Wednesday 13 September 2017

Meja kecilku



Hello... Happy working semua! hari ni sempat nak update blog sikit ... bukan senang nak curi masa nak buat blog depan pc.... Haaa kat gambar tu lah meja kecil saya ... kat situ tempat saya buat kerja ...

psssstttt bukan buat blog tau... 



Okay nampak kemas sikit baru berani nak pos... Harini dapat jugak dil dok office nak settelkan apa yang patut, buat checklist kerja, dan follow up .... lalala.... 

korang macam mana?

Bila pos gambar meja ni macam nak hias-hias sikit meja kerja dila baru lah nampak meja perempuan kan? kalau tak kertas bertimbun-timbun ohhh... 

Bertabah jelah....

Sempat jugak hari ni kemas sikit-sikit tau sementara tak seberapa busy ni....

Dah nampak dah hari seterusnya banyak kirija... this is real life ok... tapi dila suka life dila macam ni... Busy sampai tak sempat nak bercinta... cewahhhh....

Kat meja wajib ada ni

Haaa nampak tak? kalau dah perempuan, perempuan juga ... hahaha...

selain kertas bertimbun-timbun... Make up dan produk kecantikan serta cermin wajib ada kat meja kecil saya... Muahhh ciket... ni je nak bagitahu...


Selamat kerja tau...


Friday 8 September 2017

Rawatan Medicure & Pedicure hanya dirumah




Assalamualaikum & Hai korang!

Lepas korang baca ni korang boleh lakukan sendiri rawatan medicure & pedicure hanya dirumah... Dila akan kongsikan kepada semua apa peralatan yang diperlukan dan cara-cara melakukan rawatan dan nampak hasil dalam masa hanya semiggu tak perlukan kos yang terlalu banyak pun. . Macam dila kalau ada rezeki lebih dila suka pergi ke spa untuk merawat kuku kaki & tangan ... Sebab dila sangat menitik berat tentang penjagaan kuku kaki & tangan dan pastikan tumit kaki tak merekah kalau boleh nak sentiasa semua kilat dan bersih je baru lah hantaran tinggi... opssss okay gurau je.. hahaha

Peralatan yang diperlukan simple je Dila dapatkan hanya di Guardian berdekatan... Dila hanya spend beli peralatan ni actually untuk mama sebab dia selalu mengadu sakit tapak kaki dan kepenatan. Jadi mula-mula tu dila hanya sediakan air panas-panas suam campurkan dengan garam bukit dan rendam sampai 15 ke 30 minit lepas tu dila akan urut-urut sampai lega.... Masa tengah urut tu dila tengok tapak kaki mama teruk sangat merekah dan kuku kaki & tangan teruk sangat... Kita sebagai anak tak sampai hati tengok mak kita ni... So dila decide nak beli peralatan medicure & pedicure hanya buat dirumah...

Disini Dila akan kongsikan peralatan yang diperlukan dan proses melakukan nya dengan mudah ok... Korang pun boleh buat dirumah dengan mak korang kat rumah... Alaaa bukan selalu pun kan? Dila buat ni dengan mama Alhamdulillah kaki mama semakin pulih masalah kulit kaki merekah pun dah kurang...

Okay antara peralatan diperlukan adalah :

Rendam kaki dengan air suam-suam panas

Cara pertama adalah :

Sediakan air suam-suam panas campurkan sedikit garam bukit dan gaulkan sehingga rata didalam baldi. Selepas itu rendam kaki dalam 20 hingga 30 minit. Tujuan letak garam laut adalah untuk melegakan sakit-sakit kaki dan buang kotoran pada kaki... Untuk pengetahuan korang terdapat banyak kelebihan garam bukit ni tau... 

Selepas dah rendam lap kaki menggunakan tuala sampai kering ok lepas tu urut tapak kaki ... Haa lega tak lepas rendam kaki?

Medicure Kit

Cara Ke-2 :

Selepas lap kaki ... Pastikan peralatan pada gambar lengkap iaitu Medicure kit boleh dapatkan di Guardian berdekatan.

Potong kuku kaki dan bersihkan kotoran pada celah celah kuku sehigga bersih... Kalau ada kulit nak terkopek kat tepi kuku tu korang boleh gunakan peralatan pada gambar. Then ratakan kuku sampai nampak cantik...


Callus File  Scholl

Cara ke-3 :

Kegunaan Callus File adalah untuk menghilangkan kulit keras di bahagian tapak kaki... 


Dengan hanya menggunakan peralatan ni boleh buang kulit keras yang berlebihan tapak kaki sampai lah rata... Nanti pada akhir perenggan dila akan share gambar sebelum dan selepas ok...

Dapatkan Callus File, jenama Scholl hanya di Guardian berdekatan korang... Berda ni meman bagus tau masa buang kulit keras tak sakit dan tak luka pun... 

Pumice stone with brush

Cara ke-4 :

Bersihkan semula kaki dan gunakan Punice stone with Brush untuk sental semula kaki guna brush ,bersihkan di bahagian kuku sehingga ke buku lali. 

Selepas tu , gunakan batu untuk bersihkan dibahagian tapak kaki okay..

Nails care head
Cara ke-5:

Nails care Head adalah peralatan untuk membersihkan kuku dan mengilatkan kuku... 

Ikut step-step yang untuk membersihkan sehingga kilat... Yang dila pakai ni adalah jenama Scholl. Terdapat banyak lagi pilihan tapi masa kat Guardian dila dapat yang ni.

Curio Vitamin nails
Cara Ke-6 :

Curio adalah sejenis vitamin untuk kuku... Kepada sesiapa yang mengalami masalah kuku yang tidak sihat boleh apply vitamin ni pada kuku ok... 



Boleh dapatkan di @curio_official follow instagram... Lepas amalkan apply Curio pasti kuku akan jadi segar bugar lepas tu.... 


Lotion Rice Milk Asianic Halal
Cara Ke-7 :

Selepas dah selesai semua cara diatas sapukan lotion Rice Milk daripada Asianic Halal di bahagian tapak kaki... Untuk pengetahuan semua kelebihan Lotion Rice Milk daripada Asianic Halal elok digunakan kepada sesiapa yang mempunyai masalah kulit merekah pada bahagian tapak kaki... 

Untuk membuat rawatan medicure & pedicure dirumah dan nampak hasil boleh buat 2 kali seminggu... macam dila buat untuk mama seminggu tu dua kali je... dan dila buat cara konsisten...


Tapi applykan lotion Rice Milk Asianic Halal ni hari-hari pada tapak kaki sebelum nak tidur... InshaAllah nampak kesan yang pulih dalam tempoh seminggu macam tu.. Yang penting dila nak tekan kan kat sini pakai cara konsisten je...


Sapukan lotion Rice Milk Lotion sebelum tidur
 Ni gambar sebelum dan selepas guys... Ni adalah testimoni daripada dila sendiri tau... sape ada masalah tumit kaki merekah guna je cara konsisten lotion ni...

Alhamdulillah makin pulih

Lepas dah ok mama pun happy sebab tiada lagi masalah tapak kaki... Walaupun tak dapat nak balas jasa mungkin dengan cara ni je mampu buat masa ni ... Terima kasih mama jaga kite dengan cukup sempurna bila dah besar orang pulak jaga mama... Hope mama enjoy tau :) nanti bila ada rezeki lebih baru bawak mama masuk spa buat rawatan medicure & pedicure kita fefeeling sikit ok... hihihi 

Apa pun harap entry ni oleh dijadikan panduan untuk korang yang nak buat rawatan ni kat rumah...

Enjoy your spa ^^

Terima kasih kerana membaca blog saya,

Dilla leez