Wednesday 17 January 2018

Sesi Greet & Meet bersama Armada Band 'Asal Kau Bahagia'



Greet & Meet Bersama Armada Band 'Asal Kau Bahagia' | Lagu ciptaan Armada Band Asal Kau Bahagia dari negara seberang antara lagu yang popular di negara Indonesia dan Malaysia.... Malah Video lirik Armada ''Asal Kau Bahagi'' merupakan video view terbanyak di You Tube Indonesia setelah sebulan ditayangkan. 

Lagu Armada Band ''Asal Kau Bahagia'' merupakan lagu yang menjadi trend terkini lagu tersebut selalu dimainkan dibibir anak muda mahupun dewasa malah lagu ini sering dimainkan di radio... Cik Dilla juga selalu layan lagu ni di Radio dan youtube... 


Kali ni Cik Dilla sangat teruja kerana diberi peluang untuk menghadiri sesi Greet & Meet bersama Armada Band di Quill City Mall , Kuala Lumpur... Rakan blogger yang lain juga turut terlibat serta. Ramai juga peminat Armada Band yang hadir bagi menyokong Artis popular tersebut... Semasa majlis dijalankan terdapat beberapa aktiviti dijalankan bersama artis Armada Band dan peminat.... Antaranya , peminat diberi peluang untuk menyanyikan lagu Armada di atas pentas... Selain itu,peminat berpeluang untuk bersua foto bersama artis tersebut... 

Sesi bersua foto bersama Armada & peminat

Kepada peminat Armada Band diluar sana korang juga berpeluang untuk pergi ke konsert ARMADA pada 17 Mac 2018 nanti... Sekarang ARMADA turun ke Malaysia bagi melancarkan album ARMADA "Maju Terus Pantang Mundur" dan Kosert "Era & Empire Live Present Armada Asal Kau Bahagia Tour" yang bakal dilangsungkan di KL Live @ Live Center.  Kini lagu ''Asal Kau Bahagia'' boleh didapati secara eksklusif di semua cawangan Red Box , Green Box PLUS Karaoke Malaysia.

Dari kiri, Radha , Mai , Rizal & Andit


LATAR BELAKANG ARMADA BAND

Band ini beranggotakan 5 orang iaitu Rizal(Vokal) , Radha & Mai (Gitar) , Andit (Drum) & Endra (Bass) ARMADA terbentuk pada tahun 2007 dengan nama awal KERTAS dengan albumnya bertajuk 'Kekasih Yang Tak Dianggap'. Nama tersebut hanya kekal selama setahun , pada tahun 2008 Kertas bertukar menjadi ARMADA dan masih dalam ahli kumpulan yang sama. Album pertama daripada Armada adalah bertajuk 'Balas Dendam'. Lagu pertama nya turut mendapat sambutan dan nama ARMADA semakin meningkat naik dan dikenali. Kemudian ARMADA mengeluarkan lagu keduanya yang bertajuk 'Hal Terbesar' pada tahun 2009. Lagu tersebut juga mendapat sambutan . Terdapat dua single utama didalamnya iaitu lagu ''Mau Dibawa Kemana'' dan ''Buka Hatimu''

KUMPULAN ARMADA kini mencapai 5 juta orang yang mengikuti di Facebook Page . Malah pengikut mereka di Twitter seramai 170 ribu. Pada awal tahun 2017 ARMADA telah mengeluarkan album single baru yang bertajuk ''Asal Kau Bahagia''. Dengan lagu terbarunya kii melancarkan album pada bulan Julai 2017 di Indonesia kemudian diteruskan pada Januari 2018 di Malaysia.

SINOPSIS LAGU ''ASAL KAU BAHAGIA''

“Lagu Asal Kau Bahagia yang diciptakan Radha, Mai dan Rizal ini  bercerita tentang keikhlasan seseorang terhadap pasangannya, dimana dia merasakan kecurangan dalam hubungannya yang selama ini dia rasakan baik-baik saja, tapi kenyataannya pasangannya merasa tidak bahagia selama dalam hubungan ini. Akibat kecurangan itulah dia harus memilih melepaskannya demi kebahagiaan yang diinginkan pasangannya.” Kata Radha menceritakan tentang maksud lirik “Asal Kau Bahagia”."Ku rela kau dengannya asalkan kau bahagia", adalah kalimat yang mampu diucapkan banyak orang, tapi dalam kenyataannya apakah kita mampu? Kerana lagu ini melambangkan kata-kata ketegaran seseorang dengan mengikhlaskan kebahagiaannya untuk pasangan yang dia cintai tanpa memikirkan kebahagiannya sendiri. Mengalah dan ikhlas juga merupakan bagian dari cinta.”, tambahnya lagi.



BIODATA AHLI KUMPULAN ARMADA

1. BIODATA RIZAL 

Nama asalnya Rizal Disandi dikenali sebagai Rizal Armada . Beliau dilahirkan di Solo , Jawa Tengah . Rizal dilahirkan pada 04 Januari 1986 yang merupakan seorang penyanyi kebangsaan Indonesia dan juga merupakan ahli vokal musik dari kumpulan Armada. 


2. BIODATA RADHA

Nama asalnya Andha Gusriandi dikenali sebagai Radha Armada. Radha brasal dari Paembang dan dilahirkan pada 29 Ogos 1985. Beliau merupakan gitaris daripada kumpulan Armada.


3.BIODATA MAI

Nama asal Andika Maihendra Yuda dikenali sebagai Mai Armada. Belian dilahirkan di Palembang , Indonesia. Dilahirkan pada 23 Jun 1985 dan merupakan gitaris dari kumpulan Armada.


4. BIODATA ANDIT 

Nama asal adalah Meri Yandi atau dikenali sebagai Andit Armada . Beliau dilahirkan di Palembang , Indonesia. Beliau merupakan drummer dari kumpulan Armada.


5.BIODATA ENDRA 

Nama asalnya Endra Prayoga dikenali sebagai Endra Armada. Beliau dilahirkan di Palembang , Indonesia . Dilahirkan pada 29 November 1893 . Merupakan bassis dari kumpulan Armada.


Kepada peminat-peminat ARMADA korang jangan lupa dapatkan tiket konsert berharga RM 109 (tiada cd), RM126 (beserta CD) dan VIP berharga RM194 (beserta CD) sudah mula dijual di laman https://airasiaredtix.com/armada_asal_kau_bahagia_tour



By the way Cik Dilla berasa bertuah kerana terpilih untuk menghadiri sesi Greet & Meet bersama Artis ARMADA BAND... Cik Dilla doakan semoga ARMADA BAND terus maju jaya dan mengeluarkan lebih album lagu yang menarik....Cik Dilla aka terus support ARMADA BAND...

All the best yaaa !!!

Indonesian All Time Record Breaking:
Most Viewed Lyric Video in A Month 
on YouTube
Song: Asal Kau Bahagia
Format: Lyric Video
Upload: February 2nd 2017
16 Millions++ views in a month

Kepada peminat ARMADA yang ingin mengikuti perkembangan ARMADA boleh layari :

Twitter: @band_Armada
Instagram:@armadaband
YouTube: Armada Band





[Update terbaru Konsert Armada Band Asal Kau Bahagia Tour - 02 Mac 2018 ]

Dengan ini pihak penganjur mengumumkan  KONSERT 'EMPIRE LIVE PRESENT ARMADA ASAL KAU BAHAGIA TOUR' telah berlaku pengangguhan.

Konsert yang dijadualkan berlangsung pada 17 Mac ini di KL Live @ Live Centre terpaksa ditangguhkan bagi menghormati Pilihan Raya Umum yang bakal dijalankan tidal lama lagi.

Dengan rasa rendah diri, kami meminta maaf atas segala kesulitan dan sangat berterima kasih dengan sokongan padu pihak media terhadap promosi Konsert ini terdahulu.

Bagi pembeli ticket, mereka boleh melawati laman web https://airasiaredtix.com/armada_asal_kau_bahagia_tour untuk tindakan lanjutan.



Related Posts

5 comments:

  1. Lagu Asal Kau Bahagia ni memang best... Suka sangat.. dan kena dengan suara vokalis Armada yang sedap tu. Lagilah meletop lagu ni kan...
    bestnya dapat jumpa Armada Band...

    ReplyDelete
  2. Wahh, jumpa retis Indonesia. Tak pnah lgi jumpa

    ReplyDelete
  3. Baru kenal kumpulan ni..semoga kumpulan armada terus suksess dan lebih dikenali ramai dimasa akan dtg.. :)

    ReplyDelete
  4. TB dah dengar lagu asal kau bahagia tu .. sedih la pulsk rasa.. tengok video tu lagi sedih.. apa2 pun.. video kat atas ni cute sangat.. kartun2.. hee

    ReplyDelete
  5. Bestnya dapat jumpa artis depan2...

    ReplyDelete