Friday, 7 July 2017

Neutrogena® Tampil dengan Fesyen Buat Pertama Kali Meraikan Keceriaan Kulit yang Sihat

Hai to all pretty... Ingat tak Dila ada buat review tentang produk kecantikan Neutrogena Happy Skin? Okay kalau nak baca boleh klik pada link ni http://bit.ly/2sWJjIg berkenaan entry Dilla yang lepas... 



Untuk pengetahuan semua sekarang terdapat juga fesyen yang memperkenalkan Neutrogena® Happy Skin 24/7 ,merupakan satu siri yang terdiri daripada 30 rekaan yang dishowkan di Mercedes-Benz STYLO AsiaFashionFestival (MBSTYLOAFF) 2017 pada 3 Mei 2017... 

Apa yang sangat best nyer ia dihasilkan oleh pereka fesyen tempatan iaitu Kititea Yiyi da Hazzer Wan Lee, yang terdiri daripada koleksi Happy Skin 24/7 yang melambangkan perasaan dan keceriaan seseorang apabila memiliki kulityang sihat dan cantik... Antara koleksi produk Neutrogena terdapat pembersih muka, scrub muka dan juga cleansing oil to foam. 


Neutrogena menggunakan fesyen sebagai cara untuk membawa kemen terbaru ini seperti kita semua tahu bahawa wanita dan fesyen tidak dapat dipisahkan.. Dengan koleksi fesyen yang telah dihasilkan adalah untuk meyakinkan para wanita diluar sana untuk menggunakan Neutrogena® sebagai produk harian untuk menyihatkan kulit supaya kelihata cantik , segar dan awet muda.

Menurut Julia Teo, Pengarah Pemasaran Bersekutu bagi Kumpulan Syarikat Konsumer Johnson & Johnson, yang memasarkan Neutrogena® di Malaysia, kulit yang sihat dan cantik merupakan salah satu sumber kebahagiaan wanita " Sebagai jenama No.1 yang disarankan oleh pakar dermatologi, kami percaya bahawa kecantikan bermula dengan kulit yang sihat - sesuatu yang dapat memberikan keyakinan positif dalam kehidupan harian mereka. Bayangkan perasaan anda apabila melihat kulit yang sihat dan berseri didepan cermin,tidakkah anda berasa lebih gembira dan yakin untuk memulakan hari anda? Sememangnya, kulit tang sihat mampu menggembirakan dan menceriakan seseorang dan inilah sebabnya kempen terbaru kami menampilakan Happy Skin 24/7 dengan Neutrogena®," Katanya.

Antara koleksi gambar masa fesyen show Neutrogena :
















Tambah Teo lagi: “Menerusi penampilan pertama kami dalam bidang fesyen di Mercedes-Benz STYLO AsiaFashionFestival 2017, kami berharap untuk memaparkan kegembiraan memiliki kulit yang sihat dan cantik, hasil menggunakan produk penjagaan kulit Neutrogena®, dan berkongsinya dengan para wanita Malaysia – dan cara yang terbaik untuk kami lakukan sedemikian adalah dengan menghasilkan sebuah koleksi fesyen, yang diinspirasikan konsep Happy Skin”!



Keunikan personaliti Kittie Yiyi dapat dilihat dalam setiap rekaannya, yang kebanyakannya riang, ranggi, namun bergaya. Cogan kata yang diamalkan oleh graduan Raffles Design Institute KL ini adalah: “Apa sahaja pun fesyen pilihan anda, pastikan ianya membuatkan anda gembira!”





Koleksi Kittie diinspirasikan daripada konsep gadis pantai yang sedang bercuti. Datang dari kawasan pantai yang jauh, gadis itu meneroka kawasan bandar dengan baju yang selesa dan bergaya. Keriangannya mampu membuat sesiapa sahaja tersenyum – dan ini jelas dari cara dia berpakaian. Memaparkan bayangan yang kembang, ropol, garis-garis bercorak riang serta corak hati, koleksi ini menonjolkan rasa yakin seorang gadis pantai dalam dirinya sendiri dengan ciri dan potongan lut sinar.




Koleksi fesyen Hazzer diilhamkan daripada percikan air – merupakan ciri utama rangkaian produk pembersih Deep Clean Neutrogena® dan langkah pertama untuk mengecapi Happy Skin 24/7! Garisan yang mengalir serta lapisan yang beralun digabungkan bagi menyerlahkan tenaga dan keindahan air dalam tona biru, hijau, oren dan merah jambu. Teknik hebat dalam memasukkan dan melapiskan pelbagai material yang berbeza seperti denim, organdi, kulit PU, sutera kapas dan fabrik yang telah diwarnakan memberikan kesan 3D unik yang mempunyai pergerakan seakan-akan air.

Saksikan kemunculan fesyen pertama Happy Skin 24/7 Neutrogena® di Mercedes-Benz STYLO AsiaFashionFestival 2017 dalam talian! Maklumat lanjut di laman Facebook dan Instagram Neutrogena®:


Antara koleksi produk Neutrogena Happy Skin :





Memang tak dinafikan Neutrogena antara produk yang mempunyai keunikan tersendiri... Untuk wanita diluar sana Dila cadangkan untuk gunakan produk Neutrogena pasti akan mendapat kulit yang cantik dan sihat....

Mana nak cari produk ni boleh dapatkan diseluruh pasaraya berdekatan ya... :)


Related Posts

1 comment: