Sunday 5 June 2016

The Crazy Bites @ ss15 Subang Jaya


The Crazy Bites merupakan makanan segera yang menawarkan hidangan seperti Burger , Pasta dan Pizza . Selain itu , The Crazy Bites juga menyediakan makanan tradisional seperti Nasi Lemak .Sesiapa yang singgah sini boleh tengok-tengok menu yang sangat menarik . Pasti korang boleh jadi 'crazy' sebab terdapat pelbagai menu-menu best dan unik.




The Crazy Bites telah beroperasi selama 9 bulan Di subang Jaya  SS15. Di sini merupakan cawangan pertama sekali yang dimiliki oleh seorang lelaki muda yang berdedikasi dan mempunyai impian besar dalam memajukan perniagaannya iaitu Mr Johan Lee yang berasal daripada Sumatera Barat , jambi , Indonesia.

Restoran ini mudah dicari kerana terpampang signboard besar bersama patung pinky yang paling mudah restoran ini terletak dibahagian corner dua tingkat.

Tempat yang sangat sesuai untuk student membuat kerja atau meeting kerana Restoran ini juga menyediakan kemudahan wifi . Selain itu , yang paling menarik Restoran ini sangat santai dan deko yang sangat menarik .



The Crazy Bites
Untuk mendapatkan Patung Kirikuru hanya dengan membuat pembelian sebanyak RM19.90

Dila selfie bersama Kirikuru . Macam mana korang ingin dapatkan patung ini mudah sahaja dengan membuat perbelian sebanyak RM19.90 keatas okay ? So , beli cepat tau sebab takut kehabisan stok.

Dila sarankan kepada sesiapa yang inginkan makan bersama keluarga atau nak buat surprise birthday boleh pergi kerestoran ini kerana suasana yang santai dan tenang, serta restoran ini mempunyai dekorasi dalaman yang menarik dan ceria.Restoran ini turut menyediakan kawasan outdoor bagi pengunjung yang menyinginkan udara luar . Juga menyediakan kawasan merokok.
The Crazy Bites
Suasana Di Crazy Bites , terdapat dekorasi yang cantik dan santai
The Crazy Bites
" The Crazy Bites" outdoor area
The Crazy Bites
Suasana yang santai dan Dekorasi yang menarik Di "The Crazy Bites"

Ramai pengunjung
Jika makanan kedai rantaian yang cepat dengan hanya burger atau ayam goreng adalah sedikit membosankan kepada anda, maka anda perlu menyemak The Crazy Bites, yang hanya baru dibuka di bandar.

Terdapat pelbagai menu yang dihidangkan ketika para bloggers di Restran The Crazy Bites. Antara menu yang paling popular di sini ialah

Crazy Hawaiian Chicken RM14.80 a la carte
The Crazy Bites
Jacket Potato RM 13.80

Ini antara menu yang sangat digemari ramai. Jacket Sweet potato dijual dengan harga RM13.80 .
Cara dihidangkan sangat menarik dan mudah untuk kita

The Crazy Bites
Teriyaki Rooster Bites chicken RM16.80 a la carte
"Teriyaki Rooster Bites" ini merupakan pertama kalinya Dila rasa hidangan yang sangat unik. Hidangan ini sangat menarik perhatian Dila kerana rasanya yang sangat enak harga juga berpatutan hanya RM16.80 sahaja. Dengan menambah RM4.80 anda boleh mendapatkan makanan ringan serta Sweet Potato Fries. 

The Crazy Bites
Johan's Nasi Lemak RM13.80
Johan's Nasi Lemak yang berharga RM13.80 merupakan menu makanan Tradisional Di Restoran
 "The crazy Bites".  Nasi Lemak Resepi daripada Mr Johan Lee telah menarik pertahian Dila kerana Nasi Lemak terasa aloma pandan serta Lemak dilengkapi dengan sambal yang cukup rasa serta ayam rempah dan keropok.
The Crazy Bites
Clam Vongole RM14.80
The Crazy Bites
Chicken Fire RM12.80
Chicken fire.... Waaa ... dah nama pun chicken fire dah sah-sah pedas kan ? Okay dila challange makan chicken fire ni .. Sebab Dila memang kuat makan pedas... :) Cili dan rempahnya pun di import daripada Indonesia ... Memang berapi uolsss... Rempah-rempahnya terasa macam kuah kari sikit dan menepati citarasa Dila. Semuanya cukup rasa. Korang mesti cuba juga :)
The Crazy Bites
Hot Chocolate and Ice Chocolate
Hot Chocolate dan Ice Chocolate antara menu yang dihidangkan . Rasa Chocolate yang pekat pasti membuatkan korang nak cuba lagi sebab rasa macam kat old town harga juga murah .
The Crazy Bites
Softdrink and mocktail

Drink jus daripada "The Crazy Bites" . Terdapat pelbagai softdrink dan moxhtail yang ditawarkan. Korang mesti cuba yer (^^)

The Crazy Bites
Antara makanan yang dihidangkan
The Crazy Bites
Dila bersama Cik Iena Selfie bersama KIrikuru :)

The Crazy Bites
Selfie bersama rakan bloggers selepas menikmati hidangan :)
The Crazy Bites
Selfie bersama rakan bloggers :)


Terima kasih yang teramat kepada Mr Johan Lee kerana memberi layanan yang amat baik kepada kami daripada pihak bloggers. Kepada anda diluar sana jangan lupa singgah The crazy Bites kerana makanan disini sedap -sedap dan terdapat pelbagai menu yang ditawarkan


Waktu beroperasi Restoran The Crazy Bites
Isnin - Jumaat : 10.00 AM - 11.00 PM
Sabtu / Ahad :08.00 AM - 11.00 PM

Alamat :A13, Jalan SS15/4D,
47500 Subang Jaya.

Untuk Maklumat Lanjut :-
Website : http://www.thecrazybites.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/thecrazybites/
Instagram : @thecrazybites




Related Posts

3 comments: