Thursday 27 July 2017

Percutian yang mengagumkan di Ramada Plaza Melaka Hotel


Ramada Plaza Hotel Melaka
Assalamualaikum & Hai semua... Percutian yang mengagumkan di Ramada Plaza Hotel Melaka. Dila tahu sekarang ni pasti ramai yang tengah merancang untuk pergi holiday bersama orang tersayang... Sekarang dah hujung bulan 7 pejam celik pejam celik dah hujung tahun kan? Mesti nak pergi bercuti nak tenangkan fikiran.... Apa yang penting sekali kita nak tempat penginapan kita mestilah selesa dan nyaman... Feeling2 nak stay kat hotel 5 star kan? Kalau dah dengar hotel 5 star semua fikir mahal je... So Dila nak bagi info kat korang kat mana nak pergi tempat bercuti yang mengagumkan dan terdapat banyak tempat menarik dan hotel pun tiptop 5 star punya... Hmm macam dah lama sangat tak berjalan pergi Melaka , Melaka banyak tempat-tempat menarik uols ... Cer try buka web Traveloka apa yang menarik perhatian Dila di web Traveloka sekarang ni tengah menawarkan harga hotel 5 star yang murah iaitu Ramada Plaza Melaka Hotel ....



Dila nak menceritakan serba sedikit apa yang menarik kalau korang stay di Ramada Plaza Melaka Hotel, seperti yang kita tahu di Melaka terdapat tempat-tempat yang menarik perhatian pelancong dan banyak tempat yang boleh dilawati . Yang menariknya Ramada Plaza Melaka Hotel antara hotel yang berdekatan dengan pusat pelancongan seperti Jonker Street dan Bukit St.Paul. Selain itu juga berdekatan dengan Pusat Bandaraya Melaka dimana ianya hanya sejauh 2km untuk ke A Famosa , Dataran Pahlawan , Menara Taming Sari dan banyak tempat yang menarik korang boleh pergi.  Melaka banyak tempat menarik disekitar hotel ni yang hanya boleh jalan kaki tidak perlu cari parking.

Di Ramada Plaza Melaka Hotel , terdapat 5 bilik yang korang boleh pilih mengikut bajet antaranya ialah Premier Room, Executive Deluxe, Junior Suite, Club Room dan Suite Room.


Setiap bilik yang disediakan mempunyai kelebihan tersendiri . Dimana setiap bilik mempunyai kelengkapan perabot yang diperbuat dari kayu klasik dan mempunyai warna-warna yang neutral yang pasti akan dapat menenagkan setiap penghuni yang menginap dalam hotel ni. Bagi pendapat Dila ianya konsep hotel ini bagus kerana ia bercirikan klasik sangat sesuai bagi yang menginginkan percutian yang tenang dan santai...


Selain tu juga... Setiap bilik dilengkapi dengan TV, alat pemanas air , iron baju , design bilik yang cantik dan bilik yang luas... Melihat suasana bilik memang dila bagi 5 bintang lah... Memang lengkap selesa, bersih, servis hotel pun memang terbaik...
Ruang lobi
Ruang lobi
Ruang Lobi
Pemandangan yang indah yang terdapat di Ramada Plaza Melaka Hotel
Honeymoon
Kepada pasangan pengantin baru yang nak berbulan madu tu boleh buat macam ni kat bilik.. Haaa memang indah berbulan madu buat pasangan pengantin baru... 
Suasana persekitaran di Hotel
Gym
 Di Ramada Plaza Melaka Hotel juga terdapat pusat kelengkapan Gym... Buat korang yang suka dengan aktiviti sebegini boleh pergi ke Gym... Memang selesa , luas dan berbaloi ...

Malah buat kaum wanita juga boleh melakukan aktiviti memanjakan diri kerana di Ramada Plaza Melaka Hotel terdapat pusat rawatan spa uols... alolo memang berbaloi sambil bercuti menginap di Hotel 5 star yang harga mampu untuk semua disini terdapat semua kelengkapan... Kalau Dila suka abiskan dengan aktiviti memanjakan diri... Setahu Dila bukan semua hotel terdapat perkhidmatan Spa dan memanjakandiri macam ni...  So memang berbaloi sangat...

Kolam renang
Tak lengkap kalau pergi ke Hotel pasti kita nak lakukan aktiviti berenang lagi-lagi kalau bawa anak-anak mesti mereka lagi seronok... Sambil tu ibu bapa boleh bersantai melihat gelagat anak masing-masing... Best kan... Macam-macam kemudahan yang terdapat di Hotel ni...






Selepas satu hati korang bercuti jalan-jalan, melakukan aktiviti mesti perut terasa lapar kan? Haa hotel ni juga terdapat Restoran yang menyajikan  masakan Cina, masakan tradisional dan antarabangsa... Tinggal nak pilih makan yang mana satu ikut tekak masing-masing... Menu yang paling utama kalau suka makanan Cantonese Cuisine boleh cuba disini ... Selain tu juga, terdapat makanan Dim Sum dan pastnya ia halal... If korang nak makan Pasta or Pizza terdapat di Restoran Olio ... Banyak lagi menu-menu yang menarik ... Memang perfect servis yang ditawarkan di Ramada Plaza Hotel Melaka ni.

Dila memang sarankan untuk korang yang pergi Melaka boleh menginap di Ramada Plaza Melaka Hotel ya .... Jum lagi jum rancang percutian anda sekarang bersama Traveloka di Ramada Plaza Melaka Hotel ... Dapatkan latest promotions on Hotel Ramada Plaza Melaka di Website Traveloka sekarang !!! Jum guys !







Related Posts

4 comments:

  1. pernah pergi hotel ni .. dlu la. memang full booking selalu

    ReplyDelete
  2. zaza suka tengok pemandangan yg indah tu...tgk view tepi tingkap.. hi rasa nak sangat pergi cuti-cuti kalau ada kesempatan nanti..

    ReplyDelete
  3. Wah mcm best je..da lama x pergi bercuti ni

    ReplyDelete
  4. Macam best je hotel ni, kalau gi melaka, saya selalu tempah aprtment guna Agoda. Blum try lagi guna traveloka kat sini. Mungkin nanti kalau ke melaka nak cuba menginap, harapnya adalah rate mampu beli ..

    ReplyDelete