Sunday 31 July 2016

Raya Kaw-Kaw bersama Domino's Pizza!

Hi olls! Kepada penggemar Domino's Pizza D akan kongsikan Apa itu Raya Kaw-kaw bersama Domino's Pizza yang baru dilancarkan pada 29 Julai 2016 ... So kepada penggemar Pizza berhak untuk meraikannya... Untung kan? Cepat-cepat serbu Pizza selagi promosi ni dibuka...

Raya kaw-kaw bersama Pizza


Apa yang menarik tentang Promosi Raya Kaw-kaw bersama Dominos Pizzas. Pelanggan bakal menikmati lebih jimat melalui nilai tawaran. Antara senarai tawaran nya ialah menambah 1 pizza biasa, 2 pizza biasa 2 pizza biasa dengan tambahan hanya RM15, masing-masing RM25 atau RM35. Daripada simpanan yang sudah dijamin sehingga RM23.60 daripada 2 Tawaran Pizza, promosi Raya Kaw-Kaw kini menawarkan penjimatan sehingga RM45.40! Sebagai istimewa merawat pelanggan pesanan yang dibuat dalam talian akan menerima sehingga tiga menyegarkan Tropicana Fruts minuman 330ml percuma, sementara stok masih ada. 

Promosi ini disediakan untuk dinikmati oleh semua pelanggan seperti di online, take away atau makan di restoran Pizza 163 Domino di seluruh negara, sehingga 14 Ogos 2016 ini. 

Di atas memberi nilai tambah. Domino's memastikan kemudahan kepada pelanggan . Pesanan boleh dibuat dalam tempoh tujuh hari melalui pebagai pembayaran seperti tunai , Debit Domino's atau kad credit. Selain itu, pelanggan boleh membuat tempahan melalui pesanan telefon , atau order di Restoran Dominos tersebut.

Perkhidmatan termasuk penghantaran Domino's  hanya 30 minit, pelanggan akan menerima baucar Pizza tetap percuma ditebus atas permintaan mereka . Domino ini juga menjamin bahawa pelanggan akan menerima pesanan dibawa pulang dalam tempoh 15 minit atau mereka akan menerima baucar percuma ditebus atas permintaan mereka seterusnya.


Semasa sambutan Raya Kaw-kaw bersama Domino's Pizza .. Terdapat pelbagai menu yang dihidangkan... Dila dan rakan bloggers mendapat peluang untuk menghadiri Raya bersama Pizza .

Raya Kaw-Kaw bersama Domino's Pizza

Antara menu yang dihidangkan semasa Raya Kaw-Kaw bersama Dominos Pizza...
Lazatnya!. makan sampai tak ingat dunia. Makan semasa panas dengan cheese yang melazatkan...
Okay puas dah tarik punya tarik makin panjang dia punya Cheese...

Raya Kaw-Kaw bersama Domino's Pizza
Selfie bersama Kak Hunny dan Kak Iena sambil makan Domino's
Raya Kaw-Kaw bersama Domino's Pizza

Antara menu yang dihidangkan semasa hari kejadian tersebut. Excited sangat nak makan . Hi akak yangkat belakang tu ...

Raya Kaw-Kaw bersama Domino's Pizza
Antara menu yang dihidangkan
Raya Kaw-Kaw bersama Domino's Pizza

Semasa menghadiri Dila dan rakan bloggers juga berpeluang untuk masuk ke dapur Dominos tau? Thank you Tuan manager yang sangat baik hati... Service yang sangat memuaskan... 100% dijamin bersih... tak perlu ragu-ragu ok!

Untuk maklumat lanjut sila layari :
Web : www. dominos.com.my | https://goo.gl/Q660JB
Facebook : http://facebook.com/DominosMY

Pengalaman On Air Radio Asyik Fm & Track Fm

As salam ... saje nak through back nak share sikit buat pertama kalinya Dila on air Radio iaitu Radio Asyik Fm & Track Fm pada tahun lepas ... 

Ya ... Rasa bertuah sangat sebab  dapat peluang ni  untuk bawa client on air. ke Radio.. Pertama kali di Radio Asyik Fm then Radio Trax Fm... 

On air at Radio Trax FM
On air at Trax Fm
On Air Radio Trax Fm (Credit to kak Aza& Zaid )
Tujuan utama semasa kami on air di Radio adalah untuk memperkenalkan produk Shaklee Malaysia selepas membuat Csr Program di perkampungan orang asli , Pahang . So rasa bertuah sangat bila dapat jumpa dengan Dj Radio dan orang-orang sekeliling Dila ni... 





Untuk pengetahuan semua , Radio Asyik Fm merupakan Radio yang disiarkan di perkampungan orang asli... Menarik juga uolls!!! 



On air at Radio Trax FM


Semasa presiden shaklee On Air ... mengenai pengalaman beliau bersama Orang Asli Di perkampungan Orang Asli Pahang... Beliau juga berasa teruja kerana ini pengalama pertama beliau membuat CSR Program bersama orang Asli... 


With My Lady Boss Puan Leny Adam (Credit to Leny Adam)
Bersama bos Dila Puan Leny Adam ... Thank you ya bawa Dila On Air... Hmm Rindu nak on air lagi... 

On air at Radio Trax FM

Feeling-feeling nak jadi Dj masa ni... Wauu first time ok ... Dapat juga tekan Button-button dalam Radio Dj Fatimah ajar... 
With Dj Asyik Fm Dj Fatimah (Credit to Dj Fatimah)

Bersama Dj Radio Asyik Fm Dj Fatimah ... Seronok dapat berkongsi pengalaman bersama beliau... Hope dapat jumpa lagi...

Banyak lagi gambar nak share... Cari-cari gambar ni je yang dapat... Hmm sokay...!

Hope korang enjoy ya! Sape pernah on air tu share sikit pengalaman korang di ruangan komen ....

Thak guys !

Saturday 16 July 2016

Preview Movie Zack Kapcai

Assalam semua , sebelum tu nak tanya... Siapa kat sini kaki wayang? Baik ngaku cepat? :p okay ... cuma nak share ... kepada kaki wayang atau yang nak pergi tengok wayang Dila cadangkan untuk korang tonton movie Zack Kapcai merupakan filem terbaru arahan bersama Azaromi Taib dan Rosli Mohd Taib merupakan filem yang mengandungi elemen-elemen komedi.. Terdapat beberapa elemen seb-plot seperti kekeluargaan, persahabatan , kasih sayang , masyarakat dan percintaan... Confirm punya korang tak kering gusi tengok  filem ni.

Sedikit sebanyak mendekatkan filem ini dengan realiti kehidupan sebenar.Namun plot penceritaan masih lagi mengekalkan elemen komedi sebagai perencah utama dalam mencantikkan filem ini. Elemen permotoran dilihat tidak pernah tenggelam dalam menjadi subjek utama filem ini MIG ianya mampu menjadi trend dalam menhhasilkan trend dalam menghasilkan filem-filem akan datang.

Elemen yang seimbang ini membuatkan cerita lagi rancak dan menghiburkan. Selain itu, filem ini sesuai untuk semua lapisan umur . 


Pada 15 Julai Dila dan rakan bloggers yang lain menghadiri majlis Hari Raya  dan movie gathering filem Zack Kapcai.Majlis tersebut dilancarkan di e-curve Damansara.
Yeay... majlis itu berjalan dengan lancar dengan kehadiran pelakon watak utama Julia Marin , Serina Redzuawan . Serta David Teo dan terdapat ramai rakan blogger bagi memeriahkan majlis tersebut dan melancarkan filem Zack Kapcai.

Ehh... Korang mest tengok movie ni . Rugi kalau tak tengok .Ni pun rasa nak repeat tengok balik movie ni... Sape nak tengok wayang pm Dila please... Serious okay tak memain !!!


Sinopsis Filem Zak Kapcai

Mengisahkan tentang Zack yang suka sangat berlumba motor. Namun minatnya tersebut ditentang oleh ibunya, Minah. Ini kerana Suaminya merupakan Raja Kapcai suatu ketika dahulu. Oleh kerana gelarannya kapcai membuatkan rumahtangga Minah dan Rudy berkecai.

Menceritakan ketika Zack berlumba motor bersama Roy dan Zack memenangi Qistina iaitu gelaran motor kesayangan Roy . Sementara itu , Minah , ibu Zack sudah tidak tahan lagi dengan aktiviti berlumba Zack. Sehinggan Mina memarahi Zack sehingga Zack menjadi insaf . Zack sanggup untuk meninggalkan hobinya untuk tidak berlumba lagi.

Namun , semuanya berubah apabila zack terjumpa poster lama Rudy , bapanya . Zack mengetahui bapanya sendiri adalah Zack Kapcai. Zack nekad untuk mencari bapa dan adik kandungnya yang sudah lama berpisah .

Dalam masa yang sama , Roy ingin mendapatkan hak nya iaitu Qistina motor kesayangannya itu. Kerana sudah gila bayang Roy mencuri motornya daripada Zack.


Zack berasa kecewa kerana Qistina hilang. Dalam waktu yang sama dia  ingin pergi ke Kuala Lumpur untuk menjejaki Bapa dan Adik nya. Semasa inilah Minah mengeluarkan motor lagenda Raja Kapcai yang telah lama disoroknya. Zack menjadi teruja dan semangat untuk menerusi misi mencari bapa dan adiknya menaiki motor milik bapanya iaitu motor lagenda.

Semasa pergi ke Kuala Lumpur, Zack terserempak Roy juga yang ingin ke Kuala Lumpur. Semasa inilah mereka berbaik semula. Ketika mereka menginap disebuah rumah di Kuala Lumpur suatu kejadian terjadi iaitu Tasha adik Zack memasuuki rumah mereka kerana dikejari lelaki samsing yang ingin memperkosa Tasha. Lelaki tersebut tidak dapat menjejaki Tasha kerana Dia memasuki rumah sewa Zack dan Rudy. Tetapi Zack tidak tahu Tasha adik kandungnya.


Perkenalan tanpa diduga itu, Roy jatuh hati dan membuahkan rasa cintanya itu kepada Tasha.
Pada keesokan harinya, selepas kejadian tersebut. Roy menghantar Tasha pulang kerumahnya. Roy bertemu bapa Zack dan memberi tahu kepada Zack sudah menemui bapa kandungnya.

Zack tidak sabar untuk bertemu bapanya Rudy.....!!!

Jeng .... Jeng... Jeng... taknak tulis sinopsis panjang2... nak tahu lebih lanjut jum tengok movie...
Ending movie ini juga sangat menarik ... Tengok tau jangan tak tengok .

Dila nak share sikit gambar dibalik tabir filem Zack Kapcai.












Antara barisan pelakon watak filem Zack Kapcai adalah :

1.Fad Bocey sebagai Zack
2.Shuk SYH sebagai roy
3.Rahim Repathu sebagai Rudy
4.Julia Farhana sebagai Tasha
5.Serina Redzuawan sebagai Minah
6.Shahfiez Rempit sebagai Wan
7.Epy Kodiang sebagai Botak

Tidak lupa juga Senarai Karyawan yang menjayakan Filem Zack kapcai :

Penerbit Mejar= (k) David Teo
Penyelaras Produksi  = Azahari Abdul Hamid
Pengarah = Azaromi Ghozali &Rosli Mohd Taib
Pen. Pengarah = Hashim Rejab & Dharma Aizat
Penolong Fotografi = Mohamad Ridhuawan Zainal Abidin
Still Photo = Tan Shier
Skrip = Panel MIG
Pengarah Seni = Nordin Bin Ismail
Wardrobe = Mohd Nirzuan Nordin & Zurin Malek
Make up = Jamal Mohd & Nana Tuah
The Making of = Tan Shier
Koordinator = Syed Muhamad Izzudin




Semasa pelancaran filem tersebut, dilancarkan di restoran Pak John Steamboat & BBQ. Dila datang lambat time ni almaklumlah kita kerja PA... Balik kekadang tak menentu... Hehe... 
Rakan bloggers kata makanan dia best kat sini... Tak sempat nak merasa sampai-sampai je majlis dah start... Sokay next time boleh datang merasa.

Tidak lupajuga  kepada Bro , Terima kasih sbb sudi invite ... Terbaik lah Bro ...!!! Nanti jangan lupa invite lagi.. hehe








Okay last sekali ... Dila nak share sikit video Trailer Filem Zack Kapcai. Mesti korang terhibur bila tengok. Non stop gelak sampai mata berair ... 

Okay ... sesiapa yang dah pergi tengok tu jangan nak over dalam wayang tu... hehehe... See u ya...!!! Dila nak repeat tengok filem ni balik ...


Video semasa pelancaran majlis by Halim Brothers

Saturday 9 July 2016

Smart Charger Innergie Speed


Sempena Hari Raya Aidilfitri Alhamdulillah kalini berpeluang untuk menggunakan charger yang terbaik di abad ini... Iaitu Innergie LifeHub. Innergie merupakan charger yang mempunyai tahap kepantasan setanding dengan original charger berserta ia mempunyai tiga port charger.

Pada musim perayaan pasti semua orang sibuk meggunakan telefon bimbit dan menggunakan power supply. Masa yang paling tepat dihari raya ini dengan adanya INNERGIE sangat membantu Dila dan ahli keluarga yang lain untuk mengecas telefon bimbit. Serta tidak perlu berebut menggunakan power supply kerana  innergie mempunyai 3 charger port... Oleh itu sangat memudahkan kami menggunakan dengan pantas dan bergilir-gilir kongsi dengan saudara-mara yang hadir.


A photo posted by nurulfadhilayz (@dillasygs) on








Selain itu, Innergie LifeHub sangat mudah untuk dibawa kemana-mana sahaja kerana ia tidak  memerlukan ruang yang banyak untuk simpan kedalam hand bag . Termasuk Dila juga wajib dah bawa bendalah ni. Almaklumlah Dila banyak kerja menggunakan telefon .  So Innnergie sangat menyelamatkan Dila. Apa yang menarik sekali Innergie mempunyai wayar yang panjang iaitu 3m. Tak perlulah semua terkinja-kinja memegang sambil bermain telefon.




So apa tunggu lagi ,  cepat dapatkan ya? Teruja sebab menjadi orang yang terawal pakai produk ni. Nantikan ya tak lama lagi akan berada dipasaran Malaysia.

Untuk maklumat lanjut tentang produk ini sila layari
 http://www.myinnergie.com/us/product/11 



Friday 8 July 2016

Art street & wall printing hanya di "Pulau Pinang"


Pertama kali Dila menjejaki di Pulau Pinang teruja dengan  "Art street & wall printing" yang hanya berada di pulau pinang. Terdapat pelbagai lukisan menarik dan lucu yang berada di lorong-lorong kecil di jalan raya dan semestinya ia menjadi tumpuan pelancong .

Terdapat lebih daripada sepuluh lukisan yang menarik seperti gambar kanak-kanak . Setiap gambar mesti mempunyai tafsiran dan sejarah tersendiri. 

 Untuk menjadikan perjalanan anda lebih menarik dila sarankan untuk korang menaiki basikal untuk mencari lukisan tersebut  menggunakan peta yang disediakan dengan menaiki basikal. 
seriously best sangat perjalanan dila pada petang tu... Macam korang main game juga lah... Kene cari lukisan tersebut...
Pasti menjadikan perjalanan korang lebih terindah semasa menaiki basikal dan melalui saat2 kejadian menaiki basikal tersebut.










A photo posted by nurulfadhilayz (@dillasygs) on


A photo posted by nurulfadhilayz (@dillasygs) on

A photo posted by nurulfadhilayz (@dillasygs) on

A photo posted by nurulfadhilayz (@dillasygs) on

A photo posted by nurulfadhilayz (@dillasygs) on

A photo posted by nurulfadhilayz (@dillasygs) on

A photo posted by nurulfadhilayz (@dillasygs) on

A photo posted by nurulfadhilayz (@dillasygs) on

A photo posted by nurulfadhilayz (@dillasygs) on

Inai @ Raya 2016

Assalam semua... tinggal berapa hari shja lagi kita dah nak menyambut hari raya aidilfitri ...

So korang dah prepare barang hari raya? Baju raya , kuih raya , semua yg berkaitan dengan raya... Ehh tak lupa juga inai raya tau...

Yeay... first time ni dila buat inai untuk tangan sendiri...dah siap pun... terima kasih kepada sahabat karib Dila , tasha sebab belanje Dila buat Inai raya ... semangat je nak raya ni... design inai ini juga tasha yang pilihkan... dia pulak tu yang request... hehehe...

Inai @ Raya





Inai @ Raya
Shuutttt !!! Secret of Beauty...
Merah mak ngah oi... huarghhh... kalau tngan merah ni agak-agak dapat angpau tak? hehehe....
Gurau... Nampak tak hakak tak sabar nak sambut hari raya dengan tangan merah tahun ni... Bukan nak kawen or tunang ye ... 

Inai @ Raya

Nampak tak awek tu bukan main semangat lagi nak beraya... Belum apa-apa lagi dah berinai dah dia punyalah semangat nak cari design dalam google... Dia sendiri jumpa auntie yang buat inai tu request nak design dalam google... okay lah ... cantik kan design inai tu ala-ala arab....  Tengok kat pergelangan tangan dia tu... Konon-kononnya ingat gelang lah... memang perompak tengok pun macam nak ragut je dia punya acah-acah gelang tangan dia tu... hahaha...

Inai @ Raya

Ehhh... sweet tak kami??? kononnya tengah dating lah ni... terharu sangat ada kawan yang sweet macam ni.... orang selalu ingat aku dengan tasha ni tak kembar atau dari belakang selalu nampak macam couple... ehh tak faham lol !!!

Btw tenkiu my Dear friend sanggup belanja aku buat inai semata-mata nak aku cantik time raya...
Sayang kau... next time aku lanje kau pulak eh....

Seven Eleven Iftar @ Jalan Sultan Ismail ,Kuala Lumpur



Assalam semua... pada 19 June 2016 seven Eleven telah mengadakan majlis iftar secara ringkas dan meriah di Seven Eleven Jalan Sultan Ismail ,Kuala Lumpur bersama rakan bloggers...

Terdapat pelbagai menu yang menarik yang telh dihidangkan seperti spageti , nasi goreng kampung, sandwitch .


Pada sesi berbuka puasa bersama rakan bloggers 7-Eleven Malaysia kini telah mengumumkan tentang penawaran pelbagai perkhidmatan seperti :- 

PEMBAYARAN BIL


Sejak 7-Eleven di hampir setiap sudut kawasan , kini terdapat pelbagai kemudahan dimana anda tidak perlu lagi membayar pembayaran astro , TM , bil U-Mobile dan Syabas. Di Seven Eleven terdapat kemudahan untuk membuat pembayaran ini.


BOXiT PARCEL LOCKER

7-Eleven tidak pernah berhenti dalam membawa perkhidmatan canggih untuk pelanggan mereka. Baru-baru ini, 7-Eleven bekerjasama dengan BOXiT, pengendali bungkusan persalinan tempatan untuk menampilkan bungkusan loker di seluruh negara yang menyediakan perniagaan-ke-pengguna, pengguna-ke-perniagaan untuk penghantaran pulang, transaksi perniagaan-ke-perniagaan dan juga bank-ke-pelanggan dan perkhidmatan pelanggan-to-bank. Melalui kerjasama ini, perkhidmatan persalinan akan membawa nilai tambah kepada "sehenti pengalaman" yang 7-Eleven menawarkan.


MOLPoints

Teknologi pembayaran mikro dalam talian dipanggil MOLPoints, sistem pembayaran yang membolehkan pengguna di seluruh negara untuk membeli permainan dalam talian, produk, dan perkhidmatan di 7-Eleven dan membayar untuk pembelian anda di lebih 1.6 juta saluran fizikal, dalam talian dan mudah alih di lebih daripada 80 buah negara di seluruh dunia. Ini upgrade luar biasa kepada kaedah yang tradisional pembelian permainan kredit telah diubahsuai perkhidmatan untuk menjadi lebih selamat dan mudah .

MOLPay

Perniagaan baru muncul untuk menjadi orang tengah kepada operasi digital, pelanggan juga boleh mempunyai akses untuk melakukan transaksi MOLPay di 7-Eleven. 

MOLPay adalah satu penyelesaian pembayaran dalam talian yang membolehkan peniaga e-dagang untuk mengutip bayaran daripada pembeli dalam talian dengan selamat melalui saluran pembayaran fizikal dan dalam talian. pelanggan selamat boleh membuat pembelian dari kedai-kedai dalam talian, kedai blog atau penjual kasual yang menggunakan MOLPay dan membayar secara tunai di 7-Eleven untuk transaksi dalam talian mereka.

TOUCH N GO RELOAD

Dengan keadaan lalu lintas yang sesak . Pasti ramai orang yang ingin kemudahan untuk menambah nilai touch n Go . Sekarang Touch n Go juga telah berada di Seven Eleven anda boleh menambah nilai tersebut dikawasan berdekatan rumah anda. Atau di Seven Eleven berhampiran . Tidak perlu beratur panjang untuk menambah nilai di tol dengan keadaan lalu lintas yang agak sesak.



7-ELEVEN KAD

Kad 7-Eleven yang telah dilaksanakan untuk kesetiaan pelanggan di 7-Eleven. Bagi setiap pembelian  RM3.00 keatas, pelanggan boleh mendapatkan 1 BPoint dan dengan BPoints, anda boleh menebus barangan eksklusif dalam talian dan merawat orang-orang yang anda sayangi di kedai-kedai yang mengambil bahagian terdekat. Pelanggan boleh melihat ganjaran yang tidak terhad dalam www.Bcard.com.my.

SEMURNI KASIH 2016

7-Eleven Malaysia memulakan kempen Semurni Kasih pada tahun 2010 dan telah diadakan setiap tahun pada bulan Ramadhan. Mengambil kesempatan ke atas purata rangkaian 900,000 pelanggan walk-in setiap hari, dari lebih daripada 1879 kedai di seluruh negara, 7-Eleven Malaysia yang bersepadu usaha di seluruh negara untuk mengumpul bekalan makanan dan bukan makanan bagi pengagihan kepada yang kurang bernasib baik dalam masyarakat. 7-Eleven Malaysia telah terkumpul lebih daripada RM 2.6m bernilai barangan keperluan hadiah melalui Semurni Kasih program koleksi amal 2015 itu. pelanggan Store menyumbang dengan hanya membeli mana-mana keperluan dan melepaskannya ke dalam kotak koleksi dalam semua cawangan 7-Eleven di seluruh Malaysia, dan 7-Eleven Malaysia diedarkan barangan yang tiada dikumpulkan untuk mereka yang memerlukan. Sila rujuk http://www.7eleven.com.my/community-care untuk senarai benefisiari penuh untuk Semurni Kasih 2016.