Sunday 25 February 2018

Menghadiri Majlis Anugerah Pelancongan D'Saji KL Titiwangsa 2017 / 2018


Tahun ni adalah tahun kedua untuk Dilla menghadiri majlis di Restoran D'Saji Terapung D'Saji KL Titiwangsa.Terima kasih atas undangan D'Saji untuk tahun ke-2 2018 ni... Untuk pengetahuan semua ,  D'Saji Restoran Terapung D'Saji KL Titiwangsa adalah milik penuh Felda D'Saji yang juga merupakan anak syarikat milik koperasi Permodalan Felda Berhad dan FELDA. Mula beroperasi pada bulan Mei 2015, ianya telah merasmikan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur pada ketika itu , Datuk Seri Ahmad Phesal Talib.

Restoran Terapung D'Saji KL Titiwangsa mempunyai kapasiti  1700 orang pada satu-satu masa dan mempunyai 3 buah dewan bankuet berlainan saiz , bilik seminar, bilik mesyuarat dan ruang restoran terbuka dengan pentas yang dilengkapi sistem bunyi dan lampu berteknologi tinggi.

Selain terkenal dengan penambahan pakej perkahwinan dan lokasi pelbagai majlis dan seminar, Restoran Terapung D'Saji KL Titiwangsa berbangga  kerana menawarkan produk pelancongan makan malam dengan Tarian Kebudayaan Malaysia setiap malam khusus untuk pelancong luar Negara dan tempatan mempelajari kebudayaan Malaysia sambil menikmati bufet yang menawarkan puluhan juadah istimewa Malaysia.  Malah, harga yang ditawarkan iaitu RM59+ seorang adalah antara terendah di Lembah Kelang berdasarkan perbandingan produk yang sama dengan pesaing lain.

Memandangkan faktor sokongan tinggi agensi-agensi , persatuan dan badan kerajaan barkaitan pelancongan, pengurusan Felda D'Saji berhasrat untuk menghargai sumbangan mereka melalui pengajuran Anugerah Pelancongan D'Saji KL Titiwangsa 2017/2018. Melalui anugerah ini, pengurusan Felda D'Saji telah memilih sebanyak 16 penerima anugerah dengan satu daripadanya menerima anugerah khas di atas sumbangan pelancong tertinggi sepanjang 2017. Jumlah pelancong luar negara D'Saji KL Titiwangsa pada tahun 2017 disumbangkan keseluruhan pemenang-pemenang kali ini adalah 21,000 orang dengan nilai jualan melebihi RM1 juta.

Majlis Anugerah Pelancongan D'Saji KL Titiwangsa 2017 / 2018
Anugerah Pelancongan D'Saji KL Titiwangsa yang pertama kali diadakan ini berlangsung pada 25 Februari di Arabic Orchid Restaurant , Restoran Terapung D'Saji KL Titiwangsa . Majlis ini dihadiri oleh 200 tetamu yang terdiri daripada pengurusan kumpulan Felda, wakil pengurusan agensi kerajaan berkaitan pelancongan , persatuan-persatuan pelancongan , agensi-agensi pelancongan , syarikat hiburan tempatan dan rakan-rakan media.

Melalui penganjuran majlis ini, pengurusan Felda D'Saji mengharapkan sokongan berterusan pemain industri pelancongan kepada produk-produk D'Saji KL Titiwangsa dan akan datang dapat membesarkan lagi senarai penerima anugerah pelancongan.

Venue-venue lain Felda D'Saji selain daripada Restoran Terapung D'Saji KL Titiwangsa tahun ini seperti berikut :

1. Dewan Perdana Felda , Jalan Semarak
2. Dewan Merak Kayangan , Jalan Gurney
3. Dewan Besar Tun Rahah , Jalan Bukit Bintang
4. Dewan Bankuet Menara FELDA, Persiaran KLCC
5. Dewan Residensi UTMKL
6. Kajang Perdana Avenue, Kajang
7. Dewan Gemilang Kelana Jaya
8. Orchard Villa , Jalan Gombak
9. Lake Cempaka Villa, Bandar Baru Bangi
10. Taman Warisan Pertanian , Putrajaya
11. Dewan Institut Semarak Felda , Bangi

Bersempena dengan Majlis Anugerah Pelancongan D'Saji KL Titiwangsa 2017/2018 ini, pengurusan Felda D'Saji menawarkan potongan diskaun 10% di Restoran Arabic Orchid, D'Saji KL Titiwangsa kepada rakyat Malaysia sepanjang bulan Mac 2018 bagi memberi lebih peluang kepada pelanggan tempatan menikmati produk pelancongan baru ini.

Gambar sempena majlis pelancaran diadakan :-


Majlis Anugerah Pelancongan D'Saji KL Titiwangsa 2017 / 2018

Majlis Anugerah Pelancongan D'Saji KL Titiwangsa 2017 / 2018

Majlis Anugerah Pelancongan D'Saji KL Titiwangsa 2017 / 2018


Majlis Anugerah Pelancongan D'Saji KL Titiwangsa 2017 / 2018

Majlis Anugerah Pelancongan D'Saji KL Titiwangsa 2017 / 2018

Majlis Anugerah Pelancongan D'Saji KL Titiwangsa 2017 / 2018

Majlis Anugerah Pelancongan D'Saji KL Titiwangsa 2017 / 2018

Sempat juga Dilla merasakan Menu Nasi Ayam yang dihidangkan first time makan Nasi Arab abis... Korang kalau teringin nak makan Nasi Arab sila datang di Restoran Terapung D'Saji Titiwangsa Kuala Lumpur ok...

Majlis Anugerah Pelancongan D'Saji KL Titiwangsa 2017 / 2018



Friday 16 February 2018

Melihat keindahan pelangi di Air Terjun Pelangi , Sg Lembing , Pahang

Hi guys.... Sape ada terscrool Instagram Dilla hari tu pasti ternampak satu gambar dimana Dilla dan rakan-rakan ada bergambar dengan Pelangi di Air Terjun Pelangi... Haaa so sempat Dilla nak update blog dan gambar-gambar kami yang banyak semasa di lokasi haritu.. Almaklumlah Dilla sendiri bukan gemar nak update gambar banyak-banyak sebab kite ni pemalu orangnya wak... jadi korang boleh tengok sendiri di blog Dilla ni k....

Well asyik bekerja sekali sekala kena lah bercuti untuk ambil mood baru dan pergi ketempat baru . Tapi kalini Dilla dan rakan-rakan sendiri pergi ketempat yang menarik dimana kami lihat sendiri keindahan pelangi... Air Terjun Pelangi ni terletak di Sg. Lembing , Pahang perjalanan kami dari KL mengambil masa lebih kurang 2-3 jam gitewww......


Memang tak sangka akhirnya Dilla dapat juga pergi kesini disebabkan tengok filem Pinjamkan Hatiku lakonan Aida Jebat jadi dila teringin sangat nak pergi kesini nak tengok real pelangi...

Untuk pengetahuan korang kalau nak pergi kesini mengambil masa daripada homestay ke air terjun pelangi lebih kurang 1 jam menaiki 4wd dan disini kami lalu liku-liku anak sungai dan hutan... Memang bagi Dila sendiri perjalanan ke Air Terjun Pelangi agak sukar dengan laluan batu-bata dan berlecak, tapi best sangat pengalaman yang paling tak boleh lupa semasa pergi kat sini holiday dengan kawan-kawan melihat keindahan alam sekitar...


Kami bangun seawal 5 pagi untuk persiapan pergi ke Air Terjun Pelangi dan pastikan sebelum berangkat  tu kena makan dulu ... Tepat pada jam 5.45 tourist guide jemput kami menaiki 4wd ada juga kumpulan yang lain naik sekali untuk ke Air Terjun pelangi...

Semasa perjalanan ke Ait Terjun Pelangi Tourist Guide berhenti untuk melihat Matahari terbit lebih kurang pada jam 8 pagi ...Memang segar sangat pagi-pagi dalam hutan ni sambil nak tengok matahari terbit.... hehhhhh....

Naik 4wd ke air terjun pelangi

Air Terjun Pelangi , Sg Lembing
Haaa nampak tak kat bekang tu setengah kumpulan ada yang dah lalu di air yang deras...

Air Terjun Pelangi, Sg Lembing

Setibanya di sungai yang terakhir ni Dila ingat dah sampai ke air terjun... Bukan terus sampai ke Air terjun pelangi ye kami kena mendaki menuju ke air terjun lebih kurang 1 jam gitew dan dijaga oleh tourist guide setiap kumpulan....Tapi belum lagi Haaa bersiap sedia lah ye untuk kami redah air sungai yang deras tu... Rasa memag agak mencabar juga lah.... Tapi semua dalam keadaan selamat...

Air Terjun Pelangi , Sg Lembing

Air Terjun Pelangi , Sg Lembing

Yeayyy muka nampak relex dalam hati Ya Ampun takut nya lalu air sungai yang deras ni takut hanyut je lah... Alhamdulillah selamat juga lah lalu liku-liku air sungai yang deras  ni... Rasa juga pengalaman lalu di air yang deras... Maybe next time kalau pergi ke Air terjun Pelangi tidak perlu lalu di laluan air yang deras... Seperti di dalam gambar Dilla ni... Jambatan sedang dibina... Tapi tak sure bila siap... hihihi

Air Terjun Pelangi , Sg Lembing
Yeayyy akhirnya dah sampai di Air terjun pelangi.... Tapi masa sampai Pelangi belum muncul lagi....

Subhanallah cantik nya Pelangi....

Air Terjun Pelangi , Sg Lembing
Dah lama sebenarnya tak hiking... Kali ni memang kene mendaki sikit... Jangan risau laluan tunjuk arah dan berapa meter akan sampai lagi semua ditunjuk... 

Air Terjun Pelangi , Sg Lembing

Air Terjun Pelangi , Sg Lembing
Thank you kak iena , kak noor dan zai... I happy sangat dapat holiday dengan korang sebab semua sekepala dan kaki jalan... Kami disini 3 hari 2 malam memang betul-betul spend time untuk keluar tanpa berehat di homestay kecuali waktu malam nak tidur... Malam-malam pun kami ada buat aktiviti main game ... 

Air Terjun Pelangi , Sg Lembing 


Air Terjun Pelangi , Sg Lembing

Air Terjun Pelangi , Sg Lembing

Air Terjun Pelangi , Sg Lembing
 Masa ni kelihatan warna pelangi agak tidak jelas... Disebabkan terlindung oleh awan... Ehh betul tak? Tapi still boleh nampak warna pelangi kat belakang tu...

Air Terjun Pelangi , Sg Lembing
Paling best moment kat sini , pihak tourism guard menyediakan kami maggie cup dihidang sekali dengan air milo sambil menlihat keindahan pelangi.... Waktu kami disini warna pelangi adalah lebih menyerlah dan cantik berbanding dihari lain.... rezeki kami dapat melihat warna pelangi yang menyerlah....  Alhamdulillah.... You all kalau nak pergi hiking sambil nak tengok keindahan pelangi boleh lah datang sini k...





Air Terjun Pelangi , Sg Lembing

Air Terjun Pelangi , Sg Lembing , Pahang

Air Terjun Pelangi , Sg Lembing

Air Terjun Pelangi , Sg Lembing

Air Terjun Pelangi , Sg Lembing

Bajet percutian ke Sg Lembing Air Terjun Pelangi :


1. Homestay :

Dilla dan rakan-rakan menginap di homestay Pollock View Resort bertempat di Sungai Lembing . Masa untuk ke Air Terjun Pelangi lebih kurang 1 jam ... Harga untuk Homestay adalah RM520.00 untuk 2 malam.  

2. Dinner malam pertama , Nasi Goreng Din Roti Canai :

Habis bergambar kat jambatan kami decide untuk makan dikawasan kampung yang berdekatan homestay kami... Haaa malam tu kami makan Nasi Goreng je... Harga yang dikenakan adalah RM6.00 inc air..

3. Air Terjun Pelangi :

Untuk pergi ke Air Terjun Pelangi kos yang diperlukan adalah RM60.00 termasuk permit memasuki ke Air Terjun Pelangi berharga RM10.00 . Pihak tourist juga akan menguruskan makan minum untuk pengunjung semasa di Air Terjun Pelangi iaitu Maggie cup dan juga Air Milo.

Harga untuk menaiki 4wd adalah RM20.00 iaitu termasuk dengan harga RM60.00 ...

Sebelum untuk mendaki ke aitr terjun Pelangi . Pengunjung diminta untuk memakai kasut yag sesuai untuk mendaki..... Oleh itu, disana juga menyediakan kasut untuk disewa dengan harga RM3.00


3. Dinner di Ana Ikan Bakar , Kuantan.

Dila sarankan juga kalau korang nak dinner nanti boleh pergi makan kat Ana Ikan Bakar banyak menu-menu seafood yang disediakan guys memang berbaloi makan dekat sini... Bajet kami makan 4 orang adalah RM82.00... 

Haaa kira-kira bajet untuk setiap orang adalah RM250.00 - RM300.00 guys sekali dengan minyak & Tol semua... bajet untuk Air Terjun Pelangi memang berbaloi lagi-lagi jika pergi beramai-ramai memang lagi jimat...


Air Terjun Pelangi , Sg Lembing

TIPS MENDAKI AIR TERJUN PELANGI

1. Pastikan pemandu pelancong ialah yang berdaftar, bertauliah dan profesional
2.Patuh dan pastikan jelas pada setiap arahan pemandu pelancong
3. Pastikan memakai pakaian sukan, terutama kasut yang sesuai (di Pekan Sungai Lembing terdapat 4. kedai menjual kasut yang sesuai)
5. Bawa beg kalis air yang tahan lasak untuk simpanan barang elektronik dan lain-lain
6. Elakkan membawa barang yang tidak perlu
7. Bawa bekal makanan (sekiranya perlu) dan setidak-tidaknya sebotol air mineral
Dan di mana-mana sekali pun, jagalah tingkah laku dan bicara
7. Untuk dapatkan pemandangan pelangi yang lebih besar dan menakjubkan, pastikan anda tiba pada jam lebih kurang 9 dan 10 pagi.

Terima kasih kerana membaca...

Tuesday 13 February 2018

KSP menyerahkan 30 000 Kad NGO Negaraku kepada NGO dan Koperasi berdaftar


Pada 10 Ferbuari 2018 , 30 kad NGO telah diedarkan secara percuma oleh Kelab Sahabat Persaudaraan (KSP) kepada NGO dan koperasi berdaftar dan buat peringkat permulaan 50 NGO yang hadie untuk menyertai Program Komuniti Digital NGO Negaraku di Dewan Perdana Felda. 



Program Komuniti Digital NGO Negaraku turut memperkenalkan Mobile App NGO Negaraku yang hanya boleh diekses oleh pemegang kad NGO Negaraku untuk menikmati tawaran pembelian barangan terpilih dengan harga terbaik, Mobile App ini mempunyai kepelbagaian aplikasi yang bersesuaian untuk digunakan oleh NGO dan ahli-ahli termasuklah aplikasi pengumpulan derma dan sumbangan secara digital untuk tujuan membantu antara satu sama lain mengikut keperluan sebenar.



Mobbile App NGO Negaraku ini dibangunkan bagi membentuk kerjasama antara NGO-NGO Negaraku khususnya dalam aktiviti sosial dan ekonomi melalui jalinan usahawan dan penawaran berkelompok.

Pengasas KSP , Dr. Mohd Zamri Noordin berkata, program ini merupakan acara sulung yang disediakan khas untuk semua ahli NGO di Malaysia dengan keistimewaan yang luar biasa.

"Mobile App ini dibangunkan untuk memupuk perpaduan Masyarakat khususnya kalangan ahli-ahli NGO dan koperasi.
"Program Komuniti Digital NGO Negaraku diuruskan secara sosial ebterprise bagi memastikan setiap peserta dapat menikmati manfaat yang berganda," 
Dalam pada itu, Ketua Program Komuniti Digital NGO Negaraku Dr Nur Hadi berkata ,

"Penyampaian mesej sepenuhnya program ini turut dipaparkan melalui reka bentuk Kad NGO Negaraku yang secara umumnya membawa ke arah pembentukan masyarakat yang bersatu padu."

Pada peringkat pengenalan ini terdapat beberapa syarikat yang turut mengambil bahagian untuk memberikan tawaran harga terbaik termasuklah Ez Ride, Kaspersky, comfortreflekxologi.

Antara tetamu terhormat yang hadir pada majlis tersebut adalah Datuk Ismail Kijo (Ketua Umno Bahagian Ampang) , Datuk Abdul Halim Tuah Rahmat (Pengarah Biro 'Reapid Response' GST Jabatan Perdana Menteri) Datuk Abdul Fatah Abdullah, Presiden Angkasa , wakil persatu , ahli pengeluar produk.

LATAR BELAKANG KELAB SAHABAT PERSAUDARAAN  

Kelab Sahabat persaudaraan adalah sebuah kelab yang berdaftar di bawah Pendaftaran Pertubuhan atau ROS.

Kelab ini dibentuk melalui gabungan Sukarela Profesional dan kumpulan kelab ini dibentuk melalui gabungan Sukarelawan Profesional dan kumpulan berpengalaman untuk bersama mencurahkan idea dan kepakaran bagi melahirkan program-program berkualiti berteraskan Pendidikan dan Kebajikan untuk memperkenalkan kepada Masyarakat.

Mengembangkan ekonomi digital dan transaksi tanpa tunai

Program Komuniti Digital NGO Negaraku diperkenalkan oleh Kelab Sahabat Persaudaraan berteraskan 3 prinsip:

1. Menhubungkan Kerajaan NGO dan ahli-ahli NGO termasuk koperasi dalam era digital berteraskan semangat Negaraku.

2. Mengeratkan kerjasama dan memupuk semangat bantu-membantu antara satu sama lain mengikut keperluan sebenar.

3. Mendidik Masyarakat  untuk berbelanja secara bijak dan berhemah.

KONSEP KOMUNITI DIGITAL NGO NEGARAKU

Membentuk sebuah platform bagi menggabungkan kerjasama diantara NGO-NGO  termasuk koperasi di dalam aktiviti sosial dan ekonomi melalui  Jaminan Usahasama dan penawaran berkelompok.

NGO serta ahli-ahli bekerjasama dan membentuk gabungan kumpulan yang kukuh dan berkesan  dengan manfaat e-platform & Fin-tech , bermatlamat untuk menggabungkan Kerajaan dan NGO  di atas platform digital.