Thursday, 19 October 2017

Resepi Asam Pedas Melaka | Masakan bujang

Asam pedas adalah masakan yang terkenal di Negeri Melaka... Kalau kita pergi Melaka wajib untuk merasakan masakan Asam Pedas Melaka.... Wehhh ! tu antara menu yang wajib kalau Dila singgah Melaka tau... Lagi-lagi kalau pergi kenduri orang Melaka bila terhidang je Asam Pedas... Huhhh memang makan bertambah lah....

Lately ni Dila teringin sangat nak makan Asam Pedas Melaka bila dah cukup bahan boleh lah kita beraksi di Dapur ...

Bahan-bahan yang disediakan :-

1 Ekor Ikan Kembong dipotong dan dibersihkan
5 - 10 Kacang Bendi dibersihkan
5 Ulas bawang putih
1/2 biji bawang merah dihiris
Secukup rasa Cili giling Puteri (Recommend dari Cik Dilla cili dia memang sedap)
1 batang serai dihiris
Air secukup rasa
Garam secukup rasa













Cara Membuat :

1. Cara nya mudah saja... Yang penting bahan cukup semua boleh jalan ... Ikan disiang , dicuri bersih potong , Terpulang pada korang sama ada mahu potong atau biarkan saja... Kalau Cik Dilla potong je... Selepas tu Bersihkan kacang Bendi ditoskan , Sediakan Bawang Merah 1 Biji , Bawang Putih 5 ulas Blend kan Bawang tersebut sehingga halus..

2. Panaskan Minyak sedikit sahaja, Sediakan air secukup rasa sehingga mendidih... Macam Cik Dilla sediakan untuk 4 orang makan untuk sekali makan tidak perlukan kuantiti bahan yang banyak. Letak Cili Giling Puteri dan gaulkan letak air asam jawa beserta bawang dan serai yang dihiris berserta dengan garam secukup rasa.

3. Bila bauan masakan dah naik... Letak Ikan tersebut sehingga masak... Akhir sekali letak Kacang Bendi... Kalau nak lagi sedap masaklah telur dadah...

4.Akhir sekali bila dah selesai masak boleh hidangkan masakan tersebut ....








 Yeayyy dah siap... Jemput makan guys bismillah....

Selamat Menjamu selera





Related Posts

0 Comments: