Hi awak semua.... Dilla berkesempatan untuk menghadiri Festival Makanan Laut Sri Lankan di Hotel Berjaya Times Square... Ni antara kali pertama untuk Dilla sendiri hadir merasakan makanan laut yang paling best & tip top...
Antara special menu yang dihidangkan disini yang wajib sekali korang rasa adalah menu masakan Ketam ... ewahhhh masa kat sini masa makan ketam semua tak ingat dunia... Memang sedap sangat... hik hik...
Sepanjang April 2018 ini, Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur membawa secara eksklusif di Big Apple Restaurant, segala jenis hidangan dari Sri Lanka! Banyak elemen sejarah, adat dan budaya dalam masakan khas yang dimasak oleh chef-chef dari sana juga. Dipengaruhi oleh India, Indonesia, dan Belanda, masakan dari Sri Lanka ternyata unik dan istimewa!
Selain itu, terdapat pelbagai menu masakan yang menarik yang dihidangkan di sini yang wajib korang untuk cuba. Dila sendiri dah merasakan keenakan menu2 yang dihidangkan memang sedap dengan rasa rempah ratus yang buat korang teringi untuk merasakan semua menu....
Tapi yang paling best kat sini of course lah masakan ketam yang dihidangkan... Ini menrupakan ketam yang segar khas buat anda pencinta masakan ketam boleh lah pergi sini ok... Dila memang failed nak kopek kulit ketam ... Tapi disebabkan dah sedap sangat terpaksa juga tak control makan ketam ni ... Awak semua wajib rasa ok...
Selain tu.... ni antara menu yang lain...
Ehhh macam mana??? terliur tak tengok menu-menu dalam gambar ni.... Untuk pengetahuan semua
Sempena Sri Lankan Seafood Festival ni juga ada promosi hebat untuk 38 orang pelanggan pertama cuma perlu bayar RM38 nett je seorang. Untuk pelanggan yang ke 39 hingga 58 pula cuma perlu bayar RM58 je! Dan ada berita lebih baik, iaitu bila korang spend minimum RM888 nett dalam satu resit, awak berpeluang join lucky draw. Antara hadiahnya ialah memenangi pakej bercuti termasuk tiket flight ke Sri Lanka, sponsored by Sri Lankan Airlines dan juga bermalam 4 hari 3 malam di Berjaya Hotel Colombo.
Sri Lanka Food Festival akan available dari 2 April hingga 30 April 2018 di Big Apple Restaurant, Level 14 at 12.00pm – 2.30pm (Weekday Lunch), 12.30pm – 4.00pm (Weekend Hi-Tea), 6.30pm – 10.30pm (Daily Dinner) dan harganya ialah RM98 (dewasa), RM61 (warga emas) & RM41 (kanak-kanak). Setiap pembelian untuk 3 orang dewasa akan mendapat 1 seat untuk kawan . Selain tu, pemegang kad kredit Maybank pula layak menerima 30% diskaun okay....
Waktu beropersai adalah :-
12.00pm - 2.30 pm (weekdays lunch)
12.30pm - 4.00 pm ( Weekend Hi-Tea)
6.30pm -10.30 pm (Daily Dinner)
Jum makan kat sini nanti :)
hai ain datang singgah sini dan follow awak. salam perkenalan :)
ReplyDeletesincerely , farahain zfa