Thursday, 19 October 2017

Resepi Asam Pedas Melaka | Masakan bujang

Asam pedas adalah masakan yang terkenal di Negeri Melaka... Kalau kita pergi Melaka wajib untuk merasakan masakan Asam Pedas Melaka.... Wehhh ! tu antara menu yang wajib kalau Dila singgah Melaka tau... Lagi-lagi kalau pergi kenduri orang Melaka bila terhidang je Asam Pedas... Huhhh memang makan bertambah lah....

Lately ni Dila teringin sangat nak makan Asam Pedas Melaka bila dah cukup bahan boleh lah kita beraksi di Dapur ...

Bahan-bahan yang disediakan :-

1 Ekor Ikan Kembong dipotong dan dibersihkan
5 - 10 Kacang Bendi dibersihkan
5 Ulas bawang putih
1/2 biji bawang merah dihiris
Secukup rasa Cili giling Puteri (Recommend dari Cik Dilla cili dia memang sedap)
1 batang serai dihiris
Air secukup rasa
Garam secukup rasa













Cara Membuat :

1. Cara nya mudah saja... Yang penting bahan cukup semua boleh jalan ... Ikan disiang , dicuri bersih potong , Terpulang pada korang sama ada mahu potong atau biarkan saja... Kalau Cik Dilla potong je... Selepas tu Bersihkan kacang Bendi ditoskan , Sediakan Bawang Merah 1 Biji , Bawang Putih 5 ulas Blend kan Bawang tersebut sehingga halus..

2. Panaskan Minyak sedikit sahaja, Sediakan air secukup rasa sehingga mendidih... Macam Cik Dilla sediakan untuk 4 orang makan untuk sekali makan tidak perlukan kuantiti bahan yang banyak. Letak Cili Giling Puteri dan gaulkan letak air asam jawa beserta bawang dan serai yang dihiris berserta dengan garam secukup rasa.

3. Bila bauan masakan dah naik... Letak Ikan tersebut sehingga masak... Akhir sekali letak Kacang Bendi... Kalau nak lagi sedap masaklah telur dadah...

4.Akhir sekali bila dah selesai masak boleh hidangkan masakan tersebut ....








 Yeayyy dah siap... Jemput makan guys bismillah....

Selamat Menjamu selera




Saturday, 14 October 2017

il Familia Italian Restaurant menyajikan masakan Itali

Assalamualaikum kawan-kawan...

Terima kasih sudi baca blog Dilla...

Entry kali ni Dila nak kongsikan tentang masakan Itali...

Korang tak perlu pergi jauh-jauh untuk merasakan kenikmatan masakan Itali.... Kat Malaysia pun ada juga... Terdapat banyak menu yang dihidangkan di Restoran Itali yang dila dan rakan blogger lain berpeluang untuk merasakan keenakan masakan Itali....

il Familia Italian Restaurant terletak di Kepong... Okay gigih daripada Ampang ke Kepong Untuk merasakan masakan Itali kerana ini kali pertama untuk cik Dila rasa...


Review cik dila tentang il Familia Restaurant :

cik dila sangat menitikberat tentang suasana restoran... Paling tak suka kat tempat makan tu ramai dan tak selesa... Tapi sampai je iL Familia Itali ni susasana dia tersangat lah selesa, suasana yang tenang dan ada lagi yang keluar masuk di restoran tu... macam nak pergi dinner je... Apa yang penting servis pun mesti lah ok dan cepat...ok disini memang sangat terbaik menu yang dihidangkan pun menepati citarasa kami....

Sempat pulak kenal dengan owner il Familia , orangnya muda lagi u ols bangga orang Malaysia yang ada restoran semewah macam ni... Restoran Itali pulak tu owner dia pun sangat ramah ok... Haaa  orang sendiri boleh datang ke sini... baca sampai abis ya....

Starter menu il Familia Italian :

1. Mushroom soup  RM7.50
2. Garlic bread RM4.00
3. Soup of the day (Pumpkin) RM5.50
4. Bruschetta A RM7.90

Mushroom soup berharga RM 7.50
Kalau pergi kemana-mana cik dila antara penggemar mushroom soup sementara menunggu masakan yang lain wajib untuk order mushroom soup.... Hidangan mushroom soup dengan cendawan dan creamy sangat fresh .

Garlic Bread RM4.00
 Tidak lupa hidangan Garlic Bread ... Memang sedap Garlic dicicah dengan sos... Kalau nak cicah dengan mushroom soup pun sedap... Terasa keenakannya disini...
Bruschetta RM7.90
Bruschetta juga sedap... Terdapat potongan tomato dipotong kecil-kecil dan disusun secara rapi.... Rasa dia memang sangat unik... Korang kene try ok...

Soup of the day (pumpkin) RM5.50

iL Familia Italian Main Course :

1. Chicken Graticola RM28.50
2. Salmon graticola RM34.50
3. Lamb Rack RM39.50
4. Lamb Shank RM32.90
5. La Familia spaghetti RM42.50 (serving for 2 persons)
6. La Familia pizza RM32.50
7. Salmon Linguine RM24.50
8. lasagna Beef & Chicken - beef RM19.90, chicken RM18.90

Lasagna Beef and Chicken - Beef RM19.90, Chicken RM18.90


Lamb Rack RM39.50

Salmon graticola RM34.50

Lamb Rack  RM39.50

La Familia Spaghetti RM42.50 (Hidangan untuk 2 orang)

Salmon  Linguine RM24.50

Pot Pie Pizza Beef

LaFamilia Pizza RM32.50

Lamb Shank RM32.90


Terdapat Juga Hidangan Dessert Disediakan di il Familia Restaurant antaranya :

1. Tiramisu RM9.90 per slice, RM55 for 1kg
2. Chocolate cake RM9.90 per slice

Tiramitsu RM9.90 , per slice and RM55 per KG
Chocolate ice cream RM9.00 , per slice





 Paling fav dila bila lepas makan dihidangkan sekali dessert lagi-lagi menu ais cream atau kek... memang best il Familia Italian... Korang sekali sekala untuk makan bestbest dila cadangkan untuk singgah di sini ok....



Dinner bersama rakan-rakan blogger 

Blogger cantik hensem kaki makan
Masakan Itali disini memang terbaik... kenyang tak sudah malam tu... Asyik makan masakan kampung je kan? makan lah sini pula :)

Untuk keterangan info selanjutnya boleh mengikuti perkembangan iL Familia Italian :

 Instagram : @la_famiglia_italian_restaurant/

    Facebook : IL Familia Italian Restaurant

No Tel : 03-6258 8442

    Alamat  : 
C-G-16, JALAN METRO PERDANA 3, TMN USAHAWAN KEPONG


    Waktu Urusniaga : 11am - 3pm (Lunch​) 6pm - 11pm

    Tutup pada setiap hari selasa


 

Thursday, 5 October 2017

Echanteur Stunning wangian yang sangat wangi tahan 24 jam


Hi... Korang perasan tak kalau pergi pasaraya besar pasti akan jumpa produk Echanteur ? Dilla juga antara pengguna Echanteur... Alahai memang jatuh hati betul dengan Echanteur dari zaman sekolah lagi... Korang pun kene cuba juga ya...Echanteur sesuai buat semua golongan wanita mahu pun remaja ataupun dewasa... 

Kehadiran Echanteur wangian baru iaitu Echanteur Stunning


ENCHANTEUR jenama wangian terkemuka dengan haruman yang diinspirasikan dari Perancis, telah melancarkan semula rangkaian Eau de Toilette dan penjagaan peribadi. Bersempena pelancaran ini, satu haruman baharu yang sangat menarik telah diperkenalkan iaitu, Stunning! Wangian mempesona ini merupakan gabungan Turkish Rose dan Magnolia, telah dipertingkatkan dengan kemanisan dari Blackcurrant Bud dan Raspberry serta dicampur juga dengan  kelembutan Sandalwood. Pemakai Stunning akan tertawan dengan aroma sensual yang dipakainya sendiri, menjadikan dia wanita yang istimewa, seterusnya menyerlahkan penampilan dan personalitinya.

Echanteur Perfumed Deo Mist Stunning

Echanteur Perfumed Body Lotion Stunning Satin Smooth

Echanteur Perfumed Deo Roll-On Stunning

Echanteur Stunning

Echanteur Perfumed Talc
Alahai jatuh cinta dengan box ni.

Hope oneday awak bagi saya macam ni.... ^^,





 Cantik kan box dia siap ada cermin lagi senang ni nak bawa pergi travel...

ENCHANTEUR Eau De Toilette boleh didapati pada harga runcit RM28.20 (termasuk 6% GST) bagi setiap botol 50ml. Manakala Losyen Enchanteur juga boleh didapati dalam pelbagai saiz yang berharga dari RM5.40 hingga RM17.60. Deodoran Enchanteur pula hadir dalam pelbagai bentuk/ format- stik, bebola dan juga semburan yang berharga dari RM4.90 sehingga RM8.40 manakala bedak Enchanteur berharga dari RM4.40 hingga RM11.80. Pelbagai produk wangian serta produk penjagaan diri Enchanteur boleh didapati di semua rangkaian pasar raya, pasar raya besar dan farmasi. 

Review Echanteur daripada Dilla :-

Untuk pengetahuan semua Dilla memang antara pengguna setia perfume daripada Echanteur... Memang puas hati sangat dengan wangian dia sebab tahan 24 jam ok... paling suka lah perfume dan lotion ... Lagi-lagi masa pakai lepas mandi rasa segar sangat bauan daripada Echanteur... Tak rugi guys... Totally memang berpuas hati dengan Echanteur... Korang jum pakai chanteur Stunning Harga pun mampu milik tau... 

 Untuk maklumat lanjut mengenai ENCHANTEUR, Sila layari :
ke www.enchanteur.com.my atau lawati laman Facebook ENCHANTEUR di www.facebook.com/EnchanteurMY



Monday, 2 October 2017

Berhujung minggu berjalan di Genting Highland



Part 1

Setibanya di Genting Highland aku kot orang yang paling excited sekali... Paling tak sabar nak naik cable car... cehhh berani ke? Ni lah aktiviti minggu aku untuk hujung bulan ni...

So apa aktiviti korang pada minggu ni?

Ni adalah gambar diwaktu kami di Genting Highland saje nak berjalan ambil mood baru  hujung hujung bulan ni….

Masa sampai je kat Genting kami singgah di Genting Premium Outlet (GPO). Macam-macam ada kat sini harga pun murah dan berpatutan .

Tapi disebabkan niat hanya nak jalan-jalan je aku matikan je niat nak shooping tu cuci mata saje ... 

Nah aku belanja sikit gambar semasa kami di Genting Highland ... 







Try saje














Part 2

Okay part ni memang paling aku tak sabar nak naik cable car. Aku kot orang paling excited nak naik cable car tapi bila dah kat atas tu gayat sangat weh nak menangis nak terkencing semua ada…

Ya Ampun … Malu nya… menjerit-jerit ketakutan aku kat atas tu... 

Hahaha… Tapi syok tau sejuk nampak kabus… Alahai jakun betulll...

Harga tiket hanya RM 6.00 untuk pergi sahaja tau… Masa balik pun RM6.00 …Kami beli tiket return masa beli tiket tu aku nasihat jangan buang dulu tiket tu takut lepas scan masa nak masuk cable car nanti terbuang untuk tiket nak balik … Haha… 

Gambar masa kat atas Cable car ahhaaa... yang lain semua acah-acah tak gayat...




Dah cuak dah tu... 






Pemandangan 



Setelah kami sampai je kami ditawarkan untuk mendaftar jadi ahli member Genting Highland,

If korang shooping dan tunjuk kad ahli ni akan dapat diskaun sebanyak berapa persen tu aku kurang ingat lah... Haaa apa yang menarik sangat member card ni tak perlu renew daftar sekali seumur hidup je lepas tu dapat voucher dalam voucher tu nanti ada senaraisenarai kat mana korang boleh reedem voucher ni...










Part 3

Ok ok yang ni last tau...

We are here... setelah berjalan di Genting awana kami sambung langkah ke Bukit Tinggi , Pahang...

Hahaha.... well dapat pulak cousin yang suka berjalan dan suka melayan macam ni lah...

Cantik betul pemandangan kat sini dengan cuaca sejuk... Allahu... Tak rugi korang pergi sini dengan bayaran RM16.00 je untuk dewasa...

Haaa fefeeling ovesea uols...








Sorry yang part 3 ni gambar agak sikit sebab battery camera dah takde... 

Apa pun erima kasih to My sister and my bro bawak kami berjalan... 

Terima kasih kerana membaca blog saya :)