Monday, 12 March 2018

Pengalaman rawatan Hydradermabrasion Facial di Dr. Medispa & Wellness Jalan Reko Kajang




Assalamualaikum & Hai...

Sebagai wanita , kita wajib untuk menjaga kecantikan diri luaran dan dalaman... Kalau dah bercerita tentang kecantikan memang takkan pernah abis tau... Memang semua wanita menginginkan wajah yang cantik tanpa cacat cela... Tapi tu semua bergantung pada diri kita bagai mana untuk kita bertanggungjawab untuk menjaga kecanikan diri kita.... Kecantikan ni ada banyak jenis... Haaa antara nya Dilla nak kongsikan sikit pengalaman Dilla dulu 2 , 3 tahun lepas... Dilla ada masalah kulit wajah yang teruk dimana kulit muka dila sangat kusam dan banyak bekas jerawat , blackhead & whitehead juga banyak bada bahagian muka nak kata tak jaga , jaga juga... 


Oleh itu , Tindakan awal yang dila ambil adalah untuk pergi ke SPA buat facial... dulu masa mula-mula buat memang ngeri ok... Haaa yelah first time kan... Tapi sekarang biasa je... Alhamdulillah masa first time buat facial SPA tu wajah Dilla makin ok dan Dilla juga kerap melakukan SPA... Tapi Bila dah lama tak buat facial SPA terdetik hati Dilla untuk pergi ambil rawatan semula kerana mengalami masalah yang sama dimana kulit dila kusam dan terdapat blackhead dibahagian hidung yang teruk... 



So. Baru-baru ni Dilla baru sahaja pergi ke melakukan Spa Facial di  Dr. Medispa & Wellness berlokasi di Kajang, di Jalan Reko... So Dila juga akan kongsikan pengalaman Dilla semasa melakukan rawatan hydrafacial di Dr. Medispa & Wellness . Sempat juga Dilla berkenalan dengan seoramg Doktor yang sangat baik dan peramah beliau juga sempat berkongsikan banyak tips tentang kecantikan dan pengalaman beliau....



Untuk pengetahuan semua, pusat terapi Dr Medispa & Wellness ini speciality mereka adalah treatment anti-jerawat yang berkaitan dengan masalah kulit dan muka. Tetapi selain itu juga ada juga disediakan beberapa treatment yang boleh korang cuba macam weight loss treatment, untuk pasangan yang cuba untuk mendapatkan zuriat, facial treatment dan macam-macam lagi. Memang menarik pakej yang ditawarkan disini... 

Okay... Dila nak share sikit gambar-gambar Dilla semasa menjalani rawatan Hydrafacial di Dr. Medispa.... Haaa memang seronok sangat masa buat facial paling geram masa nak keluarkan blackhead di bahagian hidung tu...



Langkah pertama semasa menjalani rawatan Hydrafacial adalah membersihkan bahagian muka.... Pastikan make up semua ditanggalkan dengan bersih.... 


Langkah kedua adalah double cleansing 


Langkah ketiga adalah Opening up the pores and layer it with our therapeutic oil. Sambil tu Doktor membersihkan blackhead dibahagian hidung... Memang bersih dan berpuas hati...


Langkat ke empat Start the Hydradermabrasion 

Langkah kelima  Layering with Hyaluronic plus doctor formula mask



Terasa licin kulit dibahagian hidung selepas sesi membuang segala blackhead...  


Langkah keenam adalah Facial massage memang masa ni Dilla tidur sebab doktor massage muka best sangat :)


Langkah ketujuh adalah Ultrasonic treatment


Langkah kelapan adalah Omega LED light therapy to enhance skin cell to rejuvenate..

Haa jangan terkejut guys... yang ni Dila memakai Mask LED light therapy dimana ia merawat muka dila yang mengalami masalah kulit yang kusam dan ia juga rest kan muka dilla... Terasa masa pakai mask ni memang rest je guys... Nanti nampak lah muka Dilla tiada masalah lesu lagi .. hihihi

Muka selepas menjalankan Hydrafacial... Ni muka tanpa makeup 
Yeayyy dah siap buat facial... By the way Masa yang diambil untuk rawatan selama 1 Jam 15 Minit.... Okay totally Dilla sangat berpuas hai dengan servis di Dr.Medispa & Wellness dengan harga pun berbaloi ... Harga yang ditawarkan adalah RM180.00 ...

Bersama Dr. Azira kendalikan rawatan hydrafacial


Bersama rakan-rakan blogger 
By the way semasa kami pergi ke Dr. Medispa & Wellness kami juga berkesempatan menjalani aktiviti woman to woman dimana waktu tersebut kami memakai inai Henna dan belajar teknik make up by Baby MUA Melaka...


Terima kasih Doktor Azira. Doktor yangsangat sporting dimana kami enjoy sangat semasa di Spa... Korang lepas ni kalau nak pergi ke Spa Dilla sangat sarankan untuk pergi ke Dr.Medispa & Wellness ni ... Disamping tu korang boleh dapatkan khidmat nasihat jika terdapat masalah yang berkait ok,...

Untuk Maklumat Lanjut :

Dr Medispa & Wellness
No 6-1, Jalan Reko Sentral 6,
Reko Sentral, Jalan Reko
Kajang, Selangor


Dr Azira 0169377392/ 0137706708

Pstttt Selain tu di Dr. Medispa & Wellness terdapat juga pakej2 yang menarik... Korang boleh rujuk gambar dibawah ok ....









Terima kasih kerana membaca...


Related Posts

8 comments:

  1. bersih tgk muka lps buat rawatan. zaza pun kalau bpeluang nak jgk
    la buat rawatan kt sini

    ReplyDelete
  2. seronoknye kan sekali sekali manjakan diri

    ReplyDelete
  3. Wahhh bestnya sesekali manjakan wajah kita ni... teringin juga nak buat rawatan sebegini.

    ReplyDelete
  4. Muka nampak lagi glowing dan bersih lepas rawatan.nanti nak buat jugaklah rawatan muka

    ReplyDelete
  5. Segarnya nampak muka lepas facial n spa. Sesekali best jugak g spa. Relax2 chill.

    ReplyDelete
  6. Bestnya dpt buat spa muka..kdg muka ni pun kena bg treatment..sbb penat dgn mcm2 kotoran kan..kita lak xde ms nak jaga

    ReplyDelete
  7. Ya ampun, macam2 treatment dia ada erl..wah urutan ibu mengandung pun ada..kalau tau boleh datang sini masa preg..hehwhw

    ReplyDelete
  8. wow ^^ Bestnya, lepas facial mesti terasa anjal dan segar.

    ReplyDelete