Monday 28 May 2018

Baju Raya yang cantik di Butik Haqqi Bandar Baru Bangi


Assalamualaikum & Hai semua...

Raya yang bakal tiba tak lama lagi pasti korang tercari-cari Butik yang menawarkan pelbagai koleksi baju Raya yang cantik-cantik dan harga pun berpatutan. Baru-baru ini Dila sempat untuk berkunjung ke satu Butik di Bandar Baru Bangi ... Haaa kat situ terdapat banyak butik-butik terkenal dengan Butik yang terkenal.... Tapi Dilla singgah di Butik Haqqi kerana ia telah menarik perhatian dila...


Terdapat pelbagai koleksi baju raya yang sangat cantik daripada Haqqi iaitu Baju Raya untuk lelaki dan wanita... Haaa mula-mula sampai sini je dah rasa raya tahun ni sangat lah meriah sebab ramai yang serbu masuk dalam butik ni.... 


Sempena sambutan hari raya Aidilfitri , Haqqi menawarkan promosi juaalan baju raya harga yang ditawarkan adalah sangat berbaloi dan tak rugi kalau korang sendiri shooping d Haqqi... Boleh datang di cawangan berdekatan dengan korang ok... 



Susun atur butik Haqqi sangat selesa buat pengunjung yang hadir ke butik ini... dengan keluasan kedai , selain tu, kalau korang tak tahu nak pilih baju raya yang mana satu boleh lah tanya sengan staff Haqqi yang sangat sporting dan ramah sangat... hikhik.... 



 
Selain menjual pakaian raya, Haqqi juga terdapat hub kelengkapan Haji dan Umrah. Buat korang yang ingin dapatkan persiapan pergi Haji or Umrah boleh dapatkan di Haqqi seperti telekung , pakaian asas, kelengkapan peribadi , dan terdapat juga kitab dan buku panduan mengerjakan umrah.... 


 


Haqqi juga menawarkan baju Melayu buat kanak-kanak , harga yang ditawarkan adalah sangat berbaloi dan berpatutan. 

Material pakaian juga sangat cantik dan dan berkualiti... Jadi tak perlu pening-pening. Beli je untuk satu keluarga baju raya di butik ni ok.... 








Ahha ... antara koleksi baju wanita yang ditawarkan di Haqqi... Banyak lagi koleksi baju kurung wanita , terdapat kebayat dan jubah juga ....  


Heee baju yang ni pun lawa juga... Tapi sayang takde saiz yang sesuai dengan Dila.... 

OOTD with Haqqi collection


Setelah 4 jam memilih baju end up Dila memilih baju  kebaya moden byAdella x Sari Yanti... Memang cantik dan terletak je baju kebaya ni... Kain sangat lah berkualiti...


 Yeayyy muka happy lepas shooping baju raya Haqqi


Untuk maklumat lanjut boleh layari :

Website : www.haqqi.com.my

Instagram : haqqi.com.my

CAWANGAN BUTIK HAQQI

SHAH ALAM 
3, Jalan Plumbum S7/S , Seksyen 7 , 40000 Shah Alam.

BUTIK HAQQI BANDAR BARU BANGI 
Seksyen 9 Bandar Baru Bangi.

BUTIK HAQQI TTDI
No.14, Jalan Wan Kadir 4, Taman Tun Dr. Ismail

BUTIK HAQQI TERENGGANU
Jalan Austin 3, Kampung Banggul Tiang Kulat, 21300 Kuala Terengganu

Waktu Beroperasi di semua cawangan adalah pada jam 10.00am - 10.00pm





Related Posts

0 Comments: