Tuesday, 23 May 2017

Majlis Sepetang Bersama Blogger 2017


Assalamualaikum & Hai semua... Awal Dilla sampai SBB tahun 2017... Sepetang Bersama Blogger dianjurkan oleh Denaihati Network... Tahun ni merupakan tahun kedua Dilla join Sepetang Bersama Blogger... Masa tahun 2016 Dila pergi pun Blogger ienaeliena yang ajak dila dan dia juga memperkenalkan tentang SBB...

Di Sepetang Bersama Blogger merupakan satu majlis dimana semua blogger akan dikumpulkan... Yang menarik dila dapat kenalan daripada blogger Indonesia , owner produk juga turut hadir semasa di SBB...

Di SBB terdapat turut juga dapat perkongsian tentang tips berblogging selain tu banyak tips yang dikongsikan oleh Blogger kita iaitu mahamahu.com & ciklilyputih.blogspot.com

Kali ni dapat jumpa dengan rakan blogger dari pelbagai daerah .... Yang paling best dapat juga kenal dengan blogger daripada Indonesia... Malah yang hadir juga bukan daripada kalangan  blogger produk owner juga ada yang hadir tau... Untunggg nya dapat join SBB kali ni...

Yang paling best bila dapat kenal-kenal dengan blogger sambil tukan-tukar bisness card tu... sambil tu kita kembang kan networking... 

Dimana sebelum ni kebanyakannya kita tegur dialam maya tapi kalini kita jumpa realiti... Ok seronok kenal dengan mereka semua...


Sambil tu sempat juga dila bergambar dengan rakan blogger... 
























Asam pedas Hipster


Hipster tak hipster... Haaa jangan main-main ye biasa korang makan asam pedas kat warung or Restoran kan? Yang best tadi Dila masuk Kafe Asam Pedas yang berkonsepkan hipster... Kedai tu di bersebelahan Tesco Ampang , kat sebelah Kk Home Deco... Dila saje nak try makan kat sini... Masakan dia memang best Asam pedas dia...


Ok aku begitu teruja bila masuk tadi... dengan suasana santai chill ok makan kat sini... 







Happy Tummy ok...

Monday, 22 May 2017

Selamat pengantin baru Aiin Azlan aka Evi

Dari kiri ... Dilla , Tasha . Evi & rara

Selamat pengantin baru Evi & suami... Akhirnya kahwin juga kawan aku sorang ni... Tahniah Evi... 

Kami memang rapat walaupun jarang jumpa aku rajin je nak call.. Kadang-kadang aku yang macam biskut...  Sekejap ada sekejap ada...

Citer dia dulu kan ramai orang ingat aku akan kawen dulu, lepas tu tasha then avi or rara... End up orang yang tak disangka-sangka akan kawen dulu... Oh hebat kan kuasa Allah... Jodoh tu semua rahsia dia... Apa pun aku doakan kawan-kawan aku sentiasa happy bersama orang tersayang... Amin ... semoga kekal sampai ke anak cucu ye korang semua...

Citer dia minggu ni aku dah plan taknak pergi mana-mana... nak spend time dengan korang je... rara pulak dah stay rumah aku nak g wedding evi,,, tetiba kawan aku si comel tasha ni pergi buat hal pulak.. haa dia ingat wedding evi tu Ahad minggu depan dia pun punya excited amek cutti minggu depan... Ok itu sangat comel... tak dapat nak spend time lama sikit... 

Tak apa next time k haa tunggu lah i punya date... 




Sunday, 21 May 2017

Aku tak kisah

Aku tak kisah
Aku seorang jenis yang tak kisah,
Aku sejenis tak kisah orang nak cakap aku ni tak ada perasaan,
Aku tahu siapa diri aku,
So aku tak kisah,

Kadang-kadang orang suka ambil kesempatan disebabkan aku ni sejenis tak kisah,
Aku perasan , Tapi aku buat tak kisah,
Aku berpura-pura tak tahu & tak ambih kisah,
Sampai orang tegur aku tak boleh ambil tak kisah orang ambil kesempatan kat aku,
Tapi aku buat tak kisah...
Aku bukan bodoh sebab tak ambil kisah,
Aku cuma nak nak belajar daripada pengalaman,
Tapi mungkin disebabkan aku jenis tak kisah orang senang nak memperbodohkan aku,
Tapi aku perati je dan sambil buat tak kisah,


Bagi aku in Sha Allah ada hikmahnya sebab aku nak belajar dengan gelagat orang... Macam-macam orang ada... 

Its ok, im flexiable person... Enjoy life

Saturday, 20 May 2017

Persiapan Sempena menyambut Hari Raya dengan Dettol dan Air Wiks


Persiapan Sempena Menyambut Hari Raya dengan Dettol dan Air Wiks. Assalamualaimum & Hallo semua... Tak sabar kita nak sambut bulan puasa ni... Dah buat preparation hari raya ke belum tu? Dila nak share kepada semua pembaca berkenaan dengan persiapan raya dengan pembersih dettol & Air Wiks yang mengekalkan harum di Hari di mulia nanti...

Sempena bulam Ramadhan ni pasti semua sangat sibuk dengan persiapan hari raya , nak hias rumah, baju raya, persiapan berbuka puasa tak lupa juga dengan kuih raya... Korang kalau nak jimat pasti akan buat kuih raya sendiri dan pastinya sibuk untuk mencari menu-menu terbaru yang pasti nya lah nak cari menu yang menarik untik dihidangkan untuk tetamu....

Haaa bukan tu saje korang jangan lupa untuk layari Facebook Dettol Malaysia juga bagi peluang untuk mendapatkan Resepi koleksi khas daripada Chef Anis Nabilah,


Bukan itu sahaja! Layari laman Facebook Dettol Malaysia untuk mendapatkan Resepi Koleksi Khas daripada Chef Anis Nabilah, sertai pertandingan dalam talian kami dan anda mungkin berpeluang untuk membuat kuih bersama chef selebriti, Anis Nabilah! Anis dikenali ramai sebagai seorang chef yang versatil dalam masakan Malaysia dan antarabangsa, dan merupakan hos bagi beberapa rancangan masakan yang popular, seperti Eat Clean with Anis di Astro Bella dan 1, 2… Bakar! di TV3.


Dettol dan Air Wick
Kekal Bersih dan Harum di Lebaran Ini

Selangor, 20 April 2017 – Ramadan adalah bulan yang mulia di mana umat Islam berpuasa dan bersyukur dengan nikmat kurniaan, serta menjalankan persiapan bagi menyambut Aidilfitri. Bermula dengan mengemas rumah, membeli baju baru, merancang menu berbuka puasa, sehingga membuat kuih raya, ini sememangnya musim yang sangat sibuk buat semua.

Sempena bulan yang mulia ini, Dettol dan Air Wick mengambil kesempatan untuk memastikan anda kekal bebas dan terlindung daripada kuman sebelum anda sibuk menjalankan persiapan sepanjang musim perayaan ini, dan pada masa yang sama, memastikan rumah anda kekal harum bagi pengunjung dan orang tersayang, terutamanya setelah memasak juadah Ramadan mahupun Aidilfitri!

Bayangkan adanya warna-warna menarik untuk menghidupkan suasana di ruang tamu apabila ada yang berkunjung. Sepanjang bulan Mei dan Jun 2017, anda hanya perlu berbelanja sebanyak RM25 atau lebih bagi produk-produk Dettol dan/atau Air Wick dalam satu resit, dan anda layak mendapat sebuah bekas kuih Raya untuk menyimpan kuih-muih kegemaran anda. Kumpul keempat-empat warna untuk menceriakan rumah anda! Semuanya boleh anda dapati di farmasi utama dan pasar raya di Malaysia.

Bukan itu sahaja! Layari laman Facebook Dettol Malaysia untuk mendapatkan Resepi Koleksi Khas daripada Chef Anis Nabilah, sertai pertandingan dalam talian kami dan anda mungkin berpeluang untuk membuat kuih bersama chef selebriti, Anis Nabilah! Anis dikenali ramai sebagai seorang chef yang versatil dalam masakan Malaysia dan antarabangsa, dan merupakan hos bagi beberapa rancangan masakan yang popular, seperti Eat Clean with Anis di Astro Bella dan 1, 2… Bakar! di TV3.

Dengan pembelian produk-produk Dettol dan/atau Air Wick yang bernilai RM25 itu, hantarkan penyertaan anda di laman Facebook Dettol Malaysia (www.facebook.com/DettolMalaysia) dan siapa tahu – anda mungkin menjadi salah seorang antara 8 pemenang yang dapat membuat kuih bersama Chef Anis Nabilah! Tempoh pertandingan adalah dari 1 hingga 14 hari bulan Mei 2017, jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini. Pertandingan dalam talian Dettol ini terbuka  kepada rakan runcit terpilih Dettol iaitu Mydin, Econsave, Giant dan Tesco.

Tiffany Tang, Pengarah Pemasaran RB Malaysia & Singapura, berkongsi keterujaannya akan kerjasama bersama Chef Anis Nabilah untuk menceriakan persediaan Hari Raya tahun ini. “Kami gembira dapat bekerjasama dengan Chef Anis bagi kempen Raya tahun ini, dan Chef Anis juga telah menghasilkan beberapa resipi kuih Raya yang unik khas hanya untuk kami! Anis merupakan salah seorang chef kegemaran Malaysia, dan kami ingin membawakan sedikit kegembiraan di rumah setiap rakyat Malaysia dengan perwatakannya yang ceria dan juga mengeratkan silaturahim dengan menggalakkan semua orang untuk meluangkan lebih banyak masa bersama menerusi aktiviti seperti membuat kuih dan biskut raya,” kata Tang lagi.    

“Reckitt Benckiser sentiasa berusaha untuk menggembirakan para penggunanya dengan produk inovatif dan berkesan yang dapat menyihatkan para pengguna dan menceriakan seisi keluarga. Dengan Dettol dan Air Wick serta Resepi Koleksi Khas Chef Anis Nabilah untuk menyambut Ramadan tahun ini, kami benar-benar berharap agar kami dapat mengeratkan silaturahim antara ahli keluarga dalam kalangan masyarakat Malaysia,”  kata Tang.

 Chef Anis Nabilah turut meluahkan kegembiraannya untuk menyambut Raya hari ini bersama Dettol dan Air Wick. “Ramadan sentiasa merupakan bulan yang sibuk bagi saya kerana saya perlu membuat persiapan Raya, daripada menyediakan makanan sehinggalah membuat kuih Raya bagi keluarga dan rakan-rakan. Satu tip yang ingin saya kongsikan kepada semua adalah betapa pentingnya bagi anda untuk memastikan kebersihan ruangan dan alatan memasak, dan jangan lupa untuk membasuh tangan sebelum dan selepas memasak atau membuat kuih. Setelah penat memasak, saya pastikan rumah saya kekal harum dengan semburan wangian Air Wick – saya lebih menggemari semburan wangian automatik kerana ia memudahkan saya!”

Kami berharap agar Ramadan kalian berjalan dengan tenang dan penuh keberkatan dengan perlindungan bebas kuman dari Dettol serta wangian Air Wick di rumah. Untuk maklumat lanjut, layari laman Facebook Dettol Malaysia bermula dari bulan Mei.

*Nota kepada para blogger: Kongsilah pertandingan ini di blog anda dan berpeluang untuk membuat kuih raya dengan Chef Anis Nabilah! Dua blogger bertuah akan dipilih.


Mengenai Dettol

Dettol telah menjadi jenama antiseptik yang dipercayai sejak tahun 1932 dan adalah jenama antiseptik terkemuka di dunia serta juara yang dipercayai dalam penjagaan kesihatan keluarga. Produk Dettol mempunyai piawaian yang tinggi untuk membunuh kuman dan disyorkan oleh pakar-pakar kesihatan untuk keupayaannya dalam mengekalkan keluarga yang sihat. Jenama ini kekal kontemporari menerusi pelancaran produk baharu dan menawarkan pelbagai kategori produk yang boleh membantu melindungi kita daripada kuman. Ini termasuk gel mandian, sabun, sanitasi tangan, pencuci tangan dan tisu basah anti-bakteria. Dettol merupakan jenama yang dipercayai di kalangan ibu-ibu untuk melindungi ahli keluarganya sepanjang hari.


Mengenai Air Wick

Air Wick mula menawarkan produk wangian rumah pada tahun 1943 di Amerika Syarikat. Jenama tersebut kemudiannya berkembang pada tahun 1953 sehinggalah ke Eropah, Kanada, dan Australia. Kini, produk Air Wick boleh didapati di lebih daripada 60 buah negara termasuklah Malaysia. Jenama tersebut menawarkan pelbagai jenis wangian rumah, termasuklah wangian secara elektrik, semburan automatik, semburan segera, gel aroma, dan banyak lagi. Wangian rumahnya juga merangkumi pelbagai jenis, dari wangian bunga hinggalah ke wangian segar, lavender, sitrus dan banyak lagi. Air Wick memastikan rumah anda sentiasa segar, wangi, serta melambangkan personaliti tuan rumah.

Wednesday, 17 May 2017

Asianic Bersiaran Di Radio Bernama FM 93.9


Assalamualaikum & Hallo guys... Buat followers page Asianic Halal... Untuk pengetahuan semua Asianic Halal telah bersiaran Di Radio Bernama FM 93.9  pada 15 May 2017 ... Asianic Halal telah mengadakan contest pemenang hari ibu dan telah dipromosikan di Radio Bernama... Ramai juga tau yang dah join...




Dila sebagai pihak marketing di syarikat Wonderland Primary Sdn Bhd sangat bangga dengan yakin produk Asianic boleh pergi jauh... Alhamdulillah pihak media juga sangat yakin dengan produk Skin Care Asianic Halal...

Selama Dila bekerja bersama syarikat sekarang ni berpeluang juga untuk memasuki ke station radio... Kalau sebelum ni Berpeluang masuk ke Asyik FM untuk kali pertama... Pernah juga jejak ke Trax Fm buat kali kedua... Genap tahun kedua dila jejak ke Radio Bernama untuk mempromosikan produk penjagaan diri Asianic yang dipromosikan oleh Puan Leny Adam selaku Pengarah  pemasaran Syarikat Wonderland Primary S/b... Minggu lepas juga Asianic Halal telah bersiar di Bernama TV... 

Kepada pengikut setia Asianic Halal yang terlepas siaran radio Bernama boleh tengok secara live juga ya bagi mengikuti perkembangan Asianic Halal...:) Lepas ni akan ada lagi contest :)




Kepada yang ingin mencuba produk skincare Asianic Halal boleh dapatkan di Aeon Big, Aeon wellness, Guardian, Giant. Untuk dapatkan di talian boleh dapatkan di Lazada , 11 street & Aladdin Street...

Selamat berspa ye.. Jangan lupa mengikuti perkembangan Asianic Halal...

Terima kasih kerana membaca....

Buffet Ramadhan 2017 di Restoran Streat Thai , The School , Petaling Jaya


Assalamualaikum & Hallo... Tak lama lagi bulan Ramadhan yang mulia bakal tiba... Pastinya ramai yang mencari tempat berbuka puasa yang seronok dan pastinya enak untuk kita jamu bersama keluarga dan orang tersayang... Semasa berpuasa pastinya kita teringin nak makan macam-macam... Semua benda kita nak makan betul tak? So Dila nak berkonsi sedikit secara terperinci tempat berbuka puasa yang enak dengan masakan Thailand...Kot-kot masa bulan Ramadhan  last-last minit je korang teringin nak makan masakan Thai... Haaa korang boleh je pergi di Restoran Streat Thai , The School , Petaling Jaya.... Dila juga tak terlepas peluang untuk hadir ke majlis preview Buffet Ramadhan bersama rakan blogger untuk berkongsi tentang Restoran Streat Thai disini....

Masakan Thailand antara masakan yang popular yang menjadi kegilaan semua orang ...  Siapa yang tak suka masakan Thailand memang rugi lah... Lagi-lagi dengan menu makanan terkenal masakan Thai iaitu Tom Yam dengan kuah-kuah masam pedas dia memang peh... Terliur... Banyak lagi menu-menu masakan Thailand di Restoran Streat Thai... Jadi tak rugi korang berbuka puasa kat sini tau... 


Di Restoran Streat Thai terdapat pelbagai menu yang menarik yang disediakan terdapat lebih daripada 60 menu yang pastinya sangat menyelerakan... Di restoran Street Thai merupakan makanan sebenar daripada Thailand yang dibawa ke Malaysia pastinya korang boleh merasakan di Restoran Street Thai...  Tukang masak juga adalah daripada  Chiang Mai, Chiang Rai, Pattaya, Nakhon Ratchasima, Bangkok dan Hat Yai. Setiap mengkhususkan diri dalam pelbagai jenis makanan jalanan Thailand tawarkan yang terdapat di Streat Thai...

Antara menu-menu buffet yang disediakan di Restoran Streat Thai :









Di Streat Thai terdaat juga Lamb hop , Beef Striploin dan Grilled Squid... 

Selain tu terdapat juga sayur-sayuran seperti kangkung , Kailan Ikan Masin, Terong, Mixed Vegetables. Terdapat juga pelbagai jenis sup seperti Cabbage Chicken Soup dan Tofu Soup with Minced Chicken.

Memang Dilla berpuas hai dengan masakan di Restoran Streat Thai... Banyak menu yang telah dila rasa semuanya memang terbaik... In Sha Allah kene repeat lagi makan di Restoran ni...
Price :
Promotion Start booking 7 days in Advance : RM39.90
Normal Price : RM49.90 (Children 6 to 12 R,19.90)

Untuk maklumat lanjut :
Alamat : 
(Jaya One) 100-G.001 The School
 No.72A, Jalan Universiti, Petaling Jaya 46200 Selangor.

Masa :
Setiap hari dibuka pada jam 7.00 pm - 9.30 pm


Media Soial :

Contact Nomber for booking :
03 74 96 1297

Apa pun Dila nak ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yang mulia...

Terima kasih juga kerana sudi membaca blog www.dillaleez.com

Tuesday, 16 May 2017

Me , Myself & I - about me




Hello.... Me , Myself & I ... Ni semua tentang diri saya...Nama diberi Nurul Fadhila Binti Yazirman. Nama panggilan Nurul, Dila , Lulul & whatever uols nak panggil saya apa... hehe... Biasa kalau nama panggilan Dilla tu nama komersial untuk kerja and kawan-kawan panggil dilla  panggilan Nurul or lulul nama panggilan dalam family... Lulul tu sebab kita masa kecik-kecik pelat nak sebut tapi sampai sekarang masih melekat lagi panggilan tu dalam family... hahaha... Berumur 23 tahun pada tahun 2017. Ok status saya ialah saya masih tettttttt... biarlah rahsia sebab jodoh tu rahsia Allah...

Tarikh Lahir 

Dilahirkan pada 26 Dec 1994 di HBKL... Ok lambat lagi nak masuk 23 tahun tunggu hujung bulan nanti... Jangan lupa gift untuk saya :)

Stay di Ampang

Untuk pengetahuan semua Dila stay kat Ampang, Memang dari kecik stay kat Ampang dengan family dulu Sekolah pun kat Ampang...
Masa darjah 1 - 3 Sekolah kat Sek Rendah Ampang  Campuran
Masa darjah 3 - 6 Sekolah Agama Arab tau... Dila sekolah kat Sekolah Rendah Islam Ilmi... Kat Ampang Jaya...
Masa form 1 setengah tahun je sekolah kat Ilmi sampai bulan 5 kalau tak silap lepas tu berhenti sekolah...
Form 2- Form 5 Dila sekolah kat SMK Tasek Permai , Ampang...

Sambung Diploma di Multimedia College Kuala Lumpur course Management with Multimedia...

Suka buat apa

Dila suka buat blog, suka jalan-jalan dengan kawan tengok movie, suka jumpa orang, suka tentang kecantikan dan fashion dan suka kerja...

Suka makan nasi padang, suka makan pedas-pedas... Kalau tak pedas tak sodappp... suka makan steamboat, Suka makan-makan apa-apa je janji boleh dimakan... hahahaha

Pekerjaan Sekarang

Nak tahu Dila kerja apa pasti ramai orang yang confius sekarang ni Dila kerja apa kan?  memang ramai kawan Dila tanya apa pekerjaan Dila sekarang... ada yang tanya kau ni artis ke sekarang? pelakon ke?hahaha ... ehh lagi kelaut kan? Senang citer semua kerja Dila buat yang penting Dila bukan full time blogger, ni hanya hobi Dila nak sharing je... Tapi ada juga terima job job berblogging ni... Alhamdulillah tu namanya rezeki ... Kalau dah  buat blog ni ada lah sikit dila buat short film untuk cari pengalaman je...Tapi kalau korang nak tahu Dila kerja sebagai Personal Assistant to CEO dibawah syarikat Wonderland Primary Sdn Bhd... ramai dah tahu kan bos Dila is Ladybosss.... Tapi ladybosss i lain daripada yang lain... syukur dapat ladybosss yang ok dan seorang yang sangat memahami... Haaa yang best nya dia seorang flexiable tau... Buktinya dah 2 tahun Dila bekerja tempat yang sama... Alhamdulillah rezeki kat sini... banyak benda baru Dila belajar... Office Dila bekerja di Petaling Jaya Taman Desaria... Okay jauh kan? hari-hari ulang alik Ampang ke PJ... Ok je dapat kerja jauh dari rumah(sebenarnya takde lah jauh mana kalau dah biasa ulang alik) actually jauh perjalanan luas pengalaman kan? ehh betul tak ye kata pepatah ni?

Ok guys Terima kasih kerana membaca tentang saya... Kalau jumpa tegur-tegur saya tau? saya tak sombong tau....

Oh ye... dah follow ig Dila ke belum? Jangan lupa follow Ig @dillaleez & add kita kat fb juga ya...



Friday, 12 May 2017

Masakan Thailand tanpa MSG di Restoran Rong Seri Bangi



Assalamualaikum & Hallo peeps...Masakan Thailand tanpa MSG di Restoran Rong Seri Bangi.  Pasti ramai pembaca disini suka dengan masakan Thailand kan? Antara masakan Thai paling popular mesti lah Tomyam betul? Haaa memang terliur lah dengar makanan Tomyam dengan rasa masam-masam pedas dia gitew... Memang terbaiklah...  Dila bersama rakan blogger berpeluang untuk merasakan masakan Thailand yang enak di Restoran Rong Seri Bangi yang terletak di Kajang...  So Dila akan ceritakan sikit pengalaman Dila masa makan kat sana.... 

Suasana Restoran Rong Seri Bangi
Selamat menjamu Selera

Macam ada kat Thailand je

Bersantai bersama rakan blogger di Restoran Rong Seri Bangi
Masa sampai je di Restoran Rong Seri Bangi Dila suka dengan suasana kampung dengan bunyi cengkerik ditengah-tengah malam memang tenang je dengan suasana kat sana... Sesuai sangat untuk kita dinner bersama keluarga dengan suasana santai dan restorannya yang luas... Masa sampai je kami diberi layanan yang baik oleh staff-staff di Restoran tersebut...

Restoran Seri Bangi merupakan salah satu Restoran yang menghidangkan masakan Thailand khas daripada Chiang Mai. Di Chiang Mai adalah salah satu tempat yang menjadi tarikan pelancong Okay mula-mula sampai disana rasa macam banyak benda Dila nak order nak itu nak ini... Ha ha... Tapi yang pastinya menu Tom Yam tu mesti ada tau... Tu antara Kesukaan Dila dan pastinya menu tu wajib ada... Haraplah Tom Yam nya pedas gitew....

Sementara menunggu menu kami sempat berbual dengan owner Restoran tersebut oh rupanya Restoran Rong Seri Bangi baru lagi beroperasi iaitu pada 15 Ogos 2016 pada tahun lepas... Tapi macam dah lama ye ramai betul pengunjung yang hadir meriah je... Hmm of course lah mana nak dapat rasa masakan pure Thailand ni... Huuu tak sabar nak makan perut dah berdendang dah time tu... Seriously Dila suka dengan masakan Thailand... Kami menunggu dengan tak sabarnya...

Restoran Rong Seri Bangi merupakan masakan pure Thailand Utara yang berasal daripada Chiang Mai... Kalau di Chiang Mai susah nak dapat makanan halal korang tak perlu risau kerana di Restoran Rong Seri Bangi antara masakan Thailand Utara yang dijamin halal dan bersih... Semasa makanan dah sampai terdapat pelbagai menu yang dihidangkan kami pun menjamu hidangan tersebut... Yesss rasa dia sama seperti di Thailand... Tak perlu pergi jauh-jauh untuk merasakan masakan pure Thailand next time boleh pergi di sini lagi... Buat semua pembaca yang teringin nak makan masakan pure Thailand Dila cadangkan boleh datang ke Restoran Rong Seri Bangi di Sungai Ramal , Kajang ni ye.... Memang rasa dia mantap... Semua makan dengan berselera...

Dila nak kongsikan sikit antara makanan yang dihidangkan....



ButterPrown 

Sotong Telur Masam



Tom Yam Chiang Mai

Ikan Siakap Rong Seri



Untuk pengetahuan korang semua, di Restoran Rong Seri Bangi antara masakan yang bebas MSG (Monosodium glutamate)... Haaa tahu tak apa dia bebas MSG tu? MSG adalah perasa tambahan untuk penambah sedap masakan... Kalau korang pergi ke Restoran lain terdapat penambah sedap masakan tapi disini antara masakan yang asli tanpa penambah sedap... Seperti bahan penambah sedap adalah ajinamoto... Untuk pengetahuan semua ... Kalau kita kerap letak penambah rasa sedap pada makanan tidak elok buat kesihatan kita.... Contohnya penambah sedap boleh mengakibatkan kita ada sakit kepala, keguguran rambut selain tu ia tidak elok buat IQ kita... So memang makanan kat Restoran Rong Seri Bangi antara masakan yang bagus dan berkualiti . Selain tu ia betul-betul masakan yang original tanpa bahan MSG  ... Amalkan lah makanan bebas MSG dalam kehidupan kita.. Kerana makanan sihat minda cerdas... hihihi...

Btw, totally dila memang puas dengan masakan di Restoran Rong Seri Bangi, memang masakan dia semua sedap-sedap yang paling Dila suka adalah Ikan Siakap Rong Seri memang sedap sangat semua cukup rasa... Dengan kuah Tom Yam dia Tip Top pedas dan kuah dia masam-masam memang sama macam kat Thailand u alls tak perlu pergi jauh-jauh lagi... Kalau di Restoran lain Tom Yam dia banyak sayur kan? Tapi kat sini penuh dengan Udang, Ketam , Lala semua... Ehhh memang puas hati lah... Anggaran harga makanan dalam gambar ni semua adalah start daripada RM70 keatas... Memang berbaloi u alls... Semua lengkap dengan ada Sotong Telur Masam , Butter Prawn... dengan lengkap ada sayur-sayur lagi...Nanti singgah k...

Siput Laut Rebus
Okay... kenapa tetiba gambar ni bawah sekali ek? Untuk pegetahuan semua ini adalah Siput laut Rebus yang dihidangkan di Restoran Rong Seri Bangi... Huuu... memang rasa macam rare je makan siput laut ni. Ni antara makanan ekzotik.. Macam tak percaya je dila makan , biasa kita makan siput tanah masak lomak... hehe yang tu saiz dia kecik je,,, first time makan siput laut ni rasa dia memang not bad... sedap kalau cicah dengan sos...Korang boleh try ye... haha masa ni failed betul nak keluarkan isi siput keluar dari cengkerang tu...

Haha... ada peristiwa disebalik tabir masa makan siput tu...Apa yang ada kat tangan kitorang tu Siput laut... Nanti boleh tengok video daripada blogger www.khairuliskandartajuddin.blogspot.com ... Hehe...




Nanti boleh singgah sini ye...


Happy Tummy :)

Untuk maklumat lanjut :

Operation 12pm-11 pm (Setiap hari)

Rong Seri @ Bangi
Lot 70792, Jalan ABIM, Sg Ramal Dalam, Kajang.

Fb : rong seri bangi. 
IG : rong_seri bangi

Terima kasih kerana membaca... Kalau suka boleh share entry ni mana tahu next time nak pergi Restoran ni boleh rujuk ada blog Dila :)

Kredit picture blogger www.ienaeliena.com nanti boleh baca experience dia masa makan kat Restoran Rong Seri Bangi k...

Wednesday, 10 May 2017

Koleksi Blazer eksklusif di ZALORA

Assalamualaikum & Hallo semua.... Blazer eksklusif di Zalora. Bila dah bekerja Dila lebih gemar untuk memakai Blazer semasa waktu bekerja... Dengan memakai Blazer lebih mudah untuk padankan dengan pakaian apa yang kita pakai. Jadi Dila nak share kepada wanita-wanita yang berkerjaya diluar sana Blazer yang eksklusif dan bergaya dengan hanya dapatkan di Zalora...

Seperti yang kita tahu laman web Zalora merupakan pusat penjualan online yang popular dengan jualan baju daripada designer-designer yang terkenal... 


Dila cadangkan kalau nak beli baju kurung ke baju kerja ke usha-usha kat laman web Zalora sebab di Zalora selalu buat promo... pasti korang rambang mata ... Sebelum ni juga Dila juga antara pembeli baju kurung di laman web Zalora Dila suka dengan kualitinya walaupun harga tinggi tapi memang sangat memuaskan dan berbaloi...


Tapi kali ni Dila nak usha-usha Blazer di laman web Zalora pulak sebab memang cantik, nampak bergaya dan eksklusif tak rugi kalau nak laburkan duit untuk pergi kerja untuk rasa lebih confident bila berjumpa orang... Sebagai personal assistant kepada bos penampilan dan gaya sangat penting. Pemakaian Blazer juga menunjukkan profesionalisme seseorang... 

Antara koleksi Blazer eksklusif di Zalora dan wajib ada di almari korang adalah.... hmmm jangan cakap hakak tak payung ok....

Lets cuci mata :)




1. Blazer Hitam

Haa antara warna yang wajib ada sebagai koleksi almari kita adalah hitam... Warna hitam sangat sesuai dipadankan dengan pemakaian kita ketika itu... Selain tu warna hitam juga adalah warna rasmi. Kepada yang mengenakan Blazer hitam pasti kelihatan bergaya ...



2. Blazer Putih

Sangat elegan dan nampak manis je yang warna putih ni... Simple is the best right ? Blazer putih membantu memberikan anda pandangan yang lebih digilap sementara masih mengekalkan daya tarikan feminin. Blazer putih  hanya dipadankan dengan jeans untuk kelihatan kasual di pejabat...





3. Blazer Bercetak

Buat korang yang selalu buat marketing atau sering buat kerja diluar Dila lebih sarankan untuk korang bermain dengan warna. Boleh mengenakan Blazer bercetak kerana ia akan memberi korang berkeyakinan semasa jumpa orang dan memainkan peranan bagi merangsang mood ketika bekerja... Pasti nampak begitu elegan...

Haaa cantikkan semuia koleksi Blazer eksklusif yang ada di Zalora ni... Dila sangat sarankan untuk korang semua shooping kat Zalora memang berbaloi dan kainnya juga sangat berkualiti... Memang tak rugi... Nanti boleh Klik pada Link ni ok Laman Web Zalora ... Ada banyak lagi yang cantik-cantik...


Tekan Link di bawah ni untuk tengok koleksi Blazer di ZALORA


Untuk maklumat lanjut boleh :-

Website : www.zalora.com.my

Instagram : @zaloramy


Thank You...