Saturday, 21 May 2016

Teater "Jalud" di Auditorium JKKN Wilayah Persekutuan


Malam tadi Dila bersama dua rakan bloggers berkesempatan untuk menyaksikan teater ''Jalud''  yang dipersembahkan oleh Tronoh Theatre Shop di kompleks JKKN Wilayah Persekutuan. 

Teater jalud ini dilakonkan oleh pelajar University Teknology Petronas (UTP). Untuk pertama kalinya Dila support mereka .Dila berminat untuk menyaksikan Teater kerana tajuk yang sangat menarik. Sebelum sampai ke Teater excited sangat nak tengok lakonan mereka.

Teater Jalud yang berunsurkan komedi thriller ini dilakonkan oleh pelajar Universiti Teknologi Petronas (UTP) dimana mulanya kehidupan Amir bersama Patungnya, Jalud dalam menjalani kerjaya seninya. 

Mengisahkan Amir seorang ventriloquist yang kehilangan kerjanya . Patungnya Jalud yang selama ini menjadi sumber pendapatannya didapati mula menghantui jiwa Amir. bibik orang gaji Amir telah dibunuh oleh Jalud . Perhubungan Amir dengan isterinya Farah mula menjadi renggang semenjak kehadiran Zaid, kawan karib Amir yang disyaki mempunyai hubungan sulit dengan isterinya.


Dila bersama Jalud & Amir


Dila bersama Jalud. Jalud please jangan bunuh saya nanti saya buat air milo tabur yang sedap untuk jalud ok
Dila dan 2 orang bloggers bersama watak teater Jalud

Dila bersamabloggers  kak iena dan Bro

Malam ni merupakan malam terakhir persembahan mereka Di Kompleks JKKN. Jum Kita support mereka.

Untuk keterangan lanjut :
Tarikh : 20 - 21 Mei 2016
Tempat : Auditorium JKKN Wilayah persekutuan
Harga tiket : RM15.00 (Dewasa)
    RM10.00 Kanak-kanak
Jika berminat boleh hubungi Hazziq 014 588 9036

Hmmmm....
Rugi tau sesiapa tak tengok
Bukan senang mereka nak turun KL
Untuk persembahkan Teater mereka
Harga tiket pun murah.
Tempat selesa , kemudahan parking,
Serta public transport.
Dekat sangat dengan Lrt Pasar Seni
Korang juga boleh berkenalan dengan mereka.
Jum dapatkan tiket segera
(^^)


Friday, 20 May 2016

Dr Ruban Rawatan Laser "Co2 Fractional Resurfacing" @ menara UOA, Bangsar


  1. Assalam semua ... Pernah tak korang buat rawatan laser kat muka? Untuk pertama kalinya Dila buat laser muka di klinik Dr ruban berlokasi  di menara UOA, Bangsar. Servis yang Dr Ruban tawarkan untuk Dila adalah CO2 Resurfing Fractional.Fungsi laser ini untuk merawat parut jerawat , parut pembedahan , kedut pada wajah & pengurangan liang roma terbuka. Okay muka dila sebenarnya mempunyi blackhead & white head yang teruk sebelum ni. Bukan berkedut okay ;) 


Dr Ruban Rawatan Laser "Co2 Fractional Resurfacing" @ menara UOA, Bangsar

Untuk pengetahuan semua ini merupakan pengalaman pertama bagi dila untuk cuba merawat wajah menggunakan laser... Dengar macam takut kan? Tp awesome weh !!! Time tu Dila dgn kak iena macam orang jakun jew... Hehe...mula-mula tu tak confident kerana faktor umur terlalu muda untuk buat rawatan ni... Tapi nak cuba juga rasa ambil pengalaman..Kepada sesiapa yang ingin membuat rawatan laser ni harga yang ditawarkan hanya Rm600.00... Semasa menjalani rawatan Co2 Resurfing Fractional ia mengambil masa antara 45 minit ke 1 jam...Perkara utama sekali yang wajib sebelum menjalani rawatan laser adalah membersihkan muka terlebih dahulu untuk memastikan tiada make up di muka.

Dr Ruban Rawatan Laser "Co2 Fractional Resurfacing" @ menara UOA, Bangsar


Proses semasa melakukan co2 Laser sapukan krim kebas dimuka selama 25Minit sebelum menggunakan Chiller Udara semasa prosedur untuk mengurangkan kesakitan ketika pemprosesan melakukan laser.

Dr Ruban Rawatan Laser "Co2 Fractional Resurfacing" @ menara UOA, Bangsar

Okay semasa menjalani sesi rawatan laser Dr Ruban mencadangkan untuk meninggikan volume chiller udara kerana blackhead kat hidung dila ni teruk... Nak tahu apa rasa buat laser ni macam korang kena karen electrik skit... Tp best macam kebas2 pulak lepas tu muka... Lepas abis buat laser akhir sekali, Dr Ruban meletak mask pelembab pada muka untuk menutup liang roma dan melembabkan muka kita yg x berapa nak lembab ni :) the end...


Dr Ruban Rawatan Laser "Co2 Fractional Resurfacing" @ menara UOA, Bangsar

Dr Ruban Rawatan Laser "Co2 Fractional Resurfacing" @ menara UOA, Bangsar
Dila dengan kak iena nak buat laser. Tapi muka kak iena lagi bersih
Untuk pengetahuan semua... Selepas membuat rawatan laser korang tak boleh terdedah dengan cahaya matahari selama 4 hari . Ia bergantung pada kulit seseorang juga... Jenis muka dila hampir nak seminggu untuk menghilangkan bekas hitam seperti sunburn... Okay takpe bertabah lah ye untuk seminggu ikut bos pergi meeting pun dengan keadaan muka hitam2... Nak cantik kena lah tahan... Hehe...

Selain itu , Dr Ruban juga memberi cream untuk merawat muka selepas menjalani rawatan laser... Cream itu digunakan selepas mandi dan sebelum tidur... Then kalau muka terasa pedih Dr Ruban juga sarankan untuk meletak ' cube ice ' untuk menghilangkan rasa pedih... Jangan takut ye? Sebab ini perkara biasa kepada sesiapa selepas menjalani rawatan laser . Bak kata pepatah "Beauty is pain" righ??? Then pengalaman dila selepas buat laser alhamdulillah tiada lagi blackhead kat hidung...Licin je.... :) bekas jerawat pun hilang..

Untuk maklumat lanjut :
Website : http://www.drruban.com

Cawangan Dr Ruban Skin & Hair Clinic

Unit 2-3A & 2-5 Level 2,
Menara UOA Bangsar,
No 5, Jalan Bangsar Utama 1,
59000 Kuala Lumpur.

Tel : 03 22840557 , 03 22822388
Fax : 03 20925008
Email : info@drruban.com

Pantai Cheras Medical Centre
Suite #7, Consultants floor, ground Floor,
No1 Jalan 1/96a, 56100 Kuala Lumpur
Tel : 03 9145 2888

Sunway Medical Centre
5th floor OPD,
Jalan Lagoon Selatan Bandar Sunway,
46150 Petaling Jaya Selangor
Tel : 03 7491 1472


Sunday, 1 May 2016

Dr Ruban Skin & Hair Clinic

Salam semua.... Dila bersama rakan Bloggers berkesempatan untuk menghadiri Bloggers Day bersama Dr Ruban. Dr Ruban merupakan Doktor pakar pemindahan rambut atau Hair Transplant. Klinik beliau terletak di Menara UOA Bangsar.





Tidak dinafikan, ramai dikalangan kita yang mengalami masalah keguguran rambut. Selain itu , ramai juga dikalangan kita mengambil jalan singkat untuk menjalani rawatan rambut ke salun untuk memulihkan lagi masalah keguguran rambut... Begitu juga saya, Tetapi hasil selepas pergi ke salun  dalam jangka panjang masalah keguguran rambut semakin teruk.

Oleh itu , disyorkan kepada sahabat diluar sana yang mengalami masalah keguguran rambut atau botak, Dila mencadangkan lebih baik melakukan proses pemindahan rambut kerana ia menggunakan rambut asal anda sendiri dimana prosesnya cuma dipindahkan kerambut yang botak. Banyak penerangan yang dikongsikan oleh Dr Ruban mengenai pemindahan rambut. Serta pendapat Dila sendiri sangat elok ,berbanding kita menggunakan rawatan salun atau menggunakan herba yang tidak elok untuk rambut kita dalam jangka panjang.



Dila bersama rakan bloggers berpeluang untuk melawat kawasan sekitar Klinik beliau serta Dr Ruban menunjukkan peralatan yang digunakan.


Dr Ruban Skin & Hair Clinik


Dr Ruban Skin & Hair Clinik

Dr Ruban Skin & Hair Clinik
Antara servis yang ditawarkan oleh Dr Ruban


Dr Ruban Skin & Hair Clinik

Ini antara servis yang ditawarkan di Klinik Dr Ruban.Dr Ruban juga menawarkan servis rawatan kulit.

Dr Ruban Skin & Hair Clinik

Semasa Disekitar Bloggers Day, Bloggers fokus mendengar perkongsian daripada Dr Ruban tentang Hair transplant.


Disekitar Bloggers day, Dr Ruban merupakan seorang yang ramah mesra. Oleh itu , memudahkan sesi soal jawab antara bloggers bersama Dr Nathan tentang Hair transplant.


Dr Ruban & Hair Clinic


1. Mengapa masalah keguguran rambut berlaku?

Masalah keguguran berlaku kerana faktor genetik atau lazim iaitu terdapat gejala Alopecia Areata dan Lupus. Selain itu , disebabkan oleh jangkitan seperti Kerion atau jangkitan kulat dan berkaitan dengan penyakit  Anemia, gangguan tiroid seperti Hipertiroidisme / Hypothyroidism, Kemoterapi, selepas kehamilan atau  berjangkit seperti denggi yang dikenali sebagai Telogen Effluvium dan Sindrom Ovari Polycystic.

2. Antara punca terjadinya gejala keguguran rambut

Antara punca terjadinya keguguran rambut adalah kerana seseorang itu mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok, tekanan hidup seperti stress, tidak bersenam dan waktu tidur yang tidak mencukupi. Kalau boleh elakkan ya?

3. Bagaimana cara untuk mengatasi masalah keguguran rambut? 

Kepada sesiapa yang telah berusaha untuk memulihkan masalah keguguran rambut tetapi masih tidak berkesan. Korang harus sabar , kerana  setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya bukan? Antaranya mengamal pengambilan ubat-ubatan seperti Finasteride ,Diane 35 ,Minoxidil . Minoxidil sangat sesuai untuk kaum hawa. Serta ubat-ubatan lainnya seperti Biotin dan Zink. Tetapi korang mesti jumpa Doktor pakar transplant seperti Dr Ruban dahulu sebelum memakan sebarang ubat.

4. Bagaimana berkesan adalah makanan tambahan dan ubat dalam merawat keadaan ini?

Ubat berfungsi dengan baik - Finasteride mengekalkan folikel sudah ada dan meningkatkan ketumpatan juga. Tambahan belum dikaji kesannya tetapi konvensional, kita sering menetapkan Biotin atau zink.


5. Di bawah keadaan tertentu, akan seseorang yang akan disyorkan untuk menjalani rawatan rambut?

Pemindahan rambut adalah perlu bagi mereka yang botak mencukupi untuk menyifatkan bernilai lakukan, dan dengan kawasan penderma baik (rambut biasanya dituai di belakang kulit kepala). Walaupun kawasan penderma adalah kekurangan, janggut atau kawasan dada kini boleh digunakan sebagai kawasan penderma juga.

Rambut keguguran dari peristiwa trauma, seperti terbakar atau kemalangan kenderaan motor boleh dipindahkan juga. Sesetengah lelaki dan wanita sering meminta pemindahan kosmetik untuk meningkatkan ketumpatan kening mereka atau membuat janggut atau goatee. Ini mempunyai keputusan yang baik juga.

Proses Hair Transplant

Mengambil masa antara 30 minit bergantung sama ada ia adalah dengan Follicular Unit Transplantation  (FUT) atau Follicular Unit Pengekstrakan (FUE).




Jika proses ini oleh FUE, seluruh kulit kepala dicukur sebelum memulakan pemindahan. Ini adalah cara-cara pembedahan. Manakala ,jika prosesnya FUT, hanya jalur minimum ditanam.

Kemudian rambut itu dicantum dan disimpan kedalam plat sejuk.

Selepas anestesia tempatan telah diberikan kawasan penerima pada bahagian atas kulit kepala, laman web atau belahan yang dicipta untuk cantuman untuk kemudian dimasukkan oleh pasukan jururawat pemindahan.

Proses ini mengambil masa beberapa jam bergantung kepada kepakaran  dan bergantung kepada bilangan rambut yang ingin ditanam.

Jika seseorang itu mengalami masalah keguguran rambut yang teruk .Oleh itu , masa untuk hair transplant  lebih lama untuk mendapat hasil yang lebih bagus.


Ini antara gambar semasa melakukan Hair Transplant. Untuk korang lebih tahu mengenai Hair Transplant.
Dr Ruban Skin & Hair Clinic



Dr Ruban Skin & Hair Clinic
Dr Ruban Skin & Hair Clinic

Ini adalah video semasa pemprosesan Hair Transplant. Untuk korang lebih faham apa itu Hair Transplant. Korang boleh rujuk pada video ini.

7. Apakah salah faham biasa mengenai cantuman rambut yang mungkin menghalang orang daripada menjalani prosedur ini?

Antara salah faham yang timbul ada yang menyangka proses ini adalah menyakitkan. Tetapi ianya sangat baik .Selain itu juga mereka membayangkan parut jaluryang lebih buruk daripada sebenarnya. Semua yang kita perlukan antara sekitar 1 cm panjang rambut untuk menutupinya,

8. Apakah nasihat yang anda ada untuk individu yang bergelut dengan alopecia?

Jangan mempercayai rawatan perubatan yang tidak diiktiraf. Selain itu jangan buang ma anda di pusat BUKAN MEDIKAL terapi atau spa kecantikan atau salun

Makanan tambahan (suppliment) ditubuhkan dan pemindahan rambut adalah terapi SAHAJA terbukti berjaya. Dengan rambut yang untuk tahan seumur hidup.



Dr Ruban Skin & Hair Clinic
Dila bersama rakan Bloggers Ayu , Iena dan Fatin
Bersama Kakiena dan Dr Ruban




Untuk keterangan lanjut :

Website : http://drruban.com/doctors-cv.html

Cawangan Dr Ruban Skin & Hair Clinic

Unit 2-3A & 2-5 Level 2,
Menara UOA Bangsar,
No 5, Jalan Bangsar Utama 1,
59000 Kuala Lumpur.

Tel : 03 22840557 , 03 22822388
Fax : 03 20925008
Email : info@drruban.com

Pantai Cheras Medical Centre
Suite #7, Consultants floor, ground Floor,
No1 Jalan 1/96a, 56100 Kuala Lumpur
Tel : 03 9145 2888

Sunway Medical Centre
5th floor OPD,
Jalan Lagoon Selatan Bandar Sunway,
46150 Petaling Jaya Selangor
Tel : 03 7491 1472


Tuesday, 19 April 2016

Goldenrose Malaysia Cosmetics

Guys... Pernah dengar dengan Goldenrose cosmetics? sekarang ni makin famous tau? Goldenrose cosmetics ni dah jadi favourite make up Dilla sebab make up dia memang best sangat. Bila pakai nampak cantik dan glowing jew muka.... auch... !!!Yes kecantikan dengan wanita memang tak dapat dipisahkan? Make up juga salah satu daripada kecantikan ?Hmm... Masa bloggers day haritu Goldenrose malaysia ada bagi tips make up sekali by Aimanstella .. memang best make up dia... Jap ye... !






Dilla akan share barang-barang Cosmetics by Goldenrose... Hihi  ... sabar yew? Ni Dilla menang lucky draw bernilai RM300.00 macam-macam Dilla dapat haritu kira 1 set make up la... Masa nak pilih barang tu memang rambang mata habis sampai terlebih sudah...Berbaloi uolsss !!! Alhamdulillah rezeki Dilla haritu ... Thank you Golden Rose....





Mascara Goldenrose juga sangat unit tau??? korang nak tahu sebab apa... sebab bila korang apply kat bulu mata , bulu mata serious akan cepat melentik sebab sikat dia sangat unit memang susah nak jumpa... Tak perlu touch up banyak kali tau? memang tahan sampai petang...Tengok yang warna merah tu Dilla beli 2. Sebab mascara dia memang berkualiti...







Ni antara Lipstick Favourite Dilla .Velvet Matte Lipstick currently yang Dilla dah pakai . Lipstick dia memang best senang nak apply ikut bentuk bibir ,tak kesat dan tahan lama juga... Terdapat lebih 30 colour lipstick ni harga pun murah cuma RM25.00... Yang sebelah warna pink tu Lipgloss. Dilla apply lipgloss ni lepas pakai Lipstick Velvet Matte , bibir Dilla pun boleh nampak glowing ,cantik-cantik jew.




Korang tahu tak? dalam proses make up , banyak yang tak tahu fungsi "Make up Primer" Ia memiliki peranan yang sangat penting sebagai langkah awal agar kulit tetap terjaga walaupun make up seharian. Fungsi Primer make up adalah untuk meratakan tone kulit , membantu kulit untuk nampak lebih halus serta mampu untuk membuat foundation lebih tahan lama. Okay , so cara nak pakai make up primer ni adalah sebelum pakai foundation then bagi kering kipas-kipas kat muka tu dulu pastu baru pakai faoundation tau... Dilla dah try make up primer by Goldenrose memang okay sangat muka Dilla nampak glowing gitus ...


Cream Foundation by Golden Rose


Eye Liner Golden Rose

Eyeshadow by Goldenrose


Bloggers wih MUA tengah ambil tips make up


With MUA eimanstella




Selain tu , Kat sana juga ada buffet make up tau? untuk korang test make up. Semua jenis make up disediakan... Free jew cuba laa sampai lebam. Korang boleh la nak feeling2 kat sana . Nak minta tips make up pun boleh...  Dah try mesti nak beli tau sebab Goldenrose memang berkualiti lepastu murah pula...





Awesome kan?
Haaa... korang boleh dapatkan Goldenrose ni di www.goldenrose.com.my.Beli online je, jimat minyak , jimat kos & tenaga.
Lepas tu, Confirm rambang mata dengan make up yang best2 ni? Selakn tu, Harga produk pun murah sesangat. memang harga mampu milik. Sesuai sangat untuk student atau sesiapa yang tengah nak berjimat. Kalau nak melaram sangat nak pergi buffet make up korang boleh pergi ke Sunway Putra Mall Level 4, Lot8 , Jalan Putra Chow kit ,50350 Kuala Lumpur.

Make up by Goldenrose


Heyyyyyy
Dilla nak bagitahu Goldenrose pun ada buat member card tau? 
5% Diskaun !!!
Tapi ada syarat kalau nak jadi member..
Korang kena beli RM100.00 Keatas,
Then, baru boleh join untuk jadi member,
Sekali seumur hidup tak perlu nak renew...
Best kan? 
Apa lagi Jum kita serbu Golden Rose...

Dilla Dah pakai tau kosmetik dia...
Memang best !!!
Serious Dilla memang Dah jatuh Chinta 
Hati berbunga-bunga lepas pakai make up!!!
Auwmmm... (-,-)




Untuk maklumat lanjut sila hubungi Golden rose :
Tel : 03-40501218
Follow Ig : @goldenrosemalaysia
Like FB : Golden Rose Cosmetics Malaysia
Website : www.goldenrose.com.my

Golden Rose Location :
Sunway Putra Mall 
Level 4 Lot 8, Jalan Putra Chow kit , 
50350 Kuala Lumpur.








Wednesday, 23 March 2016

Tanah Aina Book Launch

Pada


Pada 21 Februari 2016 kalau korang nak tahu dila berasa teruja sangat bila dijemput hadir  ke majlis
"Tanah Aina Cofee Book Launch" di Restoran Saloma , Jalan Ampang.  Semasa pendaftaran , saya berasa amat seronok bila berjalan di sepanjang pintu masuk ke majlis tersebut dengan dikelilingi tumbuh- tumbuhan semula jadi dan juga terdapat pelbagai gambar berbeza Tanah Aina Resort.




Tanah Aina Cofee Book Launch telah dilancarkan untuk meraikan kisah kejayaan seorang wanita yang berwawasan, iaitu YBhg Kol Bersekutu (PA) Puan Sri To 'Puan Datuk Shariffa Sabrina Bt Syed Akil. Beliau merupakan pengasas Tanah Aina Resort, Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA) dan Sukan Wanita dan Yayasan Kecerdasan Malaysia(WSFFM).

Untuk pengetahuan semua , Tanah Aina Cofee Book Launch resort tersebut dibina  di tengah-tengah belantara hutan Hujan Tropika, kebun buah-buahan dan tepian pantai menghadapi Laut China Selatan. Manakala , restoran cafe beliau menyajikan pelbagai makanan melalui resepi-resepi dan dekorasi beliau sendiri.

Selain itu, kepada penggegemar sukan, Di Tanah Aina juga turut menyediakan pelbagai aktiviti sukan lasak berkonsepkan suasana hutan di beberapa resort penginapan Tanah Aina selain dari pusat Kecergasan Tanah Aina di Aras 2 & 3 , wisma Tanah Aina, Taman mesra Batu Tiga Shah Alam , Selangor. 

Buku yang didedikasikan khas buat suami, anak-anak keluarga dan sahabat handai tersayang sangat sesuai dibaca oleh sesiapa sahaja terutama wanita-wanita diluar sana sebagai inspirasi mencapai impian dan kejayaan mereka .

Tanah Aina Book

Dila Dengan Kak Iena Selfie Dengan Buku... 

Masa event dila jumpa pengacara TV1 rancangan "Apa Kata Wanita"




Buku Tanah Aina Boleh didapati di Tanah Aina Care & Restaurant , Shah Alam.
Harga Buku Senaskah berjumlah RM180.
Untuk mengetahui maklumat lanjut sila hubungi :-
Juliet : 016 609 0493
Neni : 010 226 5815
Hana : 011 3340 5359

Wednesday, 2 March 2016

Uruskan bos aku kahwin aku yang lebih excited




Dah 2 malam aku tak tidur sebab nak uruskan bos aku kahwin... Aku yang lebih excited ni tolong uruskan homestay, hantar kad kat client, tidur 2 jam je... hmmm its ok aku rasa macam best lak pengalaman ni... yang lawak lupa nak pakai inai aku yang tolong deco siap bukak google naseb lah tak comot ... dah nak lelap mata aku tengok check list masa tu aku kejut kan dia tidur suruh pakai inai... hahaha... Begini lah tugasan Personal Assistant luar dalam aku yang kena belajar handle walaupun benda kecik... tapi ok lah aku rasa macam aku jadi bertanggungjawab lak walaupun diri sendiri ni masih terumbang ambing...

Aku rasa lega bila majlis dah settel... bukan senang sebenarnya nak handle bila org dah bagi kepercayaan macam ni... alhamdulillah bos aku dah selamat bernikah & sanding...


Dila nak ucapkan " selamat pengantin baru my lady boss & husband" semoga bahagia selalu... cepat-cepat dapat baby tau... Nanti nak gomol-gomol baby akak... hihihi...


Thursday, 11 February 2016

I love Pavlova cake | Alexis Great Eastern Mall




Hi guys... setelah seharian meeting dan sekarang pun masih meeting lagi untuk produk Gula-Gula Magic...Lunch pun sampai lambat ... Bos pun bawa makan kat Alexis Great Easterm Mall... Dila tak minta lebih pun just nak Pavlova Cake je... 


So Yummy 
Thank Zay 
Muka lapar sangat...


Happy tummy~~~