Saturday, 21 May 2016

Teater "Jalud" di Auditorium JKKN Wilayah Persekutuan


Malam tadi Dila bersama dua rakan bloggers berkesempatan untuk menyaksikan teater ''Jalud''  yang dipersembahkan oleh Tronoh Theatre Shop di kompleks JKKN Wilayah Persekutuan. 

Teater jalud ini dilakonkan oleh pelajar University Teknology Petronas (UTP). Untuk pertama kalinya Dila support mereka .Dila berminat untuk menyaksikan Teater kerana tajuk yang sangat menarik. Sebelum sampai ke Teater excited sangat nak tengok lakonan mereka.

Teater Jalud yang berunsurkan komedi thriller ini dilakonkan oleh pelajar Universiti Teknologi Petronas (UTP) dimana mulanya kehidupan Amir bersama Patungnya, Jalud dalam menjalani kerjaya seninya. 

Mengisahkan Amir seorang ventriloquist yang kehilangan kerjanya . Patungnya Jalud yang selama ini menjadi sumber pendapatannya didapati mula menghantui jiwa Amir. bibik orang gaji Amir telah dibunuh oleh Jalud . Perhubungan Amir dengan isterinya Farah mula menjadi renggang semenjak kehadiran Zaid, kawan karib Amir yang disyaki mempunyai hubungan sulit dengan isterinya.


Dila bersama Jalud & Amir


Dila bersama Jalud. Jalud please jangan bunuh saya nanti saya buat air milo tabur yang sedap untuk jalud ok
Dila dan 2 orang bloggers bersama watak teater Jalud

Dila bersamabloggers  kak iena dan Bro

Malam ni merupakan malam terakhir persembahan mereka Di Kompleks JKKN. Jum Kita support mereka.

Untuk keterangan lanjut :
Tarikh : 20 - 21 Mei 2016
Tempat : Auditorium JKKN Wilayah persekutuan
Harga tiket : RM15.00 (Dewasa)
    RM10.00 Kanak-kanak
Jika berminat boleh hubungi Hazziq 014 588 9036

Hmmmm....
Rugi tau sesiapa tak tengok
Bukan senang mereka nak turun KL
Untuk persembahkan Teater mereka
Harga tiket pun murah.
Tempat selesa , kemudahan parking,
Serta public transport.
Dekat sangat dengan Lrt Pasar Seni
Korang juga boleh berkenalan dengan mereka.
Jum dapatkan tiket segera
(^^)



Related Posts

0 Comments: