Saturday, 21 May 2016

Teater "Jalud" di Auditorium JKKN Wilayah Persekutuan


Malam tadi Dila bersama dua rakan bloggers berkesempatan untuk menyaksikan teater ''Jalud''  yang dipersembahkan oleh Tronoh Theatre Shop di kompleks JKKN Wilayah Persekutuan. 

Teater jalud ini dilakonkan oleh pelajar University Teknology Petronas (UTP). Untuk pertama kalinya Dila support mereka .Dila berminat untuk menyaksikan Teater kerana tajuk yang sangat menarik. Sebelum sampai ke Teater excited sangat nak tengok lakonan mereka.

Teater Jalud yang berunsurkan komedi thriller ini dilakonkan oleh pelajar Universiti Teknologi Petronas (UTP) dimana mulanya kehidupan Amir bersama Patungnya, Jalud dalam menjalani kerjaya seninya. 

Mengisahkan Amir seorang ventriloquist yang kehilangan kerjanya . Patungnya Jalud yang selama ini menjadi sumber pendapatannya didapati mula menghantui jiwa Amir. bibik orang gaji Amir telah dibunuh oleh Jalud . Perhubungan Amir dengan isterinya Farah mula menjadi renggang semenjak kehadiran Zaid, kawan karib Amir yang disyaki mempunyai hubungan sulit dengan isterinya.


Dila bersama Jalud & Amir


Dila bersama Jalud. Jalud please jangan bunuh saya nanti saya buat air milo tabur yang sedap untuk jalud ok
Dila dan 2 orang bloggers bersama watak teater Jalud

Dila bersamabloggers  kak iena dan Bro

Malam ni merupakan malam terakhir persembahan mereka Di Kompleks JKKN. Jum Kita support mereka.

Untuk keterangan lanjut :
Tarikh : 20 - 21 Mei 2016
Tempat : Auditorium JKKN Wilayah persekutuan
Harga tiket : RM15.00 (Dewasa)
    RM10.00 Kanak-kanak
Jika berminat boleh hubungi Hazziq 014 588 9036

Hmmmm....
Rugi tau sesiapa tak tengok
Bukan senang mereka nak turun KL
Untuk persembahkan Teater mereka
Harga tiket pun murah.
Tempat selesa , kemudahan parking,
Serta public transport.
Dekat sangat dengan Lrt Pasar Seni
Korang juga boleh berkenalan dengan mereka.
Jum dapatkan tiket segera
(^^)


Friday, 20 May 2016

Dr Ruban Rawatan Laser "Co2 Fractional Resurfacing" @ menara UOA, Bangsar


  1. Assalam semua ... Pernah tak korang buat rawatan laser kat muka? Untuk pertama kalinya Dila buat laser muka di klinik Dr ruban berlokasi  di menara UOA, Bangsar. Servis yang Dr Ruban tawarkan untuk Dila adalah CO2 Resurfing Fractional.Fungsi laser ini untuk merawat parut jerawat , parut pembedahan , kedut pada wajah & pengurangan liang roma terbuka. Okay muka dila sebenarnya mempunyi blackhead & white head yang teruk sebelum ni. Bukan berkedut okay ;) 


Dr Ruban Rawatan Laser "Co2 Fractional Resurfacing" @ menara UOA, Bangsar

Untuk pengetahuan semua ini merupakan pengalaman pertama bagi dila untuk cuba merawat wajah menggunakan laser... Dengar macam takut kan? Tp awesome weh !!! Time tu Dila dgn kak iena macam orang jakun jew... Hehe...mula-mula tu tak confident kerana faktor umur terlalu muda untuk buat rawatan ni... Tapi nak cuba juga rasa ambil pengalaman..Kepada sesiapa yang ingin membuat rawatan laser ni harga yang ditawarkan hanya Rm600.00... Semasa menjalani rawatan Co2 Resurfing Fractional ia mengambil masa antara 45 minit ke 1 jam...Perkara utama sekali yang wajib sebelum menjalani rawatan laser adalah membersihkan muka terlebih dahulu untuk memastikan tiada make up di muka.

