Saturday, 30 May 2020

Numi Skincare Limited Edition | Laku keras


Hi Everyone | Hairini Dilla nak up sikit pasal produk Numi skincare!!! Kali ni Numi skin care keluarkan set untuk Limited edition so kalau Limited edition ni produk sangatlah terhad korang kene grab cepat-cepat sebab ramai sangat orang rebut Set Numi Limited edition ni. 

Untuk pengetahuan korang Limited edition kali ni terdapat set Numi serum, Numi  soap & Numi wipes tissue. Untuk yang belum tahu produk Numi skincare ni dah lama pun dah berada dipasaran & dikenali ramai so kat sini dilla nak share kat korang pasal produk viral laku keras ni.


Paling excited Dilla nak share dengan korang mengenai Numi serum ni memang best sangat Masa korang pakai bau serum ni wangi dan segar je bau bunga Rose. bila kita sapu dekat muka yang paling best Numi Serum ni boleh dijadikan based make up. Tips nak dapatkan make up yang cantik tak capuk dan nampak glosing je muka seeloknya korang boleh dap dulu Numi Serum ni kat muka korang. Dap dap dulu tunggu dalam beberapa saat boleh pakai make up terus. Serious hasil dia memang muka korang nampak glowing & kulit muka pun akan sihat.

Korang perasan tak bila lepas make up je selalu akan tumbuh jerawat kecil2 kat muka korang. Haa tu lah punca sebab korang tak jaga skin korang betapa pentingnya sebelum make up korang kene dap dulu Numi serum ni.nanti dilla nak share dengan korang feedback yg dah pakai Numi serum ni ok baca sampai abis tau. Hihihi

KELEBIHAN NUMI SERUM

• Memudarkan parut jerawat & jeragat
•  Anti-penuaan
• Menganjalkan dan menegangkan wajah dalam masa yang singkat 
• Mengecilkan liang pori dan boleh dijadikan sebagai make up based
• Mengawal dan melembabkan kulit wajah 
• Mengurangi peradangan pada kulit. 


Wipes tissue Numi
Ok part ni Dilla nak bagitahu kat korang, selalu nya bila kita basuh make up kita guna kapas selalu nya make up takkan tertanggal sepenuhnya kat muka korang tau ada lagi bekas2 foundation yang melekat kat muka korang tu. Macam mana nak tanggalkan Make up 100% kat muka kalau tak nanti skin korang tak bersih akan menyebabkan jerawat , blackhead dengan white head kat muka korang. Ishhh3 korang please jaga sikit skin korang tu. lepas dah pakai make up tu kene lah bersihkan muka dengan betul. 


See hasil selepas bersihkan muka guna wipes tissue dari Numi ni Ya Allah memang sekali sapu je terus bersih make up kat muka korang. Tak sampai 10 saat dah muka dah bersih tak payah nak tenyeh2 lagi kapas kat muka kuat2 kalau tenyeh pun belum tentu make up kita tu bersih tau. 

So Dilla nak share dengan you all apa yang best sangat pasal Wipes Tissue Numi ni :

• Wajah bersih sepantas 10 saat 
• Cuci tanpa alkohol
• Membersihkan melembabkan dan menyegarkan 
• Mudah dibawa kemana-mana
• Sesuai untuk semua jenis kulit


Numi soap

Freshhh nya muka bila dah tanggal make up guna Wipes Tissue Numi lepas tu guna pula Numi soap ni rasa fresh je muka. So betapa pentingnya rutin pakai skin care ni dalam hidup kita tau. Kalau skin kita cantik , sihat & bersih. Paling wajib korang kene rajin & konsisten cuci muka. Lagi2 bila basuh guna Numi soap ni. Semua kotoran kat muka korang akan tanggal.

Tadi masa basuh muka boleh pulak sabun termasuk dalam mata tapi bila guna Numi soap ni naseb lah mata tak pedih. So dila janin produk ni memang selamat digunakan. Ni feedback dila sendiri sebab sebelum ni kalau guna sabun muka lain terkena mata mesti mata pedih merah2.

Jadi betapa pentingnya pemilihan produk skincare yg korang nak pakai tu.  bukan main beli je tahu2 produk murah main hentam je korang main beli make sure kene tengok feedback dulu.


Ni lah rutin Dilla untuk dapatkan kulit cantik dan bersih bersama Numi Skincare. So dila nak share tips lagi kat korang yg ada masalah skin tu. kulit berjerawat, kulit kusam , kulit tak sihat hmm sebelum2 ni pun memang dila dah rasa semua kulit yg bermasalah ni memang rasa down tau bila tengok kawan kita semua kulit2 cantik bila selfie pun nampak cantik je kt muka. Tapi bila kita dalam camera? Macam nak delete balik je gambar. So korang tak perlu rasa down semua masalah yang kita alami tu kita kene cepat cari solution dengan amalkan rutin skincare Numi dengan cara konsisten. 

Tips nak dapat kulit yang cantik:

1. Rajin-rajin cuci muka selepas bangun tidur, sebelum tidur selepas make up.
2. Pakai skin care tiap hari cara konsisten
3. Banyakkan minum air masak
4. Pakai Numi serum sebelum pakai make up biar muka nampak glowing dan make up tak capuk
5. Sebelum tidur pakai Numi serum bangun2 tidur cuba rasa skin korang lembut & fresh je
7. Amalkan surah yusuf untuk dapatkan wajah yang cantik.



FEEDBACK NUMI SERUM




See boleh tengok gambar sebelum & selepas amalkan Numi Skincare ni dah ramai juga orang yang dah grab tau lagi2 yang set LIMITED EDITION ni. So korang pun jangan lepaskan peluang juga untuk Grab set L.E ni paling penting korang kene dapatkan guide terbaik dari sis Ifa dia boleh COD dekat you all area KL, Ampang Gombak dan sekitar kawasan paling penting fast respons tu.

HARGA SET NUMI LIMITED EDITION YANG SUPER JIMAT
NORMAL PRICE : RM80.00
PROMO PRICE : RM69.90

Kene grab cepat dengan sis ifa ok korang kene tahu sis ifa ni akan make sure muka korang akan nampak cantik bersama Numi skincare.


Untuk maklumat lanjut :

Whatsapp : KLIK KAT SINI
Instagram : @adfarstar_legacy  KLIK KAT SINI
Facebook: Nor Afifah Abd Salleh  KLIK KAT SINI 

Terima kasih kerana membaca!!!

Sunday, 26 April 2020

Malu nak minta hutang



Ini bukan first case lah yg cik Dilla nak cerita kat korang actually kes ni dah banyak kali tapi harini baru lah cik Dilla berani nak buat tindakan. Sebenarnya sebelum ni Cik Dilla diam bila org buat kita tapi kali ni betul2 tak boleh lagi orang pijak2 kepala kita ni kahkah... 

Sebelum ni kalau orang nak pinjam duit Cik Dilla memang tak kisah kalau orang tak nak bayar pun kita anggap jelah sedekah yg orang tu pun tak mampu nak bayar.

Tapi Kali ni Cik Dilla kes yg sama tapi org lain dia pulak hutang dengan kita pasal niaga masa ni cik Dilla betul2 terdesak nak pakai duit sebab nak tolong ayah so kebetulan dia tak bayar dalam amount yg beratus jugak lah terpaksa cik dilla menagih hutang kahkah tapi kan kalau korang kat tempa Cik Dilla korang pun akan buat benda yang sama kan? 

Kali ni banyak kali Cik dilla menagih hutang tapi dah seminggu kita follow up pun still tak bayar sampai lah cik dilla screen shoot bank statement tinggal RM9 je wakakak sedihlah sampai kite tunjuk bank statement kat orang tu baru lah nak bayar tapi dengan cara tak beradab. Huhuhu 



Kesimpulan conversation ni orang tak faham kita ni orang niaga nak kene rolling duit nak kene bayar gaji staff nak kene bayar tanggungan jangan disebabkan org berbusiness senang je nak cakap dalam acc lagi satu duit nuntah? Whattt??? Huhuhu please korang kalau dah hutang tu tetap hutang jangan persoalkan income orang  ☺️ 

Ye orang hanya nampak acc muntah2 tapi duit keluar orang tak nampak. Sokay cik dilla aminkan je bila orang cakap macam ni ...

Semoga orang yang berhutang tu sama2 kita doakan hati dia nak bayar duit kita ye sebab kat kubur nanti walaupun kita hutang orang walaupun 1 sen pun tetap Malaikat akan persoalkan ☺️ Kalau boleh jangan lah tangguh2 untuk kita bayar hutang orang ye kalau orang mintak sekali tu terus je bayar jangan sampai kene mintak 7,8 kali . Sekian dari cik Dilla

Harao boleh dijadikan pengajaran untuk kita semua 

Saturday, 14 March 2020

The best time for new beginning is now


The Best Time for Beginnings is Now!!! Hehe I suka gila dengan quotes ni... Setiap hari bangun tidur mesti I akan baca some of quotes untuk dapatkan kata2 semangat or untuk motivate diri kita kalau tak dapat kata-kata semangat dari orang lain pun.


Tuesday, 10 March 2020

yeay... Dapat I phone 11 pro max!!!





Yeayyy...!!! Dapat I phone 11 pro max!!! Benda yang jarang berlaku dalam hidup aku adalah bila nak tukar- tukar phone ni sebab aku adalah orang yang setia dengan 1 benda selagi boleh pakai aku akan pakai Hahaha...

Seronok tak seronok berbusiness ni nak apa je beli... Tu lah kalau dah rezeki kan... Naomi cabar aku kalau sales bulan ni lebih dari 1200 kuantiti Naomi nak kasi dilla I phone 11 max pro... Weh weh weh sales bersamaan RM53400 wokehhh

Wah banyak tu 1200 box dalam hati boleh ke??? Hujung2 bulan aku cabar diri aku untuk buat sales 1200 wahhh berkat usaha, doa ibu ayah hujung bulan tu terus zassss 1200 box... Wahhh rezeki kan??? Kan aku dah kata leedee ni ramai permintaan so korang yang nak buat income dengan leedee tu jom join dila korang nak apa gtau je kehkeh bukan nak bagi harapan palsu tau camne founder treat kita Camtu lah dila akan treat korang!!! 

Nak taknak hati kene kental je bila nak something tu tau hikhik...

Alhamdulillah 2019 dah dapat fon baru 2020 ni nak apa pulak ye?

Kereta???
Rumah???
Kahwin???

Semoga dipermudahkan urusan Nurul Fadhila Aminnn2 aminnn

Saturday, 21 December 2019

Lovina Klinik Konsep Klinik hibrid 2 dalam 1 patuh syariah

Assalamualaikum semua baru-baru ni Dilla telah menghadiri sepetang bersama blogger di Klinik Lovina , Wangsa Maju.



Cetusan idea gabungan mantap klinik perubatan am dan rawatan kulit muka di Lovina Clinic memberi nafas segar dalam industri perubatan dan semestinya menarik perhatian ramai pengikut arus semasa dalam aspek penjagaan kesihatan dan kecantikan.


Bertapak di Wangsa Melawati, klinik hibrid milik syarikat HND Wellness Sdn Bhd tersebut juga memberikan khidmat kelas pertama terhadap penjagaan kesihatan rutin, rawatan pelbagai masalah penyakit, teknologi terkini dalam perubatan kulit wajah dan perkhidmatan rundingan perubatan.


Pengarah HND Wellness Sdn Bhd, Mejar (B) Dr. Hamidah Mohd Salleh berkata Lovina Clinic merupakan klinik patuh syariah pertama seumpamanya di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan perubatan am dan rawatan kulit muka di bawah satu bumbung.

“Latar belakang sebagai doktor tentera membina personaliti saya yang berjiwa patriot dan sukakan cabaran bukan sahaja sebagai doktor tetapi juga pegawai tentera. Sebagai wanita pula, saya menitikberatkan kesihatan kulit dan sering mengunjungi pusat kecantikan, tetapi rawatan kulit muka berasaskan klinikal sukar didapati. Rawatan sedia ada pula mahal dan rata-ratanya dipelopori golongan bukan Islam. Berkat sokongan suami, Lovina Clinic dibuka setelah saya melanjutkan pengajian dalam rawatan kulit muka klinikal” ujar beliau.

“Masyarakat masih kurang kefahaman terhadap perubatan rawatan kulit muka kerana sering dikatakan tidak patuh syariah dan kononnya menyerupai pembedahan plastik yang memudaratkan. Bidang ini mempunyai pasaran yang besar khususnya pelanggan wanita Muslimah berkarier yang meminati rawatan kecantikan berasaskan klinikal dan mesra pengguna muslim,” katanya yang juga merupakan pengamal perubatan bertauliah dan berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia.

Beliau berkata, matlamat Lovina Clinic adalah menjadi pusat sehenti perkhidmatan perubatan yang mengamalkan penjagaan kesihatan dan kecantikan yang menyeluruh serta dilengkapi peralatan moden.


Selain daripada perubatan am dan rawatan kulit wajah, Lovina Clinic juga turut menyediakan perkhidmatan kesihatan ibu dan anak serta program pengurusan berat badan dengan pakej dan harga yang amat berpatutan.

Untuk maklumat lanjut :

Alamat : 
No.6 ,Lorong Dataran Wangsa , Wangsa Melawati 53300 Kuala Lumpur.

Website :

Facebook :

Instagram :

Waktu Beroperasi :
Isnin :9:00PG–5:00PTG
Selasa :Tutup
Rabu :9:00PG–5:00PTG
Khamis 9:00PG–5:00PTG
Jumaat 9:00PG–5:00PTG
Sabtu 9:00PG–5:00PTG
Ahad 9:00PG–5:00PTG


Saturday, 9 November 2019

perjalanan tahun 2019




Assalamualaikum & hai korang Terima kaih kerana masih sudi untuk membaca dilla punya blog ni !!! Tahun 2019 ni dilla tak ambil review produk sangat sebab dilla sibuk nak uruskan business So Korang baca pun pasal personal story dilla sendiri je... Terima kasih yg masih lagi mengikuti perkembangan dilla pada tahun 2019 ni... Allahu Allah je yg boleh balas jasa baik korang sebab tahun 2019 ni jumpa dgn orang baik2 je yg selalu bagi kata2 semangat . Hope korang pun ok ya.

So far life dilla 2019 ni sangat bagus Allah banyak bagi macam2 panda tahun ni terutama nya dalam business n personal life dilla . Walaupun tahun ni tahun yg agak mencabar untuk dilla Sebab nak kene uruskan sendiri.  Kalau dah berniaga ni dah tak sama macam kerja dulu dulu kita ikut arahan bos but sekarang masa dan pengurusan semua kita yg kene uruskan sendiri bagi dilla tu yg agak mencabar sikit. But alhamdulillah still boleh handle. 

Alhamdulillah panda tahun 2019 ni juga lah yang banyak ajar dilla untuk menjadi seorang yg lebih cekal dan bersemangat beza sangat zaman2 masa kerja dulu asyik lemau je dalam hidup pun tak tahu nak apa. Terima kasih juga bosss dilla dulu yg banyak ajar dilla untuk menjadi seorang yg lebih better seseorang yg hadir dalam hidup kita semua nya ada hikmah yang baik datang daripada Allah yang buruk yang keji semua datang daripada manusia yg tak sempurna!!! Dulu dilla sendiri macam blur2 tak tahu nak apa dalam hidup n apa direction dilla hidup pun kais pagi makan pagi cukup2 makan. Tahun ni macam2 Allah dah bagi Alhamdulillah.

Tahun 2019 ni juga lah banyak ajar dilla untuk menjadi seorang yang lebih matang untuk menangani masalah2 yg datang, macam dulu dilla jenis ada masalah tak reti nak handle tak abis2 asyik rasa nak down nak menangis ada masalah sikit buat kerja bodoh sedihnya ingat masa2 dulu seorang yg tak jujur dengan diri sendiri Allahu teruknya dulu. Well kita manusia tak lari Dari buat salah silap kan. Hope pengalaman hidup jadi guru yg terbaik buat dilla.

Panda tahu 2020 dilla harap dilla jadi seorang yang lebih better improve diri lagi n kene kuatkan jiwa raga. Semoga kita semua berjaya didunia akhirat ok ! Aminnn2. Terima kasih yang dah banyak support dilla semoga Allah sentiasa merahmati anda semua aminn2

Sunday, 3 November 2019

Train To Busan | Genting Highland






Benarkah Zombie itu wujud? Haha ok korang mesti last year pernah tengok cerita train to Busan movie Korea tu. Haaa kat Malaysia ni pun wujud train to Busan dulu tengok kat movie je Dilla memang sejenis suka layan cerita zombie sampai terbawak2 mimpi... 

Haaa tapi kali ni kita pergi Train To Busan dekat Malaysia je iaitu kat Genting Highland Dilla berpeluang untuk pergi tengok zombie ni dengan kawan2 Dilla . Kalau korang masuk sini memang real zombie seram2 sejuk je masuk sini Haha yg keluar Team kitorang semua yg jenis penakut. Aduiii sebab teringat cerita zombie ni lah punya pasal terbawak2 dekat real life. 

Korang memang wajib kene g sini rasa sendiri pengalaman tengok zombie depan2 korang rasa nak lari je. Macam mana nak dapatkan tiket korang boleh purchse kat website Airasia menawarkan harga promo beli 4 tiket RM70.


OOTD dengan Zombie 


Dilla dan kawan2 ready Train To Busan


Korang yang nak datang tengok zombie Hope Enjoy ok!!!

Monday, 21 October 2019

Berniagalah !!!


Tak kisah nak niaga apa pun niaga tepi jalan ke, niaga pasar malam ke.Yang penting kalau penat penat sendiri, kalau kau nak lebih kau kene usaha lebih. Kalau kau malas dapat lah sikit. Simple je nak dengan taknak je...

Kalau nak murah rezeki jangan lupa sedekat jangan lupa bayar zakat yang paling penting jangan lupa bantu mak bapak kita . 

Ramai yg tak nampak sebab apa aku pilih keputusan nak niaga ni. 

Tapi walaupun korang kerja office pun boleh nak cari side income lebih korang jual je produk yg tengah hot sekarang ni... Cukup korang jadi agen je... Meh sini aku explain!!!

Contoh nak niaga mesti nak ada modal.

Contoh nya modal serendah Rm63.00 untuk 1 pcs biasa kalau agen kene amek 10 pcs total modal rm630 jer...

harga jualan produk pulak RM89.00 
Untung bersih korang dapat 1 pcs rm26.00

Kalau dalam sehari korang boleh jual 10 pcs x rm 89 = RM890.00
Kalau sebulan 30 hari  300 pcs x rm 89 = RM 26700.00 korang boleh dapat

Cuba kira untung bersih rm 26 x 300 = RM7800 untung korang boleh dapat dalam masa sebulan je...

Kalau fikir cara logik untung korang dapat sebulan lebih tak daripada gaji korang dapat???

Yang ni part time agen je kalau kerja office boleh je promote kat kawan-kawan office korang...

Kalau berminak nak buat side income KLIK DISINI aku akan ajar korang cemne nak buat side income ni... 

Saturday, 19 October 2019

Pulau rawa (Part 2)



Masa ni hari kedua kitorang kat Pulau Rawa, benda wajib kitorang buat kat sini time petang-petang je mesti tengok sunset. Sambil baring2 kat satu tempat ni kat Pulau Rawa sampai boleh tertidur. Kekeh... Abis kulit burn teruk time ni kaki dah macam pakai stokin dah.  Hahaha sebab masa siang kitorang buat aktiviti berkayak time tu rugi sebab tak boleh nak amek gambar huhuhu... Panas terik weh pusing keliling pulau rawa berkayak pulak time tu. Naseb ada abang kat Pulau Rawa ni yang layan kitorang nak berkayak. Sampai lah ke snookling mula2 aku lah orang beria-ia nak snookling dah half way boleh pulak aku nak patah balik sebab air asyik masuk dalam mata n mulut je... Haha kat sini lah first time aku nak snookling g tu yang tak reti tu.


Santai-santai sambil tengok sunset pehhh memang layan. Time ni masing2 sibuk lah nak ambil gambar lah, buat video menari lah tengah2 panas. Kalau nak tahu sebelum.tengok sunset kitorang mandi kat homestay!!! Sumber air yang kitorang mandi tu semua dari air laut sebab masin2 time gosok gigi haha lawak berlengas badan kitorang time ni weh. Masing2 tak selesa nak cuci muka pun air takde buih. Nak kumur2 pun air rasa masin. Bayangkan lah camne kitorang time kat sini. Tapi takpe naseb lah 3 hari 2 malam je.


Marilah kita bergambar sebanyak yang mungkin. Haha time ni kat gambar memang cantik tapi panas kat sini... Hahaha.






Melayan mek shana kite sorang ni... Kat sini lah tempat kitorang layan sunset tau... 



The little of me


Vavava... Saje je aku godek2 conversation dengan mak aku mak aku ada send kat aku gambar time kecik2 ni  masa ni umur 3 tahun tak silap celebrate birthday Aku tu. Haha...happy betul muka dak kecik tu potong kek eh!!! Sampai ke besar panjang niwajib lah nak celebrate birthday!!!

Dulu masa kecik2 teringat pulak yg aku ni sejenis yg tak boleh kene tinggal dengan bapak aku kalau pagi2 dia nak g keje kan mesti aku menangis sebab tak boleh kene tinggal merengek nak ikut dia g keje sampai lah mak aku pujuk aku sampai aku penat menangi minum susu sambung tidur. Haha...

Dulu aku start tadika masa umur aku 4 tahun kat Ampang. Lepas tu tadika 5 tahun tadika kemas dekat Ampang juga sampai umur aku 6 tahun kan aku isap susu botol lagi weh. Teringat masa tadika nak g sekolah mesti isap susu botol bawak masuk dalam bag tu wajib tapi kat sekolah aku tak isap lah sebab nanti kang kene buli. Hahaha sebab masa kecik2 aku sejenis yg cengeng sampai org tak boleh kacau aku, kene kacau sikit aku melalak. Hahaha

Masa umur aku 7 tahun pulak aku sekolah kat SK Ampang Campuran. masa tu pergi sekolah mak aku yg hantar mak aku teman aku kat sekolah tunggu depan kelas sampai lah seminggu aku dah berani tanpa mak aku lagi. Sebab masa tu aku dah ada kawan ingat lagi nama kawan aku tu Suriani. Kitorang kawan rapat.

Haaa aku teringat kan masa aku darjah 1 tu aku g sekolah bawak botol susu masa tu mak aku takde tak silap pertengahan tahu aku darjah 1 aku masih isap susu botol tau. Pastu masa kat sekolah tu boleh pulak cikgu buat spotcheck kat kelas aku. Haha benda paling aku tak boleh lupa masa tu ada abang pengawas darjah 3 keluarkan botol susu kat bag sekolah aku tu. Weh malu betul aku time tu tau. Tak tahu nak letak muka ni kat mana lagi masa tu. Darjah 1 aku je yg isap botol susu. Haha

Lepas tu abg tu tak rampas pun botol aku dia letak dalam bag sekolah aku balik. Lepas je balik tu aku cerita kat mak aku, mak aku pun pujuk aku sruh berhenti isap susu botol sebab dah besar.  Sejak dari tu aku tak isap susu botol lagi. Hahaha... Ok tu je aku nak cerita sebab teringat. Hehehe