Sunday 21 August 2016

Me shooting product Nuz Cosmetic at "Selamat Pagi Malaysia" Rtm Tv1

Dah setahun pun berlalu! Saje nak throughback  !ni nak intro sikit untuk produk Kecantikan NUZ Kosmetik yang terdapat pelbagai produk kecantikan antaranya Losyen , Sabun muka dan foundation muka... Ini merupakan produk client bos Dila masa ni ada Shooting untuk rancangan "Selamat
 Pagi Malaysia" di RTM Tv1 bersama pemilik produk Nuz iaitu Nur Uyun Zainudin dan ibunya...

Wauuu! Ini merupakan buat pertama kalinya untuk Dila shooting video masuk TV... Masa ni mula-mula taknak sebab tak prepare apa pun nak shooting...Baju pun pakai baju kerja ingat nak kena teman last-last boleh terjebak sekali... Hahaha...  Tapi okay lah nak tahu jugak pengalaman shooting masuk Tv tu macam mana.. Just ambil peluang! Tapi bila dah shooting bukan senang weh! Bila kat depan kamera photographer lain macam sikit nervous dia tak sama macam mana buat video fon tu... lain bila buat video syok sendiri dengan yang professional... hehe... cuma masa ni confident je walaupun tgah gugup depan camera...

Untuk watak Dila masa shooting ni Dila sebagai pengguna tegar bagi produk Nuz Kosmetik iaitu cara penggunaan foudation muka... Jeng Jeng Jeng! Nah hasil lepas pakai foundation Nuz Kosmetik masa shooting... Dila tenyeh2 jer asalkan nampak lah muka ber foundation... Kalau tak muka jenis pucat lesu...Okay Lepas pakai foundation ni adalah rupa orang sikit...Sebab jenis malas nak bermake up... Maklumlah time ni Dila student intern je... Belum masa nya lagi nak bermake up bagai... Cuma ambil kesempatan time shooting je nak melawa-lawa dengan pakai produk Nuz... hehehe... amacam putih tak muka? ... Nak bagitahu Dila ok! nanti kita roger owner!

Me!


Bersama pemilik [roduk kecantikan Nuz Cosmetik Nur Uyun Zainudin

Behind the scene!


https://youtu.be/2PCQn5VyEiM

Related Posts

0 Comments: