Friday 17 February 2017

Veet Sensetive Touch workshop & Amber Chia



Hai Hai Dila rindu you sangat kat semua...

Sekarang ni dah jarang sangat pergi event sebab event kebanyakannya weekdays memang tak laratlah kadang-kadang balik kerja terus pergi event sebab Dila kerja jauh nun di Pj tu... Hari-hari Ampang Pj ulang alik... hihi... Tapi kalini gigihkan juga nak pergi event nak jumpa Amber Chia punya pasal... haa Gigih tak? Majlis apa kali ni Amber Chia ada? eh eh yang follow dila kat Ig dan Fb mesti lah dah tahu kan? Jeng jeng jeng....

Event tersebuat dilancarkan sendiri oleh Veet Malaysia untuk memperkenalkan produk terbarunya iaitu Veet Trimmer Elektrik .  Haa kepada yang mempunyai masalah rambut-rambut halus tu boleh lah guna produk keluaran terbaru dari Veet... Lagi-lagi pada bahagian sensetif wanita iaitu pada kening, ketiak dan garis bikini harus dititikberat... Jangan ambil endah tau kalau nak cantik bahagian tu pun kene jaga juga... Hihi...

Pada majlis banyak berkongsikan ukiran pada bahagian kening yang sempurna... Ramai wanita diluar sana yang teringin nak dapat bentuk kening yang cantik... Sekarang ni Veet dah keluarkan produk terbarunya iaitu Electrik Trimmer yang sangat menjadi keperluan buat wanita diluar sana kan... Takde lagi lepas ni korang cukur kening , cukur ketiak dan bahagian sensetif korang sampai luka-luka.... Hanya guna Veet je... Gitewww

Rock , Bohemian dan Korea ukiran kening bersama Veet Sensetive Touch oleh Stevensunny , Selebriti Make Up Artist

Semasa pelancaran workshop bersama Veet Malaysia , Stevensunny telah berkongsikan cara-cara untuk menggunakan Electric Trimmer keluaran terbaru Veet bagi mengukir kening secara sempurna.

Sesi petunjukan dijemput 3 orang model terkenal iaitu Deedee Nash , Karen Chong dan Chloechentn. Wah teruja nya tengok supermodel ni Dila punya kening bukan main bersepah sana sini lagi... Oh ok nanti kita ukir guna Veet Electric Trimmer tunggu lah hasil dia eh...

Terdapat 3 jenis bentuk kening yang telah dikongsikan oleh Stevensunny kita...  Antaranya  Rock Style, yang telah ditunjukkkan oleh supermodel iaitu Deedee Nash...






Ni adalah hasil selepas menggunakan Veet electric trimmer dan ukiran yang Rock Style dimana ukiran kening bentuk yang besar bulat dibahagian depan kening dan berwarna gelap.


Selain tu terdapat juga ukiran eyebrow Korean Style, iaitu ditunjuk sendiri oleh supermodel Karen Chong











Bohemian style yang ditunjukkan oleh supermodel Chloechentn... Apa macam menarik kan? Banyak benda Dila belajar masa datang ke majlis ni... Terdapat beberapa rakan blogger lain juga yang hadir ... Apapun nanti Dila akan share cara penggunaan Electric Trimmer keluaran terbaru daripada Veet ...






Sempat juga bergambar dengan supermodel dan pelakon iaitu Amber Chia , yang turut menghadiri pelancaran Veet Touch Sensitive mengongsikan tips dan kerjaya beliau sebagai sebagai seorang artis kalau dah artis pastilah sibuk kan?  Antara rahsia Amber Chia untuk mengekalkan keningnya yang cantik dan dapat menjimatkan masanya hanya menggunakan Veet.
Bersama rakan blogger  




Related Posts

2 comments:

  1. kita tak pergi event ni. huhuhu bestnya..

    ReplyDelete
  2. Semakin banyak produk dan event-event yang dianjurkan untuk memberikan pendedahan bagaimana mencantikkan diri untuk wanita.

    Bagus, tetapi bila dah cantik, pastikan gunakan ia pada tempat yang dibenarkan syarak. Bagi yang dah berumahtangga, bolehlah pamerkan kecantikan tu pada suami. InshaaAllah berpahala.

    Dan lagi satu, kalau dah cantik giler, dekatkan diri pada Allah dan banyak2 mohon pertolongan pada Allah. Ingat, kecantikan kita bukan manusia je yang terpikat, takut-takut jin pun akan terpikat.

    ReplyDelete