Pada 10 Ferbuari 2018 , 30 kad NGO telah diedarkan secara percuma oleh Kelab Sahabat Persaudaraan (KSP) kepada NGO dan koperasi berdaftar dan buat peringkat permulaan 50 NGO yang hadie untuk menyertai Program Komuniti Digital NGO Negaraku di Dewan Perdana Felda.
Program Komuniti Digital NGO Negaraku turut memperkenalkan Mobile App NGO Negaraku yang hanya boleh diekses oleh pemegang kad NGO Negaraku untuk menikmati tawaran pembelian barangan terpilih dengan harga terbaik, Mobile App ini mempunyai kepelbagaian aplikasi yang bersesuaian untuk digunakan oleh NGO dan ahli-ahli termasuklah aplikasi pengumpulan derma dan sumbangan secara digital untuk tujuan membantu antara satu sama lain mengikut keperluan sebenar.
Mobbile App NGO Negaraku ini dibangunkan bagi membentuk kerjasama antara NGO-NGO Negaraku khususnya dalam aktiviti sosial dan ekonomi melalui jalinan usahawan dan penawaran berkelompok.
Pengasas KSP , Dr. Mohd Zamri Noordin berkata, program ini merupakan acara sulung yang disediakan khas untuk semua ahli NGO di Malaysia dengan keistimewaan yang luar biasa.
"Mobile App ini dibangunkan untuk memupuk perpaduan Masyarakat khususnya kalangan ahli-ahli NGO dan koperasi.
"Program Komuniti Digital NGO Negaraku diuruskan secara sosial ebterprise bagi memastikan setiap peserta dapat menikmati manfaat yang berganda,"Dalam pada itu, Ketua Program Komuniti Digital NGO Negaraku Dr Nur Hadi berkata ,
"Penyampaian mesej sepenuhnya program ini turut dipaparkan melalui reka bentuk Kad NGO Negaraku yang secara umumnya membawa ke arah pembentukan masyarakat yang bersatu padu."
Pada peringkat pengenalan ini terdapat beberapa syarikat yang turut mengambil bahagian untuk memberikan tawaran harga terbaik termasuklah Ez Ride, Kaspersky, comfortreflekxologi.
Antara tetamu terhormat yang hadir pada majlis tersebut adalah Datuk Ismail Kijo (Ketua Umno Bahagian Ampang) , Datuk Abdul Halim Tuah Rahmat (Pengarah Biro 'Reapid Response' GST Jabatan Perdana Menteri) Datuk Abdul Fatah Abdullah, Presiden Angkasa , wakil persatu , ahli pengeluar produk.
LATAR BELAKANG KELAB SAHABAT PERSAUDARAAN
Kelab Sahabat persaudaraan adalah sebuah kelab yang berdaftar di bawah Pendaftaran Pertubuhan atau ROS.
Kelab ini dibentuk melalui gabungan Sukarela Profesional dan kumpulan kelab ini dibentuk melalui gabungan Sukarelawan Profesional dan kumpulan berpengalaman untuk bersama mencurahkan idea dan kepakaran bagi melahirkan program-program berkualiti berteraskan Pendidikan dan Kebajikan untuk memperkenalkan kepada Masyarakat.
Mengembangkan ekonomi digital dan transaksi tanpa tunai
Program Komuniti Digital NGO Negaraku diperkenalkan oleh Kelab Sahabat Persaudaraan berteraskan 3 prinsip:
1. Menhubungkan Kerajaan NGO dan ahli-ahli NGO termasuk koperasi dalam era digital berteraskan semangat Negaraku.
2. Mengeratkan kerjasama dan memupuk semangat bantu-membantu antara satu sama lain mengikut keperluan sebenar.
3. Mendidik Masyarakat untuk berbelanja secara bijak dan berhemah.
KONSEP KOMUNITI DIGITAL NGO NEGARAKU
Membentuk sebuah platform bagi menggabungkan kerjasama diantara NGO-NGO termasuk koperasi di dalam aktiviti sosial dan ekonomi melalui Jaminan Usahasama dan penawaran berkelompok.
NGO serta ahli-ahli bekerjasama dan membentuk gabungan kumpulan yang kukuh dan berkesan dengan manfaat e-platform & Fin-tech , bermatlamat untuk menggabungkan Kerajaan dan NGO di atas platform digital.
kad ni merupakan kad yang boleh dianggap sebagai sara hidup digital, sebabnya pengguna kad ni boleh menikmati produk dan jugak perkhidmatan dengan harga yang lebih jimat kan!
ReplyDeleteBagus wujudnya kad digital NGO ini.. Bolehlah berjimat cermat sikit utk skrg dan mse depan nnti dgn pembelian pd harga terbaik kan..
ReplyDeleteNice article ! dengan kad ini kita bolehlah jimatkan.
ReplyDelete