Thursday, 11 February 2016

I love Pavlova cake | Alexis Great Eastern Mall




Hi guys... setelah seharian meeting dan sekarang pun masih meeting lagi untuk produk Gula-Gula Magic...Lunch pun sampai lambat ... Bos pun bawa makan kat Alexis Great Easterm Mall... Dila tak minta lebih pun just nak Pavlova Cake je... 


So Yummy 
Thank Zay 
Muka lapar sangat...


Happy tummy~~~ 

Jemputan ke majlis Glamnite with Qislovers Ilham Qaseh



Hai Semua .... Pada 07 Februari 2016 Dila dijemput oleh rakan bloggers iaitu founder HaiBloggers Halim Nadzeri untuk hadir ke majlis "Glamnight with Qislovers" yang dianjurkan oleh Ilham Qaseh. Majlis tersebut diadakan di Sani Hotel, Kuala Lumpur. Terima kasih diucapkan atas jemputan pada malam tersebut. Ini merupakan pertama kalinya Dila menyertai untuk membuat Live update pada majlis itu sebagai tetamu bloggers.Terima kasih juga untuk @ienaeliena sebab makeup kan Dila pada malam tu Dila suka sangat dan terima kasih juga kepada rakan bloggers yang lain sebab kalian layan Dila macam dah lama kenal. Nanti Insha Allah kita jumpa lagi ye untuk next event.



Pada malam " Glamnite with Qislovers" yang bertemakan "Barbie Doll"... kami bloggers berasa amat teruja untuk menggayakan dress up dan make up ala-ala barbie doll pada malam itu..ahhakzzz memang menarik sangat...!!! and yang bestnya Dila dapat Goodies bag daripada Ilham Qaseh . Yang menariknya,  Ilham Qaseh mempunyai koleksi Instant Shawl jenama sendiri. Untuk maklumat lanjut nak tengok shawl cantik-cantik boleh follow Instagram @ilhamqasehofficial.

Credit to abang mohdzarin

Yeayyy.... Alhamdulillah kita menang Cabutan bertuah lagi... Terima kasih Ilham Qaseh ...Tak sabar nak guna produk "Perlaking" menarik sangat produk ni daripada Kolegen Ikan Salmon dan perisa anggur pula tu i dapat.. Dila suka makan ikan Salmon... Hmm tetiba teringin nak makan Sushi Ikan Salmon pula... Alahai perangai !!! mana nak cari Sushi ikan Salmon tengah malam buta nih??? Hmm takpe "Perlaking" Kan ada?? okay nak guna jugak.. mesti tambah cantik lepas ni sebab banyak khasiat kecantikan pada produk ni....uolsss pun mesti cuba juga tau...


Di sekitar majlis Glamnite with Qislovers banyak aktiviti yang telah dijalankan seperti aktiviki lucky draw, fesyen show dan ucapan daripada pengasas  Ilham Qaseh.




Pada malam tersebut, Dila sempat juga berkenalan dengan founder Ilham Qaseh  iaitu Puan Rosnizannawi. Wah... terujanya dapat sembang dengan puan,,, mesra alam dan humble sangat orangnya. Dila ucapkan tahniah atas kejayaan puan dan  semoga terus maju jaya dalam menjalankan perniagaan.




Gambar sebelum event bermula, excited nak jumpa dengan owner Ilham Qaseh so ambil gambar dengan banting pun jadi. Tema event harini Barbie Doll. Hihi... 



Dila bersama rakan HaiBloggers 




Sebelum nak balik dari event sempat juga ambil gambar dengan bloggers cantik manis dua orang tu kak ina & maira ... ahhaaa...!!! Thank you Halim melayan je perangai gediks kitorang pada malam tu ... 



Dila pakai Shawl Ilham Qaseh.... Auchhhh... macam budak sekolah kan? ahhaaa.... dah jatuh cinta pula dengan shawl ni senang je nak bentuk ikut muka & kain dia memang selesa sangat. Time ni nak keluar jejalan sebab cuti Chinese New Year. Ramai tanya beli kat mana sebab tudung ni unik dan eksklusif sangat. Okay nak tahu kena lah follow Ig Ilhamqasehofficial, banyak shawl dan warna yang sangat menarik tau. Selamat bershopping.... 

Thursday, 4 February 2016

Shaklee Malaysia Mengumumkan Perlantikan Presiden Baru.




Pada tahun 2016 bulan Januari, Shaklee Malaysia mengumumkan perlantikan Helen Lam sebagai Presiden, Shaklee Malaysia. Beliau menyertai syarikat tersebut pada Januari 2016
Sebelum ini, Helen telah pun bergiat aktif di dalam bidang industri Jualan Langsung melangkaui 20 tahun menerajui bahagian Pemasaran & Jualan di syarikat multinasional.

“Bukan mudah mencari seorang pengurus eksekutif yang mempunyai latar belakang dan pencapaian di dalam industri ini, dengan minat yang amat mendalam membantu memberi impak positif kepada kehidupan orang lain”, ujar Roger Barnett, CEO kepada Shaklee Corporation.

Tambah beliau, “Kami amat bertuah dengan kehadiran Helen yang mahu menjadi sebahagian daripada keluarga besar Shaklee dalam membantu rakyat Malaysia untuk hidup lebih sihat dan mempunyai kehidupan yang lebih baik.  Kami amat teruja untuk melihat perubahan besar terhadap perniagaan Shaklee di Malaysia, tambahan pula kehadiran Helen sebagai Presiden, tentunya akan lebih mengeratkan jalinan hubungan perniagaan kita di dalam keluarga besar Shaklee”.

Helen mempunyai pengalaman yang cukup luas sebagai Pengurusan Eksekutif dengan rekod pencapaian cemerlang, berganding erat bersama para pengedar, bagi memacu pertumbuhan yang stabil dalam jangkamasa panjang, di dalam industri jualan langsung. Sepanjang penglibatan beliau, Helen telah berkareer secara meluas di seluruh Asia Tenggara untuk pertumbuhan kedua-dua pasaran bakal dan sedia ada.
 

Sunday, 31 January 2016

Percutian Ke Klebang, Melaka



Hai,,, guys Selamat Tahun Baru 2016 , please be nice to me ya? hehe ... Sempena hujung tahun baru  mesti korang ada pergi berjalankan? Dila pun sama baru balik dari bercuti ni.   Okay now Dila nak share dengan korang Dila ada pergi satu tempat yang menakjubkan dan popular kat Klebang , Melaka. 

Klebang juga sangat dikenali sebagai tempat yang sangat menarik iaitu seperti di gurun , padang pasir ... macam ala-ala kat Mesir gitu alls best sangat.. Sesape pergi sini wajib untuk shoot , Yang penting jangan lupa bawa monopod & fish eye okay untuk korang nak selfie2 kat sana and then korang dinasihatkan jangan nak pakai selipar atau hills pergi sana nanti tahu laa padahnya.. hehe . (Jangan cakap hakak tak bagi tahu pula :p)

Di Klebang sangat dikenali dengan Coconut Shake sesiapa pergi sana tak sah kalau tak beli air Coconut Shake betul tak? Sanggup laa nak beratur panjang semata-mata nak merasa air Coconut shake kat sana... Selain itu, yang paling menarik di Klebang ada juga terdapat Restoran Bas. Iaitu dalam bas tersebut terdapat Restoran yang unik..








satu ... dua ... tiga... lompat cepat !!!



Nice view..!!!





Saturday, 30 January 2016

Cityskin Medispa Review | Ampang Point

Hello beauty... how your weekend? selamat berhujung minggu semua... Tengah hujung minggu pasti korang nak rest... ada setengah yang manjakan diri di pusat spa... Haaa macam Dila pun sama kadang-kadang nak juga pergi ke Spa untuk manjakan diri sendiri nak massage body, nak sauna , or nak buat kuku... kalau boleh time penat best je dapat g spa kan? Dila baru pergi ke pusat spa ni iaitu di CitySkin Medispa yang terletak di Ampang berdekatan dengan Ampang Point...


Selain tu khidmat servis dia memang dila bagi 5 star ok... Cityskin medisa adalah gabungan Klinik dan Spa ia bukan sahaja menawarkan khidmat nasihat bagi golongan yang pentingkan kcantikan dan kesihatan , malah menawarkan nasihat dan bimbingan untuk mereka yang mempunyai masalah kesihatan... Dila sangat sarankan untuk korang pergi Medispa... 





Haa nampak tak Sinar haria pun ada cover untuk Medispa 2 page pulak tu... Btw tahniah Puan Farah Azwin... Dila harap City Skin Medispa berkembang dengan majunya... 

Dila suka buat spa kat sini... nanti boleh datang lagi... Terima kasih atas servise yg ditawarkan...

Tuesday, 22 December 2015

Graduation Day Dilla's

 Hai korang .. Assalamualaikum .. Sebenarnya dah lama dah entry ni tak publish2 lagi... duk dekat draf jew... hebat kau dila .. haha . Tarikh convo pun dah lama lepas iaitu pada 07/08/2015 .. haha lama betul kan ? Now, dah bulan 12 sekarang baru rajin nak update blog.

Tapi nak taknak dila nak share juga story pasal convo ni. haha , ni first time convo tau untuk Diploma. Dila study kat Multimedia College . Tapi Convocation day kat Multimedia University , Cyberjaya.. huhu . Masa ni "Feeling Excited" sangat . Yelaa Convocation day kan ... ? huhu perasaan time ni bercampur baur sangat , sedih + gembira + excited = ? hahaha .. entah laa labu .. Ni gambar Dila masa hari Graduasi . Secara tak langsung tamatlah saya sebagai pelajar Diploma ..banyak pengalaman yang telah ku timba selama 2 tahun setengah di MMC. Insya Allah next year nak sambung degree pula... 



Muka ku feeling2 excited gitu kan ? haha.

Hai Obet bet - Credit to Mifzal Obet

My Best Friend Aliya Ruslee .. Dia ni penasihat setia Dila . Time aku malas selalu kene ceramah.. Tq Babe :*


Actually , banyak gambar yang nak dikongsi tapi tak jumpa pula gambar, Yelaa dah bape bulan kan convo? huhu. Sedihnya... Tapi takpe laa dah takde rezeki.. Ni jelaa yang mampu Dila share


                                     Ni shuen senior Dila. Walaupun Dia senior kitorang tetap rapat . 


Ni sahabat Susah senang Dila masa study (Effa , Anis, Alya , Kak Nana & me)tak lupa kat ji & mas (takde pula bergambar dengan korang) ada gambar geng yang lain tapi tak jumpa.Tahniah Dila ucapkan untuk korang okay? Semoga seccess selalu  =,=
I Believe I can Fly ...
Keluarga Kecilku..


Eh ehhh saya pemalu orangnya 


Terima kasih mama & ayah

Selamat bercinta mama & ayah . Harini hadiah untuk mama & ayah (Terharu)
Akhir sekali, Dila nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Ibu Bapa Dila yang banyak sokong Dila dari awal study sampai la sekarang ni. Kepada Lecturer Dari Sem 1 sampai Sem 6 yang telah banyak memberi dan berkongsi ilmu kepada kami semua, dan kepada sahabat-sahabat Dila tanpa korang semua aku takkan berada ketahap ni sekarang.. Thank you all...  <3 <3 <3



Monday, 14 December 2015

Tips untuk meghilangkan Bau Durian Di Tangan

Hai korang... hari ni saya nak share satu benda yang amat bermanfaat sangat untuk korang yang penggemar makan buah Durian , pasti setelah makan durian maka akan timbul bau pada tangan yang sangat menyengatkan. Bau ini biasanya akan hilang dalam jangka dua atau tiga hari padahal dah cuci tangan dengan sabun atau meletak losyen atau pewangi tapi masih berbau lagi. Namun ada fakta yang tuhan telah cipta pada kulit durian yang tajam ini sebagai penawar untuk menghilangkan bau Durian tak pun sampai 1 minit In Sya Allah pasti hilang baunya...

Caranya:

1. Ambil bekas Kulit Durian yang telah dibelah.
2.Tuang air putih pada kulit Durian dan basuh tangan sehingga bersih seperti disingki rumah anda tidak perlu menggunakan sabun tau...



Tips untuk menghilangkan Bau Durian Di Tangan Selepas makan
Basuh seperti Digambar
SELAMAT MENCUBA :-)

Sunday, 13 December 2015

MAGIC WATER



SPRAY STRONG ACID


Hai guys .. Sudah tiga hari Dila mengalami masalah bibir kering yang teruk sangat nampak seakan-akan lepas makan asam yang warna putih tu... Kenapa ya ?? Okay ... punca pertama ialah sebab dila suka pakai Lipstick warna merah lepas tu rasa macam nak stop je pakai lipstick  dan dila pun pergi beli lipsbalm (Jenamanya Dirahsiakan) tetapi ia mengandungi bahan kolegan . Mungkin Lipsbalm tu tak sesuai dengan bibir Dila.

So , apa yang Dila buat ialah pada hari pertama Dila terpaksa pakai mask untuk tutup bibir dan letak madu untuk melembabkan bibir dila tu... Haaahhh!!! Selain tu Dila juga memakai Air Spray yang terbaik pernah dila pakai Spray tu kawan baik dila suggeskan untuk dila pakai. Jenama spray itu ialah Spray Strong Acid . Kelebihan utama Spray Strong Acid Water ini telah dibacakan dengan doa Syifa' dan ayat-ayat Ruqyah. Selain itu, Spray tersebut mampu untuk mematikan kuman, Mencuci, membersih dan menutup luka dengan lebih cepat. Selain itu, Mengecutkan jerawat dengan lebih cepat dan mampu untuk melegakan masalah kulit yang kering dan gatal. 




Masa Bibir Kering
Masa Recovery 


Setelah Sembuh


MAGIC Water telah membuktikan keberkesanannya.










Untuk membeli Spray tersebut boleh hubungi :-
010 271 4538 - NATASHA


ICE BLENDED PALING SEDAP



Hai Si Manis

Hello... khas untuk penduduk Ampang yang teringin sangat nak minum Ice Blended dengan harga yang murah ,sedap dan menarik . Saya telah pun membuat review tentang minuman ice blended yang paling sedap di Kawasan Lembah Jaya , Ampang oleh rakan baik saya sendiri.  Korang mesti cuba juga . Walaupun rasa tak boleh kalahkan sturbuck tetapi ia menjadi kegemaran kanak-kanak hee ... Kelebihan ice blended ini ialah tarikan topping dengan pelbagai cookies dan perhiasan gula-gula yang dihiaskan dengan sangat menarik. (Hehe saya sendiri pun tertarik) Lokasi tersebut berdekatan dengan Padang Bola Sepak  yang dikenali sebagai Padang Keling , di Jalan Indah 9.harga Ice Blended tersebut antara RM1.50 hingga RM4.00 sahaja... Jemput laa singgah ye ? :) Selain itu .. Kepada sesiapa yang berminat yang ingin membeli serbuk Ice Blended .


minuman dalam cawan 
Perisa Chocolate







Wajah sebelum sebelum perubahan baru. 
RM1.50 untuk size kecil tidak kira
apa jua perisa.



Customer regular request untuk extra roll stick menjadi tarikan
utama kanak-kanak dengan keunikan warna dan rasa yang enak.


Ice blended berwajah baru dengan pelbagai perhiasan topping cookies
untuk memberi kepuasan kanak-kanak.



Lokasi Gerai ice blended ini terletak di Kampung Ampang Indah , Jalan indah 9 , 68000 Ampang Selangor. Untuk lebih keterangan lanjut sila hubungi 010 271 4538 - Natasha






Friday, 25 September 2015

Promotion Training Room Rental, Seminar, Training & Meeting Room.




                    PROMOTION TRAINING ROOM RENTAL







Anda mencari Training Room center untuk disewakan ? 

 

Saya syorkan anda memilih Big Dale Sdn Bhd di Jelatek Bisness Park , kuala Lumpur. Banyak kemudahan yang disediakan seperti :-

-Wifi percuma disediakan

-Aircond

-Projector, White Board, Projector screen & marker.

-Kemudahan pengangkutan awam. Iaitu bersebelahan dengan Station Lrt Setiawangsa.

-Berdekatan dengan restoran

-Kemudahan tempat solat 

-Kaunter Pendaftaran disediakan

-Kos yang sangat rendah

 

Selain itu , Training Room ini juga boleh dijadikan sebagai :-

-Ceramah

-Seminar

-Meeting

-Taklimat

-Virtual Office


Hubungi Kami di talian :-

Dila -012 259 8815

Tasha - 010  271 4538

Lokasi :- 5-3 3rd Floor , Jelatek Bisness Park, 54200, Kuala Lumpur.