Dr Ruban Rawatan Laser "Co2 Fractional Resurfacing" @ menara UOA, Bangsar


Proses semasa melakukan co2 Laser sapukan krim kebas dimuka selama 25Minit sebelum menggunakan Chiller Udara semasa prosedur untuk mengurangkan kesakitan ketika pemprosesan melakukan laser.

Dr Ruban Rawatan Laser "Co2 Fractional Resurfacing" @ menara UOA, Bangsar

Okay semasa menjalani sesi rawatan laser Dr Ruban mencadangkan untuk meninggikan volume chiller udara kerana blackhead kat hidung dila ni teruk... Nak tahu apa rasa buat laser ni macam korang kena karen electrik skit... Tp best macam kebas2 pulak lepas tu muka... Lepas abis buat laser akhir sekali, Dr Ruban meletak mask pelembab pada muka untuk menutup liang roma dan melembabkan muka kita yg x berapa nak lembab ni :) the end...


Dr Ruban Rawatan Laser "Co2 Fractional Resurfacing" @ menara UOA, Bangsar

Dr Ruban Rawatan Laser "Co2 Fractional Resurfacing" @ menara UOA, Bangsar
Dila dengan kak iena nak buat laser. Tapi muka kak iena lagi bersih
Untuk pengetahuan semua... Selepas membuat rawatan laser korang tak boleh terdedah dengan cahaya matahari selama 4 hari . Ia bergantung pada kulit seseorang juga... Jenis muka dila hampir nak seminggu untuk menghilangkan bekas hitam seperti sunburn... Okay takpe bertabah lah ye untuk seminggu ikut bos pergi meeting pun dengan keadaan muka hitam2... Nak cantik kena lah tahan... Hehe...

Selain itu , Dr Ruban juga memberi cream untuk merawat muka selepas menjalani rawatan laser... Cream itu digunakan selepas mandi dan sebelum tidur... Then kalau muka terasa pedih Dr Ruban juga sarankan untuk meletak ' cube ice ' untuk menghilangkan rasa pedih... Jangan takut ye? Sebab ini perkara biasa kepada sesiapa selepas menjalani rawatan laser . Bak kata pepatah "Beauty is pain" righ??? Then pengalaman dila selepas buat laser alhamdulillah tiada lagi blackhead kat hidung...Licin je.... :) bekas jerawat pun hilang..

Untuk maklumat lanjut :
Website : http://www.drruban.com

Cawangan Dr Ruban Skin & Hair Clinic

Unit 2-3A & 2-5 Level 2,
Menara UOA Bangsar,
No 5, Jalan Bangsar Utama 1,
59000 Kuala Lumpur.

Tel : 03 22840557 , 03 22822388
Fax : 03 20925008
Email : info@drruban.com

Pantai Cheras Medical Centre
Suite #7, Consultants floor, ground Floor,
No1 Jalan 1/96a, 56100 Kuala Lumpur
Tel : 03 9145 2888

Sunway Medical Centre
5th floor OPD,
Jalan Lagoon Selatan Bandar Sunway,
46150 Petaling Jaya Selangor
Tel : 03 7491 1472


Sunday, 1 May 2016

Dr Ruban Skin & Hair Clinic

Salam semua.... Dila bersama rakan Bloggers berkesempatan untuk menghadiri Bloggers Day bersama Dr Ruban. Dr Ruban merupakan Doktor pakar pemindahan rambut atau Hair Transplant. Klinik beliau terletak di Menara UOA Bangsar.





Tidak dinafikan, ramai dikalangan kita yang mengalami masalah keguguran rambut. Selain itu , ramai juga dikalangan kita mengambil jalan singkat untuk menjalani rawatan rambut ke salun untuk memulihkan lagi masalah keguguran rambut... Begitu juga saya, Tetapi hasil selepas pergi ke salun  dalam jangka panjang masalah keguguran rambut semakin teruk.

Oleh itu , disyorkan kepada sahabat diluar sana yang mengalami masalah keguguran rambut atau botak, Dila mencadangkan lebih baik melakukan proses pemindahan rambut kerana ia menggunakan rambut asal anda sendiri dimana prosesnya cuma dipindahkan kerambut yang botak. Banyak penerangan yang dikongsikan oleh Dr Ruban mengenai pemindahan rambut. Serta pendapat Dila sendiri sangat elok ,berbanding kita menggunakan rawatan salun atau menggunakan herba yang tidak elok untuk rambut kita dalam jangka panjang.



Dila bersama rakan bloggers berpeluang untuk melawat kawasan sekitar Klinik beliau serta Dr Ruban menunjukkan peralatan yang digunakan.


Dr Ruban Skin & Hair Clinik


Dr Ruban Skin & Hair Clinik

Dr Ruban Skin & Hair Clinik
Antara servis yang ditawarkan oleh Dr Ruban


Dr Ruban Skin & Hair Clinik

Ini antara servis yang ditawarkan di Klinik Dr Ruban.Dr Ruban juga menawarkan servis rawatan kulit.

Dr Ruban Skin & Hair Clinik

Semasa Disekitar Bloggers Day, Bloggers fokus mendengar perkongsian daripada Dr Ruban tentang Hair transplant.


Disekitar Bloggers day, Dr Ruban merupakan seorang yang ramah mesra. Oleh itu , memudahkan sesi soal jawab antara bloggers bersama Dr Nathan tentang Hair transplant.


Dr Ruban & Hair Clinic


1. Mengapa masalah keguguran rambut berlaku?

Masalah keguguran berlaku kerana faktor genetik atau lazim iaitu terdapat gejala Alopecia Areata dan Lupus. Selain itu , disebabkan oleh jangkitan seperti Kerion atau jangkitan kulat dan berkaitan dengan penyakit  Anemia, gangguan tiroid seperti Hipertiroidisme / Hypothyroidism, Kemoterapi, selepas kehamilan atau  berjangkit seperti denggi yang dikenali sebagai Telogen Effluvium dan Sindrom Ovari Polycystic.

2. Antara punca terjadinya gejala keguguran rambut

Antara punca terjadinya keguguran rambut adalah kerana seseorang itu mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok, tekanan hidup seperti stress, tidak bersenam dan waktu tidur yang tidak mencukupi. Kalau boleh elakkan ya?

3. Bagaimana cara untuk mengatasi masalah keguguran rambut? 

Kepada sesiapa yang telah berusaha untuk memulihkan masalah keguguran rambut tetapi masih tidak berkesan. Korang harus sabar , kerana  setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya bukan? Antaranya mengamal pengambilan ubat-ubatan seperti Finasteride ,Diane 35 ,Minoxidil . Minoxidil sangat sesuai untuk kaum hawa. Serta ubat-ubatan lainnya seperti Biotin dan Zink. Tetapi korang mesti jumpa Doktor pakar transplant seperti Dr Ruban dahulu sebelum memakan sebarang ubat.

4. Bagaimana berkesan adalah makanan tambahan dan ubat dalam merawat keadaan ini?

Ubat berfungsi dengan baik - Finasteride mengekalkan folikel sudah ada dan meningkatkan ketumpatan juga. Tambahan belum dikaji kesannya tetapi konvensional, kita sering menetapkan Biotin atau zink.


5. Di bawah keadaan tertentu, akan seseorang yang akan disyorkan untuk menjalani rawatan rambut?

Pemindahan rambut adalah perlu bagi mereka yang botak mencukupi untuk menyifatkan bernilai lakukan, dan dengan kawasan penderma baik (rambut biasanya dituai di belakang kulit kepala). Walaupun kawasan penderma adalah kekurangan, janggut atau kawasan dada kini boleh digunakan sebagai kawasan penderma juga.

Rambut keguguran dari peristiwa trauma, seperti terbakar atau kemalangan kenderaan motor boleh dipindahkan juga. Sesetengah lelaki dan wanita sering meminta pemindahan kosmetik untuk meningkatkan ketumpatan kening mereka atau membuat janggut atau goatee. Ini mempunyai keputusan yang baik juga.

Proses Hair Transplant

Mengambil masa antara 30 minit bergantung sama ada ia adalah dengan Follicular Unit Transplantation  (FUT) atau Follicular Unit Pengekstrakan (FUE).




Jika proses ini oleh FUE, seluruh kulit kepala dicukur sebelum memulakan pemindahan. Ini adalah cara-cara pembedahan. Manakala ,jika prosesnya FUT, hanya jalur minimum ditanam.

Kemudian rambut itu dicantum dan disimpan kedalam plat sejuk.

Selepas anestesia tempatan telah diberikan kawasan penerima pada bahagian atas kulit kepala, laman web atau belahan yang dicipta untuk cantuman untuk kemudian dimasukkan oleh pasukan jururawat pemindahan.

Proses ini mengambil masa beberapa jam bergantung kepada kepakaran  dan bergantung kepada bilangan rambut yang ingin ditanam.

Jika seseorang itu mengalami masalah keguguran rambut yang teruk .Oleh itu , masa untuk hair transplant  lebih lama untuk mendapat hasil yang lebih bagus.


Ini antara gambar semasa melakukan Hair Transplant. Untuk korang lebih tahu mengenai Hair Transplant.
Dr Ruban Skin & Hair Clinic



Dr Ruban Skin & Hair Clinic
Dr Ruban Skin & Hair Clinic

Ini adalah video semasa pemprosesan Hair Transplant. Untuk korang lebih faham apa itu Hair Transplant. Korang boleh rujuk pada video ini.

7. Apakah salah faham biasa mengenai cantuman rambut yang mungkin menghalang orang daripada menjalani prosedur ini?

Antara salah faham yang timbul ada yang menyangka proses ini adalah menyakitkan. Tetapi ianya sangat baik .Selain itu juga mereka membayangkan parut jaluryang lebih buruk daripada sebenarnya. Semua yang kita perlukan antara sekitar 1 cm panjang rambut untuk menutupinya,

8. Apakah nasihat yang anda ada untuk individu yang bergelut dengan alopecia?

Jangan mempercayai rawatan perubatan yang tidak diiktiraf. Selain itu jangan buang ma anda di pusat BUKAN MEDIKAL terapi atau spa kecantikan atau salun

Makanan tambahan (suppliment) ditubuhkan dan pemindahan rambut adalah terapi SAHAJA terbukti berjaya. Dengan rambut yang untuk tahan seumur hidup.



Dr Ruban Skin & Hair Clinic
Dila bersama rakan Bloggers Ayu , Iena dan Fatin
Bersama Kakiena dan Dr Ruban




Untuk keterangan lanjut :

Website : http://drruban.com/doctors-cv.html

Cawangan Dr Ruban Skin & Hair Clinic

Unit 2-3A & 2-5 Level 2,
Menara UOA Bangsar,
No 5, Jalan Bangsar Utama 1,
59000 Kuala Lumpur.

Tel : 03 22840557 , 03 22822388
Fax : 03 20925008
Email : info@drruban.com

Pantai Cheras Medical Centre
Suite #7, Consultants floor, ground Floor,
No1 Jalan 1/96a, 56100 Kuala Lumpur
Tel : 03 9145 2888

Sunway Medical Centre
5th floor OPD,
Jalan Lagoon Selatan Bandar Sunway,
46150 Petaling Jaya Selangor
Tel : 03 7491 1472