Wednesday 2 November 2016

Bandoru Store tawar barangan "Preloved" berkualiti tinggi



Assalamualaikum ...

Rasanya macam dah lama tak bershooping untuk membeli barang keperluan sendiri... Macam beli baju kerja gitu... Kalau bershooping pun hanya beli dari online kerana ia mudah , menjimatkan kos & masa... Tahu-tahu lah kalau perempuan bershooping kat luar boleh lari bajet mesti rambang mata punya nak beli itu ini... Erm macam diknon yang menulis ni... Hihi...

Okay lah Dila nak berkongsi cerita sikit semalam rasa macam havoc sangat sebab dapat cuci mata kat Bandoru Store sempena soft launch Bandoru Store yang terletak di Shah Alam , Batu Tiga.

Nak tahu Bandoru Store tu apa? 

Bandoru Store adalah sebuah butik yang menjual barangan  preloved berkualiti tinggi dan keaslian barangannya dijamin sertajual dengan harga mampu milik untuk semua golongan.

Barang-barang yang dijual adalah dibawa khas dari jepun yang mana telah menjalani proses pengasingan berperingkat bagi memastikan kualiti barangan dalam memenuhi citarasa pengguna bertepatan dengan slogan Bandoru Store "Better Than new".

Selain itu, Bandoru Store menawarkan pelbagai segmen barangan termasuk baju-T, kemeja, jeans, kasutb, sweater , bag tangan dan aksesori berjenama antarabangsa khusus buat golongan lelaki , wanita & kanak-kanak.

Tidak ketinggalan , bagi penggemar atau peminat koleksi barangan 'rare & vintage' juga boleh didapati di Bandoru Store dengan harga yang mampu milik.

Dari konsep butik, Bandoru Store tampil dengan rekaan lebih moden dan terkini disamping menyediakan ruang persekitaran selesa yang dilengkapi pendingin hawa untuk keselesaan pelanggan ketika membeli belah.

Sempena pembukaan rasmi pada 5 November 2016, pelanggan boleh mendapatkan tawaran terhad iaitu baucee diskaun sebanyak 20% dengan mengikuti cara-cara yang dimuatnaik dilaman sosial media rasmi facebook , twitter & instagram.

Pada hari kejadian tersebut turut mengadakan penjualan 'Food Truck' san aktiviti-aktiviti menarik bagi memeriahkan majlis pelancaran rasmi nanti.

Antara jenama terkemuka yang boleh didapati di Bandoru Store adalah Uniqlo, Zara, Canverse, Vans, Adidas, Nike, Louis Vuitton , H&M , Timberland, Dr Martens, Lecis, Edwin, Raplh Lauren, dan pelbagai jenama tempatan serta antarabangsa.

Amacam best kan Bandoru Store? Pada 5 dan 6  November 2016 pada hari sabtu & Ahad ni boleh lah datang ke Bandoru Store sempena majlis pelancaran pembukaan Butik... Heee datang tau sebab nanti dapat 20% Diskaun setiap 1 pembelian... 

Selain tu, korang boleh turut serta untuk join Contest yang diadakan macam entry Dila sebelum ni... Iaitu korang berpeluang untuk memenangi Hand Bag Lv , Ipada & Macbook... 

Ehhh... Dila dah join korang jum lah join sama2... Belum terlambat lagi... Korang Cuma click link dibawah ni dan isi form je...

Mudahkan? So lepas tu boleh share dengan kawan2 rapat & saudara mara pastj dorang happy kan?


Bandoru Store terletak di Shah Alam Batu 3, Land mark bersebelah dengan Federal Highway Butik tersebut betul-betul bersebelahan Al- Ikhsan.


Kamj selaku wakil daripada blogger turut hadir untum mengmyambut majlis tersebut. Untuk pengetahuan semua, Bandoru Store merupakan nutik terbesar yang pertama diMalaysia berkonsepkan barangan "Preloved". Bandoru diasaskan oleh seorang anak muda tempatan bumiputera , iaitu Wafi Shari yang mempunyai pengalaman yang.luas selama 15 tahjn dalam.industri pakaian "Preloved" di Malaysia. Produk yang dijual di Bandoru dibawa khas melalui kontena secara terus dari Jepun.








Related Posts

0 Comments: