Thursday 5 October 2017

Echanteur Stunning wangian yang sangat wangi tahan 24 jam


Hi... Korang perasan tak kalau pergi pasaraya besar pasti akan jumpa produk Echanteur ? Dilla juga antara pengguna Echanteur... Alahai memang jatuh hati betul dengan Echanteur dari zaman sekolah lagi... Korang pun kene cuba juga ya...Echanteur sesuai buat semua golongan wanita mahu pun remaja ataupun dewasa... 

Kehadiran Echanteur wangian baru iaitu Echanteur Stunning


ENCHANTEUR jenama wangian terkemuka dengan haruman yang diinspirasikan dari Perancis, telah melancarkan semula rangkaian Eau de Toilette dan penjagaan peribadi. Bersempena pelancaran ini, satu haruman baharu yang sangat menarik telah diperkenalkan iaitu, Stunning! Wangian mempesona ini merupakan gabungan Turkish Rose dan Magnolia, telah dipertingkatkan dengan kemanisan dari Blackcurrant Bud dan Raspberry serta dicampur juga dengan  kelembutan Sandalwood. Pemakai Stunning akan tertawan dengan aroma sensual yang dipakainya sendiri, menjadikan dia wanita yang istimewa, seterusnya menyerlahkan penampilan dan personalitinya.

Echanteur Perfumed Deo Mist Stunning

Echanteur Perfumed Body Lotion Stunning Satin Smooth

Echanteur Perfumed Deo Roll-On Stunning

Echanteur Stunning

Echanteur Perfumed Talc
Alahai jatuh cinta dengan box ni.

Hope oneday awak bagi saya macam ni.... ^^,





 Cantik kan box dia siap ada cermin lagi senang ni nak bawa pergi travel...

ENCHANTEUR Eau De Toilette boleh didapati pada harga runcit RM28.20 (termasuk 6% GST) bagi setiap botol 50ml. Manakala Losyen Enchanteur juga boleh didapati dalam pelbagai saiz yang berharga dari RM5.40 hingga RM17.60. Deodoran Enchanteur pula hadir dalam pelbagai bentuk/ format- stik, bebola dan juga semburan yang berharga dari RM4.90 sehingga RM8.40 manakala bedak Enchanteur berharga dari RM4.40 hingga RM11.80. Pelbagai produk wangian serta produk penjagaan diri Enchanteur boleh didapati di semua rangkaian pasar raya, pasar raya besar dan farmasi. 

Review Echanteur daripada Dilla :-

Untuk pengetahuan semua Dilla memang antara pengguna setia perfume daripada Echanteur... Memang puas hati sangat dengan wangian dia sebab tahan 24 jam ok... paling suka lah perfume dan lotion ... Lagi-lagi masa pakai lepas mandi rasa segar sangat bauan daripada Echanteur... Tak rugi guys... Totally memang berpuas hati dengan Echanteur... Korang jum pakai chanteur Stunning Harga pun mampu milik tau... 

 Untuk maklumat lanjut mengenai ENCHANTEUR, Sila layari :
ke www.enchanteur.com.my atau lawati laman Facebook ENCHANTEUR di www.facebook.com/EnchanteurMY




Related Posts

5 comments:

  1. Buat hantaran bertunang pun ok kan..hehe.. zaza suka bedak tabur dia.. mmg wangi

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah boleh untuk barang hantaran ni... wangi kan ? hihihi

      Delete
  2. Replies
    1. awak pun pakai juga eh... memang wangi sangat :)

      Delete