Saturday, 21 December 2019

Lovina Klinik Konsep Klinik hibrid 2 dalam 1 patuh syariah

Assalamualaikum semua baru-baru ni Dilla telah menghadiri sepetang bersama blogger di Klinik Lovina , Wangsa Maju.



Cetusan idea gabungan mantap klinik perubatan am dan rawatan kulit muka di Lovina Clinic memberi nafas segar dalam industri perubatan dan semestinya menarik perhatian ramai pengikut arus semasa dalam aspek penjagaan kesihatan dan kecantikan.


Bertapak di Wangsa Melawati, klinik hibrid milik syarikat HND Wellness Sdn Bhd tersebut juga memberikan khidmat kelas pertama terhadap penjagaan kesihatan rutin, rawatan pelbagai masalah penyakit, teknologi terkini dalam perubatan kulit wajah dan perkhidmatan rundingan perubatan.


Pengarah HND Wellness Sdn Bhd, Mejar (B) Dr. Hamidah Mohd Salleh berkata Lovina Clinic merupakan klinik patuh syariah pertama seumpamanya di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan perubatan am dan rawatan kulit muka di bawah satu bumbung.

“Latar belakang sebagai doktor tentera membina personaliti saya yang berjiwa patriot dan sukakan cabaran bukan sahaja sebagai doktor tetapi juga pegawai tentera. Sebagai wanita pula, saya menitikberatkan kesihatan kulit dan sering mengunjungi pusat kecantikan, tetapi rawatan kulit muka berasaskan klinikal sukar didapati. Rawatan sedia ada pula mahal dan rata-ratanya dipelopori golongan bukan Islam. Berkat sokongan suami, Lovina Clinic dibuka setelah saya melanjutkan pengajian dalam rawatan kulit muka klinikal” ujar beliau.

“Masyarakat masih kurang kefahaman terhadap perubatan rawatan kulit muka kerana sering dikatakan tidak patuh syariah dan kononnya menyerupai pembedahan plastik yang memudaratkan. Bidang ini mempunyai pasaran yang besar khususnya pelanggan wanita Muslimah berkarier yang meminati rawatan kecantikan berasaskan klinikal dan mesra pengguna muslim,” katanya yang juga merupakan pengamal perubatan bertauliah dan berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia.

Beliau berkata, matlamat Lovina Clinic adalah menjadi pusat sehenti perkhidmatan perubatan yang mengamalkan penjagaan kesihatan dan kecantikan yang menyeluruh serta dilengkapi peralatan moden.


Selain daripada perubatan am dan rawatan kulit wajah, Lovina Clinic juga turut menyediakan perkhidmatan kesihatan ibu dan anak serta program pengurusan berat badan dengan pakej dan harga yang amat berpatutan.

Untuk maklumat lanjut :

Alamat : 
No.6 ,Lorong Dataran Wangsa , Wangsa Melawati 53300 Kuala Lumpur.

Website :

Facebook :

Instagram :

Waktu Beroperasi :
Isnin :9:00PG–5:00PTG
Selasa :Tutup
Rabu :9:00PG–5:00PTG
Khamis 9:00PG–5:00PTG
Jumaat 9:00PG–5:00PTG
Sabtu 9:00PG–5:00PTG
Ahad 9:00PG–5:00PTG



Related Posts

2 comments:

  1. Sangat menarik. Zaman sekarang memang orang kita akan cari yang ke arah muslim. Lebih meyakinkan halal haram nya..

    ReplyDelete