Wednesday, 11 January 2017

Produk penjagaan diri Asianic Halal lebih meyakinkan diri

Asianic Produk Halal

Assalamualaikum semua...

Sekarang ni terdapat pelbagai produk penjagaan diri di pasaran... Sampai tak tahu mana yang terbaik untuk kita guna dengan selamat... Malah yang paling penting produk tersebut adalah halal dan dapat kelulusan daripada jakim...bagaimana kita nak yakin dengan produk penjagaan diri kini?

So baru-baru ni dila diperkenalkan dengan satu produk yang Dila rasa yakin sangat untuk gunakan produk tersebut iaitu produk Asianic Halal nak tahu kenapa dila yakin dengan produk tersebut kerana dikilangkan oleh kumpulan syarikat yang berstatus ISO , disahkan memiliki sijil Halal. Malah dimiliki oleh 100% syarikat bumiputera iaitu syarikat Wonderland Primary Sdn Bhd... Rasa kagum dengan orang kita kini mengeluarkan produk tersebut dan berjaya meluaskan pasaran hingga eksport keluar negara lagi...

Antara produk yang telah dila gunakan adalah Krim mandian, Skrub badan & losyen tangan dan badan yang berasaskan daripada Susu beras (Rice Milk)... Rasa kelainannya bila menggunakan produk tersebut seperti belaian di Spa dirumah je... 

Korang pasti tahukan kelebihan susu beras? Pernah dengar tak orang-orang tua dulu selalu mencuci muka menggunakan air beras? Macam yang dila dengar kelebihan air beras mampu untuk melembutkan , memutihkan dan menegangkan malah boleh menyegarkan kulit... Orang dulu pakai air beras kan? Dengan zaman yang serba canggih kini terdapat juga produk penjagaan diri yang berasaskan susu dan beras.

Produk ni pun dah berleluasa dipasaran... Korang boleh dapatkan di seluruh pasaraya berdekatan dengan korang antaranya di Aeon Big, Guardian, Aeon Wellness & Giant... Dila lebih suka beli di Guardian kerana di Guardian terdapat set eksklusif untuk lotion & Body Scrub Asianic.
Asianic Produk Halal

Asianic Shower Cream (Rice Milk)

Dila suka pakai Krim mandian Rice milk kerana rasa lebih segar bauan susu beras... Malah kulit akan lebih lebut dan membersihkan kulit... Krim mandian ni sesuai digunakan oleh semua peringkat umur tua atau muda hehe inilah rahsia kecantikan yang dimiliki oleh setiap orang... Sape taknak kulit yang cantikkan? Malah susu beras dapat menanggalkan segala kekotoran diseluruh badan dan menyihatkan kulit kita...

Untuk mendapatkan kesan yang lebih berkesan boleh gunakan Body Scrub Rice Milk sekali...

Asianic Produk Halal


Asianic Body Scrub (Rice Milk)

Asianic Body Scrub (Rice Milk) sangat penting buat kita semua untuk membuang sel-sel kulit mati. Body Scrub terdapat kandungan susu dan beras dapat melembutkan kulit dan menyihatkan kulit Buat korang seharian yang letih bekerja digalakkan untuk ber spa dirumah dengan menggunakan Body Scrub Asianic kerana ia dapat menyegarkan diri.

Dila juga gunakan Scrub ini sebagai scrub dimuka kerana bijian scrub ini sangat halus... Selain itu dapat tindak balas yang sangat bagus pada muka dila... Korang juga boleh guna sebagai scrub muka..

Untuk mendapatkan tindak balas yang lebih bagus juga boleh pakai hand & body lotion Asianic.

Asianic Produk Halal

Asianic Produk Halal

Hand & Body Lotion (Rice Milk)

Untuk mengekalkan kulit yang sihat dan muda kita perlu mengamalkan pemakaian lotion pada bahagian badan dan tangan... Dengan menggunakan Lotion Rice Milk Asianic Halal mampu untuk mengekalkan kelembapan pada kulit kita malah dapat meremajakan kulit... Yang best pada produk ni adalah kandungan lotion tidak melekik dan baunya sangat wangi... Buat yang bekerja seharian di office korang perlu memakai lotion... kalau taki nanti kulit jadi kusam dan kering... Selain tu jangan lupa minum air dengan kandungan yang secukupnya...

Asianic Produk Halal

Haaa.... Produk apa kat atas tu.... Siap ada ginger bagaikan? Ini juga merupakan produk rangkaian Asianic yang berasaskan Ginger iaitu Ginger Cream & Ginger Spa Salt.... 

Siap bawa pergi mana-mana lagi kan? Masa ni nak buat video tempat tu banyak nyamuj jadi Dila apply dulu Ginger cream ni sebab nyamuk kan tak suka bau Ginger? Hehe... Kalau tak nanti abis lah kene gigit nyamuk... 

Mudah kan nak bawa kemana-mana....

Asianic Produk Halal

Ginger cream ni sangat sesuai buat ibu yang selepas bersalin boleh apply kat bahagian pinggang ke perut pasti rasa lebih selesa setelah bersalin....

Selain tu juga, kepada yang ingin menghilangkan masalah perut buncit juga boleh untuk menggunakan Ginger Cream ni sebelum tidur... Heee nanti kalau buang air besar pasti lawas punya.

Buat abang sado yang gemar memasuki Gym juga boleh pakai Ginger Cream tau... Yelaaa dah masuk Gym mesti lah sakit otot2 tu kan... Jadi boleh lah pakai produk Asianic Halal Ginger Cream ni.... Murah je harga nya... Tak sampai pun RM20.... 😊

Asianic Produk Halal

Yang ini pula adalah Ginger Spa Salt... Buat anda yang setelah seharian bekerja pasti rasa stress kan? Boleh lah pakai produk ni kerana kandungan nya terdapat Garam & Halia...

Untuk pengetahuan semua garam mampu untuk menjauhkan kita daripada aura negatif betul? Dengan bau ginger lagi, juga boleh dijadikan body scrub kerana garam juga boleh membuang sel-sel kulit mati...  Selepas mandi pasti akan rasa fresh je... Tak percaya cuba lah...😊
Asianic Produk Halal

So buat masa ni Produk Asianic Halal sangat membantu diri Dila menjadi lebih berkeyakinan... Tiada lagi kulit kusam dan lesu... Dengan harga yang murah dan mampu milik ini korang semua layak untuk memakai produk Asianic Halal ni hanya belaian Spa dirumah u ols tak perlu lagi untuk ke Spa dah jimat kan? Gunalah produk Asiani tanpa ragu....

So korang untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Produk Asianic Halal boleh layari laman web www.wonderlandprimary.com. Terdapat juga aktiviti-aktiviti menarik seperti contest... Oh ya lupa nak bagitahu ! Reen Rahim adalah duta Asianic Halal... Artis pun pakai produk ni... Hee...

Dah follow Instagram @Asianichalal belum? Cepat-cepat follow korang tak rugi kalau follow Asianic Halal...Nak dapatkan sample produk pun PM je Admin ok? Nanti Admin balas... (^^,)


Related Posts

2 comments: