Sunday, 3 January 2021

Cara nak realisasikan impian Azam Tahun Baru





 Allah tu sangat baik, Terima kasih ya Allah untuk tahun 2020 macam-macam dah Allah  bagi pada tahun lepas. 

4 Jan 2021 (isnin) adalah hari pertama untuk aku mulakan kerja dan menjalankan perniagaan dengan penuh semangat semoga hajat dan impian untuk tahun 2021 ni dipermudahkan.

Niat berniaga : Bismillahirrahmanirrahim Ya Allah sesungguhnya aku berniaga adalah keranamu Ya Allah jadikan lah aku seorang Dermawan kaya kan lah aku dengan jiwa aminnn2..Redhailah setiap perbuatanku.

Ramai orang yang ada azam tahun baru yang besar tapi tak mampu nak laksanakan sebab tiada perancangan yang betul.

So, dekat blog ni dilla nak listkan serba sedikit macam mana nak realisasikan azam setiap tahun korang tu.

Semoga tips ni bermanfaat untuk semua.

1. BIJAK MENGURUS MASA 

Masa itu adalah emas untuk orang berjaya, pastikan setiap masa kita gunakan dengan baik jangan biarkan masa berjalan begitu saja.

Dilla nak share sikit cara pengurusan masa memang benda-benda ni dila wajib buat kat notes nak buat apa pun kene plan betul-betul secara specific walaupun benda yang simple contohnya korang nak sidai baju basuh pinggan sekali pun

Contoh jadual pengurusan masa:

Ni yang wajib dulu tau yelah korang nak berjaya kene lah kejar akhirat dulu baru dunia akan mengejar kita. 


6.00 am - 7.00 pm

- Mandi

-Solat subuh

-Baca al-Quran

-Zikir

-Sedekah pagi (buat secara konsisten setiap hari walaupun sedekah sikit boleh sediakan tabung sedekah subuh)

7.00am - 8.00 am

- Strehing 10-30 min setiap hari

8.00am - 9.45 am

- Solat Dhuha

- Mengaji


hehehe... untuk yang bekerja korang boleh plan sendiri ikut timing korang macam dila flexiable. so timing dila setiap hari memang macam ni.

Untuk task kerja korang boleh plan sebelum nak tidur boleh tulis kan notes. Setiapthink to do korang nak buat plan timing pukul berapa korang nak buat. Nak berjaya melakukan sesuatu kene lah buat secara specific.

Untuk Target Jan 2021 pun korang listkan juga contohnya bulan ni

- Nak kurus

-Nak beli emas

-Nak bercuti 

-Nak sales RM200,00 (listkan secara specific apa strategi korang kene buat nak kene ada customer setiap bulan berapa orang, setiap minggu berapa bulan, nak ada agent berapa orang) kene tulis secara specific tau

- Nak ada saving RM10,000 bulan jan

Nothing is imposibble. Kalan nak mesti ada jalan cuma kene usaha je...

2. JAGA KESIHATAN

Orang berjaya sangat mementingkan kesihatan tanpa kesihatan yg stabil nanti perancangan dan matlamat akan terganggu.

So tidur dan rehat kene cukup. Balance kan kerja dengan rehat Allah dah bagi masa sehari 24 jam. Gunakan lah sebaik-baik mungkin.

Jaga pemakanan pun sangat penting, jangan tinggalkan makanan sunnah, amalkan habbatussauda , kismis minda, makan pemakanan yang sihat. Minum air yang cukup sehari.

3. SETIAP HARI BELAJAR BENDA BARU

Kita hidup kat dunia ni selagi kita hidup selagi tu kita kene belajar benda baru tak kisah lah belajar daripada pengalaman orang sekeliling.

Dan sentiasalah belajar dari kesilapan lepas.

4. DISIPLIN

Untuk menjadi seorang yang berjaya kene lah disiplin tak kisah lah korang nak buat apa sekalipun kene lah disiplin tau. Contoh kalau korang berazam tahun baru nak kurus pada tahun ni korang kene lah nekad dan betul-betul nekad nak kurus , kene kawal pemakanan , makan kene portion yang sedikit.




Tapi ramai orang yang tewas nak diet disebabkan kurang disiplin. Alasannya sebab susah betul nak kawal selera makan. Itu salah anda sendiri !!! Nak berjaya tak boleh bagi alasan !!! sSo korang kene lah cari solution untuk bantu kawal selera makan korang tu kene ambil suppliment yang boleh bantu kawal selera makan korang.

Bila dah senang nak kawal selera makan baru lah mudah proses nak diet... Ehhh cerita pasal suppliment diet ni korang boleh try amalkan Leedee 100% produk berkesan dan selamat untuk korang amalkan feedback semua best2.

Follow instagram @leedee_official .

5. SENTIASA BERSYUKUR

Belajar lah bersyukur setiap hari walaupun walaupun kita berniaga seharitu jualan tak laju seperti biasa bersyukur lah sebab Allah nak uji kita. Bersyukur lah Allah dah bagi kita unur yang panjang badan yang sihat hari2 dapat makan makanan yang sedap. Kene lah bersyukur jangan bandingkan diri kita dengan orang lain. Sebab lain orang lain perjalanan hidup

6. LUANGKAN MASA UNTUK RELAKS

Luangkan masa anda untuk cas balik tenaga, so apa yang boleh korang buat boleh lah pergi holiday setahun 2 or 3 kali. Rehatkan pemikiran dari kerja bila kita relaks idea pun banyak masuk... Hehehe

So ini sahaja untuk perkongsian harini, Semoga apa yang Dilla tulis dari hati ni dapat bagi manfaat kat korang semua ok...