Shampoo Shurah Ariana sangat sesuai buat wanita berhijab | Assalamualaikum & Hai all... Sebagai wanita Dilla sangat menitik berat tentang penjagaan diri daripada hujung rambut hingga hujung kaki. Entry kali ni Dila nak kongsikan betapa pentingnya penjagaan rambut buat wanita yang berhijab. Oleh itu pemilihan jenama dan kandungan bahan syampu adalah penting untuk kesesuaian rambut dan kulit kepala buat wanita berhijab.
Seperti yang kita tahu wanita yang mengenakan hijab rambutnya lebih sensetif dan perlu dijaga dengan rapi. Seperti dilla yang mengenakan hijab sangat menitik berat tentang penjagaan rambut dan kulit kepala... Kalau tak jaga nanti mula lah masalah timbul seperti rambut cepat berminyak, rambut berbau ,masalah kalimumur dan rambut gugur . Oleh itu , pemilihan penggunaan shampoo adalah sangat penting buat wanita yang berhijab.
Oleh itu , Dil nak sangat kongsikan syampu yang terbaik yang dil pernah cuba dan sesuai buat wanita yang berhijab ni iaitu syampu Shurah Ariana yang terdapat 4 jenis rangkaian syampu setiap syampu terdapat kelebihan dia tersendiri...
Botol Pink - Lembut Dan Bersinar atau Smooth & Silky Hair
Botol Pink - Lembut Dan Bersinar atau Smooth & Silky Hair , dirumuskan dengan pati buah tin dan delima yang membantu melembutkan rambut dan membersihkan kulit kepala dari kesan minyak serta kekotoran. Kandungan bahan antioksidan yang tinggi memelihara kesihatan kulit kepala walaupun berhijab sepanjang hari.
2 Botol Hijau- Anti Kelemumur atau Anti Dandruff,
Diformulasi dengan bahan aktif Octopirox dan Menthol dapat mengurangkan masalah kelemumur melalui pengawalan minyak berlebihan, mengoptimumkan tahap sebum serta melindungi dari unsur-unsur luar. Kandungan menthol di dalam syampu ini juga membuatkan kulit kepala dan rambut anda kekal sihat, menawan dan segar sepanjang hari.

3. Botol Oren- Rambut Kering & Rosak atau Dry & Damaged Hair,
diadun menggunakan ekstrak minyak Argan, minyak Jojoba, Vitamin A, B5 dan E yang berupaya membekalkan nutrisi mencukupi untuk mengatasi masalah rambut kering, gugur dan bercabang sekaligus menjadikan rambut lebih lembut, subur dan bermaya. Vitamin A memberi kelembapan berkekalan kepada kulit rambut. Vitamin B5 menguatkan akar rambut supaya tidak mudah gugur, membantu mengawal kerosakan rambut akibat terdedah kepada panas dan mengurangkan masalah rambut bercabang. Vitamin E pula mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas dan membekal kan nutrisi yang mencukupi bagi mengatasi masalah rambut kering, gugur dan bercabang sekaligus menjadikan rambut anda tampil lebih lembut, subur dan bermaya.

4. Botol Biru - Kawalan Rambut Gugur atau Hair Fall Control
Diperkaya dengan protein dan minyak zaitun untuk menguatkan, memperbaiki serta melindungi rambut agar sentiasa lembut dan sihat. Kandungan minyak zaitun membantu mengawal kesan anti radang pada kulit kepala. Bahan anti oksidan pula menyubur dan menguatkan akar rambut serta mengurangkan kelemumur.
Haaa semua info Dila dah jelaskan tau... Buat masa ni Dila dah pakai syampu warna pink dulu... Review Dilla tentang syampu Shurah Ariana ialah masa mula-mula pakai tu Dila picit Syampu bau dia wangi sangat dan bila pakai tu memang dila suka sebab buih tak terlampau banyak dan bila bilas rambut terasa lembut dan wangi... walaupun keesokannya pun rambut still wangi tau... Memang sesuai buat wanita berhijab macam dila ni... yang lain tu tunggu turn lah ... hihihi...
Mana nak dapatkan Syampu Shurah Ariana korang boleh dapatkan di hypermarket terdekat dengan uols tau yang pasti harga pun berpatutan iaitu RM 12.50 untuk 330 ml dan RM7.90 untuk 170 ml... Dilla dah try korang boleh cuba try juga tau...
T Dilla nak kongsikan juga tentang tips penjagaan rambut dan sekaligus menggunakan Syampu Shurah Ariana
1. Rajin untuk mencuci scarf tudung jangan biarkan sehingga berbau
2. Basuh rambut 2 atau 3 hari sekali
3. Keringkan rambut sebelum berhijab
4. Rajin sikat rambut
5. Urut kepala semasa membasuh rambut sehingga syampu serap di kulit kepala dan pastikan rambut bersih.
Terima kasih kerana sudi membaca, Nanti singgah lagi ok :)
Dilla Leez...
0 Comments: