Saturday, 14 March 2020
Tuesday, 10 March 2020
yeay... Dapat I phone 11 pro max!!!
Yeayyy...!!! Dapat I phone 11 pro max!!! Benda yang jarang berlaku dalam hidup aku adalah bila nak tukar- tukar phone ni sebab aku adalah orang yang setia dengan 1 benda selagi boleh pakai aku akan pakai Hahaha...
Seronok tak seronok berbusiness ni nak apa je beli... Tu lah kalau dah rezeki kan... Naomi cabar aku kalau sales bulan ni lebih dari 1200 kuantiti Naomi nak kasi dilla I phone 11 max pro... Weh weh weh sales bersamaan RM53400 wokehhh
Wah banyak tu 1200 box dalam hati boleh ke??? Hujung2 bulan aku cabar diri aku untuk buat sales 1200 wahhh berkat usaha, doa ibu ayah hujung bulan tu terus zassss 1200 box... Wahhh rezeki kan??? Kan aku dah kata leedee ni ramai permintaan so korang yang nak buat income dengan leedee tu jom join dila korang nak apa gtau je kehkeh bukan nak bagi harapan palsu tau camne founder treat kita Camtu lah dila akan treat korang!!!
Nak taknak hati kene kental je bila nak something tu tau hikhik...
Alhamdulillah 2019 dah dapat fon baru 2020 ni nak apa pulak ye?
Kereta???
Rumah???
Kahwin???
Semoga dipermudahkan urusan Nurul Fadhila Aminnn2 aminnn
Saturday, 21 December 2019
Lovina Klinik Konsep Klinik hibrid 2 dalam 1 patuh syariah
Assalamualaikum semua baru-baru ni Dilla telah menghadiri sepetang bersama blogger di Klinik Lovina , Wangsa Maju.
Cetusan idea gabungan mantap klinik perubatan am dan rawatan kulit muka di Lovina Clinic memberi nafas segar dalam industri perubatan dan semestinya menarik perhatian ramai pengikut arus semasa dalam aspek penjagaan kesihatan dan kecantikan.
Bertapak di Wangsa Melawati, klinik hibrid milik syarikat HND Wellness Sdn Bhd tersebut juga memberikan khidmat kelas pertama terhadap penjagaan kesihatan rutin, rawatan pelbagai masalah penyakit, teknologi terkini dalam perubatan kulit wajah dan perkhidmatan rundingan perubatan.
Cetusan idea gabungan mantap klinik perubatan am dan rawatan kulit muka di Lovina Clinic memberi nafas segar dalam industri perubatan dan semestinya menarik perhatian ramai pengikut arus semasa dalam aspek penjagaan kesihatan dan kecantikan.
Bertapak di Wangsa Melawati, klinik hibrid milik syarikat HND Wellness Sdn Bhd tersebut juga memberikan khidmat kelas pertama terhadap penjagaan kesihatan rutin, rawatan pelbagai masalah penyakit, teknologi terkini dalam perubatan kulit wajah dan perkhidmatan rundingan perubatan.
Pengarah HND Wellness Sdn Bhd, Mejar (B) Dr. Hamidah Mohd Salleh berkata Lovina Clinic merupakan klinik patuh syariah pertama seumpamanya di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan perubatan am dan rawatan kulit muka di bawah satu bumbung.
“Latar belakang sebagai doktor tentera membina personaliti saya yang berjiwa patriot dan sukakan cabaran bukan sahaja sebagai doktor tetapi juga pegawai tentera. Sebagai wanita pula, saya menitikberatkan kesihatan kulit dan sering mengunjungi pusat kecantikan, tetapi rawatan kulit muka berasaskan klinikal sukar didapati. Rawatan sedia ada pula mahal dan rata-ratanya dipelopori golongan bukan Islam. Berkat sokongan suami, Lovina Clinic dibuka setelah saya melanjutkan pengajian dalam rawatan kulit muka klinikal” ujar beliau.
“Masyarakat masih kurang kefahaman terhadap perubatan rawatan kulit muka kerana sering dikatakan tidak patuh syariah dan kononnya menyerupai pembedahan plastik yang memudaratkan. Bidang ini mempunyai pasaran yang besar khususnya pelanggan wanita Muslimah berkarier yang meminati rawatan kecantikan berasaskan klinikal dan mesra pengguna muslim,” katanya yang juga merupakan pengamal perubatan bertauliah dan berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia.
Beliau berkata, matlamat Lovina Clinic adalah menjadi pusat sehenti perkhidmatan perubatan yang mengamalkan penjagaan kesihatan dan kecantikan yang menyeluruh serta dilengkapi peralatan moden.
Selain daripada perubatan am dan rawatan kulit wajah, Lovina Clinic juga turut menyediakan perkhidmatan kesihatan ibu dan anak serta program pengurusan berat badan dengan pakej dan harga yang amat berpatutan.
Untuk maklumat lanjut :
Alamat :
No.6 ,Lorong Dataran Wangsa , Wangsa Melawati 53300 Kuala Lumpur.
Website :
Facebook :
Instagram :
Waktu Beroperasi :
Isnin :9:00PG–5:00PTG
Selasa :Tutup
Rabu :9:00PG–5:00PTG
Khamis 9:00PG–5:00PTG
Jumaat 9:00PG–5:00PTG
Sabtu 9:00PG–5:00PTG
Ahad 9:00PG–5:00PTG
Saturday, 9 November 2019
perjalanan tahun 2019
Assalamualaikum & hai korang Terima kaih kerana masih sudi untuk membaca dilla punya blog ni !!! Tahun 2019 ni dilla tak ambil review produk sangat sebab dilla sibuk nak uruskan business So Korang baca pun pasal personal story dilla sendiri je... Terima kasih yg masih lagi mengikuti perkembangan dilla pada tahun 2019 ni... Allahu Allah je yg boleh balas jasa baik korang sebab tahun 2019 ni jumpa dgn orang baik2 je yg selalu bagi kata2 semangat . Hope korang pun ok ya.
So far life dilla 2019 ni sangat bagus Allah banyak bagi macam2 panda tahun ni terutama nya dalam business n personal life dilla . Walaupun tahun ni tahun yg agak mencabar untuk dilla Sebab nak kene uruskan sendiri. Kalau dah berniaga ni dah tak sama macam kerja dulu dulu kita ikut arahan bos but sekarang masa dan pengurusan semua kita yg kene uruskan sendiri bagi dilla tu yg agak mencabar sikit. But alhamdulillah still boleh handle.
Alhamdulillah panda tahun 2019 ni juga lah yang banyak ajar dilla untuk menjadi seorang yg lebih cekal dan bersemangat beza sangat zaman2 masa kerja dulu asyik lemau je dalam hidup pun tak tahu nak apa. Terima kasih juga bosss dilla dulu yg banyak ajar dilla untuk menjadi seorang yg lebih better seseorang yg hadir dalam hidup kita semua nya ada hikmah yang baik datang daripada Allah yang buruk yang keji semua datang daripada manusia yg tak sempurna!!! Dulu dilla sendiri macam blur2 tak tahu nak apa dalam hidup n apa direction dilla hidup pun kais pagi makan pagi cukup2 makan. Tahun ni macam2 Allah dah bagi Alhamdulillah.
Tahun 2019 ni juga lah banyak ajar dilla untuk menjadi seorang yang lebih matang untuk menangani masalah2 yg datang, macam dulu dilla jenis ada masalah tak reti nak handle tak abis2 asyik rasa nak down nak menangis ada masalah sikit buat kerja bodoh sedihnya ingat masa2 dulu seorang yg tak jujur dengan diri sendiri Allahu teruknya dulu. Well kita manusia tak lari Dari buat salah silap kan. Hope pengalaman hidup jadi guru yg terbaik buat dilla.
Panda tahu 2020 dilla harap dilla jadi seorang yang lebih better improve diri lagi n kene kuatkan jiwa raga. Semoga kita semua berjaya didunia akhirat ok ! Aminnn2. Terima kasih yang dah banyak support dilla semoga Allah sentiasa merahmati anda semua aminn2
Sunday, 3 November 2019
Train To Busan | Genting Highland
Benarkah Zombie itu wujud? Haha ok korang mesti last year pernah tengok cerita train to Busan movie Korea tu. Haaa kat Malaysia ni pun wujud train to Busan dulu tengok kat movie je Dilla memang sejenis suka layan cerita zombie sampai terbawak2 mimpi...
Haaa tapi kali ni kita pergi Train To Busan dekat Malaysia je iaitu kat Genting Highland Dilla berpeluang untuk pergi tengok zombie ni dengan kawan2 Dilla . Kalau korang masuk sini memang real zombie seram2 sejuk je masuk sini Haha yg keluar Team kitorang semua yg jenis penakut. Aduiii sebab teringat cerita zombie ni lah punya pasal terbawak2 dekat real life.
Korang memang wajib kene g sini rasa sendiri pengalaman tengok zombie depan2 korang rasa nak lari je. Macam mana nak dapatkan tiket korang boleh purchse kat website Airasia menawarkan harga promo beli 4 tiket RM70.
OOTD dengan Zombie
![]() |
| Dilla dan kawan2 ready Train To Busan |
Korang yang nak datang tengok zombie Hope Enjoy ok!!!
Monday, 21 October 2019
Berniagalah !!!
Tak kisah nak niaga apa pun niaga tepi jalan ke, niaga pasar malam ke.Yang penting kalau penat penat sendiri, kalau kau nak lebih kau kene usaha lebih. Kalau kau malas dapat lah sikit. Simple je nak dengan taknak je...
Kalau nak murah rezeki jangan lupa sedekat jangan lupa bayar zakat yang paling penting jangan lupa bantu mak bapak kita .
Ramai yg tak nampak sebab apa aku pilih keputusan nak niaga ni.
Tapi walaupun korang kerja office pun boleh nak cari side income lebih korang jual je produk yg tengah hot sekarang ni... Cukup korang jadi agen je... Meh sini aku explain!!!
Contoh nak niaga mesti nak ada modal.
Contoh nya modal serendah Rm63.00 untuk 1 pcs biasa kalau agen kene amek 10 pcs total modal rm630 jer...
harga jualan produk pulak RM89.00
Untung bersih korang dapat 1 pcs rm26.00
Kalau dalam sehari korang boleh jual 10 pcs x rm 89 = RM890.00
Kalau sebulan 30 hari 300 pcs x rm 89 = RM 26700.00 korang boleh dapat
Cuba kira untung bersih rm 26 x 300 = RM7800 untung korang boleh dapat dalam masa sebulan je...
Kalau fikir cara logik untung korang dapat sebulan lebih tak daripada gaji korang dapat???
Yang ni part time agen je kalau kerja office boleh je promote kat kawan-kawan office korang...
Kalau berminak nak buat side income KLIK DISINI aku akan ajar korang cemne nak buat side income ni...
Saturday, 19 October 2019
Pulau rawa (Part 2)
Masa ni hari kedua kitorang kat Pulau Rawa, benda wajib kitorang buat kat sini time petang-petang je mesti tengok sunset. Sambil baring2 kat satu tempat ni kat Pulau Rawa sampai boleh tertidur. Kekeh... Abis kulit burn teruk time ni kaki dah macam pakai stokin dah. Hahaha sebab masa siang kitorang buat aktiviti berkayak time tu rugi sebab tak boleh nak amek gambar huhuhu... Panas terik weh pusing keliling pulau rawa berkayak pulak time tu. Naseb ada abang kat Pulau Rawa ni yang layan kitorang nak berkayak. Sampai lah ke snookling mula2 aku lah orang beria-ia nak snookling dah half way boleh pulak aku nak patah balik sebab air asyik masuk dalam mata n mulut je... Haha kat sini lah first time aku nak snookling g tu yang tak reti tu.
Santai-santai sambil tengok sunset pehhh memang layan. Time ni masing2 sibuk lah nak ambil gambar lah, buat video menari lah tengah2 panas. Kalau nak tahu sebelum.tengok sunset kitorang mandi kat homestay!!! Sumber air yang kitorang mandi tu semua dari air laut sebab masin2 time gosok gigi haha lawak berlengas badan kitorang time ni weh. Masing2 tak selesa nak cuci muka pun air takde buih. Nak kumur2 pun air rasa masin. Bayangkan lah camne kitorang time kat sini. Tapi takpe naseb lah 3 hari 2 malam je.
Marilah kita bergambar sebanyak yang mungkin. Haha time ni kat gambar memang cantik tapi panas kat sini... Hahaha.
Melayan mek shana kite sorang ni... Kat sini lah tempat kitorang layan sunset tau...
The little of me
Vavava... Saje je aku godek2 conversation dengan mak aku mak aku ada send kat aku gambar time kecik2 ni masa ni umur 3 tahun tak silap celebrate birthday Aku tu. Haha...happy betul muka dak kecik tu potong kek eh!!! Sampai ke besar panjang niwajib lah nak celebrate birthday!!!
Dulu masa kecik2 teringat pulak yg aku ni sejenis yg tak boleh kene tinggal dengan bapak aku kalau pagi2 dia nak g keje kan mesti aku menangis sebab tak boleh kene tinggal merengek nak ikut dia g keje sampai lah mak aku pujuk aku sampai aku penat menangi minum susu sambung tidur. Haha...
Dulu aku start tadika masa umur aku 4 tahun kat Ampang. Lepas tu tadika 5 tahun tadika kemas dekat Ampang juga sampai umur aku 6 tahun kan aku isap susu botol lagi weh. Teringat masa tadika nak g sekolah mesti isap susu botol bawak masuk dalam bag tu wajib tapi kat sekolah aku tak isap lah sebab nanti kang kene buli. Hahaha sebab masa kecik2 aku sejenis yg cengeng sampai org tak boleh kacau aku, kene kacau sikit aku melalak. Hahaha
Masa umur aku 7 tahun pulak aku sekolah kat SK Ampang Campuran. masa tu pergi sekolah mak aku yg hantar mak aku teman aku kat sekolah tunggu depan kelas sampai lah seminggu aku dah berani tanpa mak aku lagi. Sebab masa tu aku dah ada kawan ingat lagi nama kawan aku tu Suriani. Kitorang kawan rapat.
Haaa aku teringat kan masa aku darjah 1 tu aku g sekolah bawak botol susu masa tu mak aku takde tak silap pertengahan tahu aku darjah 1 aku masih isap susu botol tau. Pastu masa kat sekolah tu boleh pulak cikgu buat spotcheck kat kelas aku. Haha benda paling aku tak boleh lupa masa tu ada abang pengawas darjah 3 keluarkan botol susu kat bag sekolah aku tu. Weh malu betul aku time tu tau. Tak tahu nak letak muka ni kat mana lagi masa tu. Darjah 1 aku je yg isap botol susu. Haha
Lepas tu abg tu tak rampas pun botol aku dia letak dalam bag sekolah aku balik. Lepas je balik tu aku cerita kat mak aku, mak aku pun pujuk aku sruh berhenti isap susu botol sebab dah besar. Sejak dari tu aku tak isap susu botol lagi. Hahaha... Ok tu je aku nak cerita sebab teringat. Hehehe
Friday, 18 October 2019
Setiap orang yang hadir tu mesti ada rezeki tersendiri

Seseorang yang hadir dalam hidup kita tu semua adalah takdir yg ditentukan Allah swt. Siapa lah kita untuk menolak takdir daripada dia. Percaya tak setiap orang yang hadir dalam kehidupan kita membawa rezeki yang tak disangka-sangka rezeki dalam pelbagai cara. Yes mengikut pengalaman aku sendiri setiap kali kita jumpa orang baru mesti ada je rezeki yg masuk dalam pelbagai2 cara.
Sama ada orang baru yg datang dalam hidup kita akan membawa kepada kebaikan atau keburukan itu semua perancangan Allah swt. Kalau boleh minta-minta lah benda buruk tu dijauhkan seperti membawa kepada khianat atau kebencian manusia. Wallahualam...
Benda yang baik tu datang dalam pelbagai cara kalau nak diikutkan. So niat kita tu kalau boleh betulkan lah jangan sampai hasad dengki didalam diri...
Sama ada orang baru yg datang dalam hidup kita akan membawa kepada kebaikan atau keburukan itu semua perancangan Allah swt. Kalau boleh minta-minta lah benda buruk tu dijauhkan seperti membawa kepada khianat atau kebencian manusia. Wallahualam...
Benda yang baik tu datang dalam pelbagai cara kalau nak diikutkan. So niat kita tu kalau boleh betulkan lah jangan sampai hasad dengki didalam diri...
Follow My ig Please !!!
Assalamualaikum hi hi hi... malam-malam ni kan macam bosan-bosan je tak boleh tidur. Tiba-tiba macam nak promote instagram aku ni. kehkeh... jom guys follow instagram aku empunya blog ni takde lah instafamous sangat kehkeh...
So korang bukan takat follow free-free je kepada sesiapa yang dah follow sila komen kat ruangan komen done follow ig @dillaleez dilla nak bagi korang free gift yang menarik korang boleh pilih samaada Bengkung Leedee or produk Leedee.
ni ig dilla ya mohon follow teringin sangat nak bagi giveaway kat korang...
Kepada yang dah follow tu dilla nak ucapkan terima kasih sudi follow. Jangan lupa komen ya... ada benda menarik menanti anda... jeng jeng jeng...






















