Assalamualaikum semua...
Salam Ramadhan buat semua umat islam... Berkesempatan dengan ini Dilla nak kongsi dengan korang tempat berbuka secara Buffet di Chakri Palace , Pavillion.... Haaa untuk pengetahuan semua Chakri Palace ni menawarkan hidangan masakan Thailand... Asyik kongsi makanan Thai je kan? Heee tapi betul Dilla sendiri suka sangat dengan masakan Thai... Kalini Dilla makan kat tempat best pulak dengan kawan-kawan...
Lokasi kalini Dilla untuk berbuka puasa pertama Dilla makan di sekitar Kuala Lumpur betul-betul makan dalam mall di Pavillion ni... Actually dah lama tak jejak kaki makan kat sini... Sebelum menunggu waktu berbuka puasa sempat bergambar dalam Restoran Chakri Palace.
Okay kami berbuka puasa dalam bilik rahsia ni... okay fefeeling vvip kejap eh.... Memang tak dinafikan tempat ni selesa sangat untuk berbuka puasa bersama keluarga, kawan-kawan dan orang tersayang... Sape yang suka makan masakan Thai dan nak fefeeling sikit meh datang sini tau... Harga buffet untuk bulan puasa pun sangat berbaloi...
SPRING ROLL
Spring roll sebagai makanan tambahan di Chakri Palace... Sedap cicah dengan sos.
Spring roll sebagai makanan tambahan di Chakri Palace... Sedap cicah dengan sos.
NASI BERIYANI
Of course , masa nak berbuka puasa kita cari nasi .... di Chakri Palace menghidangkan menu Nasi Beriyani... Yesss memang sedap sangat Nasi Beriyani dia dan secukup rasa... Kalau korang makan Nasi Beriyani mesti wajib untuk korang tambah lagi...
MIENG KHAM
Mieng Kham .... Ahhaaa.... untuk pertama kali dilla makan Mieng Kham ni... Mieng Kham adalah makanan wajib bagi warga Thailand macam kita selepas makan je nak makan buah .. Ni umpama macam dessert lah.... Rasa dia not bad korang mix kan bahan-bahan dia jangan salah faham tau... Ni adalah daun kaduk ,limau nipis bawang besar merah, halia, cili padi , udang kering , kelapa tanah , kacang tanah. Okay selepas dihiris boleh masukkan dalam daun kaduk then boleh makan...
Yumssss....Sesiapa belum cuba Mieng Kham ni wajib try tau....
DEEP FRIED CHICKEN WITH PANDAN LEAF
Ni juga fisrt time dilla try... Rasa dia memang sedap korang kene buka daun pandan tu dalam dia ada ayam... Heee terasa keenakan ayam terasa ayam goreng sedikit rasa pandan cicah pulak dengan sauce...
TOM YAM SOUP
Pastinya sup tomyam ni paling laris sebagai pembuka selera berbuka puasa.... Ni adalah fav Dilla dan semua yang ada masa berbuka puasa bersama...Tom yam dia memang sedap sangat memang terasa masakan tom yam asli daripada Thailand.... Tak silap ni tambah sampai 2 mangkuk hik hik...
Daging masak lada hitam ni wajib makan dengan nasi beriyani... ehh macam mana lah resepi dia ni... Dah try dia buat dulu tak menjadi.... Ahha dapatt juga makan buffet kat sini rasa daging masak kicap....
MANGO STICKY RICE
Antara dessert yang dihidangkan di Chakri Palace...
Done iftar at Chakri Palace korang bila lagi? Macam-macam menu ada tau... Makan sampai kenyang tau...
Selain di Pavillion , di KLCC juga terdapat Restoran Chakri Palace....
Antara pakej buffet di Chakri Palace korang boleh rujuk dalam template ni ok...
Untuk maklumat lanjut untuk booking buffet boleh klik di :
Laman web : https://www.chakri.com.my/shop/
11 Street : http://m.11street.my/productdetail/chakri-palace-pavilion-imperial-chakri-palace-klcc-36198855
Lokasi : Pavillion Mall , Kuala Lumpur .
Promise will come here coming soon ...
0 Comments: