Saturday 21 January 2017

Keperluan vs kehendak

Keperluan vs kehendak


Pada zaman kini kehendak seperti menjadi sesuatu keperluan buat kita sebagai manusia... Pasti korang sendiri tahu perezaan antara keperluan dan kehendak... Buat Dila juga harus beringat dan bijak...Tapi bagaimana untuk kita menjadi bijak sebelum berbelanja...

Keperluan adalah sesuatu perkara yang sangat penting buat semua orang untuk meneruskan hidup... Seperti contoh adalah rumah, makanan, pakaian, pendidikan dan tempat tinggal.

Kehendak adalah sesuatu perkara untuk kita hidup dengan lebih selesa dan sempurna. Malah kehendak sukar dipuaskan untuk kita semua kerana kehendak terdapat pelbagai dan tanpa terhad. Seperti Contoh adalah memiliki kereta, rumah mewah, barang emas dan barang-barang yang kelihatan kita lebih mewah. Malah keperluan adalah berubah-ubah mengikut peredaran zaman,umur,  jantina, pekerjaan, pendapatan dan citarasa...

Mengikut peredaran masa kini,kehendak menjadi sesuatu keperluan, ia bergantung kepada korang sendiri macam mana untuk menahan diri daripada terjebak dengan iklan-iklan yang mudah untuk kita terpengaruh. Korang mesti menjadi bijak dan berfikir secara rasional sebelum korang berbelanja melebihi had dan dapat membezakan mana satu kehendak dan mana satu keperluan...

Akhir sekali dila nasihatkan untuk semua, beringat-ingatlah sebelum berbelanja... Mana yang penting dan mana yang tak penting tu jangan jadikan ia satu keperluan... But kalau untuk sekali sekala tak salah jangan kedekut dengan diri sendiri & jangan menjadi seorang boros... Means buat kita yang sudah bekerja at least ada lah untuk diri sendiri tapi beringat-ingatlah juga..Lagi-lagi buat pemegang kad kredit tu... hihi...

Buat Dila juga yang sudah masuk ke alam pekerjaan lagi macam-macam yang kita fikir nak itu nak ini untuk kepuasan kita... Tapi bajet-bajet juga sebelum nak beli... Tak salah untuk kita berbelanja kalau ianya sudah sampai tahapnya dan kita dah mampu selagi tak susahkan mak ayah kan? hihi... Bagi dila nak berbelanja untuk kehendak sangat penting sebab ia boleh meningkatkan keyakinan kita... Contoh macam ada kereta... Hihi...

Bijak-bijaklah berbelanja,
Berfikir dulu beli untuk apa,
Jangan membazir,
Membazir itu amalan syaitan...

Pesanan untuk diri sendiri juga jangan melampaui batas...

Hope semua pembaca juga bijak berbelanja...

Related Posts

3 comments:

  1. yeahh betul diela.. cuma skli skala rs nk beli apa salahnya.. tp kan kalau tgh ada sales tu lagi lah hahaaa 😃😃😃

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... Kan... Tp nak beli pun fkir 2, 3 kali... Beli untuk apa...

      Delete