasamas Restaurant Kpj Tawakal

Rasamas Restaurant Kpj Tawakal
Picture hanny abdullah



Selamat membaca & Selamat menikmati Rasamas!

Tuesday 18 October 2016

Keselesaan Bila berambut pendek


Seumur hidup, tak pernah Dila simpan rambut panjang event free hair sebelum ni pun memang paling panjang pun paras bawah bahu... Dari kecil sampai besar tak pernah sinpang rambut panjang....

Dah hampir setahun juga Dila berhijab alhamdulillah masih terus beristiqamah... Masih nak kuatkan iman lagi untuk berhijab memang macam-macam halangan dan rintangan untuk berhijab ni nak kena disiplinkan diri juga sebab memang wajib kan? Doakan Dila ok!

Dila lebih selesa dengan rambut pendek teringin juga nak simpan rambut panjang tapi memang tak selesa sebab kerap sangat sakit kepala dan kepala rasa berat je... Lagi-lagi time tengah stress je Dila lebih gemar untuk ke saloon untuk basuh rambut or potong rambut... Asalkan pergi saloon... Entah lah dah memang tabiat untuk ke saloon... Why not untuk kita spend duit sikit kalau tu yang boleh buat kita happy!

Haaa disebabkan kecelaruan | jiwa kacau |stress hamek semua dila potong pendek... Menyesalnya lah... But sokay lah memang dah suka rambut pendek... Hmm sambil ke saloon cuci rambut kita massage2 sekali...!


Kalau korang apa yang korang akan buat if korang tengah jiwa kacau? Cehhh jiwa kacau yer? Cuba share sikit... Means selain korang berdoa apa korang akan buat? Tengok movie? Melepak? Haaa jangan jawab bunuh diri pulak.... Hehe...

Ke ada yang sama suka ke saloon... Apa korang rasa selepas ke saloon? Rasa lega sangat kan?


-Credit picture-

Friday 14 October 2016

Street Churros | One Utama Shopping Center



Berita baik buat penggemar penonton filem korea pasti tidak asing lagi dengan nama Street Churros... Ahha ! Kini anda tidak perlu pergi ke Korea semata-mata beratur untuk mendapatkan Churros... Untuk pengetahuan semua kini di Malaysia juga terdapat Churros yang terdapat di One Utama Shooping Center...

Merupakan pemanis mulut yang terkenal di negara Korea Selatan juga dinikmati disemua tempat iaitu disesetengah negara Eropah dan Amerika Latin, ia sangat sesuai untuk dinikmati semasa sarapan pagi...


Pada hari itu , Dila dah rakan blogger berpeluang untuk merasai keenakan Churros di One Utama Shooping Center yang dijemput sendiri oleh Blogger siapa lagi bukan Bro atau Bro Framestone! Ramai juga blogger yang hadir untuk menyambut pembukaan cafe Street Churros di sini.

Untuk pengetahuan semua, bahan-bahan mentah Churros original yang diimport sendiri di Korea Selatan.... So sudah semestinya bila menikmati Churros feeling-feeling seperti di Korea... Apa yang Dila suka bila makan Curros . Ahha! sebab bila makan rasa rangup & fresh sangat... Then dia masak secara on the spot tu yg suka makan time panas-panas lagi rasa keenakan Churros.

Jenama Korea Selatan ini telah mula meningkatkan makanan jalanan dengan premium, bahan-bahan segar dan resipi khas buatan tangan.

The churros di Street Churros adalah yang baru dibuat untuk memerintahkan dan hasilnya, sentiasa rangup. Di Malaysia, kafe ini khusus terdapat tiga jenis churros, iaitu Churros Original disediakan dalam pastri berbentuk ladam dusted ringan dalam kayu manis, coklat atau bijirin.




Jadi tidak rugilah untuk merasa keenakan Churros ini kerana harganya sangat berpatutan dan sangat sedap... Sesuai untuk semua dan dimakan ketika dijalanan... Dila akan kongsikan bagi setiap harga Churros... Haaa... Nak tahu berapa harganya? Harganya hanya Rm4.90... Murah je kan... Terdapat 3 perisa iaitu Cinnamon , Chocolate & Cheese untuk merasa keenakkannya lagi hanya dengan cicah Churros bersama Sosnya terdapat 4 Perisa iaitu Chocolate , Cream Cheese , Blueberry & strawberry terdapat penambahan harga iaitu hanya RM1.50 setiapm perisa.


Jika anda mempunyai keinginan untuk ais krim dengan pastri segar goreng.Anda boleh cuba "Ah-Chu". Ini gabungan panas dan sejuk churros dan lazat lembut terdapat tambahan ais krim yang berharga hanya RM7.90. Ais krim datang dalam pilihan empat perisa, iaitu Choco Choco, Choco Berry dan Strawberry, sebagai tambahan kepada Plain Vanilla.

Merupakan Churros dah terdapat juga ais cream Vanilla rasa dia sangat lazat.
Vanilla sahaja hanya RM7.90.




FILLING-CHU - yang ni paling lazat yang pernah dila makan kerana kat tengah-tengah Filling-Chu terdapat krem lazat Coklat rasa tercabar juga makan ni... Haa Dila memang failed bab makan makanan yang ada Krim coklat cair
... Nanti mesti comot punya... Abis tertumpah kat baju...

Feeling - Chu terdapat 3 perisa iaitu Blueberry, Cream Cheese & Chocolate harganya hanya RM7.90


LATTE

Terdapat 3 perisa iaitu CHOCO LATTE , GREEN TEA LATTE & MILK TEA LATTE
Harga untuk panas RM7.90 & sejuk RM8.90.

Untuk pengetahuan semua... Street Churros juga terdapat di cawangan IOI Putrajaya antara cawangan Street Churros yang pertama... Apa yang membanggakan kini Street Churros akan membuka lima Cafe Street Churros di Lembah Klang menjelang akhir tahun ini...








Dapatkan peluang untuk singgah ke Street Churros pada bulan Oktober ini kerana Churros membuat promosi harga serendah RM2 pada setiap hari Ahad!

Untuk maklumat lanjut sila layari
 Laman web - www.streetchurros.com
Instagram - Streetchurrosmy


Tuesday 4 October 2016

Manjakan wajah anda dengan Swallow Nesk Silk Mask


Swallow Nesk Silk Mask
Swallow Nesk Silk Mask
Mask muka adalah antara penjagaan kecantikan luaran wajah. Kini saya telah temui antara mask yang sangat sesuai dengan wajah saya iaitu "Grand Imperial Bird's Nest Swallow Nesk Silk Mask" kerana setelah saya memakai mask tersebut tiada lagi masalah kulit muka kusam dan tidak bermaya serta ia dapat membantu menghilangkan garis kedutan dibahagian mata. Untuk merawat wajah anda harus menggunakan mask ini secara konsisten dan berterusan iaitu antara 3-4 minggu sekali.


Swallow Nesk Silk Mask

Bagi mengekalkan kelembapan wajah secara alamai anda juga harus minum air suam yang mencukupi iaitu 
antara 8 ke 12 gelas setiap hari .Serta memakai mask muka adalah sangat penting untuk saya kerana selain itu ia dapat membantu menaikkan seri wajah bila anda mengalami kepenatan seharian bekerja oleh itu saya memilih "Grand Imperial Bird's Nest Swallow Nesk Silk Mask" untuk mengekalkan keceriaan wajahAnda bila lagi?

Swallow Nesk Silk Mask
Semasa memakai Mask . Erm selesanya!
Untuk mendapat keputusan yang produktif ketika memakai mask tersebut saya membiarkannya antara 20-30 minit sambil urut muka anda dengan cecair bersama topeng sehingga serap pada muka anda kerana cecair pada mask itu mengandungi bahan-bahan yang sangat bagus untuk kulit.

Saya sangat menggemari untuk memakai mask ini kerana ia sesuai dengan semua jenis muka malah ia sangat membantu untuk menjaga kulit muka dari luaran.Pasti semua wanita mengimpikan untuk mendapat kulit yang cantik bukan? Kini anda boleh dapatkan produk tersebut di Bff.com . Banyak lagi produk yang sangat menarik.



Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.bffsays.com/