Monday 27 February 2017

MYDIN USJ - SJ ECHO | Rai sambutan tahun baru cina bersama komuniti



Untuk tahun yang ke-5, MYDIN USJ meneruskan kerjasama erat bersama SJ ECHO , iaitu akhbar tematan komunikasi Subang Jaya untuk menjayakan Rumah terbuka Tahun Baru Cina MYDIN-SJ ECHO 2017.Masyarakat multienik yang terdiri daripada enduduk setempat dan para pelanggan USJ berkumpul bersama-sama tanpa mengira bangsa, agama dan usia meraikan perayaan ini.

Majlis komuniti yang berasaskan perayaan seperti ini diyakini mampu memupuk nilai-nilai murni khususnya rasa hormat-menghormati dan mewujudkan kesefahaman yang baik dalam kalangan masyarakat majmuk USJ yang hidup secara harmoni.

Rumah Terbuka Baru Cina MYDIN-SJ ECHO 2017 ini diserikan lagi dengan wakil-wakil daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti Majli Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Polis Daerah Subang Jaya, Bomba & Penyelamat Daerah Subang Jaya, Ahli Majlis Perbandaran Subang Jaya dan tetamu-tetamu yang lain. Seramai juga dojemput khas untuk bersama-sama meraikan sambutan ini dan mereka juga diberi angpau dan goodie bag.

Seperti biasa , acara menggaul Yee Sang dijadikan sebagai gimik perasmian Rumah Terbuka Tahun Baru Cina MYDIN-USJ ECHO 2017 kerana menurut kepercayaan masyarakat Cina, ianya melambangkan kemewahan dan mampu melanjutkan usia seseorang. Tetamu jemputan, warga emas yang diraikan, para pembekal dan PBT bersama-sama memeriahkan acara ini di pentas utama. Para pengunjung disajikan dengan Ayam Berbeku Madu, Ayam Berbeku Lada Hitam, Kek, Pastri, bihun goreng, char kuetiau, nasi ayam , laksa, nasi lemak, bubur jagung, banyak lagi 21 buah gerai secara percuma. Penampilan badut dan persembahan seperti tarian naga akrobatik, tarian kebudayaan cina, wusyu, still walker dan fire eater turut memeriahkan lagi sambutan Tahun Baru Cina 2017.

Turut menjayakan malam Rumah Terbuka Tahun Baru Cina MYDIN-SJ ECHO 2017 ialah aktiviti cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah istimewa. Setiap pemegang kad Meriah MYDIN layak untuk menyertai cabutan bertuah ini dengan berbelanja minimum RM88 dalam 1 resit di Pasar Raya Mydin USJ. Manakala bagi pelanggan yang bukan ahli Meriah, mereka juga boleh menyertai aktiviti cabutan bertuah ini dengan berbelanja minimum RM88 dalam satu resit dikedai rakan niaga terpilih MYDIN USJ, Subang Jaya. Resit pembelian boleh dihantar ke kaunter informasi MYDIN USJ dan penyertaan ini dibuka selama 7 hari, bermula dari 17 Februari dan ditutup pada 24 Februari 2017. Acara cabutan bertuah dan penyampaian hadiah dijalankan pada hari sambutan berlangsung.










Untuk Maklumat lanjutmengetahui perkembangan & Prmosi MYDIN boleh didapati secara terus di :

Laman Web : www.mydin.com.my
Facebook : www.facebook.com/mydinmalaysia
Twitter : www.twitter.com/mydinmalaysia
Instagram : www.instagram.com/maydinmalaysia

Related Posts

0 Comments: