Tuesday, 28 November 2017

Misi menurunkan 4 kg @ Menyertai Larian MRCA 2017



Yeahhhh  Blog update... Blog sendu-sendu je wakkkk busy bebenor ni lahai.... Update pun sebab hari ni half day...

Hi semua... Bila dah berumur ni baru lah cik Dilla teringin nak masuk pertandingan larian kahwin ramai-ramai ni.... Ehhh salah pertandingan larian ramai-ramai lahhhh opssss....

Baru-baru ni Cik Dila menyertai larian beramai-ramai yang dianjurkan oleh MRCA 2017... Ini kali pertama Cik Dilla menyertai pertandingan sebegini selepas abis SPM dulu iaitu pada tahun 2012... Lama tu... Pertandingan ini diadakan di South City , Subang jaya sejauh 5.3KM
hmm pancit hakak oiii....

Btw kami menyertai larian tersebut dibawah syarikat Cik Dilla bekerja tau so kawan-kawan sekerja Cik Dilla pun ada juga... Semua acah-acah nak lari belum apa-apa lagi dah jalan... Takpe lah janji enjoy guyssss....

Dari kiri Cik Dilla, My Ladyboss, Kak Nor, Kak Arfah & Zaf
  
Semangat je semua ni, okay get ready untuk berlari semua... Agak-agak lepas lari lemak boleh hilang 4 kg tak? hahaha

Are you ready guys? 
Team Wonderland Primary & Team Skcc ... hehe... 
Meriahyaaaa boleh menang ke ni? 

Yeayyyy dah 10KM masih bersemangat ok...


Good luck semua

Team  Oren 


Haha dah kenapa tertinggal paling belakang ni


Yeayyy akhirnyaaa dah sampai ke titik akhir

Beratur nak amek medal

With my officemate 







 




Kami semua berjaya dalam larian ni selama 1 jam bersamaan 5.3KM ... Gigih bangun jam 4 pagi gerak jam 5 untuk menyertai larian ni.... Ok muka happy dah turun 4kg... cehhhh.... Yang penting lari-lari sambil cari jodoh... hahaha

Terima kasih kerana membaca :)

Thursday, 19 October 2017

Resepi Asam Pedas Melaka | Masakan bujang

Asam pedas adalah masakan yang terkenal di Negeri Melaka... Kalau kita pergi Melaka wajib untuk merasakan masakan Asam Pedas Melaka.... Wehhh ! tu antara menu yang wajib kalau Dila singgah Melaka tau... Lagi-lagi kalau pergi kenduri orang Melaka bila terhidang je Asam Pedas... Huhhh memang makan bertambah lah....

Lately ni Dila teringin sangat nak makan Asam Pedas Melaka bila dah cukup bahan boleh lah kita beraksi di Dapur ...

Bahan-bahan yang disediakan :-

1 Ekor Ikan Kembong dipotong dan dibersihkan
5 - 10 Kacang Bendi dibersihkan
5 Ulas bawang putih
1/2 biji bawang merah dihiris
Secukup rasa Cili giling Puteri (Recommend dari Cik Dilla cili dia memang sedap)
1 batang serai dihiris
Air secukup rasa
Garam secukup rasa













Cara Membuat :

1. Cara nya mudah saja... Yang penting bahan cukup semua boleh jalan ... Ikan disiang , dicuri bersih potong , Terpulang pada korang sama ada mahu potong atau biarkan saja... Kalau Cik Dilla potong je... Selepas tu Bersihkan kacang Bendi ditoskan , Sediakan Bawang Merah 1 Biji , Bawang Putih 5 ulas Blend kan Bawang tersebut sehingga halus..

2. Panaskan Minyak sedikit sahaja, Sediakan air secukup rasa sehingga mendidih... Macam Cik Dilla sediakan untuk 4 orang makan untuk sekali makan tidak perlukan kuantiti bahan yang banyak. Letak Cili Giling Puteri dan gaulkan letak air asam jawa beserta bawang dan serai yang dihiris berserta dengan garam secukup rasa.

3. Bila bauan masakan dah naik... Letak Ikan tersebut sehingga masak... Akhir sekali letak Kacang Bendi... Kalau nak lagi sedap masaklah telur dadah...

4.Akhir sekali bila dah selesai masak boleh hidangkan masakan tersebut ....








 Yeayyy dah siap... Jemput makan guys bismillah....

Selamat Menjamu selera




Saturday, 14 October 2017

il Familia Italian Restaurant menyajikan masakan Itali

Assalamualaikum kawan-kawan...

Terima kasih sudi baca blog Dilla...

Entry kali ni Dila nak kongsikan tentang masakan Itali...

Korang tak perlu pergi jauh-jauh untuk merasakan kenikmatan masakan Itali.... Kat Malaysia pun ada juga... Terdapat banyak menu yang dihidangkan di Restoran Itali yang dila dan rakan blogger lain berpeluang untuk merasakan keenakan masakan Itali....

il Familia Italian Restaurant terletak di Kepong... Okay gigih daripada Ampang ke Kepong Untuk merasakan masakan Itali kerana ini kali pertama untuk cik Dila rasa...


Review cik dila tentang il Familia Restaurant :

cik dila sangat menitikberat tentang suasana restoran... Paling tak suka kat tempat makan tu ramai dan tak selesa... Tapi sampai je iL Familia Itali ni susasana dia tersangat lah selesa, suasana yang tenang dan ada lagi yang keluar masuk di restoran tu... macam nak pergi dinner je... Apa yang penting servis pun mesti lah ok dan cepat...ok disini memang sangat terbaik menu yang dihidangkan pun menepati citarasa kami....

Sempat pulak kenal dengan owner il Familia , orangnya muda lagi u ols bangga orang Malaysia yang ada restoran semewah macam ni... Restoran Itali pulak tu owner dia pun sangat ramah ok... Haaa  orang sendiri boleh datang ke sini... baca sampai abis ya....

Starter menu il Familia Italian :

1. Mushroom soup  RM7.50
2. Garlic bread RM4.00
3. Soup of the day (Pumpkin) RM5.50
4. Bruschetta A RM7.90

Mushroom soup berharga RM 7.50
Kalau pergi kemana-mana cik dila antara penggemar mushroom soup sementara menunggu masakan yang lain wajib untuk order mushroom soup.... Hidangan mushroom soup dengan cendawan dan creamy sangat fresh .

Garlic Bread RM4.00
 Tidak lupa hidangan Garlic Bread ... Memang sedap Garlic dicicah dengan sos... Kalau nak cicah dengan mushroom soup pun sedap... Terasa keenakannya disini...
Bruschetta RM7.90
Bruschetta juga sedap... Terdapat potongan tomato dipotong kecil-kecil dan disusun secara rapi.... Rasa dia memang sangat unik... Korang kene try ok...

Soup of the day (pumpkin) RM5.50

iL Familia Italian Main Course :

1. Chicken Graticola RM28.50
2. Salmon graticola RM34.50
3. Lamb Rack RM39.50
4. Lamb Shank RM32.90
5. La Familia spaghetti RM42.50 (serving for 2 persons)
6. La Familia pizza RM32.50
7. Salmon Linguine RM24.50
8. lasagna Beef & Chicken - beef RM19.90, chicken RM18.90

Lasagna Beef and Chicken - Beef RM19.90, Chicken RM18.90


Lamb Rack RM39.50

Salmon graticola RM34.50

Lamb Rack  RM39.50

La Familia Spaghetti RM42.50 (Hidangan untuk 2 orang)

Salmon  Linguine RM24.50

Pot Pie Pizza Beef

LaFamilia Pizza RM32.50

Lamb Shank RM32.90


Terdapat Juga Hidangan Dessert Disediakan di il Familia Restaurant antaranya :

1. Tiramisu RM9.90 per slice, RM55 for 1kg
2. Chocolate cake RM9.90 per slice

Tiramitsu RM9.90 , per slice and RM55 per KG
Chocolate ice cream RM9.00 , per slice





 Paling fav dila bila lepas makan dihidangkan sekali dessert lagi-lagi menu ais cream atau kek... memang best il Familia Italian... Korang sekali sekala untuk makan bestbest dila cadangkan untuk singgah di sini ok....



Dinner bersama rakan-rakan blogger 

Blogger cantik hensem kaki makan
Masakan Itali disini memang terbaik... kenyang tak sudah malam tu... Asyik makan masakan kampung je kan? makan lah sini pula :)

Untuk keterangan info selanjutnya boleh mengikuti perkembangan iL Familia Italian :

 Instagram : @la_famiglia_italian_restaurant/

    Facebook : IL Familia Italian Restaurant

No Tel : 03-6258 8442

    Alamat  : 
C-G-16, JALAN METRO PERDANA 3, TMN USAHAWAN KEPONG


    Waktu Urusniaga : 11am - 3pm (Lunch​) 6pm - 11pm

    Tutup pada setiap hari selasa