Masa ni hari kedua kitorang kat Pulau Rawa, benda wajib kitorang buat kat sini time petang-petang je mesti tengok sunset. Sambil baring2 kat satu tempat ni kat Pulau Rawa sampai boleh tertidur. Kekeh... Abis kulit burn teruk time ni kaki dah macam pakai stokin dah. Hahaha sebab masa siang kitorang buat aktiviti berkayak time tu rugi sebab tak boleh nak amek gambar huhuhu... Panas terik weh pusing keliling pulau rawa berkayak pulak time tu. Naseb ada abang kat Pulau Rawa ni yang layan kitorang nak berkayak. Sampai lah ke snookling mula2 aku lah orang beria-ia nak snookling dah half way boleh pulak aku nak patah balik sebab air asyik masuk dalam mata n mulut je... Haha kat sini lah first time aku nak snookling g tu yang tak reti tu.
Santai-santai sambil tengok sunset pehhh memang layan. Time ni masing2 sibuk lah nak ambil gambar lah, buat video menari lah tengah2 panas. Kalau nak tahu sebelum.tengok sunset kitorang mandi kat homestay!!! Sumber air yang kitorang mandi tu semua dari air laut sebab masin2 time gosok gigi haha lawak berlengas badan kitorang time ni weh. Masing2 tak selesa nak cuci muka pun air takde buih. Nak kumur2 pun air rasa masin. Bayangkan lah camne kitorang time kat sini. Tapi takpe naseb lah 3 hari 2 malam je.
Marilah kita bergambar sebanyak yang mungkin. Haha time ni kat gambar memang cantik tapi panas kat sini... Hahaha.
Melayan mek shana kite sorang ni... Kat sini lah tempat kitorang layan sunset tau...
0 Comments: