Wednesday, 17 May 2017

Buffet Ramadhan 2017 di Restoran Streat Thai , The School , Petaling Jaya


Assalamualaikum & Hallo... Tak lama lagi bulan Ramadhan yang mulia bakal tiba... Pastinya ramai yang mencari tempat berbuka puasa yang seronok dan pastinya enak untuk kita jamu bersama keluarga dan orang tersayang... Semasa berpuasa pastinya kita teringin nak makan macam-macam... Semua benda kita nak makan betul tak? So Dila nak berkonsi sedikit secara terperinci tempat berbuka puasa yang enak dengan masakan Thailand...Kot-kot masa bulan Ramadhan  last-last minit je korang teringin nak makan masakan Thai... Haaa korang boleh je pergi di Restoran Streat Thai , The School , Petaling Jaya.... Dila juga tak terlepas peluang untuk hadir ke majlis preview Buffet Ramadhan bersama rakan blogger untuk berkongsi tentang Restoran Streat Thai disini....

Masakan Thailand antara masakan yang popular yang menjadi kegilaan semua orang ...  Siapa yang tak suka masakan Thailand memang rugi lah... Lagi-lagi dengan menu makanan terkenal masakan Thai iaitu Tom Yam dengan kuah-kuah masam pedas dia memang peh... Terliur... Banyak lagi menu-menu masakan Thailand di Restoran Streat Thai... Jadi tak rugi korang berbuka puasa kat sini tau... 


Di Restoran Streat Thai terdapat pelbagai menu yang menarik yang disediakan terdapat lebih daripada 60 menu yang pastinya sangat menyelerakan... Di restoran Street Thai merupakan makanan sebenar daripada Thailand yang dibawa ke Malaysia pastinya korang boleh merasakan di Restoran Street Thai...  Tukang masak juga adalah daripada  Chiang Mai, Chiang Rai, Pattaya, Nakhon Ratchasima, Bangkok dan Hat Yai. Setiap mengkhususkan diri dalam pelbagai jenis makanan jalanan Thailand tawarkan yang terdapat di Streat Thai...

Antara menu-menu buffet yang disediakan di Restoran Streat Thai :









Di Streat Thai terdaat juga Lamb hop , Beef Striploin dan Grilled Squid... 

Selain tu terdapat juga sayur-sayuran seperti kangkung , Kailan Ikan Masin, Terong, Mixed Vegetables. Terdapat juga pelbagai jenis sup seperti Cabbage Chicken Soup dan Tofu Soup with Minced Chicken.

Memang Dilla berpuas hai dengan masakan di Restoran Streat Thai... Banyak menu yang telah dila rasa semuanya memang terbaik... In Sha Allah kene repeat lagi makan di Restoran ni...
Price :
Promotion Start booking 7 days in Advance : RM39.90
Normal Price : RM49.90 (Children 6 to 12 R,19.90)

Untuk maklumat lanjut :
Alamat 
(Jaya One) 100-G.001 The School
 No.72A, Jalan Universiti, Petaling Jaya 46200 Selangor.

Masa :
Setiap hari dibuka pada jam 7.00 pm - 9.30 pm


Media Soial :

Contact Nomber for booking :
03 74 96 1297

Apa pun Dila nak ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yang mulia...

Terima kasih juga kerana sudi membaca blog www.dillaleez.com

Related Posts

2 comments:

  1. mewahnya tgk menu-menu yang dihidangkan.. jika berkesempatan pasti zaza akan cuba merasai makanan di sini..insyaallah

    ReplyDelete
  2. Frust sbb x dpt nak rasa semua..haha....

    ReplyDelete