Friday 13 January 2017

#Moviereview Dorm Melati cerita seram


Dorm Melati , agak menyeramkan juga filem hantu yang membuka tirai tahun 2017. Nampak tak jiwa ni tak berapa nak kental lagi asyik terjerit-jerit kat dalam panggung wayang tu... Naseb lah sape dok sebelah Dila terima kasih akak sebelah bagi pinjam bahu... Kemunculan hantu Melati sangat menghantui... Masa nak balik rumah tu pun terbayang-bayang Melati dok kat sebelah... Dah lah drive sorang-sorang waktu tu... Masa pun dah menunjukkan jam 12 tengah pagi... Jeng jeng jeng...




Malam Gala Filem Dorm Melati



Dila dan rakan blogger yang lain berkesempatan untuk menghadiri malam gala filem Dorm Melati pada 10 Januari 2017 di eCurve Damansara yang dilancarkan oleh Senator Datuk Seri Panglima Dr. Salleh Tun Said Keruak (Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia) bersama Mejar (K) David Teo selaku penerbit. Ia merupakan filem Metrowealth ke-116, juga filem pembuka tirai bagi tahun 2017 ini.


Filem Dorm Melati menggabungkan bakat-bakat muda yang mula menonjol di persada tanah air seperti Aedy Ashraf, Ardell Ardyana, Julia Marin, Adam Shahz, Syaa Nasir, Aizat Hassan, Ikmal Amry , Zakaria Zahid, Amreen Shukry dan Ghazdan bersama pelakon berpengalaman antaranya Nadia Aqilah, Sabrina Ali dan Azman Hassan yang membuat penonton tidak berganjak dari terus menonton.




Sinopsis Filem Dorm Melati

Dorm Melati terhasi;\l berdasarkan kisah benar yang berlaku di sebuah institusi pengajian tinggi tempatan. Hasil daripada kajian oleh panel skrip Mig, olahan skrip cerita telah dilakukan namun idea dan konsep asal masih lagi dikekalkan.

Ia mengisahkan 5 sahabat baik Adam (Aedy Ashraf), Eddy (Aizat Hassan), Raihana (Ardell Aryana) dan  Carol (Sya Nasir) yang berhasrat melakukan aktiviti 'summer camp' sempena meraikan selepas tamat peperiksaan STPM, mereka memilih Dorm Melati sebagai tempat percutian mereka.

Dorm Melati sangat terkenal dengan cerita pelancong dan pelajar dihantui Melati (Julia Marin) yang tidak tahu punca kematiannya. Adam sering mendengar tentang hantu Melati bahkan sumber di internet juga mengatakan Dorm Melati itu berhantu. Ia membuatkan Adam teruja untuk kesana dan berjumpa sendiri dengan Melati.

Setiba di Dorm Melati mereka semua mula diganggu dengan kemunculan hantu Melati sehingga mengakibatkan ada yang hilang dan cedera. Adam mencabar kewujudan roh Melati untuk munculkan diri. Keadaan emnjadi semakin tertekan, huru-hara yang menimbulkan suasana suspen dan ngeri sehingga ke pengakhir cerita... selebihnya untuk tahu pergilah tonton Dorm Melati dan hayati movie tersebut.

Watak Adam lakonan Aedy Ashraf sebagai pemuda agresif yang gemarkan perkara extreme dan mistik memang menjadi. Kerana dia berjaya  mempengaruhi rakan-rakannya untuk terjebak pergi ke Dorm Melati. Lakonan yang ada jiwa bersama rakan-rakan menjadi filem ini menarik, trill suspen untuk terus di tonoton.



Pergi serbu panggung 12 Januari 2017 untuk tonton filem Dorm Melati

So macam mana dengan perkongsian mengenai Movie Dorm Melati? Seram kan? Nak lagi seram kene pergi ke panggung dan hayati movie tersebut.... Psssttt nak ingatkan tengah melayan movie tu "jangan sampai tak terjumpa diri sendiri" ... Hehehe gurau je... 

Terima kasih kepada Mig Picture & Blog Retis atas undangan malam Gala Filem Dorm Melati...Serta rakan blogger yang hadir... Semua buat suspen nak terikut jerit dalam panggung wayang tu... Boleh terkeluar anak tekak rasanya.. 


Related Posts

3 comments: