Ini merupakan buat pertama kalinya dengar Sekolah tahfiz bertaraf antarabangsa. Bila kita bercakap tentang sekolah tahfiz, majoriti semua diantara kita akan terbayang satu sekolah yang ketinggalan zaman. Sekolah yang hanya mengajar anak2 untuk mengaji, menghafaz dan sebagainya. percaya atau tidak, saya yakin semua yang membaca artikel ini akan mula berubah fikiran dan kagum dengan sekolah tahfiz yang akan saya ceritakan ini. Dan pasti ada yang berhasrat hendak menghantar anak mereka ke sekolah ini. Hal ini kerana, saya sendiri terkejut dan kagum dengan sekolah tahfiz tersebut
kenapa? mengapa? pasti anda ingin tahu bukan? disini dila akan menceritakan serba sedikit tentang sekolah tahfiz yang serba canggih bertaraf international ini berdasarkan lawatan dila dan beberapa lagi blogger lain ke sekolah tahfiz yang bertempat di sungai ramal, Kajang .
RIQZ Islamic School merupakan sekolah tahfiz yang bertaraf antarabangsa. Wau! high class buka bila dengar sekolah tahfiz diiktiraf sebegitu? Dengar nama pun nampak begitu gah sekolah tersebut! Ya memang gah sangat! Bila sampai sekolah tersebut Dila sendiri terpegun dengan bangunan dan persekitaran sekolah yang cantik malah security disekolah tersebut sangat bersistem dan jijamin selamat untuk anak-anak.Sebagai ibu bapa pasti ingin mengutamakan keselamatan anak-anak anda bukan?
Bercerita tentang sekolah tahfiz sebagai ibu bapa pasti menginginkan terbaik untuk anak-anak anda. Banyak kebaikan yang berguna bila menghantar anak-anak anda sendiri kesekolah tahfiz. Lagi-lagi bila menghantar anak ke sekolah Tahfiz yang bertaraf antarabangsa! Wau! Sebelum ni selalu bayangkan kalau dah sekolah tahfiz saje mesti sekolah tersebut tu antaranya dipondok, dikawasan pinggiran atau pun bangunan rumah kedai gitu! Namun berbeza sekali dengan tahfiz RIQZ Islamic school yang terdapat bangunan sekolah tersendiri yang sangat cantik dan luas malah kaedah pembelajaran yang di sesuaikan dengan minat kanak-kanak untuk belajar dan fasiliti bertaraf 5 bintang.
Keunikan sistem pembelajarannya seperti yang diamalkan di negara Finland dan Jepun yang menggunakan konsep "play based learning " di tambah dengan kaedah penghafalan tahfiz moden menjadikan sekolah ini berbeza dengan sekolah lain. Sepert kita ketahui sistem pembelajaran di sekolah kerajaan sepertimana jauh sekali berbeza dengan sekolah tahfiz? pasti anda tahu sistem pembelajaran di Jepun bagaimana kan? sangat bersistem dan diajar untuk menjadi seorang disiplin juga diterapkan... Anda sendiri pastii menginginkan anak anda untuk menjadi seorang hafiz dan hafizah bukan? In sha Allah pasti akan berjaya di dunia dan akhirat.
Untuk pengetahuan semua, sekolah RIQZ Islamic School belum beroperasi sepenuhnya hanya kini dibuka bagi pelajar sesi tahun 2017.Sekolah tahfiz ini telah mendapat kelulusan dan sokongan sepenuhnya dari pihak kementerian Pendidikan Malaysia pada Julai yang lalu ini telah ditubuhkan oleh Abdullah Firdaus Bin Abd Jalil (29 tahun) , yang bertindak selaku ketua dalam projek ini sambil dibantu oleh Dr Shiefa (27 tahun), Mohd Azzizat Bin Abdul Rahman (28 Tahun) dan Khairul Azwan Mohd Shafee (24 tahun). Wau bangga nya bila orang kita sendiri yang menubuhkan sekolah Tahfiz yang bertaraf antarabangsa. Mereka juga telah mengubah pandangan semua orang tentang sekolah tahfiz dan memartabatkan lagi sekolah tahfiz setanding dengan sekolah antarabangsa.
Sekolah yang terletak di Sungai Ramal Dalam , Kajang ini mempunyai 16 buah kelas, Auditorium , Bilik Permainan , Padang Bola serta kemudahan asas yang lain. Keunikannya juga melalui penggunaan Ipad yang dijadikan sebagaibalat bantu mengajar khususnya dalam subjek hafalan Al-Quran. Selain itu , penerapan Ilmu Falak dan Astromoni Islam serta Robotik turut diperkenalkan sebagai aktiviti tambahan kokurikulum selain dari aktiviti yang sedia ada. Sesi pengajian pertama akan bermula pada Januari 2017 dengan mensasarkan pelajar seramai 300 orang untuk permulaan..
Antara program wajib diutamakan untuk diajar disekolah tahfiz adalah subjek :
1. Hifz Al-Quran
2. Tajwid
3.Tafsir Al-Quran
4.Adab Hamalatul Quran
Selain itu Module Islam Dibawah KSSR iaitu :
1. Tauhid
2. Feqah
3. Akhlak
4. Sirah
5 Khat & Imla'
Kebiasaan kalau dah sekolah tahfiz pasti ingat Bahasa Arab atau Bahasa Melayu merupakan Bahasa penghantaran... Tetapi RIQZ Islamic School juga menggunakan Bahasa English untuk berkomunikasi. Wau ia sangat setanding dengan sekolah International penggunaan bahasa English adalah sangat penting untuk sekarang... Kerana dimana-mana kini berkomunikasi menggunakan bahasa English. Sangat berbaloi hantar anak anda di RIQZ Islamic School.
Buat anda yang berada di sekitar Bangi, Kajang dan Putrajaya Rizq Islamic School juga menyediakan kemudahan pengangkutan khas untuk mengambil dan menghantar anak anda kesekolah. Kelas bermula pada 8 pagi sehingga 4.30 petang. Ibu Bapa juga boleh untuk mengambil anak mereka sehingga jam 7 anak-anak anda akan dipantau oleh guru-guru jadi tidak perlu risau . Caj tambahan dikenakan jika lebih masa yang ditetapkan.
Disini terdapat library yang selesa untuk pelajar belajar dengan santai |
Playground |
Art Room |
Student locker |
Hall |
Auditorium |
Study Area |
Football Field |
Gym |
Amacam? ok sangat kan RIQZ ISLAMIC SCHOOL? Untuk pengetahuan semua ada berita baik buat pengambilan sesi Januari 2017ianya ditawarkan kepada 100 orang terawal dimana harga pendaftarannya hanya RM580 sebulan berbanding harga asal RM600 sebulan adalah untuk ower grade manakala RM700 sebulan untuk upper grade. Untuk yuran tambahan dikenakan RM200 sebulan adalah untuk kafe yang menyediakan makanan 3 kali sehali.
Antara rakan blogger yang hadir semasa sesi pengenalan RIQZ Islamic School seramai 10 orang. |
With blogger Neyra & Kak Nani |
Tak lupa juga ucapkan terima kasih sebab susah payah teman kita :) |
Jum saksikan sebanyak sedikit Official Video di Riqz Islamic School sebagai pengenalan :)
Untuk maklumat lanjut :
Nama Sekolah : Sekolah Islam Rizq
(Diuruskan oleh Rizq Educare Sdn.Bhd (1180223-T)
Alamat Sekolah : Wisma RIZQ, Lot.1456-2, Jalan Cempaka Off Jalan Teratai, Kampung Sungai Ramal Dalam, 43000 Kajang , Malaysia.
Tel : 03 8912 0447 / 018 961 1615 (Whatsapp)
Tarikh Kelulusan : 14 Julai 2016
Laman Web : www.rizq.edu.my
Facebook : https://www.facebook.com/rizqschool/
Imstagram : RizqIslamicSchool
Twitter : https://twitter.com/RIS_School
Penasihat Sekolah :
Professor Dr. Sharifah Maryam , Felo Kehormat Fakulti Kepimpinan dan pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Kemudahan yg disediakan mmg selesa utk pelajar tahfiz tu. Semoga mereka berjaya dan dpt kerjayan dunia dan ahkirat..
ReplyDeleteYes kak... Byk kemudahan yg disediakan... Persekitaran pun selesa... Amin...
Deletecantik tempat dan kelihatan selesa. semoga ank2 disini stiasa suksess insyaallah
ReplyDeleteMemang cantik tempat kat sini... Amin... In sha Allah :)
Deletemenariknya sekolah tahfiz ni :)
ReplyDeletenk kongsi kat blog akak blh?
Memang menarik pun :) silakan kak :)
DeleteBestnya! Fuhh mesti mahal ni tapi in sya Allah berbaloi untuk anak-anak. :)
ReplyDelete