Wednesday 26 April 2017

Lipstick Zarrab'joy terdapat 7 warna mengikut hari




Lipstick Zarrab'joy  terdapat 7 warna mengikut hari.
Assalamualaikum dan hello semua... Kali ni Dilla rasa macam excited tentang lipstick mengikut warna setiap hari... Haaa takkan lah hari-hari nak pakai lipstick warna yang sama sebagai wanita Dila memang suka kumpul koleksi warna-warna lipstick macam-macam warna lagi... Ok kalini ZARRA Sinar Puteri telah memperkenalkan rangkaian kosmetik warna di bawah sub-brand, ZarraB'Joy Cosmetics iaitu Matte Lipstick sebagai produk pertamanya yang berkonsepkan pemakaian lipstick mengikut hari Isnin sehingga Ahad.

MATTE LIPSTICK ZARRAB’JOY COSMETICS. Assalamualaikum & hello... ZARRA Sinar Puteri hari ini memperkenalkan rangkaian kosmetik warna di bawah sub-brand, ZarraB'JoyCosmetics iaitu Matte Lipstick sebagai produk pertamanya.... Haa menarik betul nak update pasal Matte Lipstick ni sebab terdapat 7 warna yang berkongsepkan pemakaian hari Isnin sampai hari Ahad... Memang patut buat macam ni jadi kita tak perlu nak fikir hari ni nak pakai lipstick warna apa? tak kan nak pakai lipstick warna sama je setiap hari? macam ni lah kalau dah perempuan ye... termasuk Dila selalu macam ni... Jadi sekarang ni korang tak perlu risau lagi dengan kewujudan Matte Lipstick ZarraB'Joy dapat nak selesaikan masalah kita untuk pakai warna apa yang sesuai mengikut hari matching dengan warna Lipstick.

Ok masa majlis pelancaran  Lipstick ZarraB'Joy Cosmetics hari tu berkenalan dengan pengasas iaitu Datin Zamzarina Zambri siapa yang tak kenal beliau yang merupakan pengacara TV1 RTM rancangan Apa Kata Wanita. Beliau tetap dengan pendirian bagi menghasilkan produk berkualiti tinggi yang setaraf dengan jenama Antarabangsa tetapi pada harga yang mampu dimiliki. Matte Lipstick ZarraB’Joy dihasilkan daripada bahan utama seperti Shea Butter, Argan Oil & Vitamin E. Prinsip yang dipegang iaitu “Biar Cantik Yang Sihat” masih diterapkan dalam penghasilan Matte LipstickZarraB’Joy...

Antara Kelebihan Matte Lipstick ZarraB'Joy 
  • Halal
  • Lulis KKM
  • Mesra Wuduk
  • Tidak mengeringkan bibir
  • Mengandungi Vitamin E, Srgan Oils dan Shea butter
  • Tanpa bahan kimia
  • Tidak berminyak
  • Warna-warna menawan dan trend masa kini.
  • Warna tak mudah luntur 
  • Tidak melekik
  • Berkualiti setanding dengan jenama antarabangsa
  • 100% milik bumiputra
  • Harga mampu milik

Haaa. Yang bestnya terdapat Konsep warna pengikut aura 7 hari. Terdapat 7 kod warna berkonsepkan hari Isnin hingga Ahad korang boleh pakai Lipstick Zarra B'Joy mengikut hari dengan warna yang sesuai mengikut aura hari dan bersesuaian warna ...
     Isnin ~ ZESTY ROSE
·         Selasa ~ ZENIA DAISY
·         Rabu ~ ZAZZY VERBENA
·         Khamis ~ ZAFTIG CARNATION
·         Jumaat ~ ZEALOUS DAHLIA
·         Sabtu ~ ZONAL PEONY
·         Ahad ~ ZAPPY THERAPY


Guys... Memang dila tak nafikan Lipstick ZarraB'Joy Antara lipstick yang mampu milim ok... Cepat2 dapatkan 7 koleksi lipstick mengikut hari dengan harga murah hanya Rm47.00 sahaja... Jimat pun jimat dah lah tahan lama pulak tu... 


PELUANG BISNES

Selepas pelancarannya, syarikat Harmony Mall Sdn. Bhd. akan merangka beberapa pakej ejen dan dropship bagi memberi peluang kepada masyarakat bisnes yang ingin menjana pendapatan bersama  mengedar Matte Lipsticks ZarraB’Joy secara online & juga offline.
Matte Lipstick ZarraB'Joy boleh dibeli melalui online shop www.harmonymall.com.my atau melalui whatsapp ke 019-344 7788 / 012-622 9970.        
               
Picture Nisa Kay
Bersama rakan blogger yang hadir semasa event Zarra B Joy

Untuk sebarang info dan pertanyaan boleh hubungi talian Bebas Tol: 1-300-22-7622, 019-344 7788 (Reena), 012-408 2744 (Dr Asiah) atau email harmony.myinfo@gmail.com


Wednesday 19 April 2017

Syampu Safi Shayla sesuai digunakan untuk wanita bertudung

Wanita bertudung tidak lekang dengan masalah rambut. Oleh itu, pemilihan syampu yang sesuai adalah sangat penting buat wanita bertudung... Yang penting korang kene tengok function syampu tersebut.... Macam kalau kita nak beli syampu kita mesti tengok syampu ni untuk merawat masalah rambut gugur, masalah kalimumur , rambut kering dan macam-macam lagi...

Walaupun bertudung , kebersihan dan penjagaan rambut tu sangat penting buat wanita.... Buat masa ni dila dah jatuh hati dengan syampu Safi  Shayla yang sangat membantu untuk kawalan rambut rosak dan ia dikhaskan untuk wanita bertudung...

Syampu Safi Shayla diperkaya dengan Habbatus Sauda dan sekarang ni Syampu Safi memperkenalkan satu solusi penuh inovasi Safi Shayla Pek Fleksi.


Untuk pengetahuan semua , Inovasi Pek Fleksi merupakan inovasi pertama dalam industri syampu. Untuk memudahkan digunakan untuk semua.... 

Okay memang dila antara pengguna syampu Safi Shayla... Pendapat dila mengenai pek terkini sangat mudah dan fleksibel digunakan , dibawa kemana sahaja. Malah , pek ini juga mesra alam dengan penggunaan plastik 65% lebih kurang....

Mana nak dapatkan produk ni? haa sape tak kenal tu rugi lah... sape tak kenal jenama Safi Shayla ni...

Jangan lupa dapatkan diseluruh pasaraya dan pasaraya besar berdekatan dengan orang k? Harga Syampu ni murah je iaitu RM14.65...



Fuhhh bestnya guna Syampu Safi Shayla  ... #muahciket

Sila layari laman utama berkenaan Safi :


Instagram : SAFI@safimalaysia







Sunday 16 April 2017

Merawat kulit muka secara sempurna dengan Neutrogena Skincare



Merawat kulit muka secara sempurana dengan Neutrogena Skincare. Assalamualaikum & Hello... Setiap orang pasti mempunyai masalah kulit muka tersendiri... Ada masalah kulit berjerawat, ada masalah kulit berminyak, kulit kering dan lain-lain lagi... Macam masalah kulit muka Dila sendiri mempunyai masalah kulit yang kusam dan nampak seperti keletihan... Kadang-kadang memang kita rasa down bila muka nampak kusam dan keletihan padahal dah cukup tidur dan rehat... Now terdapat pelbagai produk skincare yang kita tinggal bijak untuk memilih je dan tengok produk tu kene tak dengan masalah kulit muka kita... yang paling penting kene pastikan produk berkenaan mendapat kelulusan KKM dan selamat digunakan...

Sekarang Dila memang cerewet mengenai pemilihan skincare nak pastikan ia sesuai atau tidak takut nanti bila pakai tak ok tapi kalau belum cuba belum tahu kan yang penting kita tawakal dan usaha untuk menjdapat yang terbaik.. nak cantik bukan senang.. Beauty is pain right... Sekarang ni Dila dah start guna produk skincare iaitu Neutrogena Deep clean... Haa dila memang tertarik sangat nak guna produk ni sebab ia sesuai digunakan untuk mereka yang mempunyai kulit yang normal sehingga kulit yang sensetif...



Tadaaa~~~ Ni dia my favourite product. Ni dia antara barisan produk Neutrogena Deep Cleanser cute sangat kan produk ni... Lengkap sangat dengan adanya cleanser, face scrub & cleansing oil to foam.... Haaa rasa lengkap je hidup dengan adanya kelengkapan produk skincare Netrogena Deep Cleanser  yang diformula istimewa daripada Negara Korea yang pastinya produk Neutrogena Deep Cleanser berjaya merawat masalah kulit sensetif.


1. Deep Clean foaming Cleanser
  • Membuang sel-sel kotoran 
  • Menyegarkan kulit
  • Membuang sel-sel kulit mati 
  • Terbukti secara klinikal  formula yang kaya, buih berkrim yang membuang kekotoran kulit yang boleh terkumpul di dalam liang seperti kotoran minyak berlebihan dan membuat.
  • Mengawal kawalan minyak pada muka 
  • mengekalnkan keseimbangan kelembapan kulit semulajadi untuk mengekalkan kulit yang segar dan sihat.


Cara penggunaan : Gunakan pada setiap pagi & malam sebelum tidur setiap hari. Guna secara konsisten. Picitkan sekali pada tangan dan sapukan 5 dap pada muka dengan lembut... Kalau boleh urut sikit pada bahagian muka bagi memastikan muka kita bersih daripada kotoran... Dila laginsuka guna berus pencuci muka tu...guna tu lagi puas tertanggal semua kekotoran pada muka korang tu...

Review dari Dila : Deep Clean foaming cleanser ni memang tersangat best. Memang lepas guna muka fresh je Dila siap bawak lagi kat office lepas lunch sebelum zohor ambil wuduk tu Dila memang pastikan muka dila bersih dan segar je... Memang kulit muka dan tak kusam & tak berminyak lagi lepas tu.... Untuk mendapatkan kulit bersih dengan sempurna boleh gunakan face scrub juga tau :)


Deep Clean Blackhead Elimination
  • Menghilangkan blackhead
  • Menghilangkan sel-sel kulit mati 
  • Menanggalkan kotoran kulit oada muka
  • Mencerahkan kulit
  • Mengawal minyak pada muka

Cara penggunaan : picitkan pada tangan dan sapukan pada bahagian yang ada masalah blackhead. Macam Dila akan sapu pada bahagian hidung dalam beberapa minit... Gunakan seminggu 2 kali untuk mendapat keputusan yang ok...

Review dari Dila : Yes Dila akui Dila memang ada masalah blackhead pada bahagian hidung... Memang ketara je nampak blackhead, sebelum ni dila suka amek benda tajam cucuk2 untuk keluarkan blackhead & whitehead kat hidung sampai lah luka... Tapi bila jumpa Neutrogena Blackhead Eliminating ni Alhamdulillah ia dah semakin pulih dengan syarat kene pakai secara konsisten jangan putus asa... Yang best lepas pakai muka rasa fresh je sebab semua kotoran dah takde... Yeay happy :D


Cleansing oil to foam

  • Boleh digunakan sebagai make up removal & pencuci muka
  • Menanggalkan kotoran pada muka
  • Membersihkan wajah 
  • Lepas dijadikan sebagai make up removal memang make up akan bersih 100%
Cara penggunaan untuk make up removal : Sediakan kapas, picitkan Cleasing oil foam tersebut pada kapas. Lepas tu lapkan pada muka korang sampai bersih...

Cara penggunaan sebagai pencuci muka :
Lepas dah bersihkan guna kapas korang boleh cuci muka juga cleasing oil foam sebagai pencuci muka caranya dengan picitkan 2 kali oada tangan dan sapukan pada muka sambil urut dan akhir sekali boleh cuci muka...

Review dari Dilla :
Memang teruja sangat lepas pakai Clransing Oil foam muka lepas tu bersih dengan serta merta... Yang paling best produk ni wangi sangat masa pakai bedak pun muka bau wangi lagi... Memang dila puas hati lepas pakai produk ni yang penting boleh dijadikan sebagai make up removal memang bagus dan boleh jimat... 


Memang berpuas hati lepas pakai produk Neutrogena muka sentiasa fresh. Tapi yang penting muka tiada kusam lagi... Lepas guna dengan sapukan bedak je tak perlu risau lagi dengan masalah kulit kusam...

Eh ehhh... mana nak daatkan produk ni senang je korang boleh dapatkannya di www.Lazada.com.my
dapatkan nya hanya di Lazada lagi mudah dan jimat masa beli di Online......

Untuk dapatkan macam dila pakai ni korang hanya klik pada link nama produk di bawah ni ya :D

NEUTROGENA deep clean cleansing oil to foam Harga di Lazada hanya RM40.50 ada disk 10% yang ni harga lepas diskaun :)

NEUTROGENA deep Clean Foaming Cleanser Harga hanya RM20.40 yang ni harga selepas Diskaun 32%

NEUTROGENA deep clean blackhead eliminating Hanya RM20.10

Okay Dila lebih cadangkan semua untuk dapatkan di Online Lazada sebab murah , jimat masa, jimat minyak kereta sebab semua hanya dihujung jari hanya click & order je : D

Untuk maklumat lanjut boleh layari :

Instagram : @Neutrogenamy
Facebook : Neutrogena Malaysia
Website : www.neutrogena.com

Terima kasih kerana membaca blog Dila :D


Sunday 9 April 2017

Butik Hilo, My Town Shooping mall menjadi tempat pilihan untuk shooping


Butik Hilo,My Town Shopping Mall menjadi tempat pilihan untuk shooping.
Assalamualaikum & Hallo... Kak nonn semua buat apa hujung minggu ni? Haaa jangan tanya Dila buat apa pada weekend ni gambar pun dah berbicara... Hihihi... Korang dah usha2 belum shoooping mall yang baru bukak di My Town Cheras?

Haaa actually masa last week Dila pergi my town saje nak berjalan sebab shooping mall tu baru bukak... Memang kat sini terdapat banyak kedai yang menarik perhatian tapi relek dulu jangan ikutkan hati... Cehhh konon lah kan...masa jalan-jalan akhirnya dila tewas juga sebab tengok satu kedai butik ni memang tarik perhatian Dila & kawan Dila untuk masuk... Memang masa lalu kat depan tu pun woww... Cantik-cantik koleksi bajunya... Dila expect semua harga rm100 keatas sebab kualiti kainnya yang bagus, memang style hipster-hipster lah senang cakap... Nak tahu tak terkejut Dila baju yang dila rasa rm100 tu kat sana hanya Rm50.++ je dengan ada Disk lagi 10%... Haaa apa lagi amek lah sehelai kan...

Memang Dila kata harga murah sangat lah... Baru-baru ni dila pergi lagi kekedai tu lagi sebab nak beli baju kerja... Haa memang rambang mata lah citer dia... Actually dah lama sangat tak shooping baju kerja Dila rasa better beli kat sini memang banyak pilihan yang ada...


Pendapat Dila buat korang yang masih bekerja nak dapatkan baju kerja boleh ke Butik Hilo sebab butik ni banyak koleksi baju terkini yang ada... Kalau korang masuk kedai ni mesti suka pasti akan borong 3-5 helai baju sebab i ols pun dah terjebak... 


Mengancam koleksi-koleksi yang ada kat di Butik Hilo ni... Sebab first impression Dila masuk kedai ni pun amat teruja macam nak belanja beli semua je baju kat sini kalau diikutkan hati ...


Di Butik Hilo ni terdapat juga koleksi baju muslimah... Jadi boleh dapatkan disini juga kalau nak cari baju muslimah... Memang cantik dan bergaya...


Terdapat pelbagai fesyen disini... Tak rugi kalau korang dapatkannya... Dengan fesyen mengikut trending terkini... Haa macam-macam lah... Nak cari baju pergi event ke atau baju kerja or nak hang out dengan kawan-kawan sesuai dapatkan disini...


Kenapa menjadi pilihan untuk berbelanja di Butik Hilo?

1. Harga yang berpatutan
2. Kain yang berkualiti tinggi setanding dengan butik-butik mahal... Korang tak percaya boleh tengok sendiri ok...
3. Dah lah murah siao ada Diskaun lagi.
4. Memang puas membeli belah disini...
5.Banyak pilihan baju yang ada
6. Rekaan yang setanding dengan butik-butik mahal.
7.Terdapat koleksi yang cantik-cantik


Untuk information semua... Harga-harga dibutik ni antara Rm29 ke Rm130 macam tu...


Nampak tu muka happy selepas shooping... Ok ni beli untuk keperluan je bukan ikutkan hati... Kalau ikutkan hati memang dah banyak belanja... Hihihi


Jangan lupa singgah ke butik Hilo ya semua.... Selamat bershooping...

Untuk maklumat lanjut :

Nama Butik : Hilo Concept PLT

Alamat kedai | L2-057,Level 2, MyTown Shopping Centre, Jalan Cochrane 55100 Kuala Lumpur.

Tel | 03 9202 8633

Selamat bershooping & terima kasih kerana sudi membaca blog saya www.dillaleez.com

Saturday 8 April 2017

VEET SENSETIVE TOUCH ELECTRIC TRIMMER



Veet Sensetive Touch Electric Trimmer.Assalamualaikum & Hallo... Ramai wanita yang mengalami masalah rambut-rambut halus ditempat yang tak diingini... Memang malu kalau kita ada masalah tersebut... Contohnya korang ada masalah bulu dibahagian atas bibir atau kening yang lebat... haa lagi-lagi di bahagian atas bibir tu kadang-kadang ada orang cakap kita ada masalah lebih hormon dan ada misai... oh nooo ni memang memalukan...

So sekarang dengan terdapat kelengkapan Veet Touch Electric Trimmer boleh menyelesaikan masalah menghilangkan bulu-bulu halus... haa Dila sendiri berpeluang untuk guna Veet Touch Electric Trimmer memang selamat digunakan dan sikit pun tak cederakan kulit...malah semasa menggunakan memang semua bulu-bulu halus tanggal dengan serta merta...


Dila suka dengan warna pink ia melambangkan kesucian dan kelembutan buat wanita sesuai dipakai khas buat wanita selain tu boleh juga untuk guna menanggalkan rambut halus di bahagian ketiak & line bikinni... Buat masa sekarang ni adalah suatu keperluan untuk menjaga keperibadian kita sebagai wanita dewasa...


Jadi dengan menggunakan Veet Touch Electric Trimmer korang tak perlu lagi nak bercukur-cukur ia tidak elok buat kulit kita kerana dapat mencederakan kulit malah bila bulu akan tumbuh lebih lebat lagi ...



VEET SENSETIVE TOUCH ELECTRIC Trimmer terdapat dengan aksesori yang sangat lengkap iaitu :

Untuk Bahagian muka :
- 2-sided trimming head - 12mm dan 6 mm untuk membentuk bulu kening.
-2mm dan sikat disambung mengikut kepanjangan rambut.
- Mempunyai styler cap

Aksesori bahagian anggota badan :
-Trimming head 20mm.
-Sikat yang disambungkan mengikut kepanjangan rambut

Aksesori lain :
-Pembersih berus
-Bag kecil untuk travel & Kalis air
-Bateri

Kelengkapan aksesori ia sangat mudah untuk digunakan dan dibawa kemana saja... Dengan bag yang sangat cute sangat sesuai dengan jiwa dila ni...hihihi....

Mana nak dapatkan Veet Sensetive Touch ni korang boleh dapatkan dimana-mana farmasi yang berdekatan dengan korang seperti di Guardian...

Kalau nak muda boleh dapatkan di Lazada.com boleh klik pada link ni http://bit.ly/2nPLmLL .. Beli online lagi mudah dan dapat jimatkan masa korang ..hihihi

Thank you beautiful...

From
-www.dillaleez.com-

Friday 7 April 2017

Design by Syida ucu | Dillaleez berwajah baru

Assalamualaikum & Hallo....

Haaa nampak tak Dillaleez dah berwajah baru glitters2 merah gitew! Now dilla nak cerita serba sikit kenapa Dillaleez simple je... Dilla is my name & Leez is my mother name digabungkan jadi lah dillaleez.com Ni blog kedua Dilla blog lama tak pakai lagi... Pernah ada org bukak gmail dilla 2 minggu tak boleh nak log in (sob2)... So dila cool down dulu untuk blogging then Dila start buat yang baru...

Ok i like this design by shedaucu.com terima kasih syida buat design cantik2 meletop.Syida juga create blog ni dari a-z untuk Dila.... Korang kalau nak buat design boleh tempah kat shedaucu.com ok boleh usha2 kat blog dia sebab banyak koleksi2 design dari syida... Wauuu tiptop betul design dia... I like it...

Haaa tu dia glitters2 tu blog i lah... Dila lebih preffer design yang simple-simple janji senang orang nak bukak blog dila & baca....




Lepas ni in shaAllah dila akan share banyak benda lagi...  Oh ya korang dah follow ig Dilla? Kalau nak follow boleh terus click je kat tepi blog dilla tu je ok semua dah tersedia syida buat... So nanti dila akan follow balik ok...

Yang ni untuk fan page
Haaa jangan tak kenal siapa empunya blog tau? Tu saya punya belog lah...


Ni pulak watermark dila... Wauuu merah mak ngah gitew....  Btw thank you syida dila sangat berpuas hati dengan design...Service syida pun ok korang boleh buat tempahan laju2 ok...

Syida juga ada sediakan pakej... Korang boleh pilih mana korang nak siap ada buat domain sekali ... Dilla minta syida buatkan semua untuk dila... Dari domain sampai ke design...

Ehemz.... Nanti kita sambung lagi ok...

Thank you so much daun keladi nanti kita jumpa lagi...

Terima kasih kerana membaca blog saya...

Dila buat blog ni sebagai hobi & rutin dila dimana dila akan share kpd kesayangan dila semua...

Selamat berhujung minggu....

Ikhlas dari saya... :)

-Dillaleez.com-

Thursday 6 April 2017

Temubual Wan Nong Muzafar bersama media



Harini aku ikut bersama 2 lady boss aku ni kak Sha & kak leny adam bagi temubual bersama Wan Nong Muzafar & Media Kosmo...  Wan Nong Muzafar adalah konsultansi untuk membangunkan usahawan dan 16 tahun dalam bidang ni...

Ok untung nya dapat berjumpa beliau orangnya sempoi je... Nanti akan cerita juga mengenai latar belakang dengan lebih details...

Eh eh dengar cerita beliau akan gathering bersama blogger... Tak lupa Dila nak jemput rakan blogger yang disayangi... Hihihi macam tak biasa lak... Save the date ok guys....

Bersama 2 lady boss kak sha & kak leny yg selalu menjadi idola i



Sesi temubual bersama media




Untuk maklumat semua, Wan Nong Muzafar sudah mengeluarkan koleksi bacaan buat usahawan... Korang boleh dapat kan laju2 ye di kedai-kedai buku... Terdapat 3 jenis





Jika ada yang masih baru  lagi dalam bidang keusahawanan korang boleh datang ke seminar beliau dan dapatkan khidmat nasihat beliau k... amek aura-aura positif...

Okay guys... jangan lupa nanti save the date bersama Wan Nong Muzafar bersama blogger... Nanti yang berminat dan ada baca entry Dila boleh komen cakap berminat or boleh direct PM Dila ok...

Nanti Dilla akan bagi details mengenai event...

Selamat membaca...

IloveMyJob





Nikmati Buffet Ramadhan di Restoran Big Apple , Hotel Berjaya.


Hello & Assalamualaikum semua.... Tak lama lagi kita bakal menyambut bulan yang sangat mulia iaitu bulan Ramadhan Al-Mubarak... buat kaum hawa Dila nak ingatkan jangan lupa untuk ganti puasa ok...

Oh ye! Sempena nak sambut bulan ramadhan ni pasti semua nak berbuka bersama keluarga atleast sebulan tu sekali di tempat best2 untuk menikmati bulan puasa yang mulia bersama keluarga... Dila akan cadangkan tempat berbuka nanti yang ala2 dibazar... Dila dah survay kan dulu tempat mana yang pasti korang suka untuk berbuka puasa....


Restaurant Big Apple, Berjaya Times Square

Allright... baru-baru ni Dila berpeluang untuk pergi ke Restaurant Big Apple, di Hotel Berjaya Times Square dimana masa ni ada preview Ramadhan Buffet 2017 bersama rakan-rakan blogger... So Dila akan kongsikan terdapat pelbagai menu yang menarik di Restaurant Big Apple yang ala2 di bazar gitew... Dengan lebih 200 hidangan, korang pasti dapat menikmati sama seperti yang mereka lakukan di bazar luar tetapi kali ini, korang boleh menikmati makanan mereka dalam suasana yang lebih selesa dan santai...

Selain daripada suasana bazar yang meriah dan tetamu kami, Berjaya Times Square Hotel juga telah menyediakan khas Kedah Claypot Fish Head Curry, penuh kasih sayang disediakan oleh Sous Chef di hotel ini, Chef Yusoff menggunakan resipi keluarga neneknya. Hanya menggunakan bahan-bahan segar dan rempah aromatik, Claypot Fish Head Curry dijamin kemuncak keseluruhan bufet makan malam.

gerai-gerai individu akan dijarakkan sekitar restoran menghidangkan masakan istimewa khas. Tetamu boleh mengharapkan Lempeng Kelapa, Lamb Briyani, Ikan Keli / cencaru Bakar, Pucuk Manis Ubi keledek, Otak- Otak Muar, Murtabak Istimewa, Ayam Goreng Uncle Bakri antara banyak mesti mencuba hidangan tradisional Melayu yang lain. Mereka yang mencari pilihan yang lebih ringan dan sihat boleh mencampakkan mereka sendiri Ulam-Ulam Tempatan atau dibuat pelbagai salad siap yang ditawarkan.



Antara menu-menu yang pasti membuatkan korang terliur , Menu ala-ala kampung menjadi kegemaran semua orang, yang pastinya rasa semua sedap seperti dalam gambar ,










Terdapat menu-menu lain yang menarik yang pasti menjadi kesukaan semua.












Terdapat pelbagai kuih muih, buah-buahan, dah macam-macam lagi sebagai pencuci mulut








Cik Dilla tengah usha-usha ohh semua sedap-sedap kat sini
Bersama rakan blogger www.broframestone.com

Bersama rakan blogger www.ienaeliena.com



Untuk buffet ramadhan di The Big Apple Restaurant Berjaya Times Square, ianya akan bermula daripada 29 May 2017 sehingga 22 June 2017, 6.30 pm - 10.30 pm. Boucer RM 100 akan diberikan kepada dewasa dan RM 50 akan diberikan kepada kanak kanak bagi early bird RSVP.

Harga Minggu Pertama & Ke 4,
Dewasa : RM 128 (Nett)
Kanak Kanak : RM 58 (Nett)

Harga Minggu Ke 2 & 3
Dewasa : RM 138 (Nett)
Kanak Kanak : RM 68 (Nett)


Enjoy My Tummy
Selain itu, bagi menempah 10 meja , korang akan mendapat harga RM 118/person dan akan dapat 1 meja percuma kalan nak tempah untuk meeting pun boleh. Kalau full day meeting , akan dapat harga  RM148 per person & full dah akan dapat RM158 per person.

Untuk ramadhan Residential packages, 2 hari 1 malam ianya berharga RM428 per person termasuk breakfast , buffer , lunch & dinner ada juga servis lain.

Untuk maklumat lanjut sila layari :


Bagi tempahan boleh hubungi | 03 - 2117 8141