Wednesday 15 August 2018

Peraduan "Justea Happy 61thMerdeka"



Hallo guys ! Bestnya peraduan ''Justea Happy 61th Merdeka''.  Peraduan ini dianjurkan oleh Yeo Hiap Trading Sdn bhd. Untuk pengetahuan semua peraduan ini terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang menetap diMalaysia... Jum sama-sama kita semua ambil peluang ini untuk sertai peraduan bersama Justea untuk bulan Merdeka ni... Terdapat hadiah-hadiah yang menarik ditawarkan buat anda yang sertai peraduan ini... Mana tahu rezeki awak!!! hik hik...


Haaa jangan ketinggalan untuk baca lagi macam mana untuk sertai contest bersama Justea... Senang je guys!!! Dilla akan citer satu-satu macam mana untuk sertai peraduan "Justea Happy 61th Merdeka" secara terperinci yang penting korang wajib join ok... 

TEMPOH PERADUAN 

Untuk pengetahuan semua, peraduan ini bermula dari 30 Julai 2018 pada 12.01 pagi dan ditutup pada 30 September 2018 pukul 11.59 malam. Penganjur boleh , mengikut budi bicara mutlaknya, meminda  Tempoh Peraduan pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu kepada mana-mana pihak. Kecuali dinyatakan sebaliknya oleh Penganjur, sebarang penyertaan dalam Peraduan ini adalah tertakluk kepada Terma dan Syarat yang dinyatakan di sini yang akan kekal berkuatkuasa pada setiap masa. Penyertaan yang diterima di luar daripada Tempoh Peraduan akan dibatal secara automatik.

CARA MENYERTAI PERADUAN



LANGKAH 1 :

Beli mana-mana produk minuman Justea dalam satu resit rasmi.

1 resit = 1 penyertaan 
             Resit Rasmi kedai mesti dicetak dengan jelas jenama Produk Justea  yang bertarikh 
             dalam Tempoh Peraduan.


LANGKAH 2  :

 Muat turun “POP Media’ Apps melalui Scan QR code ( POP Media Apps juga boleh muat turun 
 melalui  Google Play or Apps Store) 



LANGKAH 3:

Imbas sebarang paket minuman Justea untuk mengaktifkan bingkai foto Justea.  Bergambar dengan bingkai.




LANGKAH 4:

Whatapp ke 012-212 4873 nama penuh, IC, gambar bersama bingkaidan gambar resit rasmi sebagai bukti pembelian.Simpan Resit Rasmi pembelian untuk tujuan pengesahan.


Lampiran foto hendaklah memenuhi kriteria yang berikut:-

a) Gambar hendaklah menunjukkan dengan jelas nama kedai, tarikh, nombor Resit Rasmi, kuantiti dan nilai pembelian Produk Justea. Resit Rasmi yang berlipat tidak akan diterima.
b) Gambar-gambar hendaklah memenuhi standard kualiti visual yang minima. Kejelasan imej yang terjejas oleh pencampuran warna, kekasaran, kekaburan, pendedahan berlebihan, artifak mampatan atau lain-lain degradasi yang jelas kelihatan tidak akan diterima dan akan dibatalkan.

-Peserta Layak boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang mereka mahu. 

Cara untuk Menang dan Hadiah-Hadiah Peraduan

a) Hadiah Mingguan 

Semua pemenang untuk Hadiah Mingguan akan dipilih melalui sistem rawak komputer daripada semua Penyertaan Layak untuk setiap jadual cabutan mingguan.

Sekiranya Peserta tidak memenagi Hadiah Mingguan untuk jadual cabutan minggu yang tertentu, penyertaannya akan melayakannya secara automatic untuk pemilihan mingguan yang berikutnya.

b) Hadian Utama 

Hadian Utama akan dipilih berdasarkan kreativiti daripada semua Penyertaan Layak dalam tempoh Peraduan oleh pihak juri Yeo’s 

Peserta boleh memenangi maksimum satu (1) Hadiah Utama atau/ dan satu (1) Hadiah Mingguan sepanjang Tempoh Peraduan. 

Para pemenang akan menerima yang berikut:



Hadiah Mingguan
GSC Movies Tiket untuk 2 orang x 20 x 9 minggu 

Jadual Cabutan Mingguan

Minggu 1: 30 Jul – 5 Aug 2018
Minggu 2: 6 Aug – 12 Aug 2018
Minggu 3: 13 Aug – 19 Aug 2018
Minggu 4: 20 Aug – 26 Aug 2018
Minggu 5: 27 Aug – 2 Sept 2018
Minggu 6: 3 Sept – 9 Sept 2018
Minggu 7: 10 Sept – 1 6 Sept 2018
Minggu 8: 17 Sept – 23 Sept 2018
Minggu 9:  24Sept- 30 Sept2018 

Hadiah Utama

20 x Samsung Galaxy J7 Pro

-Penganjur mempunyai budi bicara sepenuhnya dalam menentukan hadiah bagi setiap pemenang Para pemenang yang terpilih akan dihubungi melalui telefon dan dikehendaki menjawab satu Soalan dengan betul sebelum boleh disahkan sebagai pemenang. Sekiranya pemenang yang terpilih tidak dapat dihubungi atau gagal menjawab soalan dengan betul, Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakannya. Penganjur  mempunyai budi bicara sepenuhnya dalam menentukan hadiah bagi setiap. 

-Semua penyertaan hendaklah diterima oleh Penganjur melalui aplikasi WhatsApp sepanjang Tempoh Peraduan. Senarai pemenang untuk Cabutan Mingguan dan Cabutan Hadiah Utama akan diumumkan setiap minggu melalui platform yang berikut:-
(i) Laman sesawang Yeo’s Malaysia
(ii) Akaun Facebook Yeo’s Malaysia 
( iii)  Akaun Facebook JusFun 

-Para pemenang Peraduan akan dimaklumkan melalui panggilan telefon untuk urusan pengambilan hadiah dan tertakluk kepada yang berikut:-
(i) Semua pemenang hendaklah menunjukkan gambar Resit Rasmi yang telah terpilih sebagai bukti pembelian untuk Peraduan ini  bagi tujuan pengesahan semasa pengambilan hadiah. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan kemenangan penyertaan  tersebut akan dibatalkan.
(ii)        Penganjur berhak untuk membatalkan kemenangan jika peserta yang telah menang tidak dapat dihubungi sebanyak tiga kali dalam tempoh lima hari bekerja.
(iii) Semua hadiah hendaklah dituntut dalam masa 30 hari dari tarikh pemberitahuan dari pejabat Penganjur. Hadiah yang tidak dituntut akan ditarik balik selepas tempoh 30 hari.

-Hadiah adalah dikehendaki diambil sendiri melainkan penganjur menyediakan cara lain untuk proses hantaran. Jika penganjur memilih untuk pos hadiah kepada pemenang, penganjur tidak akan bertanggungjawab di atas hal keselamatan dan kelancaran penghantaran hadiah. 

-Dalam hal tertentu, dan di atas ihsan serta persetujuaan penganjur, pemenang boleh menghadirkan wakil untuk tujuan pengambilan hadiah. Wakil dikehendaki untuk hadir bersama surat pengesahan bertulis daripada pemenang dan salinan kad pengenalan bagi kedua pemenang dan wakil.

-Penganjur berhak mengikut budi bicaranya untuk menggantikan mana-mana hadiah dengan hadiah alternatif yang sama nilainya, pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu. Semua hadiah diberi berdasarkan “Sedia ada” dan tidak boleh ditukar ganti atau dijual untuk mendapat tunai, kredit, lain-lain item atau baucar sama ada sebahagian atau sepenuhnya dan tidak boleh dipindah milik kepada orang lain.

-Penyertaan hendaklah diterima oleh penganjur pada 30 September 2018. Penyertaan yang diterima selepas tarikh tersebut adalah tidak layak untuk memenangi hadiah-hadiah yang ditawarkan.


Para pemenang adalah bertanggungjawab sepenuhnya keatas segala jenis cukai yang dikenakan ke atas nilai hadiah. (Jika berkaitan)

-Jika berkemungkinan peserta memilih untuk tidak menerima hadiah, maka hadiah tersebut akan dibatalkan dan urusan seterusnya adalah diatas budi bicara mutlak penganjur. 

-Hadiah yang diterima sepenuhnya oleh pemenang daripada penganjur dan/atau penaja adalah tanpa sebarang waranti atau seangkatannya. Para peserta wajib memberi surat pelepasan dan pengakuan dalam bentuk borang yang disediakan oleh penganjur, jika diharuskan, dalam proses penerimaan hadiah.

-Peserta Layak dan/atau para pemenang bertanggungjawab sepenuhnya bagi sebarang kecederaan, kerosakan atau tuntutan akibat daripada atau yang timbul daripada penyertaan mereka dalam Peraduan ini, penggunaan hadiah yang dimenangi dan/atau pengambilan hadiah mereka. Semua kos pengangkutan, penginapan, peribadi dan/atau sebarang kos yang lain dan/atau sebarang perbelanjaan lain yang berkaitan yang ditanggung kerana menyertai Peraduan ini dan/atau ketika menebus hadiah, adalah ditanggung sepenuhnya oleh Peserta Layak dan para pemenang

-Penganjur mempunyai hak mutlak untuk membatalkan mana-mana individu yang didapati telah mengusik proses penyertaan atau operasi Peraduan atau telah bertindak melanggar atau berpotensi untuk melanggar Terma dan Syarat Peraduan.

-Keputusan Penganjur ke atas pemilihan para pemenang adalah muktamad, konklusif dan mengikat. Sebarang surat-menyurat atau pertikaian tidak akan dilayan.



UNTUK INFO LANJUT CARA UNTUK SERTAI PERADUAN JUSTEA 
BOLEH LAYARI :


Good luck koranggg!!!

xoxo

Related Posts

1 comment:

  1. Nak try la masuk nanti..zaza memang suka join2 contest ni

    ReplyDelete