Saturday 16 July 2016

Preview Movie Zack Kapcai

Assalam semua , sebelum tu nak tanya... Siapa kat sini kaki wayang? Baik ngaku cepat? :p okay ... cuma nak share ... kepada kaki wayang atau yang nak pergi tengok wayang Dila cadangkan untuk korang tonton movie Zack Kapcai merupakan filem terbaru arahan bersama Azaromi Taib dan Rosli Mohd Taib merupakan filem yang mengandungi elemen-elemen komedi.. Terdapat beberapa elemen seb-plot seperti kekeluargaan, persahabatan , kasih sayang , masyarakat dan percintaan... Confirm punya korang tak kering gusi tengok  filem ni.

Sedikit sebanyak mendekatkan filem ini dengan realiti kehidupan sebenar.Namun plot penceritaan masih lagi mengekalkan elemen komedi sebagai perencah utama dalam mencantikkan filem ini. Elemen permotoran dilihat tidak pernah tenggelam dalam menjadi subjek utama filem ini MIG ianya mampu menjadi trend dalam menhhasilkan trend dalam menghasilkan filem-filem akan datang.

Elemen yang seimbang ini membuatkan cerita lagi rancak dan menghiburkan. Selain itu, filem ini sesuai untuk semua lapisan umur . 


Pada 15 Julai Dila dan rakan bloggers yang lain menghadiri majlis Hari Raya  dan movie gathering filem Zack Kapcai.Majlis tersebut dilancarkan di e-curve Damansara.
Yeay... majlis itu berjalan dengan lancar dengan kehadiran pelakon watak utama Julia Marin , Serina Redzuawan . Serta David Teo dan terdapat ramai rakan blogger bagi memeriahkan majlis tersebut dan melancarkan filem Zack Kapcai.

Ehh... Korang mest tengok movie ni . Rugi kalau tak tengok .Ni pun rasa nak repeat tengok balik movie ni... Sape nak tengok wayang pm Dila please... Serious okay tak memain !!!


Sinopsis Filem Zak Kapcai

Mengisahkan tentang Zack yang suka sangat berlumba motor. Namun minatnya tersebut ditentang oleh ibunya, Minah. Ini kerana Suaminya merupakan Raja Kapcai suatu ketika dahulu. Oleh kerana gelarannya kapcai membuatkan rumahtangga Minah dan Rudy berkecai.

Menceritakan ketika Zack berlumba motor bersama Roy dan Zack memenangi Qistina iaitu gelaran motor kesayangan Roy . Sementara itu , Minah , ibu Zack sudah tidak tahan lagi dengan aktiviti berlumba Zack. Sehinggan Mina memarahi Zack sehingga Zack menjadi insaf . Zack sanggup untuk meninggalkan hobinya untuk tidak berlumba lagi.

Namun , semuanya berubah apabila zack terjumpa poster lama Rudy , bapanya . Zack mengetahui bapanya sendiri adalah Zack Kapcai. Zack nekad untuk mencari bapa dan adik kandungnya yang sudah lama berpisah .

Dalam masa yang sama , Roy ingin mendapatkan hak nya iaitu Qistina motor kesayangannya itu. Kerana sudah gila bayang Roy mencuri motornya daripada Zack.


Zack berasa kecewa kerana Qistina hilang. Dalam waktu yang sama dia  ingin pergi ke Kuala Lumpur untuk menjejaki Bapa dan Adik nya. Semasa inilah Minah mengeluarkan motor lagenda Raja Kapcai yang telah lama disoroknya. Zack menjadi teruja dan semangat untuk menerusi misi mencari bapa dan adiknya menaiki motor milik bapanya iaitu motor lagenda.

Semasa pergi ke Kuala Lumpur, Zack terserempak Roy juga yang ingin ke Kuala Lumpur. Semasa inilah mereka berbaik semula. Ketika mereka menginap disebuah rumah di Kuala Lumpur suatu kejadian terjadi iaitu Tasha adik Zack memasuuki rumah mereka kerana dikejari lelaki samsing yang ingin memperkosa Tasha. Lelaki tersebut tidak dapat menjejaki Tasha kerana Dia memasuki rumah sewa Zack dan Rudy. Tetapi Zack tidak tahu Tasha adik kandungnya.


Perkenalan tanpa diduga itu, Roy jatuh hati dan membuahkan rasa cintanya itu kepada Tasha.
Pada keesokan harinya, selepas kejadian tersebut. Roy menghantar Tasha pulang kerumahnya. Roy bertemu bapa Zack dan memberi tahu kepada Zack sudah menemui bapa kandungnya.

Zack tidak sabar untuk bertemu bapanya Rudy.....!!!

Jeng .... Jeng... Jeng... taknak tulis sinopsis panjang2... nak tahu lebih lanjut jum tengok movie...
Ending movie ini juga sangat menarik ... Tengok tau jangan tak tengok .

Dila nak share sikit gambar dibalik tabir filem Zack Kapcai.












Antara barisan pelakon watak filem Zack Kapcai adalah :

1.Fad Bocey sebagai Zack
2.Shuk SYH sebagai roy
3.Rahim Repathu sebagai Rudy
4.Julia Farhana sebagai Tasha
5.Serina Redzuawan sebagai Minah
6.Shahfiez Rempit sebagai Wan
7.Epy Kodiang sebagai Botak

Tidak lupa juga Senarai Karyawan yang menjayakan Filem Zack kapcai :

Penerbit Mejar= (k) David Teo
Penyelaras Produksi  = Azahari Abdul Hamid
Pengarah = Azaromi Ghozali &Rosli Mohd Taib
Pen. Pengarah = Hashim Rejab & Dharma Aizat
Penolong Fotografi = Mohamad Ridhuawan Zainal Abidin
Still Photo = Tan Shier
Skrip = Panel MIG
Pengarah Seni = Nordin Bin Ismail
Wardrobe = Mohd Nirzuan Nordin & Zurin Malek
Make up = Jamal Mohd & Nana Tuah
The Making of = Tan Shier
Koordinator = Syed Muhamad Izzudin




Semasa pelancaran filem tersebut, dilancarkan di restoran Pak John Steamboat & BBQ. Dila datang lambat time ni almaklumlah kita kerja PA... Balik kekadang tak menentu... Hehe... 
Rakan bloggers kata makanan dia best kat sini... Tak sempat nak merasa sampai-sampai je majlis dah start... Sokay next time boleh datang merasa.

Tidak lupajuga  kepada Bro , Terima kasih sbb sudi invite ... Terbaik lah Bro ...!!! Nanti jangan lupa invite lagi.. hehe








Okay last sekali ... Dila nak share sikit video Trailer Filem Zack Kapcai. Mesti korang terhibur bila tengok. Non stop gelak sampai mata berair ... 

Okay ... sesiapa yang dah pergi tengok tu jangan nak over dalam wayang tu... hehehe... See u ya...!!! Dila nak repeat tengok filem ni balik ...


Video semasa pelancaran majlis by Halim Brothers

Related Posts

7 comments:

  1. Wahhh muka kita pun ada gak kat sini..tq Dila..muahhh cikit..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheh... mesti lah ada kak hunny... muah sikit... jumpa kak hunny bext event ya...

      Delete
  2. Thank Diela sebab sudi datang dan kenalkan kawan baru kepada bro... Ok, dah leh curang dah dengan diela hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks jugak bro... sebab sudi invite... hehehe... amboi nanti dila bawa tasha lagi eh... :p

      Delete
  3. haha best lepak makan and tengok Zack Kapcai hari tu. Tak kering gusi dok bantai gelak dalam pawagam :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best sangat... memang asyik nak gelak je... ni macam nak bawa family dila tengok movie ni... dila nak repeat tgk balik tengok movie ni... hehhee...

      Delete
  4. Wahh... event yg mmg best!! makan sedap, dapat duit raya lagi... seronok dpt berkumpul sesama kengkawan blogger... movie Zack Kapcai ni mmg semua patut tonton... layan gelak memanjang hehee.. :D

    ReplyDelete