Assalamualaikum...
Steamboat adalah antara Dila punya favourite lagi-lagi masa dinner sesuai sangat kalau kita makan steamboat sebab steamboat tak menggemukkan... ewah...Kali ni dah macam jalan-jalan cari makan mari kita ramai-ramai kita serbu Steamboat D'Kayangan , Shah Alam kat Seksyen 13...Tak syok lah kalau kita makan berdua je kan lagi ramai lagi best...
Bila dah sampai Steamboat tengok menu jadi rambang mata macam masuk kat shooping mall pula... Macam-macam menu yang disediakan semua menarik dan tertarik... Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan menawarkan lebih daripada 199 jenis hidangan bagi pengunjung setiap hari. Sape lah tak rambang mata kan dengan menu banyak-banyak ni...
Dila suka sebab d Steamboat D'Kayangan boleh pilih sama ada nak kuah tomyam atau sup untuk rebusan steamboat... Dila pilih tom yam , Dila antara penggemar Tom yam yang rasa nya pedas-pedas gitu... Kuah Tom yam dengan rebusan makanan laut lagi... memang terbaik ...Antara makanan laut yang disediakan adalah Udang besar, Ketam , Kupang, Kepah, Kerang, sotong, isi ikan, bamboo lala... Terdapat juga pelbagai bebola , sayur-sayuran, aneka mee, dan fucuk...
Ditambah lagi dengan susasana kedai yang agak santai dan kedai yang luas selesa buat pengunjung yang datang untuk lalu lalang... Korang boleh pilih sama ada nak makan luar atau kat dalam... Kalau korang duduk dalam rasa air cond.Tapi kalau nak lagi amek feel makan kat luar lah sambil berasap dengan tungku steamboat..hihihi... walaupun berpeluh-peluh macam lepas berlari gigih juga nak tambah lagi kalau boleh semua nak rasa... Sampai bergaduh-gaduh nak kopek ketam...hihihi...
Bukan tu saja ye.... Kat D'Kayangan Steamboat ni juga ada menu menarik di dalam buffet seperti hirisan ikan segar bersama sos Air Asam, Ikan Pari Assam Nyonya yang diperap didalam kertas aluminium, kepak ayam BBQ dan produk baru daripada Icy Moonster sebagai pencuci mulut. Dan terdapat juga kuih muih, Buah-buahan , Kuih-Muih, Puding, Ais krim sebagai pencuci mulut... Memang menarik betul lah... Air Batu Campur juga turut disajikan... Nak buat Air Batu campur ke semua buat sendiri tau :)
Kalau korang nak tahu D'Kayangan pernah menjadi pilihan rancangan TV jalan-jalan cari makan (JJM)... Wow terbaik lah... Malah Nasi Lemak Kopi O, Astro dan sinar harian juga dah sampai kat sini tau... so dah terbukti memang D'Kayangan ni memang terbaik...Korang kalau nak cari steamboat Dila recommend korang pergi sini... Dengan harga murah-murah dan pelbagai menu yang disediakan korang makan lah sampai kenyang...

Senarai Harga Steaboat D'Kayangan
Dewasa:
- Isnin- Khamis : RM28.90 (Net)
-Jumaat - Sabtu : RM33.00 (Net)
- Sunday Brunch' : RM24.30 (Net )
- Ahad : RM28.90 (Net)
Kanak-Kanak :
- Isnin - Ahad : RM9.90 (Net)
Warga Emas :
-Isnin - Ahad : RM24.00 (Net)
Waktu Beroperasi :
Isnin - Sabtu : 5.00 PM - 12.00 AM
Ahad : 12.00PM - 12.00 AM
D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat
Lokasi- No.1,Sri Acappella Service Apartment, Jalan Lompat Tinggi 13/33, Seksyen 13,
40100 Shah Alam , Selangor.
Email - dkayangan_steamboat@yahoo.com.my
Tel - 03 55234979 | 012 2971091 | 017 507 6274
nyummy sedap.. akak suka makanan laut dia segar
ReplyDelete